Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

Mengapa Aku Di sini ?

Mengapa Aku Di Sini ?

 

1988 :

 

  1. Aku wujud di alam keliling yang sedia ada dewasa ini bersama dengan pengalaman di alam keliling masa lalu. Aku seorang anak kepada dua orang tuaku, ku panggil ibu dan ayah. Di sampingku, adik beradik, kerabat dekat dan jauh, jiran dan kawan, orang tua dan muda, lelaki dan perempuan. Mereka semua adalah ahli masyarakat desaku.
  2. Aku merasai kesakitan dan keseronokan, suka dan duka, pahit dan manis, senyum simpul dan masam mencuka, penat dan lega, susah dan senang, dan pelbagai perasaan yang silih bertukar ganti saban masa. Aku melalui masa sunyi, sepi, jauh, dan sendirian. Juga aku melalui masa bingit, hingar, hampir, dan bersama.
  3. Suatu hari, aku melilau di bandar kecil di daerahku Pasir Puteh. Aku melihat bangunan yang sedang dibina, kenderaan besar dan kecil, mewah dan biasa. Aku bergerak di celah-celah pergerakan manusia ramai dalam suatu pesta yang sederhana. Aku melihat orang berseronok dengan makanan segera, pasangan muda, keluarga dan rakan taulan yang berseronok ke sana sini. Entah mereka punya wang yang banyak, entah tidak. Entah mereka di antara orang yang kaya raya, entah miskin. Namun yang pasti, mereka seronok dan gembira. Aku di tika itu, kelaparan dan kedahagaan. Dalam genggam cuma ada wang untuk tambang pulang. Aku pasti bahawa aku papa kedana. Aku tidak merasai keseronokan pesta itu meskipun aku berada dalam lingkungan mereka yang asyik berseronok.
  4. Fikiranku menjalar jauh ke pelbagai sudut. Harta. Wang. Kawan. Keluarga. Kemudahan alat komunikasi. Kenderaan. Makanan. Tempat tinggal yang selesa. Prinsip hidup. Bahkan teman sehidup dan semati.
  5. Kenapa si anak kecil di hadapanku boleh makan tanpa kepenatan ? Kenapa orang di sebelahku bersama pasangannya berseronok dengan makanan, pakaian dan kenderaan mewah ? Orang kayakah dia ? Mengapa mereka ini kaya raya ? Kenapa mereka ini ada orang yang sedia menyambut ketibaannya dan menghantar pemergiannya ? Mengapa aku sendirian tanpa teman bicara, tanpa kawan bersemenda ?
  6. Fikiranku semakin kusut. Aku masih melilau di bandar kecil daerahku Pasir Puteh. Aku masih mencari jawapan kenapa aku berada di sini ? Berada dalam keadaan begini. Miskin dan jahil. Sunyi dalam khalayak ramai dan jauh di gegak gempita masyarakat bandar kecil. Entahlah kedudukanku jika aku berada dalam masyarakat bandar besar seperti Kuala Lumpur dan New York. Mungkinkah aku menjadi ‘sampah’ masyarakat ? Kenapa aku dilahirkan di desa terpencil dalam keluarga termiskin ? Kenapa aku tidak sama mengecapi kehidupan yang menyeronokkan sebagaimana anak muda yang lain di tengah-tengah kemewahan hidup ?
  7. Seketika aku melalui sebuah kedai, televisyen sedang memaparkan persengketaan di Iraq dan sorotan kisah di Bosnia. Pembunuhan terhadap semua tahap manusia. Tidak ada nilai harta dan kemewahan di alam itu. Suara bedilan, helikopter, kereta kebal, tangisan, teriakan, kesakitan dan hingar bingar yang menjadi santapan. Bila mereka makan ? Aku tidak tahu. Bila mereka tidur ? Aku tidak tahu. Bila mereka aman ? Aku tidak tahu. Pastinya, aku lebih kecil ujian berbanding mereka di sana.
  8. Aku merasai sedikit lega selepas menyaksikan sorotan peristiwa itu, meskipun aku masih merasa kepedihan lapar. Lapar dan dahagaku lebih ringan berbanding sakit dan mati mereka di bumi Iraq dan Bosnia.
  9. Dalam perjalananku untuk pulang ke desa dan kampung halamanku, fikiranku masih rancak menerawang ke alam persoalan ‘mengapa aku di sini’?
  10. Ya, mengapa aku di sini ? Soalan ini semakin kuat mengocak perasaanku. ‘Mengapa aku di sini ?’ semakin mendesak aku mengaku suatu realiti hidupku, iaitu Kemiskinan dan Kepayahan Hidup. Kalaulah aku senang lenang, kaya raya, bermewah-mewah dengan harta pusaka, tentu aku tidak akan bertanya : Mengapa Aku Di Sini ? Bahkan akan megah sombong menegaskan : Memang, Aku Layak Di Sini !
  11. Di rumahku, aku termenung jauh. Aku menatap setiap sudut rumahku yang semakin kusam, usang dan lapok. Lantai dan dinding rumahku yang semakin mereput itu ku pandang dengan penuh minat. Di sinilah aku dilahirkan oleh ibuku yang tidak berharta, selain tanah tapak rumah yang semakin goyah ini. Adakah ibu dan ayahku yang bersalah menjadikan aku hidup dalam kemiskinan? Tentu ibu dan ayahku juga beralasankan ibu dan ayah mereka (datuk dan nenekku) yang bersalah melahirkan mereka berdua dalam kemiskinan.
  12. Sampai bila kitaran menyalahkan orang lain ini akan berakhir.
  13. Aku rasa tidak adil menyalahkan orang lain apabila kita menghadapi sesuatu masalah, menuding jari kepada orang lain bila diri kita kepenatan dan kesakitan, padahal KITA sendiri yang MENGAMBIL KEPUTUSAN untuk berada di sini.
  14. Kenapa aku tidak berhijrah saja ke tempat lain yang aku fikir lebih baik ? Tapi, adakah aku akan mampu merubah kehidupanku dengan corak berfikir yang sedia ada ini ? Adakah aku mampu mengalih haluan sejarah hidupku dengan kedudukan yang aku sandang masa kini ? Kemahiran badan tidak ada, kemahiran berfikir sifar, kemahiran bergaul rendah, kemahiran bicara lemah dan tanda belajar tinggi dan ilmu melaut (sijil/ ijazah) tidak wujud. Apa bekalku untuk berhijrah ?
  15. Aku masih berfikir, mengapa aku berada di sini ?
  16. Ayah yang bekerja sebagai petani hanya bijak menoreh getah yang ada seekar dua. Hasil getah itulah yang menjadi pemangkin hidup kami sekeluarga. Ibu hanya tahu menoreh bersama ayah, atau mengambil upah menanam padi dan mengutip tembakau. Pengalaman yang lain tidak ada, dan takut pula mengalih punca rezeki yang tidak ada pengalaman kerjanya. TIADA PENGALAMAN dan TAKUT GAGAL itulah yang menjadikan ayah dan ibu kekal di rumah usang ini. Lalu, aku menjadi mangsa mereka berdua ? Ya, benar. Aku menjadi mangsa ayah dan ibu sewaktu aku kecil dan tidak ada akal fikiran, tidak tahu berfikir. Tapi sekarang, aku sudah tahu mengurus diri, tahu memilih yang sedap dan indah daripada yang hambar dan punah. Aku kini sudah dapat membuat keputusan aku sendiri untuk hidup berdikari.
  17. Terkenang itu semua, aku rasa salah jika aku mempersalahkan dua ibu bapaku dalam menjadikan aku hidup berkemiskinan ini. Lantas, aku bulat hati untuk tidak mengaitkan ayah ibu dalam mencipta kehidupan aku yang sedang aku tempuhi.
  18. Mungkinkah kerana masyarakatku ? Negaraku ? Dunia ketigaku ?
  19. Kalau mahu mempersalahkan pihak lain, sedangkan diri kita tidak pernah dipersalahkan, sudah tentu kita akan kekal dalam situasi yang sedia ada tanpa dapat keluar walau pun sejengkal daripada lumpur yang berpalit di badan kita kini. Itu semua merupakan penyakit yang kita tidak mahu sembuh daripadanya. Aku tidak mahu terjebak dalam masyarakat yang berpenyakit tetapi tidak mahu sembuh itu.
  20. Aku masih berfikir, mengapa aku berada di sini ?
  21. Dalam usia mencecah 20’an ini, sewajarnya aku sudah mampu merubah suasana kehidupanku, keluarga,  masyarakat dan negaraku walaupun perubahan kecil dan tidak drastik. Aku mula menganggap aku yang bersalah dalam menentukan keadaan diriku dan keluargaku.
  22. Aku teringat beberapa panduan mereka yang berjaya dalam hidup dunia mereka dan hidup akhirat mereka. Ini pun sekelumit maklumat yang aku pelajari daripada sekolah yang aku benci hidup bersamanya suatu ketika dulu. Ya, semasa aku belajar sekolah dulu, aku amat pesimis dengan pelajaran dalam kelas. Membosankan ! Kata hati kecilku. Lebih baik aku balik tidur ! Kata nafsuku. Aku teringat pengalaman orang-orang yang berjaya dari bawah ini, berjaya dari kesusahan desa pedalaman dan kemiskinan keluarga. Antara unsur yang menjadi mereka berjaya ialah, KEYAKINAN DIRI, KERAS KEHENDAK, MENGASAK TERUS KEPADA TARGET, DAN TIDAK MEMPEDULIKAN HAL-HAL REMEH. Selain itu, BERANI GAGAL dan SEDIA MENANGGUNG RISIKO YANG PALING BURUK. Dalam merealisasikan semua itu, mereka mengatur rancangan menuju kejayaan : MENGENAL PASTI MASALAH, MENIMBA MAKLUMAT, MELAKAR STRATEGI, MEMBINA IMAGINASI, DAN BERNAFAS PANJANG. Bernafas panjang bermaksud sabar menghadapi kesulitan awal untuk mendapat keuntungan akhir.
  23. Bermula dari ingatan inilah aku menyusun kehidupanku akan datang.
  24. Aku berada di sini adalah hasil pilihan aku sendiri !
  25. Bila aku mahu pergi dari sini aku boleh berbuat demikian. Aku mesti sanggup sakit dan sanggup berpisah. Mereka yang sayangkan daku, mereka yang sebati dengan sikapku, mereka yang prihatin kepadaku sudah tentu akan merencatkan kehendakku yang mahu beranjak ke suatu situasi baru ini. Tapi, aku mesti tegas membuat keputusan, jika mahu berubah. Mesti berani menempuh halangan !
  26. Berikut ini merupakan langkah yang aku ambil untuk melakar sejarah modenku, namun setiap orang berbeza pendekatannya :

Langkah-langkah untuk bertindak :

1.      Mengenal pasti masalah dan mengenal pasti kekuatan diri.

2.      Menyediakan rancangan bergerak tahap demi tahap.

3.      Menyediakan modal harta dan minda.

4.      Menentukan target yang dikehendaki.

5.      Menyenaraikan tenaga bantu yang boleh digunapakai.

 

 

 

  1. Buat masa ini aku tidak ingin menjelaskan setiap langkah yang aku ambil itu. Aku mahu memahami dulu ‘Mengapa Aku Di Sini’ ?
  2. Aku masih mencari jawapan soalan tersebut.
  3. Aku, manusia yang berasal daripada tanah ! Aku, manusia yang membiak daripada setetes mani ! Aku, manusia yang membesar dan berkembang daripada segala sifat kekurangan ! Aku, manusia yang bergantung harap kepada oksigen, air, tempat, masa, dan terutamanya Tuhan Yang Maha Kuasa ! Aku, adalah hamba yang terlalu lemah dan memerlukan pihak kedua untuk melengkapkan peribadinya! 
  4. Namun, aku masih teringat soalan ‘bodoh’ mengapa aku tidak dilahirkan sebagai anak ‘raja’ yang kelahirannya sudah pun mendapat ‘elaun’ untuk hidup mewah dan ‘serba kecukupan’? Mengapa aku dilahirkan dalam kalangan orang yang miskin papa kedana ? Mengapa aku dilahirkan serba ‘tak mengerti’ atau serba ‘jahil’ ? Mengapa aku dilahirkan dalam rupa yang sedia ada masa kini ? Bukan secantik bidaidari atau setampan tengku mahkota ? Mengapa aku berada di sini pada masa ini ? Siapa sebenarnya AKU ? Kenapa aku berada di bumi ini ? Dan ke mana akhirnya aku akan beransur pergi ?
  5. Aku masih mencari-cari jawapan yang meredakan kegelisahanku ! Aku masih menanti jawapan mengapa manusia tidak sama rata dan seia sekata dalam hidup mereka ?
  6. Lebih jauh lagi aku memikirkan siapa lagi bersama kehadiranku ini ? Apa yang aku dapat lihat dan rasa sekadar haiwan yang bergerak, tumbuhan yang membesar, air yang mengalir, angin yang bertiup, tanah yang dipijak, api yang membakar, awan yang berarak mega merah yang lesu, matahari yang menyinar, bulan yang mengambang, dan…dan berbagai benda yang lain. Adakah makhluk lain yang hidup bersamaku ? Sesekali berlaku keracauan dalam diri seseorang gadis sunti, lalu bertukar suara dan bahasa, berubah tabiat dan cara, berbeza gerak dan kuasa, lalu aku kebingungan kenapa boleh berubah sedemikian ? Ada orang kata dia dirasuk hantu. Siapa hantu ? Benda cairkah, bekukah ghaibkah, atau sesuatu yang memang wujud tanpa dilihat zatnya namun disedari wujudnya ? Aku kabur tentang hal ini. Sesekali ada orang yang bersikap luar biasa kebaikkannya lantas dikatakan bagai malaikat turun ke bumi. Siapa malaikat ? Alam apa yang dilegari oleh malaikat ini ? Ah, aku kebingungan !
  7. Oh, Tuhan ! Ah, siapa TUHAN ?! Bahkan siapa diriku ?!!
  8. Aku tercari-cari jawapan untuk merungkai misteri alam luas ini. Aku akhirnya terlena dalam igauan pertanyaan yang belum kutemui jawapannya……

 

 

2008 :

 

HARI INI, datang lagi soalan Mengapa Aku Di Sini ?

 

 

  1. Ada kawanku berkata, apabila menderita dan berada dalam kesulitan hidup, kau akan mula mempersalahkan orang lain. Dan apabila merasa seronok dan berada dalam kelapangan hidup, kau akan mula mendabik dada dan merasakan segalanya berpunca daripada kegigihan sendiri.
  2. Aku berfikir sejenak, benar juga pendapat itu.
  3. Tetapi, tidak semua orang bersikap demikian. Ada orang yang semakin sukar menempuh hidup, semakin rapat kepada Pemberi hidup, yakni Tuhannya.  Dan semakin senang mengecapi nikmat Allah semakin meningkat syukur dan banyak berkhidmat.
  4. Betapa pun begitu, ‘mengapa aku di sini’? Tiada lain jawapan yang lebih benar selain, ITULAH KEPUTUSAN YANG AKU AMBIL ! Anda yang membuat keputusan untuk anda berada di sini !
  5. 20 tahun yang lalu aku berfikir dan mencari-cari dari mana datangku, untuk apa aku hadir ke dunia ini, dan ke mana hujung jatuhku nanti ?
  6. Hari ini aku sudah mendapat jawapannya yang serba ringkas dan mencukupi : Aku datang dari Allah, hadir ke dunia ini untuk memperhambakan diri kepada Allah dan kesudahanku nanti ialah kembali kepada Allah.
  7. Hasil daripada kefahamanku tentang dari mana, untuk apa dan ke mana itu, aku sedar tentang maksud kaya-miskin, senang-susah, sihat-sakit, bahagia-derita, dan pelbagai persoalan lain. Rezeki yang dibimbangi, mati yang ditakuti, pangkat yang dikhuatiri, harta yang diburu, keseronokan yang dikejar, semuanya tertakluk kepada ‘KETENTUAN ALLAH’ meskipun manusia mesti BERUSAHA.
  8. Lantaran itu, aku tidak resah memikirkan semua itu, biarpun perasaan gusar dan lesu acap melanda fikiran. Semuanya, justeru aku boleh kembali mengadu hal kepada ‘kekasihku’ yang amat menyayangiku, biar pun dalam aku lena dan lupa kepadaNya.
  9. Mengapa Aku Di Sini ?
  10. Menyedari aku datang daripada Allah, untuk Allah dan kepada Allah, maka aku berada di sini adalah atas satu misi perjuangan yang getir, pengorbanan nan suci, pengabdian murni, jihad abadi dan cita-cita tinggi dalam meninggikan kalimah Allah.
  11. Solatku (kepatuhan mutlak), puasaku (kesucian mutlak), zakatku (kebajikan mutlak), hajiku (kesejahteraan mutlak), zikirku, tafakkurku, tadabburku, amalku dan terlebih awal daripada itu semua ialah syahadatku (keilmuan mutlak) adalah persiapan dan bekalan menuju perjalanan dan pendakian tinggi di puncak ‘JIHAD fi sabiilillah’.
  12. Melihat kepada tanggungjawab yang kutempuh dan perjalanan yang kulalui itu, aku tidak perlu bimbang tentang makan minum, rezeki, kepenatan, ranjau dan apa saja tabiat hidup kerana jaminan daripada Allah tetap berlangsung ke saat tiba ajalku. Anak-anak dan zuriatku bagaimana ? Percayalah kita semua, percayalah tentang jaminan Allah kepada hamba-hambanya.
  13. Semuanya dalam jaminan Allah : Petikan Surah AtTolaq.

 

 

 

4 `tBur È,­Gtƒ ©!$# @yèøgs† ¼ã&©! %[`tøƒxC ÇËÈ   çmø%ã—ötƒur ô`ÏB ß]ø‹ym Ÿw Ü=Å¡tFøts† 4 `tBur ö@©.uqtGtƒ ’n?tã «!$# uqßgsù ÿ¼çmç7ó¡ym 4 ¨bÎ) ©!$# à÷Î=»t/ ¾Ín̍øBr& 4 ô‰s% Ÿ@yèy_ ª!$# Èe@ä3Ï9 &äóÓx« #Y‘ô‰s% ÇÌÈ 

2. ….. dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

 

 

`tBur È,­Gtƒ ©!$# @yèøgs† ¼ã&©! ô`ÏB ¾Ín͐öDr& #ZŽô£ç„ ÇÍÈ   y7Ï9ºsŒ âöDr& «!$# ÿ¼ã&s!t“Rr& óOä3ö‹s9Î) 4 `tBur È,­Gtƒ ©!$# öÏeÿs3ムçm÷Ztã ¾ÏmÏ?$t«Íh‹y™ öNÏà÷èãƒur ÿ¼ã&s! #·ô_r&

4. …..dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.

5. Peraturan-peraturan Yang demikian adalah hukum-hukum Allah Yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.

 

 ÷,ÏÿYã‹Ï9 rèŒ 7pyèy™ `ÏiB ¾ÏmÏFyèy™ ( `tBur u‘ωè% Ïmø‹n=tã ¼çmè%ø—Í‘ ÷,ÏÿYã‹ù=sù !$£JÏB çm9s?#uä ª!$# 4 Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) !$tB $yg8s?#uä 4 ã@yèôfuŠy™ ª!$# y‰÷èt/ 9Žô£ãã #ZŽô£ç„ ÇÐÈ  

7. Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

 

`tBur .`ÏB÷sム«!$$Î/ ö@yJ÷ètƒur $[sÎ=»|¹ ã&ù#Åzô‰ãƒ ;M»¨Zy_ “̍øgrB `ÏB $ygÏFøtrB ㍻pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkŽÏù #Y‰t/r& ( ô‰s% z`|¡ômr& ª!$# ¼çms9 $»%ø—Í‘ ÇÊÊÈ   ª!$# “Ï%©!$# t,n=y{ yìö6y™ ;Nºuq»oÿxœ z`ÏBur ÇÚö‘F{$# £`ßgn=÷WÏB ãA¨”t\tGtƒ âöDF{$# £`åks]÷t/ (#þqçHs>÷ètFÏ9 ¨br& ©!$# 4’n?tã Èe@ä. &äóÓx« ֍ƒÏ‰s% ¨br&ur ©!$# ô‰s% xÞ%tnr& Èe@ä3Î/ >äóÓx« $RHø>Ïã ÇÊËÈ  

11. …. dan (ingatlah), sesiapa Yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan Yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

12. Allah Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu.

 

 

Surah Al-Nahl :

ª!$#ur Ÿ@žÒsù ö/ä3ŸÒ÷èt/ 4’n?tã <Ù÷èt/ ’Îû Éø—Ìh9$# 4 $yJsù šúïÏ%©!$# (#qè=ÅeÒèù “ÏjŠ!#tÎ/ óOÎgÏ%ø—Í‘ 4’n?tã $tB ôMx6n=tB öNåkß]»yJ÷ƒr& óOßgsù ÏmŠÏù íä!#uqy™ 4 ÏpyJ÷èÏZÎ6sùr& «!$# šcr߉ysøgs† ÇÐÊÈ  

71. Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian Yang lain pada rezeki Yang dikurniakanNya; Dalam pada itu, orang-orang Yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu Dengan perbuatan syirik?

 

 

 

  1. Sayyiduna Umar bin Abdul Aziz r.a. berkata kepada anak-anaknya semasa sakit matinya : “Wahai anak-anakku, demi Allah, ayah tidak akan menegah kamu suatu hak pun yang menjadi milik kamu, ayah juga tidak akan mengambil harta orang ramai untuk menyerahkan kepada kamu. Sesungguhnya kamu adalah salah satu daripada dua orang : Samada seorang yang soleh, maka Allah akan menjaga orang-orang yang soleh. Atau seorang yang tidak soleh, maka ayah tidak akan meninggalkan baginya suatu perkara yang dia boleh menggunakannya untuk mendurhakai Allah. Pergilah kalian daripadaku”

(Al-Siasah Al-Syar’iyyah Fi Islahirraa’i Warra’iyyah – Imam Ibnu Taimiyyah)

(قال سيدنا عمر بن عبد العزيز لبنيه وكان فى مرض موته :

يا بنى والله ما منعتكم حقا هو لكم ، ولم أكن بالذى آخذ أموال الناس إليكم ، وإنما أنتم أحد رجلين : إما صالح ، فالله يتولى الصالحين ، وإما غير صالح ، فلا أخلف له ما يستعين به على معصية الله ، قوموا عنى .)(السياسة الشرعية فى إصلاح الراعى والرعية للإمام ابن تيمية/2000)

 

  1. Mengapa aku di sini ? Aku jelas berada di sini dalam semua keadaan adalah di atas kehendakku untuk berada di sini, menjadi AKU dewasa ini ; Beriman, berilmu, beramal dan berbakti! Demi redha Tuhanku, Allah Yang Maha Kuasa!

 

Monoja120808

 

 

Ogos 12, 2008 - Posted by | Uncategorized

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: