Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

Kemerdekaan

KEMERDEKAAN

Assyahid Sayyid Qutb menyebut dalam syairnya :

“Saudara ! Kau merdeka di sebalik sekatan.
Saudara ! Kau merdeka dengan belenggu itu.”

Kemerdekaan merupakan hak asasi manusia yang mesti dipenuhi. Namun kemerdekaan itu mestilah ditafsirkan mengikut prinsip Islam dan aqidah seseorang muslim, apabila anda seorang muslim. Dan kemerdekaan itu hendaklah dijelaskan mengikut prinsip kemanusiaan dan hak-hak asasi manusia, apabila anda seorang yang bukan Islam. Kita semua adalah hamba Allah, semestinya berada di bawah disiplin, pekeliling, peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Cubalah saudara bayangkan seorang isteri dibiarkan tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, cubalah bayangkan apa yang akan terjadi kepada si isteri itu ? Apabila si isteri boleh bebas merdeka bertemu dengan ‘lelaki’ mana pun, bebas merdeka tidur dengan ‘jantan’ mana pun, dan bebas merdeka keluar masuk rumah pada bila-bila masa pun, tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, adakah itu satu kemerdekaan baginya ? Semua suami akan menjawab : “Tidak! Isteri tidak boleh bebas sedemikian !”

Cubalah saudara bayangkan seorang anak perempuan mahu pun anak lelaki, dibiarkan tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, bebas berbuat apa saja dengan tidak ada halangan dan sekatan, apakah akan terjadi kepada si anak itu ?

Itukah maksud kemerdekaan bagi seorang isteri atau seorang anak ? Semua kita akan menjawab sekata dan senada : “Bukan begitu erti kemerdekaan bagi seorang isteri dan seorang anak !”

Kalau demikian, maka adakah seorang suami dan seorang ayah itu boleh merdeka tanpa ikatan, tanpa disiplin, tanpa peraturan dan tanpa undang-undang yang mesti dipatuhinya? Jawapannya pun sudah tentu tidak ! Bahkan dengan ikatan agamalah manusia merdeka, dengan disiplin keluargalah anggota keluarga merdeka, dengan peraturan masyarakatlah anak mukim merdeka dan dengan undang-undang negaralah rakyat merdeka.

Namun suatu perkara yang mesti melekat dalam hati sanubari dan fikiran kita ialah disiplin keluarga, peraturan masyarakat dan undang-undang negara mestilah berteraskan kehendak Pencipta Alam ini atau syari’at Islam kerana kita semua adalah hamba dan makhluk Allah.

Dalam ibadat kita akan menemui kemerdekaan, dalam hukum mu’amalat kita akan mendapati kemerdekaan, dalam undang-undang jenayah samada ta’zir, qisos mahu pun hudud kita akan memperoleh kemerdekaan. Ringkasnya, melalui jalan Islam kita merdeka, zahir dan batin!

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka aqidah atau iman, merdeka akal atau fikiran, merdeka jiwa atau rohani, merdeka perasaan atau emosi, merdeka badan atau jasmani. Maka lahirlah peribadi mukmin yang kuat dalam diri.

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka daripada bimbang dan sedih, merdeka daripada lemah dan malas, merdeka daripada kecut perut dan bakhil, merdeka daripada penguasaan hutang dan kongkongan orang. Lalu tumbuhlah jati diri muslim yang hebat dalam peribadi.

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka daripada belenggu dunia, merdeka daripada ikatan makhluk, merdeka daripada dorongan nafsu jahat, merdeka daripada tipudaya syaitan. Justeru lahirlah sifat taqwa yang berkat dalam hati.

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka dalam ekonomi dan harta daripada riba dan rasuah, merdeka dalam sosial dan budaya daripada khurafat dan bid’ah, merdeka dalam kedaulatan dan negara daripada kuasa jahat dan khianat. Lantas merdekalah kita dalam hidup mulia yang penuh nikmat.

Apabila jiwa dan perasaan kita merdeka daripada hawa nafsu, fikiran dan badan kita merdeka daripada kongkongan belenggu, kita akan merdeka di mana saja kita berada.

Itulah erti sebuah kemerdekaan.

SEORANG MUKMIN ITU SENTIASA MERDEKA !

HAKIKAT kemerdekaan ialah apabila tapak kaki pertama menjejaki pintu syurga Allah, di situlah kemerdekaan sejati manusia :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنْ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ(185) آل عمران

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya (sebenar-benar merdeka). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Sekian, diedit pada 200808.

Ogos 21, 2008 - Posted by | Uncategorized

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: