PERUBAHAN KERAJAAN : POSITIF ATAU NEGATIF ?
- Alam pasti berubah
Setiap sesuatu di alam raya ini pasti akan berlaku perubahan samada kecil atau besar, sedikit atau banyak, evolusi atau revolusi. Itulah tabiat alam, sunnatullah. Apabila sesuatu itu berubah-ubah maka sudah tentu ianya adalah benda baru. Benda baru bukan sediakala dan sudah tentu bersifat lemah. Ini dalam bab mencari hakikat ketuhanan ketika mensabitkan kesempurnaan Allah dan kekurangan makhluk. Tetapi dalam menilai perubahan di kalangan makhluk, kelemahan dan kekurangan sudah pasti wujud. Manakala kekuatan dan kesempurnaan juga wujud mengikut kedudukan makhluk yang sudah pasti tidak boleh dibandingkan dengan Khalik, iaitu Allah. Namun, setiap makhluk yang pasti terikat dengan undang-undang perubahan sudah tentu mengalami kelemahan dan kekurangan dan dalam masa yang sama ada kekuatan dan ‘kesempurnaan’ yang sesuai dengan dirinya sebagai makhluk, bukan kesempurnaan yang dinisbahkan kepada Allah.
- Sejarah perubahan kerajaan di dunia ini
Dalam sejarah dunia, tiada sebuah kerajaan yang kekal sehingga kini. Maksud kekal di sini ialah kekal dengan dasar dan sistem yang sama semenjak bermula kerajaan itu tegak di atas singgah sana pemerintahan sehingga ke hari ini, masih kekal dengan peraturan, undang-undang dan sistem yang sama. Tidak ada kerajaan yang sedemikian. Meskipun ada dinesti yang memerintah berkurun-kurun seperti penjajah barat menguasai tanah Melayu (1511-1957), namun kerajaan yang memerintah tetap tidak sama dan berlainan cara, biar pun agama ada kesamaan di kalangan penjajah. Perkara ini adalah mudah difahami dan logik sekali pun pada akal yang paling lemah.
- Kerajaan Malaysia sentiasa berubah-ubah ; Dasar dan landskap.
Kerajaan Malaysia di bawah dominasi UMNO dan BN telah melakukan pelbagai perubahan dasar walaupun tidak pernah menukar perlembagaan yang sedia ada semenjak kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Perubahan dasar pembelajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris yang diketengahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad[1] pada tahun 2002 dulu menggemparkan masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu. Perubahan akta dan pelbagai peraturan, perubahan landskap bumi dan jalan-jalan perhubungan, perubahan kementerian dan bermacam aktiviti, perubahan agama sehingga Islam ditambah ‘hadhari’, perubahan peralatan moden dan sekarang ada mereka yang mahukan perubahan dengan mewujudkan akta baru iaitu akta DNA. Jelasnya, perubahan tetap berlaku samada dulu, kini dan akan datang. Semasa perubahan terjadi, ada yang gembira dan ada yang sedih, ada yang positif dan ada yang negatif, ada yang mendokong dan ada yang menentang, ada yang sakit dan ada yang segar, ada yang turun dan ada yang naik, ada yang pening dan ada yang ligat, ada yang bermasam mencuka dan ada yang tersenyum sampai ke telinga, dan ada yang bersedia untuk lari dan ada yang bersedia untuk mengejar . Begitulah lumrah perubahan.
- Kerajaan berubah ; positifkah atau negatif ?
Apabila berlaku perubahan kepada sesebuah kerajaan daripada sebuah kerajaan sedia ada kepada sebuah kerajaan yang baru, suasana perubahan dan arus pergerakan hidup rakyat dan kerajaan pasti berlaku secara mendadak atau beransur-ansur. Masalah yang lahir daripada perubahan kerajaan itu ada yang memotivasikan manusia dan ada yang mematikan keinginan manusia. Kalau kita bimbang berlaku kesulitan dalam perubahan sesebuah kerajaan, maka semasa tiada perubahan kerajaan pun kita masih menanggung kesulitan seperti mana perubahan harga minyak pada bulan Mei 2008 lepas. Walau pun sebelum 26/08/08 telah berlaku penurunan harga minyak sebanyak 0.15 sen, namun rakyat Malaysia masih merasai kesulitan kerana harga barangan keperluan asas masih belum turun. Kalau pun turun, berapa sen sangatlah berbanding harga yang naik dulu. Adakah dengan tiada perubahan kerajaan maka kita tiada kesulitan ? Dan adakah dengan berlaku perubahan kerajaan maka kita akan berdepan dengan pelbagai kesulitan ? Bukankah kita boleh mengandaikan kemungkinan yang positif, iaitu kalau kerajaan baru mengambil alih kuasa memerintah negara Malaysia daripada kerajaan yang lama, perubahan secara revolusi atau evolusi akan berlaku dengan meminimakan kesulitan dan memaksimakan kesenangan dalam lapangan hidup rakyat awam ? Kenapa tidak berfikir positif ?
Atau, boleh jadi pihak yang bimbangkan ‘kesulitan hidup’ dan kekurangan ruang meruntun nafsu serakah ialah pemerintah yang lama tenggelam dalam timbunan harta, hanyut dalam dakapan wanita, dan rakus terhadap kuasa takhta, maka mereka tidak suka berlaku perubahan kerajaan walau sesaat. Apatah lagi kalau-kalau mereka pula yang terpaksa merengkok dalam penjara !
- Perubahan yang kita kehendaki
Jika ada perubahan kerajaan tentu akan ada perubahan dalam cara memerintah dan penyusunan baru sebuah kerajaan. Apa yang perlu dibimbangi oleh masyarakat Malaysia ? Apa yang perlu dibimbangi kalau perubahan itu berlaku daripada susah kepada senang, daripada miskin kepada kaya, daripada zalim kepada adil, daripada khianat kepada amanah, daripada ‘mengambil’ kepada ‘memberi’, daripada meng’ISA’ kepada membicarakan di mahkamah, daripada ‘sumpah laknat’ kepada mengemuka ‘bukti sarat’ ? Apa yang perlu dibimbangi ? Perubahan yang kita kehendaki ialah : perubahan yang boleh mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa, mengeluarkan manusia daripada kegelapan pelbagai kepercayaan yang karut kepada sinaran cahaya suatu pegangan hidup yang jelas, dan mampu mengeluarkan manusia daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasan hidup di dunia dan akhirat. Dalam pentadbiran sebuah kerajaan baru, kita mahukan perubahan yang benar-benar mampu menjaga kepentingan awam semua bangsa, semua pihak dan agama. Prinsipnya ialah bersikap adil secara terbuka kepada semua warga Malaysia yang berhak mengikut undang-undang yang paling sempurna.
- DSAI menjadi PM : Huru-harakah Malaysia ?
Buat masa kini, Datuk Seri Anuar Ibrahim merupakan tokoh yang paling kedepan dalam mengepalai kerajaan baru yang akan mengambil alih kuasa kerajaan lama. Maka batang tubuh beliaulah yang dihentam-keromokan oleh pihak tertentu. Tanggapan negatif bahawa negara akan huru-hara lantaran beliau memerintah nanti adalah gambaran pemikiran yang singkat di kalangan orang yang berfikiran sebegitu. Huru-hara bukan kerana DSAI atau siapa saja yang memerintah. Huru-hara berlaku justeru kepincangan yang lahir daripada sistem yang digunapakai, atau kezaliman yang disebarluaskan, atau justeru hak yang dicerobohi dan kewajipan yang dilupai.
- Menyanggah pendapat Ali Rustam dan mereka yang sefikiran dengannya
Utusan Malaysia hari ini (Jumaat, 29 Ogos 2008, ms 3) melaporkan di bawah tajuk : ‘Negara Huru-hara Jika Anuar Jadi Perdana Menteri’ bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam (DSMAR), Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Menteri Melaka telah berkata : “Saya tidak nampak beliau (DSAI) mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan dan keharmonian kepada negara. Sebaliknya beliau jenis orang yang boleh merusakkan negara.” Ini adalah provokasi murahan daripada orang yang kesakitan. Kalaulah DSMAR seorang yang bersih, adil, jujur, benar dan tidak melakukan ‘dosa-dosa besar’, apalah yang hendak dibimbanginya jika berlaku perubahan kerajaan Malaysia nanti. Beliau tetap akan diperkenankan untuk memerintah kerajaan negeri Melaka. Lainlah kalau PM sekarang yang bimbang. Sebab kuasa PM akan beralih dan berubah tangan. Takkanlah DSAI akan melempar DSMAR jauh ke laut Hindi jika DSMAR memang seorang yang berkualiti dalam pentadbiran negeri. Atau DSMAR memang ketakutan lantaran penyakit ‘barah’ yang semakin hampir tersembur keluar.
Pendapat DSMAR di atas terlalu pesimis terhadap kemampuan orang lain, walhal orang itu telah berpuluh tahun hidup se‘kapal’ dengan DSMAR sendiri di tahun 80’an dan 90’an dulu. Takkan tak kenal. Atau memang kenal, tetapi DSAI tidak selari dengan bekas PM ke 4 yang sedang ‘panas pedih’ di waktu ini, yang sekaligus tidak sekata dengan DSMAR ?
Kalaulah kelayakan menjadi PM diukur dengan kes ‘tahan dan kepung’ bas di Permatang Pauh, maka PM sekarang dan yang lepas pun tak layak menjadi PM kerana bukan sekadar ‘tahan dan kepung’ bas, bahkan tahan dan kepung DSAI daripada hadir ke parlimen untuk serah memo undi tidak percaya kepada PM, dan sebelumnya memenjara dan melebamkan mata DSAI. Bukan itu kayu ukur untuk menjadi pemimpin dan PM. Penulis bukanlah pengkagum fanatik DSAI, bahkan bukan penyokong yang ke hulu ke hilir mengekori DSAI. Namun hak seseorang yang telah dikenali dengan sikap yang positif perlu dipertahankan. Penulis tetap menjadi pengkagum para ulama’, tetapi dalam kes negara kita Malaysia dewasa ini, penulis tetap mendahulukan tokoh-tokoh yang perlu didahulukan dalam merubah kerajaan lama kepada sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus.
- Persiapan menuju perubahan besar
Persiapan menuju perubahan yang besar nanti, sememangnya cukup banyak. Pertama, pegangan dan prinsip perjuangan. Kedua, kesabaran dan nafas panjang. Ketiga, menjaga keharmonian kerjasama dalam mengalahkan kezaliman dan memenangkan keadilan. Keempat, jatidiri beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan. Kelima, memikirkan hak bersama sebagai manusia, warganegara dan ahli parti yang berpakat. Keenam, sentiasa berbincang dan bertukar pendapat secara toleransi dan dalam lingkungan adab susila. Ketujuh, bersatu dalam hal yang disepakati dan bertolak-ansur dalam hal yang berbeza. Kelapan, mengingat kembali bahawa setiap apa yang dilakukan manusia akan ada perhitungan akhir yang tidak dijangkaui akal manusia, iaitu pembalasan dari Yang Maha Kuasa.
- Melangkah ke pusat menjaga Amanah Tuhan
Melangkah ke Putra Jaya merupakan hayunan langkah dalam memikul dan menjaga Amanah Tuhan Yang Maha Tahu, Maha Kuasa dan Maha Bertindak Balas. Ia adalah langkah-langkah yang cukup berat tetapi mesti diteruskan. Ia juga menuju ke pusat Harapan Rakyat !
- Impian yang diharapkan menjadi kenyataan
DSAI merupakan tokoh yang diharapkan sempat berada di persada Mahligai Putra Jaya bersama prinsip perjuangan menyebarkan keadilan dan keharmonian hidup. Perlu diingati bahawa :
[Telah berkata Imam Ibnu Taimiyyah r.a. : “Dan urusan manusia di dunia sesungguhnya lurus bersama keadilan, yang mungkin berkongsi dalam sebahagian bentuk dosa, adalah lebih banyak daripada lurus bersama kezaliman pada hak-hak orang ramai, walaupun tidak bersekutu dalam suatu dosa. Kerana inilah dikatakan : Sesungguhnya Allah Ta’ala menegakkan kerajaan yang adil sekalipun kerajaan itu kafir, dan Allah Ta’ala tidak menegakkan kerajaan yang zalim sekalipun kerajaan itu Islam. Dan dikatakan : Dunia berkekalan bersama keadilan dan kekufuran, dan dunia tidak kekal bersama kezaliman dan keIslaman. Demikian itu justeru keadilan merupakan sistem segala sesuatu. Maka apabila urusan dunia dibangunkan dengan keadilan, tegaklah dunia meskipun tiada apa-apa bahagian di akhirat nanti bagi tuan punya urusan dunia itu. Dan sekiranya tidak dibangunkan dengan keadilan, tidak tegaklah urusan dunia itu meskipun ada ganjaran keimanan di akhirat bagi tuan punya urusan dunia itu.]
-Sunan Ilahiyyah Fil Umam Wal Jamaa’aat Wal Afraad fis Syarii’ah Al Islamiyyah – Oleh Dr Abdul Karim Zaidan, Muassasah Ar Risaalah, cetakan ketiga/1994, ms 122-123.
Akhir kalam :
“Kelazatan bukan berada pada berehat dan masa kosong, tetapi kelazatan itu berada dalam kepenatan, usaha gigih dan kesulitan ketika berubah pada hari-hari tertentu kepada kerehatan dan masa lapang. Tidak sempurna faedah berpindah dari satu negeri ke negeri lain melainkan apabila jiwa berpindah daripada suatu perasaan ke suatu perasaan. Apabila kerisauan musafir bersamamu, maka anda masih bermukim belum beredar !”
(Wahyul Qalam, Mustafa Sodiq Al-Raafi’iy, jld 1, ms 48.)
[1] “Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris”. Kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10/08/08 di (http://www.chedet.com/).
Ramadhan dan Keistimewaannya
Firman Allah swt bermaksud :
185. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al Baqarah)
Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan oleh Allah ke atas hamba-hambaNya ialah dengan menjadikan puasa itu sebagai benteng bagi para wali, dan perlindungan bagi mereka dari segala tipu daya syaitan dan angan-angannya,sebagaimana Rasullah s.a.w pernah bersabda; ‘puasa itu separuh kesabaran’. Orang yang berpuasa dijanjikan Allah akan bertemu denganNya untuk menerima balasan puasanya itu. Rasullah telah bersabda; ‘ORANG YANG BERPUASA ITU MEMPUNYAI DUA KEGEMBIRAAN, KEGEMBIRAAN YANG PERTAMA KETIKA MASA BERBUKA PUASANYA DAN KEGEMBIRAAN YANG KEDUA MASA MENEMUI TUHANNYA.’ Orang yang berpuasa itu diberi balasan yang secukup-cukupnya dan berlipat kali ganda pahalanya.Sudah sewajar nyalah ia menerima balasan yang sebegitu besar, sebab puasa itu di kerjakan kerana Allah semata-mata dan ditujukan kepadanya, tiada lain.
Walaupun ibadat-ibadat yang lain ditujukan kepada Allah jua, tetapi ada dua perbezaannya :
1. Puasa itu adalah menahan diri dari hawa nafsu. Ia adalah rahsia di dalam hati dan amalannya tidak boleh dilihat. Semua ketaatan dibuat di mata ramai dapat diketahui, melainkan puasa sahaja. Hanya Allah sahaja yang dapat melihatnya. Ia adalah amalan dalam kebatinan yang disertai dengan kesabaran semata-mata.
2. Puasa itu suatu penentangan terhadap musuh Allah azzawajalla, sebab jalan syaitan ialah melalui syahwat dan hawa nafsu yang meminta banyak makan dan minum.
Persediaan menyambut Ramadhan :
1. Mengulangi pelajaran-pelajaran berkenaan puasa
2. Memeperlihatkan sesama kita kesenangan perasaan hati dan ketenangan jiwa
3. Memperbanyakkan doa, terutama doa yang kita boleh fahami.
4. Menguatkan semangat dan himmah
5. Menyediakan diri untuk menjaga dan merawat benih-benih amalan-amalan yang kita tanam di bulan Ramadhan.
6. Menghapuskan adat tradisi yang memberatkan terutama perbelanjaan harian.
7. Mengucapkan syukur atas kedatangan Ramadhan.
Amalan di bulan Ramadhan :
1. Puasa dan adab-adabnya
2. Tilawah Al-Quran
3. Solat Tarawih dan Witir
4. Sedekah dan bersifat murah hati
5. I’tikaf di masjid
6. Belajar, mencari ilmu dan membaca buku yang berfaedah
7. ‘Umrah dan ziarah
8. Mempermudahkan urusan dan tidak memayahkan
9. Jihad fi sabilillah
10. Memperbanyakkan zikir
11. Memperelokkan tugas dan menjaga kualiti kerja
12. Sabar dalam semua hal dll.
Amalan yang perlu dielakkan :
1. Segala jenis kejahatan dan dosa, kerana ia akan berganda-ganda sebagaimana amalan kebaikan dan pahala akan berganda-ganda.
2. Banyak tidur dan berehat-rehat.
3. Tidak bekerja dengan alasan penat berpuasa
4. Bercakap tidak senonoh dan celupar
5. Berpekik-pekik dan banyak bergurau.
6. Bermain dam, daun terup dan seumpamanya.
7. Melihat, mendengar, mencium, mengecapi dan merasai perkara yang boleh menimbulkan syahwat kemaluan dan perut.
Pengertian Dan Maksud Puasa :
1. Puasa di sudut bahasa : Menahan diri daripada sesuatu
2. Puasa di sudut istilah : Menahan diri pada waktu siang hari daripada perkara yang membatalkan puasa dengan niat daripada orang yang berkelayakan bermula daripada terbit fajar sehingga tenggelam matahari.
Tahun diwajibkan :
10 Sya’ban tahun ke 2 hijrah.
Kewajipan-Kewajipan Lahiriah Puasa :
Meneliti datangnya permulaan bulan Ramadhan dengan rukyah, iaitu dengan melihat anak bulan. Jika tidak terlihat, maka genapkanlah bulan syaaban 30 hari.
Jenis-Jenis Puasa Dan Tingkatan
Puasa itu ada tiga dari kesyahwatan tingkatan:
1. Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan kemaluan.
2. Puasa khusus: iaitu puasa yang disertakan dengan menjaga seluruh anggotanya dari melakukan perkara-perkara yang haram atau dosa.
3. Puasa khususul-khusus: iaitu puasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambahnya lagi dengan hati yang ikhlas dan tidak memikirkan keduniaan dan tidak memesongkan perhatian selain dari Allah azzawajalla sama sekali.
(Petikan daripada buku : Bimbingan Mukmin – Imam Ghazali r.a.)
Puasa Wajib :
1. Puasa Ramadhan
2. Puasa nazar
3. Puasa kaffaarah/ denda
Puasa Haram :
1. Puasa dua hari raya
2. Puasa hari Tasyriq (11-13 Zul hijjah)
3. Hari syak (30 Sya’ban) kecuali orang yang sudah biasa puasa sunat sebelumnya, atau puasa nazar dan puasa qada’
Puasa Makruh :
1. Puasa sepanjang masa.
2. Puasa sunah pada hari Jumaat tanpa Khamis atau Sabtu.
Puasa Sunat :
1. Setiap hari Isnin dan Khamis.
2. Enam Syawwal.
3. Hari 13, 14 dan 15 setiap bulan.
4. Kebanyakan bulan Sya’ban.
5. 9 dan 10 Muharram dll….
Hikam Wa Fawaid As Shaum – Hikmah Dan Faedah puasa :
1. Simpati kepada orang-orang miskin
2. Persamaan antara orang kaya dan miskin
3. Melemahkan kuasa adat/ kebiasaan
4. Menguatkan Iradah/ kehendak
5. Puasa adalah kesucian, benteng dan ketaatan, maka akan diganjari pahala dan menjauhkan daripada azab neraka.
6. Puasa merupakan sekolah akhlak yang besar untuk membentuk banyak sifat penting/ utama seseorang.
7. Puasa mengajar sikap amanah dan menyedari pemerhatian Allah.
8. Puasa mengajar berdisiplin diri dan mampu mengawal peribadi
9. Memberi kesehatan kepada orang yang berpuasa
10. Puasa merupakan jihad nafsu
Rahasia-Rahasia Puasa Dan Syarat-Syarat Kebatinannya
1. Menejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada perkara yang tercela dan dibenci oleh Allah serta perkara yang melalaikannya.
2. Memelihara lidah dari omong kosong, cacimaki, bercakap kotor, riya dan menimbulkan permusuhan.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap perkara yang haram diucapkan haram juga didengar.
4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki, dan memeliharanya dari segala yang dibenci. Demikian juga menahan perut dari memakan perkara yang syubhat semasa berbuka puasa.
5. Janganlah banyak makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga perutnya tidak terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci olleh Allah s.w.t. melainkan perut yang dipenuhi oleh makanan yang halal.
6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap, kerana ia tidak ketahui adakah amalan puasanya diterima Allah, sehingga dia tergolong di dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasa ia tertolak.
Syurut wujuubus Shaum – Syarat wajib puasa :
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berkuasa/ sihat daripada sakit
5. Bermukim
Syurut sihhatis Syaum – Syarat sah puasa :
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid dan nifas sepanjang hari
4. Niat
Arkan As Shaum – Rukun puasa
1. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa semenjak terbit fajar/ Subuh sampailah tenggelam matahari/ Maghrib.
2. Niat pada waktu malam harinya.
Penjelasan Rukun Puasa
1. Niat puasa pada setiap malam, mestilah dengan niat khas dan tetap kefardhuaan puasa kerana Allah Taala. Tanda-tanda wujud niat puasa bulan Ramadhan ialah bangun bersahur dan solat tarawih.
2. Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa :
a. Menyampaikan sesuatu benda ke dalam perutnya dengan sengaja memasukkan sesuatu ke dalam lubang hidung dan dubur. Tidak batal dengan bersuntik, berbekam, bercelak, memasukkan pembersih ke dalam telinga atau melalui zakarnya, ataupun sesuatu yang sampai ke dalam perut dengan tidak sengaja maka tidak batal puasanya.
b. Menahan diri dari persetubuhan, tetapi sekiranya ia telupa tidak dikira berbuka. Sekiranya ia bersetubuh pada sebelah malamnya, ataupun bermimpi menyebabkan ia berjunub di sebelah paginya, maka tidaklah dikirakan berbuka.
c. Menahan diri dari bercumbu-cumbu dengan isteri hingga mengeluarkan mani sama ada dengan tujuan untuk bersetubuh ataupun tidak. Kelakuan yang demikian itu membatalkan puasa.Jika bercumbu-cumbuan sahaja tampa mengeluarkan mani hukumnya makruh.
d. Menahan diri dari muntah, sebab muntah dengan sengaja membatalkan puasa. Kalau muntah dengan tidak sengaja maka tidaklah batal puasanya.
Mubtilat As Shaum – Perkara membatalkan puasa
1. Makan dan minum secara sengaja
2. Bersetubuh secara sengaja pada siang harinya.
3. Mengeluarkan mani secara senganja
4. Muntah secara sengaja
5. Keluar darah haid dan nifas
6. Mengambil perkara yang tidak mengenyangkan melalui saluran yang biasa sampai ke rongga perut.
7. Niat berbuka puasa sekali pun tidak makan dan minum…
Perkara Yang Mesti Dilakukan Bila Batal Puasa, Ada 6 Perkara:
1. Qadha: kewajipan atas setiap muslim mukallaf yang meninggakkan puasa dengan uzur ataupun tidak uzur. Contohnya perempuan yang datang haid.
2. Kaffarah: kewajipannya hanya ke atas orang bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, selainnya tidak dikenakan kaffarah. Kaffarah itu ialah memerdekakan seorang hamba sahaya jika tidak mampu hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin, setiap orang satu mud (cupak).
3. Berhenti dari makan minum dan sebagainya pada sisa harinya. Ini wajib ke atas orang yang menderhaka perintah Allah, kerana tidak berpuasa, ataupun cuai dengan perintah Allah (berbuka tanpa sebab dan seumpamanya.)
4. Menggeluarkan fidyah, iatu bagi perempuan yang menggandung atau perempuan yang menyusukan anak, kerana khuatir kemudharatan ke atas bayi jika ia berpuasa. Maka dikeluarkan fidyah sehari satu mud kepada orang miskin dan puasa diqadhakan.
Masnunat As Shaum – Perkara sunat dalam berpuasa
1. Menyegerakan berbuka apabila yakin masuk waktu Maghrib
2. Berbuka dengan buah tamar
3. Berdoa semasa berbuka
4. Bersahur walaupun seteguk air dan melewatkan sahur
5. Memberi makan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa walau dengan sebelah biji tamar.
6. Mandi wajib daripada junub, haid dan nifas sebelum fajar.
7. Menjaga lidah dan anggota badan daripada perkara yang tidak berfaedah.
8. Meninggalkan berbekam dan membekam.
9. Melegakan/ memudahkan makan minum keluarga dan membuat kebajikan kepada kaum kerabat.
10. Sibuk dengan ilmu, membaca Qur’an dan mempelajarinya.
11. Iktikaf terutama 10 hari terakhir.
Makruhat As Shaum – Perkara makruh dalam berpuasa
1. Menyambung terus puasa dua hari atau lebih.
2. Mencumbui isteri dan pendahuluan jima’
3. Berlebihan dalam perkara harus seperti bau-bauan.
4. Merasa dan menjilat makanan
5. Berlebihan dalam berkumur-kumur.
6. Berbekam…
7. Bersugi selepas Zohor
8. dll…..
Peristiwa penting dalam bulan Ramadhan
1. Pembukaan Kota Mekah pada 10 Ramadhan tahun ke 8 Hijrah.
2. Perang 10 Ramadhan tahun 1394 hijrah (1973m) di mana tentera Mesir yang melaungkan slogan ‘Allahu Akbar’ mengalahkan tentera Israel.
3. Perang ‘Ain Jaalut pada 15 Ramadhan tahun 658 hijrah.
4. Perang Badar Kubra pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 hijrah.
5. Perang Zallaqah pada hari Jumaat 25 Ramadhan tahun 479 hijrah di mana tentera Islam yang dipimpin oleh Yusof bin Tasyfin mendapat kemenangan ke atas tentera Perancis.
6. Pembukaan Kota andalus oleh panglima Thoriq bin Ziad pada 28 Ramadhan tahun 92 hijrah.
7. Perang Tabuk pada tahun ke 9 hijrah.
8. Amalan puasa.
9. Penurunan Al-Quran.
10. Lailatul qadr.
11. Pelbagai kebajikan dilaksanakan
Tasaa-ulaat Wa Muzaakaraat (Persoalan dan Perbincangan)
1. Apakah balasan orang yang tidak berpuasa tanpa uzur ?
2. Apakah hukum orang yang tidak sembahyang fardhu tetapi dia berpuasa Ramadhan ?
3. Adakah sah puasa orang yang tidur sepanjang hari pada hari puasa fardhu ?
4. Apakah hukum orang yang tidak mengqada’ puasanya sehingga masuk bulan Ramadhan yang baru ?
5. Orang yang berjunub pada malam harinya dan sedar daripada tidurnya setelah masuk waktu Subuh, adakah sah puasanya ?
6. Orang yang dalam keadaan haid, nifas, dan wiladah yang diharamkan puasa, adakah mereka bebas makan minum pada siang hari bulan Ramadhan ?
7. Orang tua yang uzur tidak ada harapan sembuh, adakah wajib berpuasa ? Dan bagaimana kesudahan orang tersebut ?
8. Pasangan muda yang kahwin pada akhir bulan Sya’ban, apabila masuk bulan Ramadhan mereka terlupa yang pada siang hari bulan Ramadhan diharamkan bersetubuh, bahkan kifaratnya berat, adakah mereka dikenakan kifarat juga apabila terlupa ? Apabila mereka telah batal puasa pada hari tersebut, bolehkah mereka meneruskan perhubungan kelamin mereka ? Bolehkah mereka makan minum sepanjang hari tersebut ?
9. Orang-orang tua yang tidak pernah puasa sehingga umur 50 tahun baru mereka insaf, adakah mereka mesti qadha puasa sebelumnya, sedangkan orang yang baru memeluk Islam tidak wajib qadha’ berpuasa dan sebagainya ? Adakah orang tua tadi wajib membayar fidyah ? Dab berapa banyak fidyah yang mesti dibayar ? Bolehkan membayar fidyah itu dengan wang ?
10. Apa hukum orang yang menyelam menyelamat orang yang lemas ?
11. Dan soalan dibuka untuk perbincangan…………..Bertanyalah kepada orang yang mengetahui apabila anda tidak mengetahui.
https://monoja68.wordpress.com/
Ubahsuai pada 25/08/08
Kemerdekaan
KEMERDEKAAN
Assyahid Sayyid Qutb menyebut dalam syairnya :
“Saudara ! Kau merdeka di sebalik sekatan.
Saudara ! Kau merdeka dengan belenggu itu.”
Kemerdekaan merupakan hak asasi manusia yang mesti dipenuhi. Namun kemerdekaan itu mestilah ditafsirkan mengikut prinsip Islam dan aqidah seseorang muslim, apabila anda seorang muslim. Dan kemerdekaan itu hendaklah dijelaskan mengikut prinsip kemanusiaan dan hak-hak asasi manusia, apabila anda seorang yang bukan Islam. Kita semua adalah hamba Allah, semestinya berada di bawah disiplin, pekeliling, peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Cubalah saudara bayangkan seorang isteri dibiarkan tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, cubalah bayangkan apa yang akan terjadi kepada si isteri itu ? Apabila si isteri boleh bebas merdeka bertemu dengan ‘lelaki’ mana pun, bebas merdeka tidur dengan ‘jantan’ mana pun, dan bebas merdeka keluar masuk rumah pada bila-bila masa pun, tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, adakah itu satu kemerdekaan baginya ? Semua suami akan menjawab : “Tidak! Isteri tidak boleh bebas sedemikian !”
Cubalah saudara bayangkan seorang anak perempuan mahu pun anak lelaki, dibiarkan tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, bebas berbuat apa saja dengan tidak ada halangan dan sekatan, apakah akan terjadi kepada si anak itu ?
Itukah maksud kemerdekaan bagi seorang isteri atau seorang anak ? Semua kita akan menjawab sekata dan senada : “Bukan begitu erti kemerdekaan bagi seorang isteri dan seorang anak !”
Kalau demikian, maka adakah seorang suami dan seorang ayah itu boleh merdeka tanpa ikatan, tanpa disiplin, tanpa peraturan dan tanpa undang-undang yang mesti dipatuhinya? Jawapannya pun sudah tentu tidak ! Bahkan dengan ikatan agamalah manusia merdeka, dengan disiplin keluargalah anggota keluarga merdeka, dengan peraturan masyarakatlah anak mukim merdeka dan dengan undang-undang negaralah rakyat merdeka.
Namun suatu perkara yang mesti melekat dalam hati sanubari dan fikiran kita ialah disiplin keluarga, peraturan masyarakat dan undang-undang negara mestilah berteraskan kehendak Pencipta Alam ini atau syari’at Islam kerana kita semua adalah hamba dan makhluk Allah.
Dalam ibadat kita akan menemui kemerdekaan, dalam hukum mu’amalat kita akan mendapati kemerdekaan, dalam undang-undang jenayah samada ta’zir, qisos mahu pun hudud kita akan memperoleh kemerdekaan. Ringkasnya, melalui jalan Islam kita merdeka, zahir dan batin!
Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka aqidah atau iman, merdeka akal atau fikiran, merdeka jiwa atau rohani, merdeka perasaan atau emosi, merdeka badan atau jasmani. Maka lahirlah peribadi mukmin yang kuat dalam diri.
Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka daripada bimbang dan sedih, merdeka daripada lemah dan malas, merdeka daripada kecut perut dan bakhil, merdeka daripada penguasaan hutang dan kongkongan orang. Lalu tumbuhlah jati diri muslim yang hebat dalam peribadi.
Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka daripada belenggu dunia, merdeka daripada ikatan makhluk, merdeka daripada dorongan nafsu jahat, merdeka daripada tipudaya syaitan. Justeru lahirlah sifat taqwa yang berkat dalam hati.
Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka dalam ekonomi dan harta daripada riba dan rasuah, merdeka dalam sosial dan budaya daripada khurafat dan bid’ah, merdeka dalam kedaulatan dan negara daripada kuasa jahat dan khianat. Lantas merdekalah kita dalam hidup mulia yang penuh nikmat.
Apabila jiwa dan perasaan kita merdeka daripada hawa nafsu, fikiran dan badan kita merdeka daripada kongkongan belenggu, kita akan merdeka di mana saja kita berada.
Itulah erti sebuah kemerdekaan.
SEORANG MUKMIN ITU SENTIASA MERDEKA !
HAKIKAT kemerdekaan ialah apabila tapak kaki pertama menjejaki pintu syurga Allah, di situlah kemerdekaan sejati manusia :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنْ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ(185) آل عمران
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya (sebenar-benar merdeka). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Sekian, diedit pada 200808.
Mubahalah atau Mulaa’anah : Atas Dasar Islam atau Politik
Mubahalah atau Mulaa’anah[1] : Atas Dasar Islam atau Politik
Monoja68. 170808
Isu mubahalah yang sampai ke kemuncaknya pada hari Jumaat, 15/08/08 lepas merupakan satu kes berlatarbelakangkan politik Malaysia dewasa ini. Samada kes benar atau salah, ‘mubahalah’ bukan jalan penyelesaian. Dalam hidup kita, dan dalam Islam, ada kes-kes dan isu-isu yang terlibat dengan hukuman keseksaan (bunuh, rejam, jel, sebat dan lainnya) dan kebendaan(denda). Dan ada kes-kes dan isu-isu yang terlibat dengan tekanan (tekanan fikiran atau emosi) dan do’a (do’a bencana atau kesukaran hidup) yang tidak melibatkan hukuman keseksaan dan denda kebendaan. Sebagai contoh, kes kecurian yang mana pencurinya sempat ditangkap bersama bukti barang curian, maka tidak ada hukuman lain daripada hukuman keseksaan atau kebendaan. Sekiranya setelah nyata kecurian itu dilakukan oleh pencuri yang ditangkap, tetapi pencuri itu mahu bermubahalah (hukuman dalam bentuk do’a melaknat) kononnya dia tidak mencuri bahkan hanya dipergunakan oleh pihak lain, permintaan itu tidak boleh diterima pakai dan menjadi permohonan yang sia-sia.
Itu memang kita rasa tak mungkin untuk dimubahalahkan !
Katakanlah seorang pencuri yang disyaki mencuri tetapi tidak ada barang curian bersamanya, (iaitu kes kecurian yang masih diragukan atau sekadar tertuduh yang belum disahkan bersalah) lalu pencuri itu mohon bermubahalah. Adakah wajar diterima ? Juga tidak ! Kerana pendakwa tentu berkeyakinan bahawa setiap orang yang diberi peluang bermubahalah akan seronok menggunakan ‘senjata’ ini untuk melepaskan diri daripada pendakwaan.
“Celaka punya pencuri, nak mubahalah kepala hotak kau! Nanti aku akan bawa bukti tentang kes kau depan hakim di mahkamah.” Bentak pendakwa.
Kenapa pendakwa tak nak terima permohonan pencuri untuk bermubahalah ? Ini kerana pendakwa mahukan setiap pelaku jenayah mesti dihukum. Untuk dihukum, mesti pendakwaan yang ada bukti yang tidak meragukan pihak hakim. Kalau setiap penjenayah boleh bebas dan lepas daripada hukuman hanya dengan ‘mubahalah’, seronoklah penjenayah-penjenayah kecil dan besar di dunia ini. Dan satu lagi, tak payahlah anggota keselamatan bertugas menangkap penjenayah dan membawa bukti kes ke hadapan pengadilan. Sebab, tentu penjenayah akan minta mubahalah tengah jalan lagi, tak payah ke balai polis, ke mahkamah, ke lokap dan sebagainya. Bukankah mubahalah itu memadai dengan ‘lisan’, dengan ucapan, dengan baca nota saja ?
Dalam kes tuduhan liwat DSAI oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang hebat melatari politik Malaysia hari ini, DSAI tidak boleh sekali-kali terlepas daripada pertuduhan dengan hanya ‘mubahalah’ di masjid, masjidil haram sekali pun ! Mohd. Saiful Bukhari Azlan mesti tidak boleh memaafkan DSAI, dan membebaskannya dengan lima minit mengucapkan ‘mubahalah’ itu, sedangkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan menanggung malu berpanjangan dan penderitaan ‘fobia’ diliwat sepanjang hayat. DSAI memang tidak boleh dilepaskan hanya dengan mubahalah. Mohd. Saiful Bukhari Azlan mesti MEMBAWA BUKTI untuk memastikan DSAI dihukum dengan hukuman yang sepatutnya. Nanti, kemudian hari tiada lagi manusia yang berani melakukan liwat dengan pemuda berusia 23 tahun ini.
Dunia terbalik !
Menghairankan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pula yang bermubaahalah ! Macam dia yang kena dakwa. Orang yang kena curi (pendakwa) bermubahalah, pencuri (tertuduh) terlepas ! ‘Gila’ punya cerita. Siapa yang mahu membuktikan ‘peristiwa’ liwat itu benar ? Siapa ? DSAI atau Mohd. Saiful Bukhari Azlan ? Atau Najiib dan Be End ? Kalau Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang nak membuktikan DSAI melakukan perkara bejat itu, bawakan bukti saksi dan bukti sokongan lain, bukannya dengan si pendakwa sendiri melakukan sumpah laknat dan mubahalah. Jangan menterbalikkan dunia kita ini. Orang lain pun nak hidup senang macam kalian juga. Kalau pendakwa bermubahalah, selesaikah masalah jenayah yang dilakukan oleh tertuduh ! Dunia ini akan diselimuti jenayah berjajaran. Orang ramai tidak akan selamat hidup di kawasan penjenayah yang bermaharajalela. Mohd. Saiful Bukhari Azlan mesti berfikir logik dan bersandarkan kepada agama. Si dalang di belakang tabir pun mesti berfikiran logik dan beralaskan agama. Jangan bertindak gelabah sebegitu sehinggakan kanak-kanak pun faham maksud yang dikehendaki.
Kalau seseorang menangkap pencuri, kemudian dia yang bermubahalah dan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia kena curi, kemudian dia meminta pencuri juga bermubahalah dan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencuri, lingkup dunia ini. Gejala kecurian akan menghantui alam manusia dan haiwan! Semua pencuri berseronok, semua penjenayah berseronok selepas melakukan jenayahnya! Sebab, mereka boleh lepas dengan mubahalah dan pihak pendakwa tidak perlu mendapatkan bukti untuk membawa penjenayah ke pihak pengadilan.
Orang yang kena curi semestinya menyerahkan pencuri itu kepada pihak berkuasa. Dakwa pencuri itu dan bawa bukti bahawa dia mencuri.
Dalam kes DSAI – Mohd. Saiful Bukhari Azlan, keadilan hendaklah diutamakan. Islam mahukan keadilan dan keamanan. Keadilan menurut Islam ialah mesti dilaksanakan hukuman syara’ ke atas tertuduh jika sabit kesalahan dan dilaksanakan juga hukuman syara’ ke atas pendakwa jika dakwaannya tidak disertakan bukti yang sah, sebab dia telah mengaibkan orang lain dan menjatuhkan maruahnya di khalayak umum. Dan mengikut undang-undang ciptaan manusia yang akalnya terbatas pun sama, iaitu pertuduhan mestilah ada bukti yang jelas, bukan sekadar mahu bermubahalah !
Cuma mengikut undang-undang satu sahaja yang dirasakan sesuai untuk bermubahalah ini, iaitu mengikut undang-undang POLITIK ORANG BIJAK (NAJIIB), BARANG NAIK (BE END) DAN DAHRIY (IKUT MASA) !
Sedikit komen terhadap suara seorang mufti yang mencadangkan tertuduh juga perlu bermubahalah, janganlah berhasrat supaya cadangan mubahalah ini berterusan dalam kes jenayah. Sebab risiko besar akan melanda masyarakat yang disumbat halwa ini tanpa dipalu gendang pelaksanaan syariat Islam iaitu hudud, qisos dan ta’zir. Mubahalah bukan di padang jenayah yang telah ada undang-undang syara’, bahkan bukan di paya undang-undang manusia yang turut disediakan peraturannya. Mubahalah sekadar di laman yang abstrak, di kanvas yang tidak boleh dilihat. Sebaiknya, cadangkan supaya pendakwa membawa bukti, manakala tertuduh hendaklah bersumpah. Titik.
[1] Mubahalah berasal daripada kalimah al Bahlu dan ‘al Ibtihal fiddu’a’ yang bermaksud merendah diri dalam berdo’a. Mubahalah pula ialah Mula’anah (Mukhtar al Sihah) yang berasal daripada kalimah al La’nu (Laknat) yang membawa maksud menolak dan menjauhkan atas jalan murka. Demikian itu, jika laknat datang daripada Allah di akhirat, maka ia adalah ‘uquubah’ / denda. Jika di dunia, ia bermaksud terputus daripada menerima rahmat Allah dan taufiqNya. Manakala laknat yang datang daripada manusia, maka ia merupakan do’a kebinasaan ke atas pihak/ orang lain. (Mu’jam Mufradat Alfaz Al Qur’an, oleh Al-Imam Al-Raghib Al-Isfihani, Darul Fikri Lubnan, tanpa tahun.)
PANDANGAN HIDUPKU 3
(11)
AMAL SOSIAL ISLAMI
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ.
– البخارى ومسلم
Bermaksud :
Daripada Abu Hurairah r.ah. berkata : Sabda Rasulullah s.a.w. :
“ Setiap sendi daripada manusia ada (tanggungjawab) sedeqah di setiap hari yang terbit matahari padanya ; Mengadili (mendamaikan) antara dua pihak (yang bertelagah) adalah sedeqah, menolong seseorang atas tunggangannya (kenderaannya), lalu dia membawa ke atas tunggangan (kenderaan) itu atau mengangkat ke atasnya barangan lelaki itu adalah sedeqah, kalimah yang baik (nasihat atau motivasi) adalah sedeqah, setiap langkah yang dilangkahinya menuju solat (di masjid) adalah sedeqah dan menghapuskan bahaya/ gangguan daripada jalan (orang ramai) adalah sedeqah.”
Sedeqah ialah ‘memberi sesuatu untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dan mengharapkan pahala dan ganjaran’. (Kamus Al-Raid). Atau, sedeqah ialah apa yang dikeluarkan oleh manusia daripada hartanya atas bentuk ‘qurbah’ (pendekatan diri kepada Allah s.w.t.) seperti zakat, tetapi sedeqah pada asalnya dikatakan untuk orang yang sukarela dengannya dan zakat untuk yang wajib. Kadang-kala disebut juga yang wajib itu sedeqah apabila tuannya mencari sifat benar pada perbuatannya. (Mu’jam Mufradat Alfaz Al-Qur’an, oleh Al-Raghib Al Isfihaniy)
Ruang lingkup sedeqah/ sumbangan yang digambarkan oleh hadis di atas :
Mendamaikan dua pihak yang bertelagah
Memberi khidmat dan membantu orang lain
Nasihat dan memberi dorongan/ motivasi
Melakukan solat di masjid
Membuang dan menghapuskan gangguan daripada jalan orang ramai
1. Mendamaikan dua pihak yang bertelagah
a. Kerja mendamaikan dua pihak yang bertelagah, berkelahi, berbalah, bertembung dan tidak sekata dihitung oleh Nabi s.a.w sebagai sedeqah, walhal sedeqah sebagaimana ditanggapi oleh sebahagian masyarakat kita dan sebagaimana sedia maklum merupakan kerja ibadat dan kebajikan keagamaan.
Hakikatnya, tugas sebegini besar dalam kehidupan bersosial adalah antara intipati ajaran Islam yang dilumpuhkan oleh penjajah daripada pemikiran umat Islam, lalu masyarakat Islam sendiri merasakan ianya tugas yang bukan keagamaan. Pemisahan antara agama dan urusan hidup, Islam dan politik, dunia dan akhirat adalah hasil satu doktrin yang diceduk daripada falsafah materialistik dan ajaran Kristian yang kemudiannya disorokkan ke dalam pemikiran umat Islam supaya menjadi ajaran Islam, agar mudah penjajah memboloti segala aset dan hasil kekayaan umat Islam dan dibawa pulang ke tanah asal mereka.
Sekiranya kita mentelaah ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis Nabi s.a.w., kita akan menemui pelbagai sentuhan bidang kehidupan yang disarankan. Namun, suasana ‘tekanan’ dan ‘jajahan’ fizikal dan mental, emosi dan jiwa umat Islam berabad-abad lamanya menjadikan tumpuan para ulama di zaman tersebut menjurus kepada ritual ibadat sekitar solat, puasa, zakat, haji dan hal-hal kekeluargaan yang terbatas. Bukan para ulama silam tidak tahu dan tidak membicarakan tentang ruang lingkup Islam yang menyeluruh, tetapi zaman penjajahan itu membataskan suara ulama’ dalam jarak yang sempit dan masyarakat tidak mendapat hembusan kefahaman yang tepat. Suara-suara kefahaman Islam yang lengkap dan menyeluruh itu tidak mampu menjadi ‘suara rakyat’ dan ‘bicara umum’. Tentunya hal itu memberi hasil sebagaimana yang dikecapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Bincang saja tentang aktiviti sosial dan pengurusan awam, maka hilanglah roh ‘kerana Allah’, lenyaplah bahasa ‘agama’, dan asinglah Islam daripada kehidupan. Justeru itu, hadis di atas akan membawa kita pulang semula kepangkuan asal kehidupan dan keIslaman yang diutusi.
Tugas mendamaikan dua pihak yang bertembung bukan sebarangan tugas. Ia memerlukan kepakaran tersendiri dan kesenian yang terlatih. Paling tidaknya ia memerlukan : Maklumat yang sebenar kedua-dua pihak, kemampuan berkomunikasi yang tinggi, kecekalan hati yang padu, keberanian yang menyerlah, kesediaan menerima risiko yang memuncak, dan yang paling utamanya ialah ketulusan hati dalam membina masyarakat yang harmoni mengikut acuan Islam.
Masyarakat Islam perlu menyedari bahawa kerja mendamaikan orang yang berkelahi, menyatukan mereka yang berbalah adalah kerja mulia dan tinggi nilai baktinya. Kerja ini bukan kerja mencari ‘nahas’ dan mendapat ‘sakit’ sebagaimana tanggapan sebahagian ahli masyarakat hari ini. Ibu bapa kepada anak-anak yang berani mendamaikan orang lain sepatutnya merasa bangga dengan ketokohan dan kemuliaan peribadi si anak menjadi pengantara dan ‘diplomat’ kepada mereka yang bersengketa. Mereka yang mengambil peranan ‘jaksa pendamai’ ini mesti diberi sokongan dan dibekali ‘modal’ untuk menyatukan pihak yang berpecah. Sebenarnya mereka sedang ‘bersedeqah’ ! Bencikah ibu-bapa dan anggota masyarakat kepada mereka yang bersedeqah ?
b. Mereka yang mempunyai bakat dan kebolehan menyatupadukan pihak yang berpecah sememangnya orang yang membina watak kepimpinan untuk masa depan, bahkan untuk masa kini ! Mereka yang sanggup mendengar cemuhan dan kata nista daripada salah satu pihak yang bertelagah atau kedua-dua pihak yang terlibat, kemudian menyaring segala kekeruhan yang ada dan dihidangkan serbat yang jernih untuk diminum oleh kedua-dua pihak agar mendapat keharmonian hidup, mereka yang sanggup berbuat demikian bukan calang-calang orang…. mereka itu tentu dari kalangan orang-orang biasa yang bertekad luar biasa, berjiwa besar, berlapang dada, penyabar, cekal, penyantun, bijak, banyak idea dan merupakan tokoh masyarakat setempat. Kenapa kita perlu ‘mengurangkan’ bilangan orang-orang sebegitu ?
2. Memberi khidmat dan membantu orang lain
a. Tolong-menolong dalam kebajikan merupakan syi’ar Islam. Memberi khidmat percuma merupakan slogan hidup seseorang muslim. Tabiat ini mestilah diseratakan dalam masyarakat. Perkhidmatan tidak seharusnya menanti imbuhan daripada pihak yang mendapat khidmat. Perkhidmatan adalah percuma dalam perkara yang membawa kebajikan umum. Bagi pihak yang memberi khidmat, sewajarnya bertindak tanpa mengharapkan balasan dan upah tertentu bahkan bekerja dan berkhidmat kerana Allah. Namun, bagi pihak yang mendapat khidmat itu seharusnya memikir dan menyediakan apa-apa sumbangan balas yang berpatutan kepada pihak yang berkhidmat, jika patut. Dan sememangnya patut, meskipun pihak yang berkhidmat tidak mengharapnya. Tindakan majikan/ pihak yang menerima khidmat ini perlu diambil dengan memberi imbuhan berpatutan selagi tidak menjadi ‘budaya’ dalam masyarakat ; Budaya kerja dan upah, tiada upah tiada kerja.
b. Mereka yang menolong dan memberi khidmat mestilah selalu memahami dan menyedari bahawa setiap sumbangan dan amal bakti yang dicurahkan tetap akan dibayar semula oleh Allah s.w.t samada di dunia atau pun di akhirat. Di akhirat akan diganjari dalam bentuk pahala atau ‘wang akhirat’. Manakala di dunia akan dibalasi dalam bentuk bayaran segera atau membalas jasa atau menolak bencana atau sokongan do’a. Hakikatnya, tidak ada satu pun kerja yang tidak ada balasannya. Dalam sebuah hadis lain ada disebut, ‘buatlah kerja apa yang anda mahu, sesungguhnya anda akan dibalasi dengan amal itu.’
c. Ada pepatah yang menyebut : “Berkhidmatlah, wang akan datang kemudian.”
d. Perlu diingatkan selalu bahawa memberi khidmat percuma dan menolong orang yang berhajat adalah sedeqah yang akan menjadi ‘jasamu dikenang’.
3. Nasihat dan memberi dorongan/ motivasi
a. Sedeqah tidak semestinya wang ringgit dan makanan. Adakalanya merupakan ucapan dan bimbingan. Memberi nasihat dan dorongan motivasi merupakan sedekah yang berpanjangan. Ia memerlukan idea yang bernas dan bahasa yang kemas. Antara idea yang bernas ialah menyentuh asal usul manusia dan memberi jawapan kepada soalan : dari mana dia datang ?, untuk apa dia ada di alam ini ?, dan ke mana dia akan pergi nanti?.
b. Seorang kaunselor dan pembimbing mestilah mempunyai kebolehan : Memahami suasana orang lain atau ilmu psikologi yang sesuai, kemampuan berbicara dan berbahasa yang menyentuh sanubari, dan memiliki bakat membawa audien ke sasaran dan matlamat. Paling tidak, penasihat dan pendorong ini mestilah mampu melegakan tekanan dan gangguan orang yang dinasihati itu.
c. Dalam hal ucapan yang indah, seseorang muslim mesti menyedari peri penting bahasa ; samada tatabahasanya, gaya bahasanya bahkan nada suara dan ‘bahasa badan’nya, kerana semua itu memberi kesan yang besar dalam mengubahsuai emosi dan pemikiran seseorang. Selain itu, sentuhan juga tak kurang pentingnya.
d. Kalaulah ucapan yang baik sudah boleh menjadi sedeqah bagi seseorang manusia muslim, maka apa pentingnya merungut ketiadaan harta untuk disedeqahkan ? Pandai-pandailah berbicara dan memberi idea. Kalau tak mampu juga, Nabi s.a.w. memberi saranan lain dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata perkara baik atau pun diam”, diam saja. Tahanlah diri daripada menyusahkan orang lain ! Itu pun bagus.
4. Melakukan solat di masjid
a. Melangkah untuk solat tentunya memberi maksud solat di masjid. Solat di masjid merupakan aktiviti ibadat secara bermasyarakat atau berjamaah. Kenapa solat juga menjadi aktiviti sosial ? Pada asalnya solat merupakan perhubungan intem antara ‘hamba dengan Tuhannya’. Namun perlu diingat, Islam tidak ada pemisahan antara kehidupan dunia dan ibadat kepada Allah. Dalam agenda solat, sesorang muslim mesti menjaga masalah ekonomi iaitu tidak membazir air semasa berwudu’ dan berpakaian lengkap semasa menutupi aurat ; mesti menjaga masalah sosial iaitu meluruskan sof, tidak menimbulkan bau badan yang mengganggu dan mendo’akan keselamatan untuk mereka yang soleh semasa tahiyyat ; mesti menjaga masalah politik iaitu mutaba’ah (menurut/ menyusuli) imam dan sistem gantiannya, menegur imam, menjaga masa dan sentiasa sekata dalam kira bicara dan tindakan.
b. Semasa berjamaah, kelompok masyarakat Islam akan menyedari anggota masyarakat yang bermasalah, kesakitan, kemiskinan, tekanan, kematian dan sebagainya. Solat jamaah boleh menjadi ‘pusat’ dan ‘stesyen’ maklum balas segera sebanyak lima kali pertemuan setiap 24 jam. Tidak wajar kalau masih ada ahli masyarakat yang terpinggir sekiranya amalan solat berjamaah di masjid hidup segar dalam satu-satu masyarakat Islam.
c. Ingat ! Solat merupakan ‘mihrab’ dan munajat hamba kepada Tuhannya, pembersih jiwa, penenang perasaan, pemangkin akal bestari dan penyegar badan. Sekaligus solat menjadi penyembuh kepada penyakit hati dalam masyarakat.
d. Melangkah ke masjid untuk solat pun menjadi sedeqah ! Masih adakah orang muslim yang kedekut ?
5. Membuang dan menghapuskan gangguan daripada jalan orang ramai
a. Segala bentuk gangguan di jalanan dan di tempat awam seharusnya tidak ada dalam masyarakat Islam, kerana ahli masyarakat berfikirkan soal ganjaran pahala melalui sedeqah dalam aspek kebajikan dan keselamatan.
b. Jalan berlopak dan kerusakan harta awam tidak seharusnya menjadi tanggungjawab YB dan kerajaan sahaja, bahkan semua anggota masyarakat berlumba-lumba mencari kesempatan untuk bersedeqah dengan memberi sumbangan harta atau tenaga atau idea dalam menghilangkan gangguan di perjalanan dan tempat-tempat awam. Pihak berkuasa sememangnya sudah memikul tanggungjawab wajib untuk menghilangkan gangguan di mana-mana tempat awam itu, tetapi anggota masyarakat Islam juga tidak ketinggalan untuk memberi sumbangan sukarela demi mendapat pahala yang berganda-ganda melalui amal kebajikan dan khidmat sosial tersebut. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Kesenangan sama-sama dikongsi dan kesusahan sama-sama dibenci.
c. Gejala sosial remaja dan perkara mungkar yang berleluasa hari ini sebenarnya gangguan yang menyakitkan mata masyarakat. Ia sebenarnya, ‘najis’ yang perlu dibersihkan. Berusaha mencegah kemungkaran ini merupakan sedeqah bagi masyarakat Islam dan kewajipan ke atas mereka yang dipertanggungjawabkan.
d. Selain duri, sampah, lopak, najis, bangkai, udara yang tercemar, alam sekitar yang tak terurus dan pelbagai gangguan yang lain, segala bentuk dosa yang dilakukan oleh manusia juga merupakan gangguan yang mesti ditangani oleh semua pihak. Itu semua peluang melakukan sedeqah.
Siapakah yang masih merasa sangsi tentang keindahan Islam dalam menjaga kestabilan masyarakatnya dan individu muslim ? Bahkan penjagaan keselamatan hidup yang dianjurkan Islam itu tidak membataskan hanya kepada mereka yang beriman dan beragama Islam sahaja, malahan kepada semua manusia dan semua makhluk yang melata.
Seseorang muslim mesti bertanggungjawab menyuburkan amal kebajikan sosial dan memenuhi ruang aktiviti dengan amalan positif. Selain untuk kemudahan dan keselesaan awam, sekaligus membentuk dana ‘pahala sedeqah’ di akhirat nanti.
(12)
Erti kesusahan, kesulitan, kepayahan, kesuntukan, dan Kesenangan, kegampangan, kemudahan, kelegaan.
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ(1)وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ(2)الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ(3)وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ(4)فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(5)إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(6)فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ(7)وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ(8) الشرح
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
PETIKAN DAN PENJELASAN :
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(5)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(6)
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ(7)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ(8) الشرح
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
وقال ابن أبى حاتم حدثنا الحسن بن محمد بن الصباح حدثنا أبو قطن حدثنا المبارك بن فضالة عن الحسن قال كانوا يقولون لا يغلب عسر واحد يسرين اثنين …… وقال سعيد بن قتادة ذكر لنا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بشر أصحابه بهذه الآية . فقال : “لن يغلب عسر يسرين.” ومعنى هذا أن العسر معرف فى الحالين فهو مفرد واليسر منكر فتعدد ولهذا قال : “لن يغلب عسر يسرين.” يعنى قوله : فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ، فالعسر الأول عين الثانى واليسر تعدد … عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ” أنزل المعونة من السماء على القدر المؤنة ونزل الصبر على قدر المصيبة.”
ومما يروى عن الشافعى أنه قال :
صبرا جميلا ما أقرب الفرجا
من راقب الله فى الأمور نجا
من صدق الله لم ينله أذى
ومن رجاه يكون من حيث رجا
(تفسير ابن كثير)
Kesulitan sebenarnya satu sahaja, sedangkan kesenangan ada dua atau lebih. Ini ditegaskan oleh Allah dalam ayat 5 dan 6 surah ‘As Syarh’ di atas. Kalimah العسر disebut dengan adanya huruf alif lam menunjukkan ‘tertentu’ dan ulangan kali kedua juga adalah merujuk kepada kalimah yang sama pada sebutan pertama. Berbeza kalimah اليسر di mana dalam ayat di atas tidak didatangkan huruf alif lam yang menunjukkan bahawa kalimah itu ‘tidak tertentu’ yang sekaligus merujuk kepada makna yang umum dan berbilang-bilang. Maka wajarlah dikatakan : Satu kesulitan tidak akan mampu (sampai bila-bila pun) mengatasi dua kemudahan.
Kesulitan sebenar yang satu itu berada dalam diri seseorang berpusat di fikiran dan perasaan manusia. Jalan berfikir yang negatif atau positif, dan kesempitan dada seseorang atau kelapangan dadanya itulah sebenarnya yang menentukan sesuatu itu payah, sukar, sempit, dan kalimah seerti dengannya atau mudah, senang, gampang dan kalimah semakna dengannya. Apa yang terbenam dalam otak seseorang dan apa yang tersirat dalam jantung individu itulah yang membuatkan seseorang itu susah atau senang. Kerana CINTA dan MINAT, segala kesulitan dapat direntasi. Dan kerana BENCI dan CUAK, segala keseronokan menghilang diri.
(13)
Jalan Allah
- Perlukah beragama ?
- Apa dia Islam ? (nama, ta’rif dan pengenalan)
- Sasaran / matlamat / objektif
- Jenis dan sifat
- Urutan keutamaan / kepentingan
- Target
- Alat / bahan
- Aktiviti / program
- Tindakan
- Hasil / produk / natijah
- Siapa ? (orang / petugas) Da’iy dan Mad’u
- Petugas / penyelia / penjaga / pengawas / pengarah / dll
- Pihak dan sasaran
- Penerima / pemberi
- Pelaksana / juru tindak
- Pengagihan tugas / kerja
- Organisasi / perjawatan
- Berapa ? (bilangan dan kos)
- Petugas
- Sasaran
- Kos pendapatan dan perbelanjaan
- Aktiviti dsb
- Di mana ? (tempat dan lokasi)
- Nama tempat / lokasi
- Kawasan / area
- Peta / laluan
- Jarak / kilometer
- Bila ? (masa dan tarikh)
- Rancangan jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang
- Penentuan masa target
- Bermula / berakhir
- Bertindak (sekarang)
- Dari mana ? (punca dan sumber)
- Penyumbang
- Kemasukan
- Kedatangan
- Hasilan
- Ke mana ? (halatuju dan arahsasar)
- Arah tuju
- Mata angin : utara, selatan, timur, barat, dll
- Pemergian / kehilangan
- Bagaimana ? (cara dan teknik)
- Jalan, teknikal dan methodologi
- Rupa bentuk / kelakuan
- Cara / wasilah / wasithah
- Protokol / prosedur
- Suasana / persekitaran / hal
- Rancangan
Apakah Jalan Allah ?
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْقِتَالُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَإِنَّ أَحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا وَيُقَاتِلُ حَمِيَّةً فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ قَالَ وَمَا رَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ قَائِمًا فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ – البخارى
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ – البخارى
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan dalam syarah soheh Bukhori bahawa kalimah Allah itu ialah Agama Allah, iaitu Islam.
Untuk menjadikan Agama Allah itu tinggi mestilah memenuhi sepuluh perkara berikut :
1. Dasar, prinsip, perlembagaan, akta dan enekmen negara atau negeri berteraskan sumber rujukan Islam iaitu Qur’an, Hadis, Ijma’ dan Qias.
2. Hukum-hukum Allah dikuatkuasakan dalam negara di semua peringkat.
3. Lima rukun-rukun Islam iaitu shahadah, solat, zakat, puasa dan haji dan lima keperluan asas manusia iaitu agama, nyawa, akal, harta, keturunan atau maruah diri hendaklah terjaga dan dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat.
4. Perilaku dan akhlak Islam seperti amanah, benar, suka menolong perkara kebajikan, mengelak diri daripada kejahatan, mempermudahkan urusan awam, dsb disuburkan dalam pergaulan dan muamalah masyarakat dan keluarga.
5. Keamanan dan keselamatan awam terjamin oleh keimanan dan sikap penduduk dan ahli masyarakat, dan bukannya bergantung kepada pengawasan polis dan tentera.
6. Aqidah, syari’at, akhlak, keilmuan, kebudayaan, adat dan rutin hidup individu, keluarga, masyarakat dan negara terjamin dan berasaskan pengajaran Islam.
7. Manusia sentiasa mengingati Allah dalam segala urusan hidup, sehinggakan orang bukan Islam pun turut menghormati peraturan dan kehidupan masyarakat Islam meskipun mereka masih menganut agama mereka.
8. Pandangan umum masyarakat dan kira bicara mereka di merata tempat tidak melupakan Allah dan batas-batas syari’atNya.
9. Syiar-syiar dan perlambangan Islam dijaga dan dihormati.
10. Hak asasi manusia terpelihara dan diutamakan.
(14)
ASAS KEPIMPINAN SEKOLAH
Surah Yusof/ 108 memberi kefahaman bahawa organisasi mengandungi :
- matlamat yang jelas
- sistem yang lengkap
- kepimpinan yang tegas
- pengikut yang ta’at
Surah Soff/ 4 memberi kefahaman bahawa sof yang tersusun memerlukan :
- mesyuarat
- menyelaras
- motivasi
- bertindak
- semakan
- pembaikan
Peringkat kepimpinan (Semuanya memerlukan kemahiran asas memimpin dan tambahan maklumat kepimpinan mengikut tahap dan peringkat kepimpinan) :
- dunia
- negara
- negeri
- jajahan
- daerah
- kampung
- organisasi kerajaan
- organisasi swasta
- syarikat perniagaan
- pertubuhan NGO
- parti
- kelab
- rumahtangga
- peribadi
Binaan Organisasi Pendidikan :
- tujuan dalam pendidikan
– redha Allah
– syakhsiyyah menarik
– akademik cemerlang
- sumber manusia
– ketua utama
– pimpinan pertengahan
– pengikut/ petugas/ amilin
– komunikasi dan interaksi
- struktur dan sistem
– pentadbiran (pk pentadbiran, pk HEM, kewangan, setiausaha, keceriaan, pembangunan dll)
– HEM (dakwah, disiplin, kaunseling)
– Kurikulum (sukatan, peperiksaan, penilaian, buku teks dll)
– ko-kurikulum (massak, sukan sekolah, persatuan, badan, kelab dll)
Pemimpin perlulah :
- bertindak dan memberi panduan/ contoh
- menurunkan pengalaman samada bertulis atau lisan berkenaan cara bertindak mengikut urutan kerja
Mengimpikan unjuran masa depan :
- bilangan pelajar
- peningkatan akademik
- kepercayaan masyarakat
- keyakinan diri
- keceriaan persekitaran
210306
TARGET
VISI sekolah untuk pelajar AKADEMIK CEMERLANG SYAKHSIYYAH MENAWAN
MISI sekolah untuk peljar 10 A SPM, 10C SMU, 9A PMR, 10C PMRU DAN 5A UPSR
OBJEKTIF sekolah untuk pelajar MENGUASAI SEMUA BAB DALAM SEMUA SUBJEK
KEPERLUAN ?
- BUKU RUJUKAN
- BUKU LATIHAN DAN ULANGKAJI
- NOTA RINGKAS/ POKET
- GURU PENYELIA
- KELAS MOTIVASI
- WANG POKET
- ALAT TULIS
BAJET ?
- BUKU RUJUKAN 20 X 5 X 5 = RM 500.00
- BUKU LATIHAN DAN ULANGKAJI 10 X 5 X 5 = RM 250.00
- NOTA RINGKAS/ POKET 15 X 5 X 5 = RM 375.00
- GURU PENYELIA 1000 X 5 = RM 5000.00
- KELAS MOTIVASI 200 X 10 = RM 2000.00
- WANG POKET 22 X 10 X 5 X 5 = RM 5500.00
- ALAT TULIS 50 X 5 X 5 = RM 1250.00
TOTAL = RM 14,875.00.
(15)
BAGAIMANA MENELADANI ATAU MENCONTOHI ?
لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا
Sesungguhnya untuk kamu CONTOH TELADAN YANG CEMERLANG ada pada RASULULLAH iaitu bagi orang yang berharap kepada Allah dan hari akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah….
KONSEP CONTOH TELADAN MESTILAH MENYAMAI BAGAIMANA KECEMERLANGAN DICAPAI OLEH ORANG YANG DITELADANI. MENIRU DAN MENCONTOHI SESIAPA PUN MESTILAH MENIRU :
1. ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’ yang dipegang oleh orang yang ditiru,
2. corak berfikir,
3. sikap, disiplin, postur tubuh,
4. tindakan dan amalan yang dilakukan olehnya, keadaan sekitar yang dibina dan,
5. ciri-ciri orang yang berjaya tersebut.
“…..Jika orang lain boleh terjaga pada waktu pagi dengan cepat dan senangnya serta penuh bertenaga, itu ialah hasil yang mereka keluarkan. Soalan berikutnya ialah, bagaimanakah mereka menghasilkannya ? Memandangkan tindakan adalah punca kepada semua hasil, apakah tindakan fizikal dan mental yang tepat yang dapat menghasilkan proses neurofisiologi untuk terjaga dari tidur dengan cepat dan senang ? Salah satu daripada praandaian NLP[1] ialah kita berkongsi neurologi yang sama, oleh itu jika seseorang boleh membuat apa saja dalam dunia, begitu juga anda, asalkan anda mengendalikan sistem saraf anda dalam cara yang sama dengan tepat. Proses menemui dengan tepat dan khusus tentang apa yang dilakukan oleh seseorang untuk mengeluarkan hasil yang tertentu ini dipanggil MENCONTOHI.” Kata Anthony Robbins.
(Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 27)
Justeru itu, mencontohi Rasulullah s.a.w. bererti meniru ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’ yang dipegang oleh Baginda s.a.w., meniru corak berfikir, sikap, disiplin, postur, tindakan dan amalan yang dilakukan olehnya. Lantaran itu juga, orang yang meniru mestilah mempelajari seluruh peribadi orang yang ditiru (Baginda Rasulullah s.a.w) untuk menjejaki langkah-langkah kejayaan yang dicapainya.
Anthony Robbins menyebut, ada tiga buah pintu yang menuju ke arah sebuah dewan bankuet/ jamuan yang hebat dalam proses MENCONTOHI iaitu :
Pintu Pertama : Merupakan sistem kepercayaan seseorang. Apa yang dipercayai seseorang, apa yang difikirkannya boleh atau tidak boleh, hingga ke tahap yang menentukan apa yang dia boleh atau tidak boleh lakukan. Satu ungkapan lama ada mengatakan “sama ada anda percaya anda boleh membuat sesuatu atau pun sebaliknya, anda adalah betul”. Pada tahap tertentu ini adalah benar, kerana apabila anda tidak percaya yang anda boleh melakukan sesuatu, anda menghantar maklumat secara konsisten kepada sistem saraf yang menghadkan atau mengenepikan keupayaan anda untuk mengeluarkan hasil tersebut. Jika sebaliknya, anda menghantar maklumat yang sesuai secara konsisten kepada sistem saraf yang anda boleh membuat sesuatu, kemudian sistem saraf akan memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan hasil yang anda inginkan, dan ini akan membuka peluang kemungkinan untuk mendapatkannya….
Pintu Kedua yang mesti dibuka ialah sintaksis mental seseorang. Sinteksis mental ialah cara orang menyusun pemikiran mereka. Sintaksis adalah seperti kod.
Pintu Ketiga ialah fisiologi. Fikiran dan tubuh badan berkait sepenuhnya. Cara anda menggunakan fisiologi – cara anda bernafas dan berdiri, gaya, air muka dan kualiti pergerakan semula jadi anda – sebenarnya menentukan keadaan yang anda alami. Keadaan yang anda alami kemudiannya akan menentukan berbagai-bagai kelakuan dan mutu kelakuan yang boleh dihasilkan.
(Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 31-32)
Kaedah MENCONTOHI sememangnya bukan sesuatu yang baru, kata Anthony Robbins lagi. Setiap pencipta yang ulung telah mencontohi penemuan orang lain untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Setiap kanak-kanak mencontohi dunia di sekelilingnya. Masalahnya ialah kebanyakan daripada kita mencontohi tahap yang benar-benar tidak teratur dan tidak terfokus. Kita mengambil secara rambang keropas-kerapis[2] daripada orang ini atau orang itu dan kemudiannya terlepas sepenuhnya sesuatu yang lebih penting daripada orang yang lain. Kita mencontohi sesuatu yang bagus di sini dan sesuatu yang tidak bagus di sana. Kita cuba mencontohi seseorang yang kita hormati tetapi mendapati bahawa sebenarnya kita tidak tahu bagaimana untuk membuat seperti yang dibuat oleh orang tersebut.
(Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 34)
Proses meniru dan mencontohi mestilah kepada perkara asas (kepercayaan, cara berfikir, tindakan, disiplin, postur tubuh, dan keberanian mengambil keputusan ) yang menghasilkan sesuatu pencapaian dan kejayaan, bukannya rangka luar yang tidak mendasari prinsip dalaman.
Mencontohi Rasulullah s.a.w. amat memerlukan kepada mempelajari sirah/ perjalanan hidup baginda s.a.w. serta risalah yang dibawanya. Ini bererti kita mesti mempelajari Qur’an, Sunnah Tasyri’iyyah (Sunnah yang wajib dipatuhi) dan Sunnah Ghair Tasyri’iyyah (Sunnah yang tidak wajib dipatuhi tetapi mesti dihormati). Perlu disedari oleh semua masyarakat Islam dan masyarakat dunia sejagat bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan contoh dalam pelbagai aspek dan watak positif bermula daripada urusan peribadi yang khusus sehinggalah kepada urusan negara dan dunia seanteronya, samada politik, sosial, ekonomi, pendidikan, pengurusan sumber dan modal insan mahu pun pengurusan keluarga dan personal. Baginda s.a.w. adalah CONTOH ulung untuk manusia bahkan kalangan jin seluruhnya.
“MENANTI PELUANG ADALAH SATU TINDAKAN DAN ‘USAHA’ YANG MENGHASILKAN NASIB. DAN NASIB ADALAH PERJUDIAN YANG DICAPAI SATU DALAM SEJUTA. PERJUDIAN MERUPAKAN KERJA ‘HARAM’ DALAM KAMUS ORANG-ORANG YANG BERJAYA.”
[1] Neuro-Linguistic Programming – atau nama singkatannya NLP. Jika anda menganalisanya, nama ini berasal dari perkataan “neuro” yang merujuk kepada otak, dan “linguistic”, yang merujuk kepada bahasa. Pemprograman ialah pemasangan sesuatu rancangan atau tatacara. NLP ialah kajian mengenai bagaimana bahasa, samda kedua-duanya secara lisan atau pun bukan lisan, mempengaruhi sistem saraf kita. Keupayaan kita untuk membuat apa-apa saja di dalam dunia bergantung kepada keupayaan untuk mengarahkan sistem saraf kita. Orang yang dapat mengeluarkan sesuatu hasil yang cemerlang membuatnya dengan menghasilkan komunikasi tertentu kepada dan melalui sistem saraf. (Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 26-27)
[2] Keropas-kerapi bermaksud : a. bermacam-macam barang kecil yang tidak ada nilainya ; b. membuat kerja-kerja kecil yang tidak berapa berguna. (Kamus Dewan 1997)
Mengapa Aku Di sini ?
Mengapa Aku Di Sini ?
1988 :
- Aku wujud di alam keliling yang sedia ada dewasa ini bersama dengan pengalaman di alam keliling masa lalu. Aku seorang anak kepada dua orang tuaku, ku panggil ibu dan ayah. Di sampingku, adik beradik, kerabat dekat dan jauh, jiran dan kawan, orang tua dan muda, lelaki dan perempuan. Mereka semua adalah ahli masyarakat desaku.
- Aku merasai kesakitan dan keseronokan, suka dan duka, pahit dan manis, senyum simpul dan masam mencuka, penat dan lega, susah dan senang, dan pelbagai perasaan yang silih bertukar ganti saban masa. Aku melalui masa sunyi, sepi, jauh, dan sendirian. Juga aku melalui masa bingit, hingar, hampir, dan bersama.
- Suatu hari, aku melilau di bandar kecil di daerahku Pasir Puteh. Aku melihat bangunan yang sedang dibina, kenderaan besar dan kecil, mewah dan biasa. Aku bergerak di celah-celah pergerakan manusia ramai dalam suatu pesta yang sederhana. Aku melihat orang berseronok dengan makanan segera, pasangan muda, keluarga dan rakan taulan yang berseronok ke sana sini. Entah mereka punya wang yang banyak, entah tidak. Entah mereka di antara orang yang kaya raya, entah miskin. Namun yang pasti, mereka seronok dan gembira. Aku di tika itu, kelaparan dan kedahagaan. Dalam genggam cuma ada wang untuk tambang pulang. Aku pasti bahawa aku papa kedana. Aku tidak merasai keseronokan pesta itu meskipun aku berada dalam lingkungan mereka yang asyik berseronok.
- Fikiranku menjalar jauh ke pelbagai sudut. Harta. Wang. Kawan. Keluarga. Kemudahan alat komunikasi. Kenderaan. Makanan. Tempat tinggal yang selesa. Prinsip hidup. Bahkan teman sehidup dan semati.
- Kenapa si anak kecil di hadapanku boleh makan tanpa kepenatan ? Kenapa orang di sebelahku bersama pasangannya berseronok dengan makanan, pakaian dan kenderaan mewah ? Orang kayakah dia ? Mengapa mereka ini kaya raya ? Kenapa mereka ini ada orang yang sedia menyambut ketibaannya dan menghantar pemergiannya ? Mengapa aku sendirian tanpa teman bicara, tanpa kawan bersemenda ?
- Fikiranku semakin kusut. Aku masih melilau di bandar kecil daerahku Pasir Puteh. Aku masih mencari jawapan kenapa aku berada di sini ? Berada dalam keadaan begini. Miskin dan jahil. Sunyi dalam khalayak ramai dan jauh di gegak gempita masyarakat bandar kecil. Entahlah kedudukanku jika aku berada dalam masyarakat bandar besar seperti Kuala Lumpur dan New York. Mungkinkah aku menjadi ‘sampah’ masyarakat ? Kenapa aku dilahirkan di desa terpencil dalam keluarga termiskin ? Kenapa aku tidak sama mengecapi kehidupan yang menyeronokkan sebagaimana anak muda yang lain di tengah-tengah kemewahan hidup ?
- Seketika aku melalui sebuah kedai, televisyen sedang memaparkan persengketaan di Iraq dan sorotan kisah di Bosnia. Pembunuhan terhadap semua tahap manusia. Tidak ada nilai harta dan kemewahan di alam itu. Suara bedilan, helikopter, kereta kebal, tangisan, teriakan, kesakitan dan hingar bingar yang menjadi santapan. Bila mereka makan ? Aku tidak tahu. Bila mereka tidur ? Aku tidak tahu. Bila mereka aman ? Aku tidak tahu. Pastinya, aku lebih kecil ujian berbanding mereka di sana.
- Aku merasai sedikit lega selepas menyaksikan sorotan peristiwa itu, meskipun aku masih merasa kepedihan lapar. Lapar dan dahagaku lebih ringan berbanding sakit dan mati mereka di bumi Iraq dan Bosnia.
- Dalam perjalananku untuk pulang ke desa dan kampung halamanku, fikiranku masih rancak menerawang ke alam persoalan ‘mengapa aku di sini’?
- Ya, mengapa aku di sini ? Soalan ini semakin kuat mengocak perasaanku. ‘Mengapa aku di sini ?’ semakin mendesak aku mengaku suatu realiti hidupku, iaitu Kemiskinan dan Kepayahan Hidup. Kalaulah aku senang lenang, kaya raya, bermewah-mewah dengan harta pusaka, tentu aku tidak akan bertanya : Mengapa Aku Di Sini ? Bahkan akan megah sombong menegaskan : Memang, Aku Layak Di Sini !
- Di rumahku, aku termenung jauh. Aku menatap setiap sudut rumahku yang semakin kusam, usang dan lapok. Lantai dan dinding rumahku yang semakin mereput itu ku pandang dengan penuh minat. Di sinilah aku dilahirkan oleh ibuku yang tidak berharta, selain tanah tapak rumah yang semakin goyah ini. Adakah ibu dan ayahku yang bersalah menjadikan aku hidup dalam kemiskinan? Tentu ibu dan ayahku juga beralasankan ibu dan ayah mereka (datuk dan nenekku) yang bersalah melahirkan mereka berdua dalam kemiskinan.
- Sampai bila kitaran menyalahkan orang lain ini akan berakhir.
- Aku rasa tidak adil menyalahkan orang lain apabila kita menghadapi sesuatu masalah, menuding jari kepada orang lain bila diri kita kepenatan dan kesakitan, padahal KITA sendiri yang MENGAMBIL KEPUTUSAN untuk berada di sini.
- Kenapa aku tidak berhijrah saja ke tempat lain yang aku fikir lebih baik ? Tapi, adakah aku akan mampu merubah kehidupanku dengan corak berfikir yang sedia ada ini ? Adakah aku mampu mengalih haluan sejarah hidupku dengan kedudukan yang aku sandang masa kini ? Kemahiran badan tidak ada, kemahiran berfikir sifar, kemahiran bergaul rendah, kemahiran bicara lemah dan tanda belajar tinggi dan ilmu melaut (sijil/ ijazah) tidak wujud. Apa bekalku untuk berhijrah ?
- Aku masih berfikir, mengapa aku berada di sini ?
- Ayah yang bekerja sebagai petani hanya bijak menoreh getah yang ada seekar dua. Hasil getah itulah yang menjadi pemangkin hidup kami sekeluarga. Ibu hanya tahu menoreh bersama ayah, atau mengambil upah menanam padi dan mengutip tembakau. Pengalaman yang lain tidak ada, dan takut pula mengalih punca rezeki yang tidak ada pengalaman kerjanya. TIADA PENGALAMAN dan TAKUT GAGAL itulah yang menjadikan ayah dan ibu kekal di rumah usang ini. Lalu, aku menjadi mangsa mereka berdua ? Ya, benar. Aku menjadi mangsa ayah dan ibu sewaktu aku kecil dan tidak ada akal fikiran, tidak tahu berfikir. Tapi sekarang, aku sudah tahu mengurus diri, tahu memilih yang sedap dan indah daripada yang hambar dan punah. Aku kini sudah dapat membuat keputusan aku sendiri untuk hidup berdikari.
- Terkenang itu semua, aku rasa salah jika aku mempersalahkan dua ibu bapaku dalam menjadikan aku hidup berkemiskinan ini. Lantas, aku bulat hati untuk tidak mengaitkan ayah ibu dalam mencipta kehidupan aku yang sedang aku tempuhi.
- Mungkinkah kerana masyarakatku ? Negaraku ? Dunia ketigaku ?
- Kalau mahu mempersalahkan pihak lain, sedangkan diri kita tidak pernah dipersalahkan, sudah tentu kita akan kekal dalam situasi yang sedia ada tanpa dapat keluar walau pun sejengkal daripada lumpur yang berpalit di badan kita kini. Itu semua merupakan penyakit yang kita tidak mahu sembuh daripadanya. Aku tidak mahu terjebak dalam masyarakat yang berpenyakit tetapi tidak mahu sembuh itu.
- Aku masih berfikir, mengapa aku berada di sini ?
- Dalam usia mencecah 20’an ini, sewajarnya aku sudah mampu merubah suasana kehidupanku, keluarga, masyarakat dan negaraku walaupun perubahan kecil dan tidak drastik. Aku mula menganggap aku yang bersalah dalam menentukan keadaan diriku dan keluargaku.
- Aku teringat beberapa panduan mereka yang berjaya dalam hidup dunia mereka dan hidup akhirat mereka. Ini pun sekelumit maklumat yang aku pelajari daripada sekolah yang aku benci hidup bersamanya suatu ketika dulu. Ya, semasa aku belajar sekolah dulu, aku amat pesimis dengan pelajaran dalam kelas. Membosankan ! Kata hati kecilku. Lebih baik aku balik tidur ! Kata nafsuku. Aku teringat pengalaman orang-orang yang berjaya dari bawah ini, berjaya dari kesusahan desa pedalaman dan kemiskinan keluarga. Antara unsur yang menjadi mereka berjaya ialah, KEYAKINAN DIRI, KERAS KEHENDAK, MENGASAK TERUS KEPADA TARGET, DAN TIDAK MEMPEDULIKAN HAL-HAL REMEH. Selain itu, BERANI GAGAL dan SEDIA MENANGGUNG RISIKO YANG PALING BURUK. Dalam merealisasikan semua itu, mereka mengatur rancangan menuju kejayaan : MENGENAL PASTI MASALAH, MENIMBA MAKLUMAT, MELAKAR STRATEGI, MEMBINA IMAGINASI, DAN BERNAFAS PANJANG. Bernafas panjang bermaksud sabar menghadapi kesulitan awal untuk mendapat keuntungan akhir.
- Bermula dari ingatan inilah aku menyusun kehidupanku akan datang.
- Aku berada di sini adalah hasil pilihan aku sendiri !
- Bila aku mahu pergi dari sini aku boleh berbuat demikian. Aku mesti sanggup sakit dan sanggup berpisah. Mereka yang sayangkan daku, mereka yang sebati dengan sikapku, mereka yang prihatin kepadaku sudah tentu akan merencatkan kehendakku yang mahu beranjak ke suatu situasi baru ini. Tapi, aku mesti tegas membuat keputusan, jika mahu berubah. Mesti berani menempuh halangan !
- Berikut ini merupakan langkah yang aku ambil untuk melakar sejarah modenku, namun setiap orang berbeza pendekatannya :
Langkah-langkah untuk bertindak :
1. Mengenal pasti masalah dan mengenal pasti kekuatan diri.
2. Menyediakan rancangan bergerak tahap demi tahap.
3. Menyediakan modal harta dan minda.
4. Menentukan target yang dikehendaki.
5. Menyenaraikan tenaga bantu yang boleh digunapakai.
- Buat masa ini aku tidak ingin menjelaskan setiap langkah yang aku ambil itu. Aku mahu memahami dulu ‘Mengapa Aku Di Sini’ ?
- Aku masih mencari jawapan soalan tersebut.
- Aku, manusia yang berasal daripada tanah ! Aku, manusia yang membiak daripada setetes mani ! Aku, manusia yang membesar dan berkembang daripada segala sifat kekurangan ! Aku, manusia yang bergantung harap kepada oksigen, air, tempat, masa, dan terutamanya Tuhan Yang Maha Kuasa ! Aku, adalah hamba yang terlalu lemah dan memerlukan pihak kedua untuk melengkapkan peribadinya!
- Namun, aku masih teringat soalan ‘bodoh’ mengapa aku tidak dilahirkan sebagai anak ‘raja’ yang kelahirannya sudah pun mendapat ‘elaun’ untuk hidup mewah dan ‘serba kecukupan’? Mengapa aku dilahirkan dalam kalangan orang yang miskin papa kedana ? Mengapa aku dilahirkan serba ‘tak mengerti’ atau serba ‘jahil’ ? Mengapa aku dilahirkan dalam rupa yang sedia ada masa kini ? Bukan secantik bidaidari atau setampan tengku mahkota ? Mengapa aku berada di sini pada masa ini ? Siapa sebenarnya AKU ? Kenapa aku berada di bumi ini ? Dan ke mana akhirnya aku akan beransur pergi ?
- Aku masih mencari-cari jawapan yang meredakan kegelisahanku ! Aku masih menanti jawapan mengapa manusia tidak sama rata dan seia sekata dalam hidup mereka ?
- Lebih jauh lagi aku memikirkan siapa lagi bersama kehadiranku ini ? Apa yang aku dapat lihat dan rasa sekadar haiwan yang bergerak, tumbuhan yang membesar, air yang mengalir, angin yang bertiup, tanah yang dipijak, api yang membakar, awan yang berarak mega merah yang lesu, matahari yang menyinar, bulan yang mengambang, dan…dan berbagai benda yang lain. Adakah makhluk lain yang hidup bersamaku ? Sesekali berlaku keracauan dalam diri seseorang gadis sunti, lalu bertukar suara dan bahasa, berubah tabiat dan cara, berbeza gerak dan kuasa, lalu aku kebingungan kenapa boleh berubah sedemikian ? Ada orang kata dia dirasuk hantu. Siapa hantu ? Benda cairkah, bekukah ghaibkah, atau sesuatu yang memang wujud tanpa dilihat zatnya namun disedari wujudnya ? Aku kabur tentang hal ini. Sesekali ada orang yang bersikap luar biasa kebaikkannya lantas dikatakan bagai malaikat turun ke bumi. Siapa malaikat ? Alam apa yang dilegari oleh malaikat ini ? Ah, aku kebingungan !
- Oh, Tuhan ! Ah, siapa TUHAN ?! Bahkan siapa diriku ?!!
- Aku tercari-cari jawapan untuk merungkai misteri alam luas ini. Aku akhirnya terlena dalam igauan pertanyaan yang belum kutemui jawapannya……
2008 :
HARI INI, datang lagi soalan Mengapa Aku Di Sini ?
- Ada kawanku berkata, apabila menderita dan berada dalam kesulitan hidup, kau akan mula mempersalahkan orang lain. Dan apabila merasa seronok dan berada dalam kelapangan hidup, kau akan mula mendabik dada dan merasakan segalanya berpunca daripada kegigihan sendiri.
- Aku berfikir sejenak, benar juga pendapat itu.
- Tetapi, tidak semua orang bersikap demikian. Ada orang yang semakin sukar menempuh hidup, semakin rapat kepada Pemberi hidup, yakni Tuhannya. Dan semakin senang mengecapi nikmat Allah semakin meningkat syukur dan banyak berkhidmat.
- Betapa pun begitu, ‘mengapa aku di sini’? Tiada lain jawapan yang lebih benar selain, ITULAH KEPUTUSAN YANG AKU AMBIL ! Anda yang membuat keputusan untuk anda berada di sini !
- 20 tahun yang lalu aku berfikir dan mencari-cari dari mana datangku, untuk apa aku hadir ke dunia ini, dan ke mana hujung jatuhku nanti ?
- Hari ini aku sudah mendapat jawapannya yang serba ringkas dan mencukupi : Aku datang dari Allah, hadir ke dunia ini untuk memperhambakan diri kepada Allah dan kesudahanku nanti ialah kembali kepada Allah.
- Hasil daripada kefahamanku tentang dari mana, untuk apa dan ke mana itu, aku sedar tentang maksud kaya-miskin, senang-susah, sihat-sakit, bahagia-derita, dan pelbagai persoalan lain. Rezeki yang dibimbangi, mati yang ditakuti, pangkat yang dikhuatiri, harta yang diburu, keseronokan yang dikejar, semuanya tertakluk kepada ‘KETENTUAN ALLAH’ meskipun manusia mesti BERUSAHA.
- Lantaran itu, aku tidak resah memikirkan semua itu, biarpun perasaan gusar dan lesu acap melanda fikiran. Semuanya, justeru aku boleh kembali mengadu hal kepada ‘kekasihku’ yang amat menyayangiku, biar pun dalam aku lena dan lupa kepadaNya.
- Mengapa Aku Di Sini ?
- Menyedari aku datang daripada Allah, untuk Allah dan kepada Allah, maka aku berada di sini adalah atas satu misi perjuangan yang getir, pengorbanan nan suci, pengabdian murni, jihad abadi dan cita-cita tinggi dalam meninggikan kalimah Allah.
- Solatku (kepatuhan mutlak), puasaku (kesucian mutlak), zakatku (kebajikan mutlak), hajiku (kesejahteraan mutlak), zikirku, tafakkurku, tadabburku, amalku dan terlebih awal daripada itu semua ialah syahadatku (keilmuan mutlak) adalah persiapan dan bekalan menuju perjalanan dan pendakian tinggi di puncak ‘JIHAD fi sabiilillah’.
- Melihat kepada tanggungjawab yang kutempuh dan perjalanan yang kulalui itu, aku tidak perlu bimbang tentang makan minum, rezeki, kepenatan, ranjau dan apa saja tabiat hidup kerana jaminan daripada Allah tetap berlangsung ke saat tiba ajalku. Anak-anak dan zuriatku bagaimana ? Percayalah kita semua, percayalah tentang jaminan Allah kepada hamba-hambanya.
- Semuanya dalam jaminan Allah : Petikan Surah AtTolaq.
4 `tBur È,Gt ©!$# @yèøgs ¼ã&©! %[`tøxC ÇËÈ çmø%ãötur ô`ÏB ß]øym w Ü=Å¡tFøts 4 `tBur ö@©.uqtGt n?tã «!$# uqßgsù ÿ¼çmç7ó¡ym 4 ¨bÎ) ©!$# à÷Î=»t/ ¾ÍnÌøBr& 4 ôs% @yèy_ ª!$# Èe@ä3Ï9 &äóÓx« #Yôs% ÇÌÈ
2. ….. dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),
3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
`tBur È,Gt ©!$# @yèøgs ¼ã&©! ô`ÏB ¾ÍnÍöDr& #Zô£ç ÇÍÈ y7Ï9ºs âöDr& «!$# ÿ¼ã&s!tRr& óOä3ös9Î) 4 `tBur È,Gt ©!$# öÏeÿs3ã çm÷Ztã ¾ÏmÏ?$t«Íhy öNÏà÷èãur ÿ¼ã&s! #·ô_r&
4. …..dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.
5. Peraturan-peraturan Yang demikian adalah hukum-hukum Allah Yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.
÷,ÏÿYãÏ9 rè 7pyèy `ÏiB ¾ÏmÏFyèy ( `tBur uÏè% Ïmøn=tã ¼çmè%øÍ ÷,ÏÿYãù=sù !$£JÏB çm9s?#uä ª!$# 4 w ß#Ïk=s3ã ª!$# $²¡øÿtR wÎ) !$tB $yg8s?#uä 4 ã@yèôfuy ª!$# y÷èt/ 9ô£ãã #Zô£ç ÇÐÈ
7. Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
`tBur .`ÏB÷sã «!$$Î/ ö@yJ÷ètur $[sÎ=»|¹ ã&ù#Åzôã ;M»¨Zy_ ÌøgrB `ÏB $ygÏFøtrB ã»pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkÏù #Yt/r& ( ôs% z`|¡ômr& ª!$# ¼çms9 $»%øÍ ÇÊÊÈ ª!$# Ï%©!$# t,n=y{ yìö6y ;Nºuq»oÿx z`ÏBur ÇÚöF{$# £`ßgn=÷WÏB ãA¨t\tGt âöDF{$# £`åks]÷t/ (#þqçHs>÷ètFÏ9 ¨br& ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ÖÏs% ¨br&ur ©!$# ôs% xÞ%tnr& Èe@ä3Î/ >äóÓx« $RHø>Ïã ÇÊËÈ
11. …. dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan Yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.
12. Allah Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu.
Surah Al-Nahl :
ª!$#ur @Òsù ö/ä3Ò÷èt/ 4n?tã <Ù÷èt/ Îû É–øÌh9$# 4 $yJsù úïÏ%©!$# (#qè=ÅeÒèù Ïj!#tÎ/ óOÎgÏ%øÍ 4n?tã $tB ôMx6n=tB öNåkß]»yJ÷r& óOßgsù ÏmÏù íä!#uqy 4 ÏpyJ÷èÏZÎ6sùr& «!$# crßysøgs ÇÐÊÈ
71. Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian Yang lain pada rezeki Yang dikurniakanNya; Dalam pada itu, orang-orang Yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu Dengan perbuatan syirik?
- Sayyiduna Umar bin Abdul Aziz r.a. berkata kepada anak-anaknya semasa sakit matinya : “Wahai anak-anakku, demi Allah, ayah tidak akan menegah kamu suatu hak pun yang menjadi milik kamu, ayah juga tidak akan mengambil harta orang ramai untuk menyerahkan kepada kamu. Sesungguhnya kamu adalah salah satu daripada dua orang : Samada seorang yang soleh, maka Allah akan menjaga orang-orang yang soleh. Atau seorang yang tidak soleh, maka ayah tidak akan meninggalkan baginya suatu perkara yang dia boleh menggunakannya untuk mendurhakai Allah. Pergilah kalian daripadaku”
(Al-Siasah Al-Syar’iyyah Fi Islahirraa’i Warra’iyyah – Imam Ibnu Taimiyyah)
(قال سيدنا عمر بن عبد العزيز لبنيه وكان فى مرض موته :
يا بنى والله ما منعتكم حقا هو لكم ، ولم أكن بالذى آخذ أموال الناس إليكم ، وإنما أنتم أحد رجلين : إما صالح ، فالله يتولى الصالحين ، وإما غير صالح ، فلا أخلف له ما يستعين به على معصية الله ، قوموا عنى .)(السياسة الشرعية فى إصلاح الراعى والرعية للإمام ابن تيمية/2000)
- Mengapa aku di sini ? Aku jelas berada di sini dalam semua keadaan adalah di atas kehendakku untuk berada di sini, menjadi AKU dewasa ini ; Beriman, berilmu, beramal dan berbakti! Demi redha Tuhanku, Allah Yang Maha Kuasa!
Monoja120808
PANDANGAN HIDUPKU 2
(6)
Pemimpin Masyarakat Bertaqwa
رَبَّنَا هَبْ لنَا مِنْ أزْوَاجِنَا وَذرِّيَّاتِنَا قرَّةَ أعْيُنٍ وَاجْعَلنَا لِلْمُتقِيْنَ إمَامًا
Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami – daripada pasangan hidup (isteri atau suami) dan keturunan (pengikut) kami – kedamaian mata ; Dan jadikanlah kami pemimpin untuk mereka yang bertaqwa.
Ulasan :
- Konsep do’a : “Doa ialah memohon kepada Allah semoga Ia menyampaikan maksud kita, seraya kita melaksanakan dan mengusahakan dengan segenap tenaga yang ada akan sebab-sebab terjadinya sesuatu yang kita hajati (doakan itu).”
– Pedoman Zikir Dan Do’a, Prof Hasbi Siddiqiey, m.s. 99.
Do’a merupakan :
– Bahan, sasaran, target dan matlamat permohonan mesti jelas
– Permohonan mestilah disertakan dengan kesungguhan yang dijelmakan pada intonasi (nada) suara, memek (kerut) muka, kinestetik (gerak badan) dan keikhlasan hati.
– Permohonan mestilah disertakan dengan perancangan kerja dan jadual tindakan yang perlu ditepati.
– Permohonan hendaklah dibuktikan dengan tindakan dan amalan dalam mencapai matlamat, target, sasaran dan bahan yang ditentukan tadi.
– Hasil ? Hasil adalah urusan Allah…..
- رَبَّنَا هَبْ لنَا مِنْ أزْوَاجِنَا وَذرِّيَّاتِنَا قرَّةَ أعْيُنٍ ….. Keratan pertama daripada doa :
– Menyedari bahawa :
a. Keluarga adalah teras keharmonian hidup.
b. Keluarga adalah masyarakat kecil yang paling dekat kepada seseorang.
c. Keluarga merupakan dinamo yang sentiasa memberikan tenaga dan motivasi diri.
d. Keluarga, terutama ibu dan ayah, adalah pendokong setia ahlinya.
e. Keluarga merupakan benteng terakhir dalam mempertahankan seseorang.
f. Keluarga adalah batu-bata binaan sesebuah masyarakat.
g. Keluarga adalah mata air yang sentiasa berguna untuk seseorang.
h. Keluarga adalah syurga dunia dan stok bekalan dalam perjuangan.
– Pasangan samada isteri atau suami ;
a. Pemilihan calon berasaskan agama, keturunan, harta dan rupa paras.
b. Menentukan prinsip asas pergerakan rumahtangga dan garis panduan tugas, tanggungjawab (kewajipan) dan hak (tuntutan).
c. Menyediakan sistem pendidikan dalaman yang terancang dan berjadual
d. Mewujudkan suasana harmonis, tolak ansur dan saling memahami.
e. Melahirkan penghargaan, iithar ( mengutamakan orang lain daripada diri sendiri), dan menyumbang khidmat.
– Zuriat samada anak cucu atau pengikut :
a. Menyediakan pendidikan awal semasa dalam kandungan, kelahiran, kanak-kanak, dan remaja.
b. Mewujudkan sistem pendidikan rumahtangga yang anjal dan berterusan.
c. Memberikan kasih sayang yang terancang dan berpatutan.
d. Memenuhi tuntutan pendidikan yang lengkap samada jasmani, emosi, rohani dan terutamanya intelek.
- وَاجْعَلنَا لِلْمُتقِيْنَ إمَامًا ….. Keratan kedua daripada doa :
– Menyedari bahawa :
a. Masyarakat memerlukan sistem sosial, ekonomi dan politik yang tepat dan kuat di mana terasnya ialah aqidah, budayanya ialah syari’at dan nilainya ialah akhlak. Semuanya berasaskan sistem pendidikan.
b. Masyarakat mestilah mempunyai peraturan dan undang-undang yang jelas dan berautoriti (syari’at) dalam menangani gejala tidak sihat ahli yang bolos daripada sistem pendidikan.
c. Masyarakat mestilah mempunyai pemimpin yang berkemampuan mentadbir, memimpin, memandu, menasihati dan mengendalikan ahli masyarakat menuju keredhaan Allah Tuhan Yang Mencipta, Memberi rezeki dan Menghidup dan Mematikan makhluk semua.
d. Masyarakat mestilah mempunyai anggota keahliannya yang bertaqwa dan sentiasa waspada terhadap anasir-anasir perusak dan peluntur keharmonian dalam kehidupan bersosial.
e. Masyarakat mestilah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dalam memberi khidmat dan sumbangan kepada anggotanya sebagaimana ia menuntut pengorbanan yang besar daripada mereka.
f. Masyarakat mestilah meningkatkan keupayaan ilmu dan teknologi yang mantap serta membentuk rangkaian kebudayaan yang bermutu tinggi.
g. Masyarakat perlulah menyediakan ruang dan suasana yang memudahkan kelahiran para pemimpin yang berkaliber dan berpotensi untuk menjamin arus kepimpinan bergerak laju dan berterusan.
– Pemimpin
a. Mestilah memenuhi syarat-syarat kepimpinan, ciri-ciri pemimpin, dan autoriti memimpin.
b. Berusaha membina dan menyediakan masyarakat yang bertaqwa sebelum mampu menjadi pemimpin kepada mereka yang bertaqwa.
c. Mewujudkan sistem yang lengkap bersesuaian dengan rangka taqwa untuk sof kepimpinan dan masyarakat sejagat.
d. Usaha pembinaan adalah berterusan dan berkesinambungan.
– Masyarakat
a. Bertaqwa dan sedia menerima sistem ketaqwaan
b. Bekerjasama melahirkan pemimpin bertaqwa dan sanggup dipimpin ke arah jalan taqwa.
c. Mewujudkan pandangan umum ahli masyarakat berteraskan taqwa ; membicarakan tentang ketuhanan, risalah kenabian, syari’at, matlamat hidup di dunia, kesudahan hidup di akhirat, ibadah, zikir, amar ma’ruf, nahi mungkar dan lain-lainnya.
d. Bercakap dalam satu bahasa dan satu rentak bersama pemimpin bertaqwa.
- Rumusan :
– Ulangan doa adalah penting kerana ia membina pemikiran autosugesti atau minda bawah sedar seseorang.
– Mendoakan rumahtangga harmonis dan berharapan menjadi pemimpin kepada orang-orang bertaqwa mestilah disertakan bersama rancangan masa depan dan tindakan kerja yang positif.
– Pembinaan dan tarbiah adalah satu keperluan yang mesti bermula dan sentiasa wujud tanpa henti selagi gelombang masyarakat itu hidup dan bergerak.
– Pemimpin dan masyarakat merupakan dua pihak yang berbeza tetapi bersatu. Rentak perjalanannya berlainan tetapi tidak boleh berpisah. Keduanya saling memerlukan antara satu sama lain. Keduanya mestilah mengikuti jalan taqwa dan seiring menuju keredhaan Allah s.w.t.
Sekian 170105. 10.40 am. SMUDPR
(7)
PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI :
- Matlamat yang jelas untuk dicapai – ringkas padat
Dalam mendasari ‘Allah Matlamat kami, Rasul ikutan kami, Qur’an perlembagaan kami, Jihad jalan kami dan Syahid cita-cita kami’, matlamat yang boleh disenaraikan sebagaimana di bawah :
-
- matlamat beragama – matlamat hidup keseluruhan
- matlamat peperiksaan semasa – tahunan/ jangka pendek
- matlamat universiti – jangka sederhana
- matlamat kerjaya – jangka panjang
- matlamat kewangan
- matlamat kenderaan
- matlamat kediaman
- matlamat perkahwinan
- matlamat zuriat
- matlamat usia emas
- Perancangan yang kemas untuk mudah dilaksanakan – jangka pendek dan jangka panjang. (Perancangan memerlukan ilmu dan pengalaman)
- apa
- siapa
- bila
- di mana
- bagaimana
- mengapa
- berapa
- ke mana
- Peribadi yang tegas untuk gagah melangkah ke hadapan. – Sifat terpuji dan positif terutama Ikhlas, Sidq dan Sabar.
- sifat terpuji – positif
– ikhlas
– sidq
– sabar
– amanah
– pemaaf
– lapang dada
– tenang
– berhati-hati dsb
-
- sifat terkeji – negatif
– dengki
– pemarah
– khianat
– talam dua muka
– pengumpat
– pendendam dsb.
DITANYA kepada Taqiyuddin Al Hasan Al Basrhry r.a. : “Apakah rahsia zahid tuan mengenepikan dunia ?”
Beliau menjawab :
“Empat perkara :
- Aku tahu yang rezekiku tidak akan diambil orang lain, maka hatiku pun menjadi tenteram dan lapang,
- Aku tahu bahawa amalanku tidak dibuat oleh orang lain, maka aku pun terus mengamalkannya,
- Aku tahu bahawa Allah sentiasa mengawasiku, lalu aku pun merasa malu jika Dia mendapatiku melakukan maksiat,
- Dan aku tahu bahawa maut sentiasa menantiku, lalu aku pun menyediakan bekalan untuk menghadap Allah.”
– Islam Membina Jiwa Manusia, Oleh Dr Abdul Hamid Kusyk. Alihbahasa Muhd Labib Ahmad. Terbitan Jaheaik 1987, ms ix.
Mencari Nilai Diri
- Bahagia – kemuncak kemahuan dan pencarian manusia. Hanya dapat digapai oleh mereka yang ma’rifat akan Allah.
- Tenang/ Damai/ Tenteram/ Harmoni/ Sejuk hati – cita rasa yang diburu manusia. Hanya boleh dampingi oleh ahli yoga, meditasi dan pertapaan.
- Gembira/ Suka/ Seronok – keinginan yang diboloti kebanyakan orang. Boleh dikuasai oleh sesiapa saja.
- Ketawa – sifat yang dimiliki oleh sesiapa pun. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan.
Dari mana kita datang ?
Apa tujuan hidup kita?
Ke mana kita akan pergi?
(8)
Membina Roh Mukmin
زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنْ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ(212) البقرة
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
“Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir”
- Hakikat dunia tenggelam tidak tampak di mata mereka yang kufur. Terlihat di depan mata mereka suatu keindahan dunia yang memukau dengan segala perhiasan dan tipu daya, sebagaimana seorang anak muda yang terpukau dengan kecantikan gadis yang dihiasi dengan segala perhiasan. Apabila dilunturkan semua perhiasan itu, terserlahlah kecacatan diri si gadis yang menjejekkan. Si jejaka akan kecewa dan menggigit jari kekesalan.
“Sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.”
- Oleh mereka yang kufur akan sentiasa mengejek, memperlekeh, menghina dan memandang rendah kepada orang-orang yang beriman lantaran keimanan mereka yang bercirikan kepada kepercayaan kepada perkara yang ghaib, mempercayai kitab Qur’an yang tidak segera mendatangkan faedah material, melakukan ritual solat yang tidak nampak keuntungan segera, mengeluarkan zakat harta dan fitrah yang jelas mengurangkan isi genggaman, padahal segala yang dilakukan si mukmin itu adalah keuntungan yang jelas untuk jasmani, rohani, emosi dan kognitif/ akal. Seperti ahli perniagaan, dilihatnya keuntungan jangka panjang lebih besar daripada kerugian jangka pendek, lalu dia sanggup ‘gila-gila’ mengorbankan apa saja pada masa kini, namun penghujungnya keuntungan yang diperolehi menjadikan orang lain tergigit jari.
“Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak.”
- Sesuatu kerja dipandang pada kesudahannya samada positif atau negatif. Sesuatu perniagaan dilihat pada keuntungannya samada besar atau kecil. Seseorang pilihan akan diperhatikan pada sikapnya samada tetap pendirian atau lemah semangat. Begitulah penghujung mereka yang bertakwa….. setelah diselidiki, hidup ini yang pasti akan musnah dan digantikan dengan kehidupan yang lain, iaitu akhirat….maka sesungguhnya di akhirat nanti, mereka yang bertaqwa pasti akan mengatasi mereka yang kufur. Pasti ! Justeru, kenapa perlunya digusari keangkuhan mereka yang kufur dalam hidup dunia yang terlalu singkat ini dibandingkan kemenangan mereka yang bertaqwa di akhirat nanti yang tempoh kehidupannya adalah berkekalan? Cubalah bandingkan : Sehari di akhirat adalah bersamaan 1000 tahun di dunia ini. Apakah nisbah seronok dan derita 100 tahun di dunia berbanding bahagia dan seksa sehari di akhirat ? Perhatikan ayat berikut :
يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنْ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ(5) السجدة
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.
وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ(47) الحج
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
“Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).”
- Kebimbangan manusia sejagat tidak lepas daripada persoalan rezeki. Kekurangan rezeki merupakan permulaan kelaparan, dan kelaparan menjadi anak tangga menuruni kesakitan, manakala kesakitan pula akan menjunamkan manusia ke lembah kematian. Itulah apa yang dibimbangi manusia… rezeki dan ajal ! Sebaliknya, seseorang mukmin sentiasa sedar tentang rezeki dan hakikat ajal. Ajal kematian adalah saat perpindahan hidup daripada alam dunia ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat. Nanti di sana, si mukmin akan dapat bertemu ‘kekasih agungnya’ iaitu Allah swt. Peluang itu amat dinantikan oleh setiap mukmin yang bertaqwa. Apa lagi yang dirisaukan dengan kematian, jika demikian peluangnya ? Sementelahan itu, Allah sendiri memberi jaminan tentang rezeki seseorang. Apa yang perlu dibimbangi lagi !? Rezeki ialah : Adakala memberi maksud pemberian yang berterusan samada duniawi atau pun ukhrawi, adakala bermaksud nasib, dan adakala bermaksud apa yang sampai ke rongga perut dan boleh mengenyangkan dengannya. Rezeki boleh terjadi dalam bentuk harta, pangkat, ilmu, hujan, makanan mengenyangkan, dan lain-lain. (Lihat : Mu’jam Mufradat Alfaf AlQur’an Oleh Ar Raghib Al Asfihani.)
- Mereka yang berfikir selapis atau sekilas pandang atau apa yang zahir di mata, akan merasa lemah semangat untuk berada di pihak yang benar. Ini kerana segala kemudahan dan keseronokan, kekuatan dan kebanyakan orang, media massa dan teknologi lebih banyak berada di tangan mereka yang kufur. Namun, mereka yang beriman sentiasa memandang sesuatu bermula daripada langkah pertama yang tepat dan penghujung tindakan yang positif. Lantaran itu, dia tetap gembira dengan apa yang dijanjikan Allah, iaitu kemenangan akan berakhir di pihak yang benar dan kesudahan pasti berpihak kepada mereka yang mukmin bertaqwa. Akhirnya, bukankah orang-orang yang yakin dengan janji Allah dan orang yang percaya dengan kebenaran tetap akan mengatasi kebatilan itu akan merasa tenang dan damai, sebagaimana tenang dan damainya seorang doktor yang sudah tahu bagaimana kesudahan penyakit yang dirawatinya ? Kalau demikian, seorang mukmin yang bertaqwa akan mampu berfikir lebih power dan berprestij berbanding orang yang dihambat perasaan bimbang dan takut. Apabila anda tenang dan sudah tahu penghujung sesuatu kerja, anda pasti mampu melakukan perkara yang terbaik dan hebat sekali. Monoja071006.
وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ(66) المائدة
Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.
الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ فَإِنْ كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِنْ اللَّهِ قَالُوا أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ وَإِنْ كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ قَالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُمْ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا(141) النساء
(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا(28) الكهف
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(9)
Melepasi Halangan Dan Membina Jatidiri
Lemah kehendak (إرادة) adalah kerana bimbang (همّ) dan sedih ( حزن). Lemah hasilan (إنتاج) adalah kerana lesu (عجز) dan malas (كسل). Lemah ekonomi (مال) adalah kerana pengecut(جبن) dan bakhil (بخل). Dan lemah kemuliaan (عزة وكرامة) adalah kerana penguasaan hutang (غلبة الدين) dan tekanan orang (قهر الرجال). Maka mohonlah perlindungan daripada kelemahan-kelemahan itu dengan do’a :
اللهم إنى أعوذ بك من الهم والحزن ، وأعوذ بك من العجز والكسل ،
وأعوذ بك من الجبن والبخل ، وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kebimbangan dan kesedihan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kelesuan dan kemalasan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kebaculan dan kebakhilan. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada penguasaan hutang dan tekanan orang.
Imam Hasan Al Banna.
- Bimbang dan sedih
1.1. Apabila wujud kebimbangan, secara pasti akan menyusulnya kesedihan. Ini kerana rasa sedih adalah urutan kebimbangan.
1.2. Kebimbangan berpunca daripada bahaya yang bakal menimpa. Bahaya paling besar ialah kematian. Kemudian kesakitan, kelaparan, kemiskinan, kebodohan, kegagalan, keasingan, kehinaan dan sebagainya.
1.3. Bagi memastikan kesedihan tidak menimpa anda, adalah perlu anda membunuh segala punca kebimbangan yang mungkin terjadi. Ianya boleh dilakukan dengan cara menyenaraikan masalah anda yang berpotensi membawa kepada rasa bimbang itu satu persatu dan aturkan mengikut keutamaan. Masalah anda mungkin terdapat dalam perkara-perkara berikut :
a. Musibah kematian, kebakaran, kemalangan dsb.
b. Kesihatan yang terganggu.
c. Kewangan yang tidak mencukupi.
d. Pelajaran yang tidak hadam.
e. Ikatan tali kekeluargaan yang tidak kuat.
f. Perhubungan sosial yang terancam.
g. Tekanan emosi yang tidak menentu dsb.
1.4. Bagaimana anda boleh mengatasi kebimbangan itu ?
a. Banyakkan do’a dan solat.
b. Meningkatkan keimanan dan keyakinan kepada ketentuan Allah atau Qada’ dan QadarNya.
c. Membuat perancangan dan persedian yang terperinci dan rapi untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.
d. Membuat andaian risiko paling buruk yang mungkin terjadi ke atas diri anda.
e. Menerima kenyataan peristiwa yang berlaku dengan penuh puas dan redha tanpa melupakan punca kejadian dan cara mengatasinya.
- Lemah lesu dan malas
2.1. Apabila wujud kelesuan, secara pasti akan menyusulnya kemalasan. Ini kerana rasa malas adalah rentetan kelesuan.
2.2. Kelesuan berpunca daripada pemikiran yang negatif, tubuh badan yang tidak sihat, ekonomi yang tidak stabil, maklumat yang kabur, dan persekitaran yang membosankan.
2.3. Anda perlu menyedari kelemahan-kelemahan yang anda sedang hadapi masa kini. Sila semak tingkat pemikiran anda, status kesihatan anda, tahap ekonomi anda, daya ilmu anda dan suasana alam sekeliling anda samada pakaian, makanan, tempat tinggal, keluarga, kawan, guru, buku bacaan atau sumber maklumat dsb. Adakah ianya menjadi sebab dan punca kelesuan atau kelemahan kehendak, semangat, badan dan pemikiran anda ? Jika ya, apa patut anda lakukan perubahan kepada diri anda ?
2.4. Senaraikanlah semua kelemahan anda samada di sudut :
a. Pemikiran dan sikap.
b. Kewangan dan bakat.
c. Persekitaran dan landskap.
d. Kesihatan dan maklumat.
e. Perhubungan dan etiket.
f. Wawasan dan matlamat dsb.
2.5. Bagaimana mengatasi kelemahan dan kelesuan anda ?
a. Bentuk cara berfikir anda yang positif melalui kelas motivasi dan perbincangan dua hala.
b. Tambahkan maklumat anda melalui pembacaan yang berterusan dan kepelbagaian bidang.
c. Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan anda, menjaga pemakanan yang seimbang dan melakukan senaman yang berpeluh.
d. Berjimat cermat dalam menggunakan kewangan kepada perkara yang perlu dan penting sahaja. Jayakan amalan penabongan wang.
e. Binalah personaliti dan persekitaran anda sehingga menjadi kelas pertama.
f. Jalinkan perhubungan intem dengan rakan yang berfikiran dan bersikap positif.
g. Elakkan daripada terjebak dan terjerat ke dalam kancah emosi negatif samada marah, benci, dengki, cinta melulu, dan putus asa. Ringkasnya, elakkan diri anda daripada sifat-sifat tercela dalam Islam dan hiaskan diri dengan sifat-sifat terpuji.
h. Pupuk semangat dan daya usaha baru yang positif.
- Pengecut dan bakhil
3.1. Apabila wujud sifat pengecut, secara pasti akan menyusulnya kebakhilan. Ini kerana sifat bakhil adalah ekoran sifat kecut perut dan kebaculan.
3.2. Pengecut atau bacul merupakan hasil daripada tiada matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi. Hidup sekadar menurut angin seperti lalang yang melintuk-lintuk ke kiri dan ke kanan tiada pendirian, dan bukan pula hidup merempuh angin seumpama wau yang meninggi tegak.
3.3. Orang yang terlalu takutkan risiko kehidupan seperti takut gagal, takut hilang, takut sakit, takut miskin dan sebagainya sentiasa dihambat rasa bimbang dan kecut perut. Padahal orang-orang yang berjaya di dunia ini hanyalah orang yang sanggup menerima sebarang risiko termasuklah kematian. Berani-bijak tidak pernah memendekkan umur orang dan penakut-bodoh tidak pernah memanjangkan usia manusia.
3.4. Anda mesti menjadi insan pemberani. Sebab orang yang berani mencuba cara baru, berani menanggong risiko, berani menempuh ujian, berani memberi, berani menyahut cabaran sentiasa akan menang dan berjaya.
3.5. Seorang yang pengecut dan bacul sentiasa bekerja membunuh diri sendiri dalam senyap. Dia berusaha membunuh harga dirinya, prinsip hidupnya, akal panjangnya, jiwa raganya, bahkan tubuh badannya. Si pengecut dan si bacul tidak pernah boleh memimpin dan dipimpin, tidak pernah mengharap dan diharap. Jalan fikirnya ialah berusaha lari bukan berusaha mara, berusaha mengelak diri bukan berusaha menawar jasa. Lantaran itu, jadilah pemberani dan bukan seorang pengecut lagi bacul.
3.6. Bagaimana anda boleh menjadi pemberani ?
a. Apabila anda mempunyai cita-cita tinggi lagi mulia dan sentiasa memanaskan penunu kehendak yang berkobar-kobar.
b. Apabila anda memahami situasi dan keperluan semasa.
c. Apabila anda sedar kekuatan, kelemahan, halangan dan peluang diri anda dan pihak lain.
d. Apabila anda sentiasa bersedia dalam menghadapi apa saja kemungkinan yang akan berlaku.
e. Apabila anda dimandikan dengan air ‘cinta’ yang mendalam.
f. Apabila anda tidak mahu kalah dan mengalah.
g. Apabila anda mahukan diri anda yang ada harga dan nilai di sisi Allah dan makhlukNya.
- Penguasaan hutang dan tekanan orang.
4.1. Apabila wujud penguasaan hutang, secara pasti akan menyusulnya tekanan orang. Ini kerana tekanan orang adalah susulan timbunan hutang.
4.2. Timbunan hutang keliling pinggang dan tekanan orang kiri kanan adalah terjemahan daripada hidup tidak terancang, bernafsu besar dan berjiwa kecil.
4.3. Apabila anda mempunyai banyak ‘keinginan’ nafsu dan halatuju yang tidak tersusun mengikut keutamaan/ kepentingan yang segera dan keutamaan/ kepentingan yang tidak segera, maka sudah tentu jalan hidup anda akan berselirat dengan tugasan yang tidak penting tetapi segera atau tidak penting lagi tidak segera. Hasilnya jelas, iaitu buat sesuka hati menurut nafsu yang tidak terkekang.
4.4. Mungkin juga beban hutang dan desakan orang berpunca daripada gopoh membuat keputusan dan melimpah menaruh harapan. Belum pun pasti hitam putihnya sesuatu, anda sudah membuat keputusan. Akhirnya hutang ! Belum pun pasti akan dapat sesuatu, anda telah menaruh harapan tinggi. Penyudahnya hutang ! Bila berhutang, tentu anda akan merasai tekanan orang secara langsung atau tidak langsung.
4.5. Jalan berfikir orang yang dilingkungi hutang terlalu sempit. Dia akan dihambat oleh perasaan bimbang kalau hutangnya dituntut orang sebelum dia bersedia melunaskannya. Jiwanya sentiasa tertekan oleh pelbagai igauan buruk yang tidak berkesudahan selagi hutangnya tidak hilang. Orang yang berhutang berada dipihak yang kalah sepanjang masa sebagaimana orang yang salah berada dipihak yang lemah sepanjang zaman.
4.6. Ingat ! Hutang terlalu luas bidangnya. Hutang wang, hutang budi dan jasa, hutang cinta dan kasih sayang, hutang simpati orang, hutang nyawa, hutang bantuan, hutang subsidi, dan sebagainya. Jangan banyak berhutang, nanti payah hendak membayarnya. Derita kita, biar kita yang tanggung sendiri. Bahagia kita, berilah dikongsikan orang lain.
4.7. Bagaimana cara mengelak daripada penguasaan hutang dan tekanan orang ?
a. Binalah kekayaan jiwa dan kebesarannya. Itulah kekayaan sejati.
b. Berqana’ah atau berpada dan merasa puas dengan kurniaan Allah swt., dalam masa yang sama mencari punca kelemahan untuk dibaiki dan merancang untuk perolehan yang lebih baik.
c. Suluhlah jalan bertindak dengan susunatur ‘penting-segera, penting-tidak segera. Dan jauhilah perkara yang tidakpenting-segera dan tidakpenting-tidaksegera.
d. Jangan menurut nafsu.
Sekian. 170704
Semakan 150107
(10)
Mari Berfikir Sejenak
Asas berfikir.
Berikan jawapan anda kepada soalan-soalan berikut :
- Apa yang kita buru dalam hidup ini ? Harta, pangkat, kemewahan, keseronokan atau kebahagiaan ?
- Perlukah kita hidup dalam lingkungan disiplin, peraturan, hukum dan undang-undang ?
- Perlukah manusia kepada agama ? Dan kalau ya, agama yang mana mesti dianuti oleh setiap manusia ?
- Islamkah kita sekarang ? Bagaimana pengesahan Islam seseorang itu apabila baligh ? Adakah kita benar-benar memahami Islam dan menyanjunginya ? Benarkah kita menyintai Islam ? Dan setujukah kita berada dalam peraturan dan lingkungan hukum Islam ?
- Tahukah kita kandungan Al-Quran dan tuntutannya ?
- Bagaimana cara kita bekerja untuk Islam ?
Jawapan yang dicadangkan (lihat lampiran) :
- Bahagia di dunia dan di akhirat, atau setidak-tidaknya bahagia di akhirat. (L1)
- Ya, terpaksa akur dan tidak mampu mengelak kerana sunnatullah/ semulajadi. (L2)
- Ya, tentunya Islam kerana saya membesar dalam masyarakat penganut Islam. (L3)
- Ya, tetapi semuanya memerlukan bukti untuk pengesahan. (L4)
- Entah, sebabnya saya tidak mendalami bahasa Qur’an dan ilmunya. (L5)
- Tentunya mengikut acuan baginda Rasulullah s.a.w. (L6)
Generasi Al Qur’an
Tuntutan dan tanggungjawab kita :
- Membaca Al-Qur’an dengan tartil/ bertajwid.
- Memahami Al-Qur’an mengikut kaedah bahasa Arab yang tepat dan usul tafsir yang diperakukan.
2.1. Ilmu alat : Bahasa dan lainnya
2.2. Asbabunnuzul
2.3. Nasakh mansukh dsb.
- Melaksanakan segala kewajipan individu (fardhu ‘ain) selengkapnya.
3.1. Syahadah
3.2. Solat
3.3. Puasa
3.4. Zakat
3.5. Haji
3.6. Akhlak
3.7. Fardhu semasa
- Berusaha melaksanakan kewajipan awam (fardhu kifayah) sedapatnya.
4.1. Ilmu
4.2. Kepimpinan
4.3. Pelaksanaan hukum syara’
4.4. Fardhu semasa
- Perasaan ‘belajar untuk melaksanakan’, atau keimanan mendahului kefahaman dan tindakan.
(Lampiran 1)
Kalau setakat suka dan ketawa hilai itu sudah dikira bahagia, kanak-kanak pun dapat ikut serta orang dewasa merasainya dalam keadaan tidak mengerti hakikat perkara yang diketawakan, tidak memahami sebab dan akibat suasana tersebut. Bahagiakah selepas berkejar-kejaran lalu jatuh tersungkur menyembah bumi ?
Kalau setakat seronok dan gembira itu telah dianggap bahagia, para remaja pun boleh berkongsi dengan orang yang matang dan cerdik pandai walhal mereka tidak berfikir baik buruk tindakan yang diambil dan kesan masa depan perbuatan mereka. Bahagiakah selepas bercumbu-cumbuan lalu dicekup oleh pegawai agama ?
Kalau setakat senang, tenang dan damai itu sudah dihitung bahagia, ahli fikir dan pelatih yoga atau petapa pun bisa mengecapi apa yang diboloti oleh orang kenamaan dan filosofi dalam keadaan tidak pasti hujung jatuh dan penyudah kehidupan sesudah mati. Bahagiakah mereka dengan perolehan yang terbatas di alam fana ini, sedangkan di alam akhirat yang pasti datang, mereka merana berpanjangan ?
Hakikatnya, bahagia hanya dikecapi oleh mereka yang mengenal Allah (‘Arif Billah) terutama para nabi, golongan siddiq, mereka yang syahid dan orang-orang solih. Sebagaimana kata Imam Al-Ghazali dalam ‘Ihya’ Uluumiddin’nya (Jilid 1, ms 67-Dar fikri, cetakan ke 3/1991) :
وأما الفوز بالسعادة فلا يناله إلا العارفون بالله تعالى ، وهم المقربون المنعمون فى جوار الله تعالى بالروح والريحان وجنة النعيم ، وأما الممنوعون دون ذروة الكمال فلهم النجاة والسلامة كما قال الله عز وجل (فى سورة الواقعة/ 88-91)
Bermaksud :
“Dan adapun kejayaan mencapai KEBAHAGIAAN maka tidak memperolehinya melainkan oleh orang-orang ‘ARIF (mengenal) Allah Ta’ala, dan mereka itu ialah Muqarrabun (orang yang hampir kepada Allah dengan ta’at) lagi Mun’amun (orang yang diberi nikmat) berada di sisi (berdekatan) Allah Ta’ala dengan berehat dan kesenangan dan syurga penuh nikmat. Manakala orang-orang yang ditahan sampai ke kemuncak kesempurnaan maka untuk mereka adalah kelepasan dan keselamatan sebagaimana firman Allah Azza wajalla (dalam surah Al-Waqi’ah/88-91)”
Ada ketikanya seseorang itu merasai kebahagiaan yang berkala ; rasa bahagia sebentar kerana sebab-sebab tertentu (seperti dalam alam percintaan sewaktu berada di sisi kekasih) sehingga tidak terkesan bahkan terasa remeh baginya segala ujian dan tribulasi. Namun sesudah itu, datang pula perasaan yang sebaliknya (seperti risau, sedih, takut, marah, benci, menyampah, sunyi, rindu, tersisih, stress dsb) yang menyebabkan bahagia tadi hanya tinggal kenangan. Orang yang merasai bahagia yang sebegini (bahagia berkala atau sekali-sekala) bukanlah dinamakan orang yang bahagia, sebagaimana orang yang tidak berduit sehari dua bukanlah dinamakan orang yang papa kedana. Tetapi orang yang bahagia ialah bahagianya kekal berterusan sampai akhir hayat, samada semasa berduit atau tidak berpitih, semasa disanjung atau disisih, semasa sihat atau sakit, semasa senang atau naif, semasa cergas atau letih… dia tetap bahagia, kerana bahagianya hanya dengan Allah, pergantungannya yang Maha Kaya dan Maha Kuasa !
Kalau bahagia diukur dengan tubuh sasa, bukit tentu lebih sasa maka ia akan lebih bahagia. Kalau bahagia diukur dengan kekuatan, singa tentu lebih kuat maka ia akan lebih bahagia. Kalau bahagia diukur dengan kesuburan dan dan berkembang biak, rumput rampai tentu lebih subur dan berkembang biak maka ia akan lebih bahagia. Dan kalau…kalau… Akhirnya, bukan itu kayu ukur kebahagiaan manusia, bukan juga pada harta bertimbun, pengikut berjuta, pangkat bergentayangan, rupa paras berpesona, dan kemewahan berselerak…bukan itu semua. Tetapi bahagia hanya ada pada hati sanubari orang yang ma’rifatullah (mengenali Allah) dan berkekalan sifat itu sampai ke penghujung usia.
“مَنْ لمْ تكُنْ له بدَايَة مُحْرقة ، لمْ تكُنْ له نِهَايَة مُشْرِقة.” ابن عطاء الله رحمه الله
Kata Ibnu ‘Ata’illah r.a. :
Orang yang tidak ada permulaan yang membakar, tidak ada baginya kesudahan yang memancar.
“Kelazatan bukan berada pada berehat dan masa kosong, tetapi kelazatan itu berada dalam kepenatan, usaha gigih dan kesulitan ketika berubah pada hari-hari tertentu kepada kerehatan dan masa lapang. Tidak sempurna faedah berpindah dari satu negeri ke negeri lain melainkan apabila jiwa berpindah daripada suatu perasaan ke suatu perasaan. Apabila kerisauan musafir bersamamu, maka anda masih bermukim belum beredar !”
(Wahyul Qalam, Mustafa Sodiq Al-Raafi’iy, jld 1, ms 48.)
(Lampiran 2)
Hidup manusia mesti terbatas samada pergerakan, kemahuan, tindakan, tenaga, keupayaan pancaindera, perasaan, bahkan usia. Itulah sunnatullah (peraturan Allah) di muka bumi.
Dalam hidup kita seharian, sudah pasti kita menentukan pelbagai peraturan ke atas diri kita dan orang lain. Bagaimana cara kita makan dan tidur, itulah peraturan yang kita tentukan untuk kita makan dan tidur. Orang lain tidak berupaya menentukan peraturan mereka untuk kita berselera makan dan selesa tidur. Kita pun begitu, tidak berupaya menentukan peraturan buat orang lain secara menyeluruh. Itulah fitrah alam, sunnatullah ! Setujukah kita sebegitu, atau tidak bersetujukah kita, peraturan alam itu mesti dipatuhi. Itu satu. Satu lagi pula, peraturan yang perlu dikongsi bersama sesama makhluk. Haiwan ada kawasan dan tabiatnya. Tumbuhan ada tempat dan sistemnya. Manusia pun ada lokasi dan undang-undangnya. Bahkan semua makhluk termasuklah cakerawala dengan galaksinya. Masing-masing ada tempat dan peraturannya. Bagaimana nak hidup bersama ? Mesti ada peraturan dan undang-undang yang boleh dikongsi dan disepakati. Maka, sesama manusia pun pasti ada peraturan dan undang-undang yang boleh dikongsi dan disepakati. Bukankah manusia sesama bangsanya saling memerlukan antara satu sama lain ?
Semasa peraturan dan undang-undang sesama manusia perlu dikongsi dan disepakati, siapakah yang paling layak menentukan peraturan dan undang-undang terbaik untuk semua pihak ?
Pada dasarnya, kita terikat dengan satu prinsip :
جلب المصالح ودرء المفاسد
Menarik kepentingan/ manfaat dan menolak kerusakan/ bahaya.
Siapakah orang yang paling beroutoriti dan berkelayakan untuk menentukan peraturan dan undang-undang yang menjamin kemanfaatan untuk kita dan menolak kebahayaan ke atas kita smua ? Siapakah yang lebih faham tentang kepentingan kita dan kemudhoratan (bahaya) kita semua ? Kita sesama manusiakah, atau Tuhan Yang Maha Bijaksana ?
Di sinilah kewajaran kita menerima disiplin, peraturan, hukum dan undang-undang yang disepakati bersama, tetapi disiplin, peraturan, hukum dan undang-undang itu mestilah yang datang daripada Pencipta iaitu Allah s.w.t yang tidak ada kepentingan bagi pihakNya dalam menentukan manfaat bagi manusia dan menolak mudhorat daripada manusia.
Kalaulah kita ‘terpaksa’ hidup dalam lingkungan disiplin, peraturan, hukum dan undang-undang hidup peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan dunia, apa salahnya kita menerima terus disiplin, peraturan, hukum dan undang-undang Allah s.w.t yang dirumuskan daripada sumber hukum Islam iaitu Al-Qur’an, Al-Hadis, Ijma’ dan Qias ? Kalaulah peraturan badan kita yang memerlukan senaman secara rutin setiap hari untuk menjaga kesihatan, apalah salahnya kita menerima peraturan solat yang lebih menjamin kesihatan badan, emosi, akal dan roh kita ? Kalaulah peraturan keluarga, norma hidup masyarakat, undang-undang sivil negara dan resolusi PBB terpaksa kita patuhi walhal tidak menjamin kebahagiaan kita dan keselamatan dunia, apalah salahnya kita menerima pakai hukum-hakam syara’, hudud dan deklarasi Baginda s.a.w. semasa haji perpisahan untuk keamanan dunia sejagat walhal telah terbukti dalam sejarah tentang kejayaan dan ianya diyakini terjamin pada masa akan datang sehingga ke alam akhirat ? Aslim, taslam ! (Islamlah, anda selamat!).
[Ada yang menganggap maqasid ialah maslahah itu sendiri, samada menarik maslahah atau menolak mafsadah. Ibn al-Qayyim menegaskan bahawa syariah itu berasaskan kepada hikmah-hikmah dan maslahah-maslahah untuk manusia samada di dunia atau di akhirat. Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia. Sementara Al-Izz bin Abdul Salam juga berpendapat sedemikian apabila beliau mengatakan “Syariat itu semuanya maslahah, samada menolak kejahatan atau menarik kebaikan…” ] petikan kertas kerja bertajuk : Maqasid Syar’iyyah….
(Lampiran 3)
Manusia memang mahu berTuhan, samada manusia dulu, manusia kini dan manusia akan datang. Itu disebut fitrah (Fitrah : sifat semula jadi, bakat, pembawaan, atau perasaan keagamaan. Fitratullah : kejadian yang termeterai dalam ketetapan Allah. Kamus Dewan/2002). Kemahuan berTuhan itu menjadikan manusia melakukan pelbagai ritual ibadat (Ritual : tatacara dalam upacara keagamaan, adat, dsb. Kamus Dewan/2002) atau amalan perhambaan diri kepada yang ‘maha kuasa’ dan ‘maha ghaib’. Persoalan keagamaan ini adalah persoalan yang tidak wajar diperdebatkan kerana hampir seluruh manusia ada agama yang menjadi prinsip hidup dan pegangan hati masing-masing. Kalaulah ada orang yang mahu memperdebatkan juga, bolehlah dalam konteks ‘manakah agama yang benar di antara puluhan agama anutan ramai di dunia ini ?’. Dan pastinya, di penghujung perdebatan itu kita akan temui hanya satu fakta yang utuh dan meyakinkan iaitu ISLAM ADALAH AGAMA YANG BENAR !
[ Seorang sejarawan dan ahli falsafah yang bernama Arnold Toynbee telah berkata : “Agama adalah pembawaan sejati dan tabie bagi manusia. Cukuplah kita katakan bahawa keperluan kepada agama menyebabkan andaikata seseorang itu putus harapan dia akan mencari hiburan keagamaan untuk menghadapi perkara yang sudah tidak dapat diatasinya.”
Dr Karl Bang telah berkata di dalam bukunya “Manusia Moden Yang Mencari Dirinya Yang Sebenar” : “Setiap pesakit yang meminta nasihat dariku sepanjang tiga puluh tahun yang lepas dari setiap pelusuk alam, adalah disebabkan oleh kekurangan dan kegoyahan kepercayaan (aqidah) mereka. Mereka tidak sembuh melainkan setelah kembalinya kepercayaan mereka.”
William James, ahli falsafah pragmatism berkata : “Ubat kepada tekanan (tidak syak lagi) ialah iman (kepercayaan).”
Dr Brill berkata : “Orang yang benar-benar beragama tidak akan menghadapi sakit jiwa.”
Dale Carnegie telah berkata dalam bukunya “Tinggalkanlah Tekanan (Stress) Dan Mulalah Hidup Baru” : “Para pakar sakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan kepada agama sudah memadai untuk menghalau serta mengubati tekanan dan ketegangan perasaan.”
Dr Henry Lang telah menerangkan dengan panjang lebar di dalam bukunya “Kembali Kepada Keimanan” berkenaan masalah ini serta membuktikannya dengan pengalamannya yang banyak sepanjang tugasnya mengubati sakit jiwa. ]
(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 22-23)
Seorang hakim dari Britain di zaman ini berkata : “Tanpa akhlak tiada undang-undang dan tanpa keimanan tiada akhlak.” Dan Voltaire pernah berkata : “Jikalau Tuhan tiada, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menciptanya.”
(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 24)
Begitulah pandangan ilmuan moden tentang keperluan agama dan keimanan. Adakah kita yang ‘tidak ke mana’ ini (berilmu tidak, kaya pun tidak, berkuasa tidak, segar bugar tidak, ada kepakaran pun tidak) merasakan tidak berhajat kepada agama dan keimanan ? Memang begitulah sebahagian remaja dan orang dewawa memberi jawapan, kononnya mereka tidak seronok hidup dalam kongkongan dan ‘penjara agama’. Padahal mereka berfikir singkat menurut gejolak nafsu dan emosi, tidak berfikir untuk hidup sampai ke zaman tua dan sesudah mati. Dalam suasana tidak mempedulikan agama itu pun, adakah orang yang ‘tidak seronok hidup dalam kongkongan dan ‘penjara agama’ itu berasa seronok dan bahagia ? Apa bahagianya kalau fikiran suntuk, makan tak cukup, duit tak ada, menjadi kuli memanjang, sakit menjadi-jadi, dan nak buat kerja pun tak reti ? Ada baiknya kalau merana di dunia, tetapi masih selamat di akhirat. Beragamalah saudara, Islamlah ! saudara akan selamat !
(Lampiran 4)
Justeru kita lahir dalam masyarakat penganut Islam yang masih mengamalkan sebahagian ritual agama, maka kita pun diiktiraf sebagai seorang Islam meskipun kita tidak ada kepastian hakikat perakuan Islam itu sendiri. Kita tahu bahawa seorang kafir yang mahu memeluk Islam mestilah mengucap dua kalimah syahadah. Itu sedia maklum. Tetapi kita tidak menyedari pula bahawa kita yang telah Islam di sudut keturunan ini juga memerlukan perakuan syahadah tadi apabila kita ‘baligh’ atau sampai umur (samada melalui : bermimpi, datang haid atau cukup 15 tahun qamariyyah/ hijriyyah).
Seseorang yang telah baligh tetapi tidak memahami Islam, tidak faham syahadah dan tuntutannya, tidak tahu solat dan rukun Islam yang lain, tidak jelas aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak ada rasa bangga dengan agama Islam, tidak kenal dosa dan pahala, tidak tahu yang mana makruf dan yang mana mungkar, dan tidak tersentuh dengan isu-isu umat Islam ; Adakah dia diiktiraf Islam dan masih kekal sebagai seorang muslim sebagaimana sebelum balighnya ? Jawapannya tentu TIDAK ! Jika demikian tadilah kedudukan seseorang yang telah baligh, dia terhitung sebagai seorang yang bukan Islam setelah dikira sebagai seorang Islam sebelum balighnya ! Itulah riddah yang tidak disedari, syirik yang tersembunyi.
Baginda Rasulullah s.a.w. sering memohon perlindungan dalam doanya yang bermaksud : “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mohon perlindungan denganMu daripada kami melakukan sesuatu syirik kepadaMu yang kami ketahui, dan kami mohon keampunan daripada syirik yang kami tidak sedari.”
“اللهم إنا نعوذ بك من أن نشرك بك شيئا نعلمه ونستغفرك لما لا نعلمه”
Inilah peri pentingnya pendidikan Islam di awal usia kanak-kanak dan semasa remaja. Bukankah Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya ‘suruhlah anak-anak kamu solat semasa usia 7 tahun, dan pukullah jika mereka enggan semasa usia 10 tahun, dan pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempun’ ? Suruhan hanya ditujukan kepada mereka yang telah mengetahui. Ini bererti kanak-kanak mesti dididik dengan solat sebelum usia tujuh tahun, meskipun mereka belum mengerti hikmah pelaksanaan solat itu. Begitu juga dasar-dasar aqidah dan rukun iman yang teras, perlu diterapkan sebelum usia mencecah baligh dan umur lima belas. Kenapa ? Kerana itulah zaman bermulanya ‘taklif’ dan tanggungan dosa pahala seseorang dalam hidup peribadi. Usia baligh itulah zaman bermulanya tanggungjawab untuk dipikul sendiri.
Benarkah kita memahami Islam ? Tetapi kenapa kita tidak terkilan dengan Islam liberal dan sekutunya ?
Benarkah kita menyintai Islam ? Tetapi kenapa kita tidak peduli dengan amar makruf dan nahi mungkar (suruh perkara baik dan cegah perkara buruk mengikut syara’) ? Bahkan tidak prihatin pun kepada amalan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah !
Dan setujukah kita berada dalam peraturan dan lingkungan hukum Islam ? Tetapi kenapa masih anti hudud dan pelaksanaan syari’at Islam ?
Berbahagialah orang yang faham, cinta, redha dan beramal dengan syari’at Allah !
(Lampiran 5)
[Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan dipindahkan daripada baginda SAW dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta’rif al-Quran yang dipersetujui para ulama’ Usul Fiqh dan bahasa.] Dipetik daripada kertas kerja MANHAL PMRAM.
Al qur’an merupakan kalamullah yang mengandungi perintah dan larangan Allah, atau hukum dan peraturan Allah untuk kebaikan manusia dan alam sejagat. Membacanya menjadi ibadah. Kebenarannya diperakukan oleh sarjana dahulu dan masa kini. Ia menjadi kesembuhan bagi mereka yang sakit samada zahir maupun batin.
Susunan bahasanya indah tidak mampu ditiru orang. Jalinan ceritanya menarik tidak terdaya direka orang. Nasihatnya menyentuh jiwa, mudah terkesan buat orang yang berhati lunak. Peraturan dan hukumnya tegas, amat bermanfaat bagi sesiapa yang patuh dan melaksanakannya.
Kita bertanggungjawab membaca Al-Qur’an pagi dan petang, siang dan malam. Kita bertanggungjawab memahaminya, melaksanakan hukum hakamnya, mematuhi perintah dan larangannya dan memupuk rasa cinta yang mendalam kepadanya penghormatan yang tinggi terhadapnya.
(Lampiran 6)
Imam Hasan Hudhaibi Ismail r.a. berkata :
اعرف ربك وأصلح نفسك وادع غيرك وأقم دولة الإسلام فى نفسك تقم فى أرضك
Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu, serulah orang lain dan bangunkan negara Islam dalam dirimu pasti ia akan tegak di bumimu !
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
قَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ – البخارى
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan dalam syarah soheh Bukhori bahawa kalimah Allah itu ialah Agama Allah, iaitu Islam.
Untuk menjadikan Agama Allah itu tinggi mestilah memenuhi sepuluh perkara berikut :
Dasar, prinsip, perlembagaan, akta dan enekmen negara atau negeri berteraskan sumber rujukan Islam iaitu Qur’an, Hadis, Ijma’ dan Qias.
Hukum-hukum Allah dikuatkuasakan dalam negara di semua peringkat.
Lima rukun-rukun Islam iaitu shahadah, solat, zakat, puasa dan haji dan lima keperluan asas manusia iaitu agama, nyawa, akal, harta, keturunan atau maruah diri hendaklah terjaga dan dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat.
Perilaku dan akhlak Islam seperti amanah, benar, suka menolong perkara kebajikan, mengelak diri daripada kejahatan, mempermudahkan urusan awam, dsb disuburkan dalam pergaulan dan muamalah masyarakat dan keluarga.
Keamanan dan keselamatan awam terjamin oleh keimanan dan sikap penduduk dan ahli masyarakat, dan bukannya bergantung kepada pengawasan polis dan tentera.
Aqidah, syari’at, akhlak, keilmuan, kebudayaan, adat dan rutin hidup individu, keluarga, masyarakat dan negara terjamin dan berasaskan pengajaran Islam.
Manusia sentiasa mengingati Allah dalam segala urusan hidup, sehinggakan orang bukan Islam pun turut menghormati peraturan dan kehidupan masyarakat Islam meskipun mereka masih menganut agama mereka.
Pandangan umum masyarakat dan kira bicara mereka di merata tempat tidak melupakan Allah dan batas-batas syari’atNya.
Syiar-syiar dan perlambangan Islam dijaga dan dihormati.
Hak asasi manusia terpelihara dan diutamakan.
Sekian 150307
rehlah pulau pangkor
bermula pada 31 julai 2008 dan berakhir pada 02 julai 2008
seronok dan menambah pengalaman. bagaimana pun, hidup ini adalah perjuangan. perjuangan memang mesti menempuh ujian. di samalah kesabaran diperlukan. selamat berjaya dunia dan akhirat.
-
Recent
-
Pautan
-
Arkib
- November 2009 (2)
- Mei 2009 (4)
- April 2009 (3)
- Februari 2009 (4)
- Disember 2008 (4)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (4)
- September 2008 (24)
- Ogos 2008 (8)
-
Kategori
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS