Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

KHUTBAH ID FITRI 1429H/2008M

 

 

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر ، ولله الحمد

 

الحمد لله الذى ظهر لأوليائه بنعوت جلاله ، وأنار قلوبهم بمشاهدة صفات كماله ، وتعرّف إليهم بما أسداه إليهم من إنعامه وإفضاله ، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، إلها واحدا أحدا فردا صمدا جلّ عن الأشباه والأمثال ، وتقدس عن الأضداد والأنداد والشركاء والأشكال ، لا مانع لما أعطى ولا معطى لما منع ، ولا رادّ لحكمه ولا معقب لأمره………

 

( لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ ( الرعد/11 )

 

وأشهد أن محمدا عبده ورسوله القائم له بحقه ، وأمينه على وحيه ، وخيرته من خلقه ، أرسله رحمة للعالمين ، وإماما للمتقين ، وحسرة على الكافرين ، وحجة على العباد من الإنس والجن أجمعين  ، قد بلغ الرسالة ، وأدى الأمانة ، ونصح الأمة ، وجاهد فى الله حق الجهاد ، وأقام الدين ، وترك أمته على البيضاء الواضحة البينة للسالكين ، وقال :

 

هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ(108) يوسف

 

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى من سبقه من النبيين ، وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين  وبعد …..

 

فيا أيها الناس ، اتقوا الله  ،   أوصيكم وإياي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون.

 

Sidang hadirin sekalian, bertaqwalah kepada Allah dengan mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya, saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri supaya bertaqwa, di mana taqwa itu mestilah bermula di jantung atau hati sanubari kita. Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang bertaqwa.

 

Pada hari ini kita dan masyarakat Islam seluruh dunia dapat menzahirkan rasa syukur kehadrat Allah swt dan dapat memperlihatkan perasaan gembira kerana :

 

Pertama, kita telah selesai menunaikan ibadah di bulan Ramadhan sebulan penuh samada ibadah wajib iaitu puasa mahu pun sunat iaitu tarawih, tilawah dan khidmat masyarakat melalui sedekah dan memberi makan atau ifthor mereka yang berpuasa ;

 

Kedua, kita bergembira kerana insya-Allah, Allah s.w.t. memperkenankan doa kita, permohonan kita, taubat kita, dan Dia mengampun segala kesalahan dan keterlanjuran di samping memberi pahala yang berlipat ganda kepada kita ;

 

Ketiga, Insya-Allah selepas berpuasa selama sebulan ini, ,jiwa kita dan diri kita telah kembali kepada fitrah yang suci lagi bersih dari segala noda dan dosa, sehingga sekarang ini kita bagaikan bayi baru dilahirkan dari kandungan ibu .

 

Keempat, kita menang dalam pertarungan melawan nafsu dan tarikan syaitan meskipun tampak lahir umat Islam kalah hampir di semua penjuru. Ini justeru kemenangan hakiki ialah apabila menjejak kaki ke pintu syurga dan bebas daripada lubang neraka, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah :

 

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنْ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ(185) آل عمران

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

 

Dan kekalahan sejati ialah kekalahan jiwa dan idea, justeru Allah melarang umat Islam merasa lemah dan kalah – lalu bersedih hati dengan suasana yang menimpa – melalui firmanNya :

 

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ(139) آل عمران

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

 

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنْ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا(104) النساء

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمْ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ(35) محمد

(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.

 

Dan kelima, kita telah membersihkan diri melalui zakat fitrah yang dibayarkan itu dengan harapan segala kecintaan kepada makan minum, seksual dan harta benda telah berakhir dengan selesainya bulan Ramadhan itu.

 

Kita telah berjaya melepasi satu latihan fizikal dan mental, emosi dan rohani setelah melalui sekolah pendidikan yang diseliakan oleh Allah secara langsung, dengan harapan kita mampu mengekali sifat-sifat kepahlawanan sebagaimana terlatih sebulan itu. Dalam bulan Ramadhan itulah kita berjaya tahan diri, mengekang nafsu gelojoh dan lahap kepada makan minum dan ransangan seks, bersabar di atas celaan orang, menjaga lidah daripada ucapan yang kotor dan cemar, menahan mata, telinga, hidung, tangan, kaki, perut, kemaluan dan bahkan akal fikiran daripada perkara yang menghabiskan usia, merugikan umur dan membantut minda cemerlang. 

 

Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kita kepada jalan Islam, dan tidaklah kita mendapat petunjuk ini kalaulah bukan Allah yang menunjuki kita.

 

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd.

 

Muslimin dan muslimat yang berbahagia ,

 

Walaupun kita berada dalam suasana kegembiraan, namun jangan pula kita leka dan merasa puas hingga amal ibadah yang telah kita tingkatkan selama sebulan itu hanya terhenti setakat ini sahaja, tidak ada penerusan dan kelanjutan di bulan seterusnya.

 

Dengan kegembiraan dan kegirangan kita di hari lebaran ini, jangan pula kita leka, alpa, dan lalai dengan nasib yang menimpa saudara kita di seluruh dunia. Umat Islam di Palestin masih terus di serang, saudara kita di Iraq masih lagi ditawan, umat Islam di Afghanistan masih berada dalam belenggu ketakutan, dan Selatan Thailand, Selatan Filiphina dan serata dunia adalah berpunca kedengkian dan niat jahat serta rentetan kebencian dan permusuhan golongan kuffar dan munafiqin terhadap mereka yang mengucapkan kalimat syahadah dan mengatakan ربى الله (RabbiyAllah.)

 

Firman Allah :

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ(40)الحج

 

“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

 

Benarlah firman Allah yang berbunyi :

 

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنْ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنْ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ(120) البقرة

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

 

            Asakan dan serangan terhadap Islam dari segenap penjuru ini telah disebut oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

 

Daripada thauban ra berkata Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu masa di mana semua bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang mengerumuni talam hidangan mereka”, maka salah seorang sahabat bertanya apakah kerana kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah ? Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada waktu itu banyak sekali, tapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan” Seorang sahabat bertanya apakah wahan itu wahai Rasulullah ? Nabi s.a.w. menjawab            حب الدنيا وكراهية الموت  (Cintakan dunia dan takutkan mati)”

Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad.

 

Allahuakbar 3x walillahilhamd

 

Muslimin dan muslimat sekalian ,

 

 Dalam negara, masalah krisis peralihan kepimpinan negara, masalah 475 aduan disiplin dalam UMNO sebagai parti tunjang negara, laporan rasuah dalam politik dan pentadbiran, memandang tawaran zina seumpama pemberian sedekah dalam kerajaan tempatan di Perak, penggunaan sumpah di masa dan tempat yang tidak diperlukan, masalah pembuangan bayi, pembunuhan mengguna senjata api, kecurian kabel telefon, pecah rumah, rancangan TV yang melalaikan  dan pelbagai krisis ekonomi dan kenaikan harga makanan asas dan sokongan, semua itu sedang mengepung kita dan melemaskan umat Islam di tanah air sendiri. Meskipun hasil bumi kita kaya dan melimpah ruah, namun kehidupan rakyat masih melarat dan bersimpang siur, manakala pemerintah senang lenang dan hidup mewah.

           

Segala yang berlaku ini sudah tentu ada penyebabnya, mengapa umat Islam di hina sebegini rupa, mengapa umat Islam seolah-olah hidup segan mati tak mahu ?

 

Perkara pokok yang menjadi titik persoalan dalam menilai perkara ini ialah akibat kemerosotan Iman dan kepercayaan diri, sikap tidak yakin pada agama, sikap lemah semangat dan rendah jiwa merupakan hantu jembalang yang masih melingkar dalam hidup umat Islam. Akibat tidak yakin terhadap cara hidup Islamlah maka cara hidup barat menjadi pilihan, akibat merosot imanlah segala perkara karut boleh  sahaja dilakukan. “Apabila anda tidak ada rasa malu, buatlah apa yang anda mahu”, walhal “sifat malu itu sebahagian daripada iman.”

 

Sejarah Islam silam telah menunjukkan bagaimana kerajaan Islam Othmaniyyah Turki telah runtuh akibat tidak yakinnya pemerintah Turki iaitu Mustafa Kamal Ataturk, tidak yakinnya terhadap sistem dan corak pemerintahan Islam. Segala kelengkapan perang di tukar, askar-askar dilatih cara barat, azan tidak di benarkan, tarbus dan kopiah diharamkan, tudung-tudung labuh ditanggalkan, kilang-kilang arak di perbesarkan,  pelacur-pelacur dilariskan, undang-undang syariat di tukarkan, ulama’-ulama’ dipenjarakan, pengajian ilmu agama tidak dibenarkan. Akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular yang termundur bersebelahan Eropah walaupun buminya kaya dengan khazanah alam, minda rakyatnya tertutup walau pun bertimbun kitab muktabar dikarang. Natijahnya, sampai sekarang negara turki masih tidak diterima menyertai Kesatuan Eropah kerana masih belum maju setanding negara Eropah lain, sedangkan dulu Turkilah penguasa, Turkilah tempat rujuk seluruh dunia Islam termasuk Eropah. Namun itulah nasib yang di hadapi Turki akibat tidak yakin terhadap agama Islam, anutan diri sendiri.

           

Kedangkalan ilmu dan teknologi merupakan masalah genting yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini, kita masih belum mampu menghasilkan keperluan yang di inginkan samada di sudut pertanian, alatan industri mahu pun ketenteraan. Andaikata tiada siapa yang membekalkan senjata kepada kita, kita akan berdiri kekosongan tangan di medan pertempuran, maka jadilah seperti rakyat Palestin melawan Israel, kita melontar kayu dan batu sedangkan mereka dengan bom dan peluru. Ini justeru jet-jet perang, peluru perpandu, kereta kebal, meriam dan senjata berat adalah diimport dan diambil daripada orang lain. Bagaimanakah kita mahu berperang dan melawan musuh sedangkan senjata kita diambil daripada mereka ? Apatah lagi sering rusak sebelum berada dan digunakan di medan perjuangan ?

           

Perkara ini bukan sahaja dalam bidang ciptaan, malah didalam pertanian juga negara-negara Islam yang pada asalnya adalah negara–negara pertanian, tidak mampu memenuhi tuntutan dirinya sendiri. Ia masih berhajat untuk mengimport kapas untuk pakaian, gandum dan beras untuk makanan dari negara lain. Seandainya negara-negara luar menyorok tangan dari menghantar bekalan, nescaya rakyat negara Islam akan mati kebuluran.

 

Allahuakbar 3x walillahilhamd

 

Muslimin dan muslimat yang di rahmati allah sekalian,

 

Sekiranya kita tidak mampu berjuang mempertahankan diri kerana senjata–senjata kita datang dari orang lain, dan apabila kita tidak mampu mengenyangkan perut anak-anak kita kerana makanan kita terpaksa di import dari negara lain, maka apa yang boleh kita lakukan ? Kita terbelakang dalam bidang ciptaan, pertanian moden, keilmuan dan di setiap bidang, diburukkan lagi dengan keadaan umat Islam yang berpecah belah dan kucar–kacir .

 

Menurut Sayed Husain Nasr Umat Islam pada hari ini sudah tidak mampu untuk berpecah, kerana mereka sudah terlalu banyak berpecah. Cuma ada satu harapan untuk bersatu, iaitu bersatu untuk berpecah Itulah sindiran tajam kepada tubuh sendiri.

           

Begitulah keadaan umat yang besar ini jika mereka tidak mempunyai hadaf/ matlamat yang satu dan tiada persamaan di antara mereka dan tidak mempunyai kesatuan hati,  dibimbangi ia akan menjadi seperti sampah yang yang hanyutkan banjir dan Allah akan mencabut dari hati musuh–musuh mereka perasaan gerun dan melemparkan dalam hati mereka perasaan lemah dan takut.

 

            Beginilah keadaan umat Islam kita pada hari ini tidak dapat melakukan sesuatu wakaupun jumlah kita adalah besar. Umat Islam tidak dapat bersatu walaupun Islam itu adalah penyatu kepada kalimah–kalimah mereka. Selamanya mereka tidak akan dapat bersatu selagi mana pandangan dan kiblat mereka dihalakan ke arah selain dari Islam, dan tujuan mereka bukan untuk menuntut keredhaan Allah. Perkara inilah yang pernah di beri peringatan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu ia membuat garisan lurus dan baginda berkata : “Inilah merupakan jalan Allah yang lurus” . Kemudian baginda membuat anak panah di kiri dan kanan garisan lurus tersebut, garisan yang berbengkang–bengkok dan bersabda “Ini merupakan jalan-jalan yang sentiasa menunggu di setiap kepala jalan tersebut oleh seekor syaitan yang sedang memanggil ke arahnya, kemudian Rasulullah membaca ayat Al-Quran yang berbunyi :

 

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ(153) الأنعام

Surah al-An’am 153

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu ) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah

 

Jalan Allah Taala satu –satunya jalan yang akan menghimpunkan semua manusia, jika bukan jalan Allah, maka akan berpecahlah semuanya dan mereka tidak mempunyai ruang untuk bertemu.

 

Firman Allah :

 

وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ(153) الأنعام

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

 

Oleh itu sidang hadirin, muslimin dan muslimat sekalian, perkara terpenting dalam menghadapi situasi ini ialah bermatlamat menuntut keredhaan Allah, berfikir dan bekerja dibawah satu jalan iaitu jalan Islam yang bersumberkan Al-Qur’an dan Sunnah,  bekerja dalam satu sof seperti firman Allah :

 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ(2)كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ(3)إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنيَانٌ مَرْصُوصٌ(4) الصف

Surah as-saff ayat 2-4 bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

 

Dan jalan penyelesaian yang perlu dititikberatkan ialah sebagaimana saranan Imam Hasan Al Banna rahimahullah :

 

1.      Memupuk Keimanan yang mendalam. إيمان عميق

 

2.      Membentuk Tenaga Kerja yang mantap. تكوين دقيق

 

3.      Dan Bekerja Berterusan tanpa mengenal putus asa. عمل متواصل

 

Semua itu mestilah dilaksanakan dalam roh mencari keredhaan Allah, menyedari tanggungjawab memimpin dunia dan memandu kemanusiaan, meyakini balasan syurga luasnya sejarak luas langit dan bumi, memahami tabiat jalan yang tidak dihampar dengan bunga-bunga mawar dan permaidani merah, dan mengharapkan salah satu daripada dua : Samada menang dan memimpin, atau mati syahid dan bahagia harmoni.

 

إما النصر والسيادة وإما الشهادة والسعادة !!

 

Sukacita saya tegaskan bahawa Isslam yang kita anuti ini, Islam yang kita berbangga ini merupakan ugama KEILMUAN yang tergambar daripada UCAPAN DUA KALIMAH SYAHADAH, ugama KEPATUHAN yang tergambar daripada AMALAN SOLAT, ugama KESUCIAN yang tergambar daripada IBADAH PUASA, ugama KEBAJIKAN yang tergambar daripada SUMBANGAN ZAKAT, ugama KESEJAHTERAAN yang tergambar daripada HIMPUNAN HAJI, ugama penyelesaian, ugama kedamaian, ugama keadilan dan ugama rahmatan lil’alamiin.

 

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمْ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوْ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ(42) التوبة

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

 

بارك الله لى ولكم فى القرآن العظيم ، ونفعنى وإياكم بالآيات والذكر الحكيم ، وتقبل منى ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم. وأستغفر الله العظيم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات واستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .

الخطبة الثانية :

 

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبرالله أكبر

الله أكبركبيرا  والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا

لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد ،

 

الحمد لله رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان إلا على الظالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى من سبقه من النبيين  وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين  وأما بعد …..

 

فيا أيها الناس اتقوا الله فيما أمر وانتهوا عما نهى عنه وحذّر . واعلموا أن الله أمركم بأمر بدأ فيه بنفسه ، وثنى بملائكة قدسه فقال تعالى ولم يزل قائلا عليما :

 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(56) الأحزاب

 

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم  وعلى آل سيدنا إبراهيم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم  وعلى آل سيدنا إبراهيم  فى العالمين إنك حميد مجيد.

 

 

Seorang mukmin itu,

 

Apabila bercakap dia menyebut perkara yang perlu lagi mengembirakan, suaranya tidak memekak dan tidak menyusahkan, isinya tidak sukar difahami dan menyakitkan, lunak didengar, senang dirasa, indah bahasa dan dalam maksudnya. Ucapannya itu lahir daripada akal yang sihat, jiwa yang bersih, niat yang tulus, dan matlamat yang jelas. 

 

Seorang mukmin itu,

 

Apabila bergaul dia bergaul secara halus lagi menawan hati, apabila berjanji dia tepati, apabila bertemu dia senyum, apabila berpisah dia mengucapkan salam sejahtera dan doa, apabila bercakap dia berdepan dengan sepenuh tubuh, apabila dicakap orang dia mendengar dengan penuh perhatian, apabila berpandangan dia tidak sinis, apabila marah dia menahan diri dari kemarahannya walau pun mampu melakukannya, apabila kekurangan harta dia tidak meminta-minta, apabila kaya harta dia tidak kedekut buta, apabila bersalah dia memohon maaf, apabila dikhianati dia memaafkan, apabila berselisih faham dia bertolak ansur, apabila terlanjur dia kembali ke pangkal jalan.

 

Seorang mukmin itu,

 

Apabila memandang dia mengambil pengajaran, apabila diam dia berfikir, apabila berbicara dia ingat, apabila disekat dia sabar, apabila diberi dia syukur, apabila ditimpa bencana dia mengucap innalillah wainna ilaihi raaji’un, apabila diperlekehkan dia berlembut, apabila berilmu dia tawadu’ merendah diri, apabila mengajar dia menyayangi, apabila diminta dia menyumbangi.

(Risalah Mustarsyidin, Abu Ghudah, m.s. 156)

Seorang mukmin itu,

 

Seorang mukmin itu, kesembuhan untuk orang yang mencarinya, bantuan buat orang yang minta panduan, rakan kongsi orang yang benar, gua keamanan bagi orang yang takut, suka berbakti, mudah rela pada hak dirinya, jauh cita-cita pada hak Allah, Tuhannya. Niatnya lebih baik daripada amalnya, amalannya lebih berkesan daripada ucapannya, tanh airnya ialah kebenaran, penjaranya ialah sifat malu, pengenalannya ialah wara’, saksinya ialah taqwa.

 

Seorang mukmin itu,

 

Makanannya ialah apa yang ada, tempat tinggalnya ialah di mana dia berada, pakaiannya hanyalah apa yang menutupi, temannya ialah siapa yang sanggup membaiki. Bersendirian adalah majlisnya, qur’an adalah ucapannya, Allah Yang Gagah Perkasa adalah kekasih yang memesrainya, zikir adalah temannya, zuhud adalah rakannya, diam adalah kasihsayangnya, takut adalah jalan lurusnya, rindu adalah tunggangannya, nasihat adalah keinginannya, mengambil pengajaran adalah fikirannya, sabar adalah bantalnya tanah adalah tikarnya orang yang mengutamakan kebenaran adalah saudaranya, hikmat adalah kalamnya, akal adalah penunjuk jalannya, santun adalah kawan rapatnya, tawakkal adalah usahanya, lapar adalah lauk pauknya,  dan ALLAH adalah penolongnya.

(Risalah Mustarsyidin, Abu Ghudah, m.s. 161)

Seorang mukmin itu,

 

Dia simpati kepada orang susah, dia membantu orang yang kalah, dia merestui orang yang memohon maaf, dia meninggalkan orang yang bersikap keras, dia menjauh daripada orang yang pemalas, dia bersahabat dengan orang yang berilmu dan bertaqwa, dia tidak berkerabat dengan orang yang mudah jemu dan suka ketawa ; Terhadap orang muda dia simpati, terhadap orang tua dia hormati, terhadap wanita dia santuni, terhadap ulama’ dia sanjungi, terhadap haiwan dan makhluk lain dia senangi, terhadap segala hak diri dia tuntuti, dan terhadap segala kewajipan dia penuhi. Seorang mukmin itu melakukan apa yang menyenangi orang lain dan mengembirakan mereka, dan dia menjauhi perkara yang menyusahkan orang lain dan merundungkan mereka. Luas akalnya, lapang dadanya, lembut jiwanya, halus bahasanya, tinggi tekadnya, dan tulus ikhlas niatnya. Wawasannya menuju akhirat, fikirannya melangkaui umat,  batasannya hukum hakam syari’at, dan amalannya menyelamat manusia sejagat.  

 

Seorang mukmin itu,

 

Fikirannya sentiasa meninjau ke alam luas mengambil pengertian Keagungan Allah, sentiasa merantau dari alam dunia ke alam akhirat yang tiada penyudah, sentiasa mengutamakan ketentuan syariat mengatasi logik akalnya yang terbatas. Dia sedar tentang kemampuaqn akalnya yang terhad, jangkauan fikirannya  yang singkat, pengalaman pancainderanya yang terikat, dan ketekalan otaknya yang terdedah kepada kellesuan dan mudhorat.

 

Seorang mukmin itu,

 

Jiwanya menongkah arus atmosfera ke alam malakut, tidak terpenjara dalam pengalaman dunia yang kedekut. Hatinya menembusi gelombang cakrawala ke tingkat langit, tidak terkurung  dalam lingkungan fana yang hanyut. Dan nadi jantungnya mengikuti irama Tuhan Yang Pengasih ketika berdenyut, bukan menurut rentak nafsu yang kemelut.

 

Seorang mukmin itu,

 

Tubuh badannya dijaga tanpa melupakan hak akal dan jiwa. Urat sarafnya dibidik tanpa membiarkan hak anak isteri dan keluarga. Makan minumnya diutama tanpa meninggalkan keperluan ilmu dan hikmah rahsia.

 

Seorang mukmin itu,

 

Menahan diri ketika marah, memberi maaf kepada orang yang bersalah. Berlapang dada semasa dikritik dan difitnah, menilai semula perbuatan lepas mana yang lemah. Kasih sayangnya tidak menjadikan peribadinya bacul dan pilih kasih, bahkan dia bertindak menurut syara’ dan pertimbangan akal yang bersih. Dia membenci apa yang dibencikan oleh Allah, dan dia menyintai apa yang dicintakan oleh Allah. Dia bersedih apabila musibah menimpa agamanya, mengatasi sedihnya terhadap bencana ke atas dirinya. Perasaannya murung apabila melakukan dosa kepada Allah, dan gembira apabila melaksanakan perintah Tuhannya. Bimbangnya terhadap dosa bagaikan gunung yang bakal menimpa, bukan bagaikan menepis lalat di hidung atau di muka. Dia gembira apabila saudaranya mendapat nikmat dan rezeki, bukan berduka dan bersikap dengki. Dia seronok apabila bekerja dan berkhidmat, bukannya merungus dan bertindak jahat. Cintanya kepada Allah mengatasi segala-galanya, manakala cintanya kepada dunia tidak sampai ke mana-mana.

 

اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات ، وألّفْ بين قلوبهم وأصلحْ ذات بينهم وانصرهم على عدوك وعدوّهم ، اللهم انصر سلاطينَ المسلمين وأيدْهم إلى يوم الدين  وأعلِ كلمةَ الموحّدين وأدمْ لهم العزة والتمكينَ

 

اللهم اهدنا سبلَ السلام وأخرجنا من الظلمات إلى النور وجنّبْنا الفواحش ما ظهر منها وما بطن .

 

اللهم أقم الشرع الشريف لأئمة المسلمين ولوزائه سبيلا ومنهاجا ، وارزقهم التوفيق لكل خير واجعلْهم سراجا وهّاجا.

عباد الله ، إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى يعظكم لعلكم تذكرون ،

فاذكروا الله العظيم يذكرْكم ، واشكروه على نعمه يزدْكم ، واسألوه من فضله يعطِكم ، ولذكر الله أكبر ، والله يعلم ما تصنعون .

September 30, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

Tanda-tanda Ma’rifatullah Dalam Perjuangan

 

1.       Pendahuluan dan kepentingan Ma’rifatullah dan Iman

MA’RIFAT membawa maksud PENGETAHUAN, PENGETAHUAN YANG TERTINGGI ATAU SEMPURNA (Dalam ilmu tasawwuf).[1] Ma’rifatullah bererti mengenali dan mengetahui tentang Allah. Kata Sahal r.a. : “Ilmu disabitkan dengan ‘ma’rifat, akal disabitkan dengan ilmu, dan ma’rifat disabitkan  dengan dirinya sendiri.” Dan kata Abu Bakar Al-Warraq r.a. : “Ma’rifat ialah mengenali sesuatu dengan gambaran rupa paras dan sifat-sifatnya, dan ilmu ialah mengetahui sesuatu dengan hakikat-hakikatnya.”[2]  Kata Imam Al-Jurjaani r.a. : “Ma’rifat ialah memahami sesuatu mengikut apa yang semestinya, dan ma’rifat ini didahului oleh jahil (tidak mengetahui). Berbeza dengan ilmu. Justeru itu Allah Ta’ala dinamakan dengan Al-‘Aalim (العالم) bukan dinamakan dengan Al-‘Arif (العارف).”[3]Pengenalan ini merupakan asas pegangan hidup yang selamat dan tunggak prinsip-prinsip agama Islam. Kebiasaan, ma’rifatullah dibicarakan dalam ilmu Usuluddin atau Aqidah dan juga dalam ilmu Tasawwuf. Sebagaimana IMAN, ma’rifatullah menjadi kata penentu kepada pengiktirafan Islam tentang seseorang manusia itu samada selamat atau tidak sewaktu penghakiman di alam akhirat nanti. Ma’rifatullah ibarat kepala, manakala amalan ibarat tubuh.

 

2.       Erti Ma’rifatullah : Mengenali Allah pada Af’al, Sifat dan Asma’.

Ma’rifatullah bererti : Mengenali Allah pada Af’al, Sifat dan Asma’Nya. Sesungguhnya kemampuan akal manusia yang terbatas itu hanya mampu memahami dan menghayati af’al, sifat dan asma’ Allah sahaja. Dengan kata lain kita tidak mampu mengenali Allah dengan mengenali ZAT Allah Ta’ala. Sebaliknya, kita hanya ada potensi mengenali Allah melalui mengenali nama-nama Allah, sifat-sifat Allah dan perbuatan Allah.

 

2.1.             Af’al, Sifat dan Asma’ Allah dalam Al-Qur’an

Al-Qur’an sebagai panduan induk, banyak menyebut tentang kalimah Allah, nama-nama Allah, sifat-sifat Allah dan perbuatan-perbuatan Allah. Justeru itu, wajar amat kita merujuk kepada Al-Qur’an untuk memahami tentang nama-nama Allah, sifat-sifat Allah dan perbuatan-perbuatan Allah tersebut. Namun, dalam kertas kerja ini, dipetik beberapa nas Al-Qur’an sahaja sebagai panduan. Selebihnya bolehlah al-akh pembaca merujuk kepada mushaf mengikut maklumat yang dikumpulkan dalam mu’jam/ kamus Al-Qur’an.

a.       Af’al Allah :

 

b.      Sifat-sifat Allah :

 

c.       Asma’/ Nama-nama Allah :

 

2.2.             Sifat wajib bagi Allah

Sifat wajib bagi Allah Ta’ala ini merupakan rumusan yang dibuat oleh para ulama dalam membahas sifat-sifat yang semestinya ada pada hak TUHAN, di mana sifat-sifat ini memberi gambaran KESEMPURNAAN Allah Ta’ala. Di antara banyak sifat Allah yang dinyatakan dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith, para ulama yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan Al-Asy’ari (260h – 324h) merumuskan bahawa ada 13 sifat yang wajib bagi Allah Ta’ala. Manakala sifat-sifat lain boleh diserapkan ke dalam maksud sifat-sifat yang tiga belas ini. Sebahagian besar perbahasan tentang sifat-sifat Allah ini sampai kepada penghujung yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia, bahkan akal manusia terpaksa tunduk menerima ketidakupayaannya dalam memikirkan perkara tertentu. Penerimaan dan perakuan tentang kelemahan akal itu adalah tanda menerima KESEMPURNAAN Allah. Dan konsep berbeza, berlainan dan bersalahan Allah dengan makhluk (Mukholafatuhu lilhawaadith) mestilah dipasak/ ditanam ke dalam sifat-sifat yang tidak mampu difikirkan oleh akal tadi. Tiga belas sifat wajib itu ialah :

 

a.       Wujud – Ada. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa sifat ini tidak perlu dibahas kerana ada Allah telah diterima bulat oleh manusia secara semulajadi/ fitrah. Sepakat ulama’ sufi menyatakan bahawa dalil di atas adanya Allah ialah Allah sahaja, dan jalan akal di sisi mereka adalah jalan orang yang berakal dalam keperluannya kepada dalil, kerana akal itu perkara baru, dan perkara baru tidak dapat menunjukkan dalil melainkan ke atas perkara baru seumpamanya.[4]

b.      Qidam – Sediakala. Sediakala Allah Ta’ala tanpa permulaan, kerana setiap ‘permulaan’ itu mesti bergantung kepada masa, sedangkan masa bergantung pula kepada matahari dan alam semesta, walhal matahari dan alam semesta adalah makhluk yang baru wujud. Maka, sediakala Allah tidak terikat dengan ‘permulaan’ dan sistem alam ini. Lalu, bagaimana hendak difikirkan ‘sediakala’ Allah ? Jawapannya ialah : “Mengaku dan mengalahlah wahai manusia tentang keterbatasan akalmu ! Memang kamu tidak mampu memikirkan sesuatu yang berada diluar jangkauan akalmu. Usahkan perkara qidam (sediakala) dan baqa’ (kekal) Allah, tentang roh dirimu pun tidak mampu dipastikan oleh akalmu.  

c.       Baqa’ – Kekal. Berkekalan Allah Ta’ala tida penghujung dan tidak berakhir. Bagaimana ? Jawapannya sebagaimana ‘qidam’ Allah Ta’ala tadi.

d.      Mukholafatuhu lilhawaadith – Bersalahan dengan perkara baru atau berbeza dengan makhluk. Allah Ta’ala tidak sama dan tidak menyerupai dengan segala makhluk ini. Jikalau ada sebutan bahasa yang menyamai antara sebutan bagi Allah dan sebutan bagi makhluk, seperti ‘mendengar dan melihat’, maka mendengar dan melihat Allah tidak menyerupai mendengar dan melihat makhluk. Allah tidak memerlukan alat bantu untuk mendengar dan melihat, berbeza dengan manusia dan makhluk lain yang mendengar dan melihat mengguna alat bantu seperti telinga dan mata dan seumpamanya.

e.      Qiamuhu binafsih – Berdiri sendiri. Allah bersifat dengan berdiri sendiri tanpa bantuan dan sokongan pihak lain. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada segala makhluk, sedangkan segala makhluk berhajat kepadaNya.

f.         Wahdaniah – Esa. Keesaan Allah ini bermaksud tidak boleh dihitung dengan lebihan digit (angka, bilangan) dan tidak juga dengan kurangan digit, atau tidak ada bilangan urutan ke hadapan dan tidak ada bilangan urutan ke belakang. Satu dan Esa Allah tidak terikat dengan bilangan angka. Keesaan Allah terlibat dengan Esa pada zat, Esa pada sifat dan Esa pada af’al (perbuatan). Esa pada zat bermaksud zat Allah tidak boleh dibahagi, dipecah, dibelah dan dipisahkan. Esa pada sifat bermaksud

g.      Qudrat – Berkuasa.

h.       Iradat – Berkehendak.

i.         Sama’ – Mendengar.

j.         Bashar – Melihat.

k.       Ilmu – Mengetahui.

l.         Hayat – Hidup.

m.     Kalam – Kalam.

 

2.3.             Sifat mustahil bagi Allah

Sifat mustahil ini bermaksud sifat yang tidak wajar, tidak patut dan tidak sesuai dengan ‘ketuhanan’ Allah Ta’ala. Sifat mustahil ini tidak boleh sekali-kali disandarkan atau dinisbahkan kepada Allah Ta’ala.

a.       Tiada

b.      Baru

c.       Fana/ binasa

d.      Menyerupai makhluk

e.      Bergantung kepada yang lain

f.         Berbilang-bilang

g.      Lemah

h.       Menurut yang lain

i.         Tuli

j.         Buta

k.       Jahil

l.         Mati

m.     Bisu

 

2.4.             Sifat harus bagi Allah

Harus membuat sesuatu dan harus meninggalkannya/ tidak membuatnya.

 

2.5.             Keagungan Allah dalam Al-Qur’an

Kuasa mencipta, kuasa mematikan, kuasa menentukan, kuasa meninggi dan merendahkan, kuasa menghidup dan mematikan. Mengetahui segala-gala perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.

 

3.       Perkaitan Ma’rifatullah dengan rukun iman yang lain

Ma’rifatullah merupakan teras IMAN. Manakala rukun iman yang lain iaitu beriman kepada Malaikat, Kitab, Para Rasul, Hari Akhirat dan Qada’ & Qadar merupakan rangkaian pelengkap kepada beriman kepada Allah dan Ma’rifatullah. Ma’rifatullah ini mewajibkan memahami dan meyakini rukun iman yang lima lagi itu. Memahami dan meyakini rukun iman yang lima lagi ini adalah urutan daripada Ma’rifatullah. Tidak ada Ma’rifatullah tanpa memahami dan meyakini rukun iman yang baki. Dan tidak beriman kepada lima rukun iman yang lain tanpa Ma’rifatullah.

 

Di dalam hadis, daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

 

Jelas dalam hadis tadi bahawa beriman kepada Allah dan hari Akhirat wujud perkaitan yang tidak boleh dipisahkan. Kedua rukun itu adalah tunggak kepada enam rukun iman. Namun begitu, persoalan iman tidak terikat dengan logik matematik di mana enam tolak satu masih ada lima, bahkan dalam rukun iman enam tolak satu bermakna kosong. Ringkasnya, menolak salah satu rukun iman yang enam itu bererti kufur dan bukan seorang Islam lagi. Dengan kata lain, murtad ! Wal’iyaazubillah minzaalik.

 

4.       Perkara yang meningkatkan Ma’rifatullah

4.1.             Ilmu

Berilmu tentang sunnatullah atau peraturan alam semulajadi, tentang eko-sistem hidup makhluk yang ada di dunia ini termasuk manusia, tentang keistimewaan syari’at Islam, tentang kebobrokan sistem jahiliyyah, tentang cakerawala, tentang alam jin dan perkara ghaib, tentang metafizika dan alam fizikal, dan tentang hidup dan mati. Bahkan berilmu tentang wahyu yang jelas (Qur’an) dan wahyu yang tersembunyi (Hadith).

 

4.2.             Ibadah

Memahami ibadah dan ruang lingkupnya dan beramal dengan tuntutan ibadah itu terutama solat, membaca Qur’an, zikir, sedeqah dan amalan lain.

 

4.3.             Syari’at dan Mu’amalat

Pelaksanaan syari’at dalam lingkungan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah, kewajipan peribadi dan kewajipan jama’iy, perseorangan, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

 

4.4.             Akhlak dan Adab

Melatih diri dalam melahirkan akhlak mulia yang bermula daripada memahami gambaran watak mulia tersebut, membiasakan diri melakukannya, dan melazimi pelaksanaannya di sepanjang hayat serta melebarkan watak mulia itu kepada orang lain sehingga menjadi tabiat, kelumrahan dan autosugesti [5] secara bersama dalam kelompok masyarakat.

 

4.5.             Khidmat

Ma’rifatullah dapat ditingkatkan melalui sumbangan khidmat sukarela yang diberikan kepada pihak yang memerlukan. Selagi khidmat itu dibuat kerana Allah dan menurut peraturan syari’at dan sunnah, maka selama itulah ia dapat meningkatkan tahap ma’rifatullah. Ini justeru dalam khidmat yang diberikan itu terdapat rahmat, inayat, berkat daripada Allah yang disedari atau tidak disedari sehingga menjadikan kita bertambah yakin dengan ma’rifatullah.

 

Sebenarnya syari’at Islam – di mana ma’rifatullah merupakan tunjang syari’at ini – adalah peraturan Allah yang sesuai dengan fitrah dan keperluan semulajadi manusia dan makhluk lain. Kesesuaian ini bukan perkara yang membingungkan kita kerana peraturan syari’at dan fitrah semulajadi itu keluar daripada sumber yang sama iaitu Allah s.w.t. Dialah Allah, Tuhan Pencipta alam dan Dialah juga Allah, Tuhan Pencipta syari’at Islam.

 

5.       Tuntutan-tuntutan Ma’rifatullah daripada seorang muslim

Sesuatu ma’rifat atau pengenalan seseorang terhadap perkara lain akan melahirkan tuntutan tertentu samada rasa cinta, kemahuan bertindak atau pun keinginan bersama yang berterusan. Begitulah ma’rifatullah, membawa dan melahirkan kecintaan seseorang kepada Allah, menumbuhkan keinginan beramal dengan apa yang diredhai Allah dan bersedia untuk berada di sisi Allah secara berterusan atau dikatakan mati syahid di jalan Allah.

 

5.1.             Cinta

Tuntutan ma’rifatullah yang pertama ialah Cinta. Seseorang yang mengenali Allah pasti akan menyintai Allah. Ungkapan ‘tak kenal maka tak cinta’ itu ada kebenarannya. Bila kenal ada cinta juga ada kebenarannya. Sejauh mana seseorang itu mengenali Allah, maka sejauh itulah rasa cintanya kepada Allah akan meresap ke seluruh urat nadi dan pembuluh darahnya.

 

Cinta Allah membawa kepada setia dengan kehendak Allah, sedia patuh kepada suruhan dan larangan Allah, bekerja keras melaksanakan hukum hakam Allah dan sanggup berkorban apa saja demi membuktikan kebenaran cinta itu. Sejauh mana tahap resapan cinta Allah itu di hati sanubari seseorang maka sejauh itulah tahap kepatuhan, amalan, tindakan dan kesediaan untuk syahid di jalan Allah. Ini bermakna seseorang itu boleh dinilai tahap cintanya kepada Allah berdasarkan kepatuhan, amalan dan kesanggupannya untuk mati syahid.

 

5.2.             Amal

Tuntutan kedua ialah amal. Ma’rifatullah membawa seseorang bertindak mematuhi kehendak Allah, lalu beramal dengan suruhan Allah dan menjauh diri daripada larangan Allah. Beramal di sini bermaksud beramal melaksanakan syari’at yang diredhai Allah. Selama syari’at dan hukum hakam Allah belum dilaksanakan sepenuhnya, maka selama itulah sesorang yang mengenali Allah akan bekerja dan berusaha ke arah pelaksanaan kehendak Allah itu.

 

5.3.             Syahid

Kematian hanya ada dua jenis, pertama mati biasa dengan pelbagai cara dan bentuk ; dan kedua mati syahid iaitu mati berjuang dijalan Allah. Syiar seorang muslim yang hakiki ialah : Hidup mulia dan mati mulia. Atau : Mati dalam mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam mendurhakai Allah. Tuntutan ketiga bagi ma’rifatullah ialah bersedia untuk mati syahid di jalan Allah. Risiko yang paling besar dalam hidup manusia ialah mati. Tiada lagi risiko yang membimbangi perasaan manusia mengatasi kematian. Namun orang yang ma’rifatullah terlalu mengingini kematian kerana kematianlah saat paling istimewa untuk menemui dan mendampingi Allah, kekasih hati nuraninya. Segala hambatan menuju syahid ini sanggup ditempuh oleh orang yang ma’rifat akan Allah. Susah, sakit, derita bahkan mati kerana menjunjung perintah Allah adalah enteng dan remeh temeh bagi orang yang mengenali Allah.

 

Ringkasnya, ma’rifatullah membawa seseorang itu meningkatkan makna cinta, menambah nilai amal dan mendekatkan maksud syahid dalam kehidupannya.

 

6.       Tanda-tanda Ma’rifatullah

Ma’rifatullah ini ada tanda-tanda yang jelas boleh difahami oleh sesiapa yang meneliti dan menilainya. Antara tanda-tanda itu ialah :

 

6.1.             Ikhlas

Melakukan sesuatu hanya mencari redha Allah. Rukun ikhlas hanya dua iaitu pertama, melakukan sesuatu kerana menuntut keredhaan Allah. Kedua, melakukan sesuatu bersesuaian dengan syari’at dan sunnah Rasul s.a.w.

 

6.2.             Tidak mengharap pujian

Bekerja dalam bidang mana pun untuk menjunjung perintah Allah dan di atas dasar meninggikan kalimah Allah tidak mengharapkan pujian orang dan sanjungan manusia. Namanya disenaraikan dalam helaian kertas buku kenang-kenangan atau tidak bukan harapannya. Apa yang penting baginya ialah dapat bekerja di jalan Allah meskipun secara terasing dan terpinggir.

 

6.3.             Tidak menghirau kejian

Bekerja meninggikan kalimah Allah di barisan depan yang membawa kepada kemarahan musuh dan kejian lawan tidak menjadikan dia mundur dan gementar hati. Lebih parah lagi apabila dia berkata benar dalam usahanya meninggikan kalimah Allah itu mendapat kejian kawan seperjuangan yang jahil dan ada kepentingan. Itu puntidak dipedulikan kerana amalnya di jalan Allah bukan takut kejian dan bukan harap pujian. Amalnya hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah meskipun tidak diredhai manusia.

 

6.4.             Apabila selesai, bangkit lagi.

Dalam bekerja sudah pasti ada masa kemuncaknya di sudut jasmani dan emosi. Keletihan diri yang berpunca daripada banyak bekerja atau berpunca daripada ditinggal sendirian semasa bekerja akan menjadikan dirinya tidak bermaya. Namun orang yang ma’rifatullah sentiasa teringat pesanan kekasihnya : Faiza faraghta fansob ! Lalu dia bangkit lagi setelah selesai satu-satu pekerjaan justeru cintanya kepada Allah. Keletihan sirna oleh Cinta Allah.

 

6.5.             Kepada Tuhan, harap dan gemar hati.

Dalam usaha mendaki ketinggian dan kemuliaan hidup, dia tidak memikirkan kedudukan dirinya di mata manusia bahkan dilihat kedudukannya di sisi Allah. Pengharapan hati nuraninya hanya kepada restu Tuhan dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Dia sedia berada ditahap mana pun dalam penilaian manusia, asal saja semakin meningkat dalam penilaian Allah. Ingatannya sentiasa kepada saranan Tuhannya : Wa ilaa rabbika farghab ! Lalu dia menadah tangan mengharap rahmat dan limpahan kurnia Tuhannya.

 

6.6.             Sanggup berada di sisi mana pun

Pangkat dan kedudukan dalam hierarki organisasi dan masyarakat bukan ukuran mulia dan standard manusia di sis Allah. Maka persoalan dipandang orang, dipilih orang, dicalon orang, diundi orang, diterima atau ditolak orang bukan pokok persoalannya. Meskipun demikian dia tetap menghargai orang lain apabila menilai dan meletak harga diri seseorang.  Dalam hati sanubarinya memandang kalimah Allah yang dijulang, semakin tinggi atau semakin rendah, maka dia bekerja dan hidup merealisasikan maksud hadis : “Siapa yang berjuang supaya kalimah Allah itu yang tinggi maka dia berada di jalan Allah.” Di mana posisinya pada pandangan manusia dilupakan, tetapi posisinya pada pandangan Allah diingati.

 

6.7.             Tidak memburu duniawi, bahkan mengharapkan ukhrawi.

Dia bekerja bukan untuk memburu keseronokan dan kemewahan dunia. Bahkan akhiratlah yang didambakan. Namun bukan bermakna menolak segala kemudahan yang didapati secara halal dan harus. Dan meskipun demikian tidak pula tenggelam dalam kehidupan yang harus secara  berlarutan, dibimbangi membawa kepada perkara yang makruh, langsung kepada perkara yang haram.

 

7.       Penutup

Ma’rifatullah seseorang itu akan menjadikan dirinya setia hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain. Belajar dan menambah ilmu ke arah mengenali Allah adalah suatu kemestian yang tidak dapat lari daripadanya. Bekerja meningkatkan daya ma’rifatullah juga tidak dapat lepas daripadanya. Dan membuktikan tanda-tanda ma’rifatullah itu dalam jalan hidupnya adalah satu kewajipan yang membebani pundaknya. Begitulah Ma’rifatullah Dalam Perjuangan.

 

(Nota : Kertas kerja ini belum disemak dan disahkan sandaran datanya. Oleh itu, al-akh pembaca hendaklah menilai kembali sebaik yang mungkin sebelum menerima atau menolaknya.)

 

Buku panduan dan bacaan tambahan  :

1.        Ajaran Sesat – Abdulfatah Haron Ibrahim, DBP, edisi keempat, 2003.

2.        Hakikat Alam Semesta Dan Cakerawala Menuju Iman Yang Teguh (Kubra Yaqiniyyat) – Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buuty, Jasmin Enterprise, 2000.

3.        Aqidah Kaum Terselamat – Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani, perbaikan bahasa Muhammad Labib, Pustaka Nasional Singapura, 2004.

4.        Sifat 20 Kearah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Noraine Abu, Pustaka Ilmi, 2006.

5.        Bid’ah dan Syirik – Dr Yusof Qaradhawy & Syeikh Muhammad al-Ghazali, Jasmin Enterprise,  2007.

6.        Agama dan Ideologi (Al-Milal wan Nihal)– Imam Shahrastani, DBP, 2006

7.        Risalah Al-Mustarsyidin Lil Harith Al-Muhasibiy – Tahqiq Syeikh Abd Fatah Abu Ghudah, Dar Salam, 2000.

8.        Al-Aqaid Al-Islamiyyah – Sayyid Sabiq, AlFath lil I’lam Al-Arabi, 2000.

9.        As Syari’ah wal Haqiqah bainat Tasawwuf war Rumaz – Syeikh Qutbuddin Al-Ubbaadiy,Etrak littiba’ah wannasyr wattauzi’, 2002.

 


[1] Kamus Dewan, 1992.

[2] Mu’jam Mustalahat Sufiyyah – Syeikh Dr Anuar Fuad Abi Khazam, Maktabah Lubnan Nasyirun, 1993, ms 165.

[3] Al-Ta’riifat – Imam Al-Jurjaani, Darul Kitab Al-Arabi, 1985, ms 283.

[4] Mu’jam Mustalahat Sufiyyah – Syeikh Dr Anuar Fuad Abi Khazam, Maktabah Lubnan Nasyirun, 1993, ms 165.

 

[5] Sugesti : Pendapat yang dikemukakan (untuk dipertimbangkan), anjuran, cadangan, saran/ suatu (pengaruh dll) yang dapat menggerakkan hati orang lain dll, dorongan, galakan/ bayangan, gambaran. (Kamus Dewan, 2002)

September 26, 2008 Posted by | Pandangan Hidupku | 1 Komen

PANDUAN SOLAT HARIRAYA

  1. Hari raya dinamakan dengan ‘Id’ (العِيْدُ) kerana ia memberi maksud kembali dan berulang  hari itu, dan kerana kembali gembira pada hari itu. Dikatakan juga ‘Id’ itu bermaksud mengharapkan kembali lagi hari tersebut bagi orang yang pernah menemuinya/ mengalaminya.

 

  1. Maksud berhari raya bukanlah semata-mata memakai pakaian baru, tetapi berhari raya bererti merasa takut akan janji buruk daripada Allah. Kata pepatah syair Arab :

ليس العيد من لبس الجديد وإنما العيد من خاف الوعيد

Bermaksud : Bukanlah berhari raya itu orang yang memakai pakaian baru, tetapi berhari raya adalah orang yang takut janji buruk (daripada Allah)

 

  1. Dalam Islam, orang-orang perempuan digalakkan menghadiri majlis solat hari raya dan perhimpunan orang lelaki untuk solat hari raya sekalipun perempuan itu dalam keadaan uzur syar’i/ didatangi haid. Namun begitu, orang-orang perempuan tadi dikehendaki berada berasingan daripada orang lelaki kerana dibimbangi menimbulkan fitnah/ gangguan, atau pandangan bernafsu, atau fikiran bercelaru dan seumpamanya. Hal ini perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam untuk menjaga ketenteraman perhubungan dalam masyarakat Islam. Islam tidak membenarkan umatnya bergaul bebas semasa mengadap Allah dan mengingatiNya, apa lagi semasa keadaan biasa dan melupaiNya.

 

  1. Pada hari raya disunatkan memberi nasihat dan peringatan tentang hari akhirat secara khusus kepada golongan wanita. Dalam tazkirah dan nasihat itu, orang-orang perempuan digalakkan memberi sedekah pada hari raya samada dengan wang ringgit atau dengan harta perhiasan diri, sekalipun tanpa izin suami. Hal ini justeru orang perempuan sering membuat aduan tentang suami dan sering tidak mensyukuri jasa dan pengorbanan suami. Sedekah itu selepas dikumpulkan, akan diagih-agihkan oleh pemimpin tempatan kepada mereka yang kurang bernasib baik atau orang-orang yang berhajat dan dalam merana kesulitan hidup.

  

      5. Perkara yang digalakkan semasa kita menyambut hari raya ialah :

 

5.1.           Memperbanyakkan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil atau berzikir kepada Allah bermula pada malam hari raya, semasa perjalanan ke tempat solat hari raya, dan selepas solat hari raya sehingga akhir hari raya tersebut semasa Hari Raya Fitrah, dan sehingga waktu Asar hari keempat semasa Hari Raya Haji.

 

5.2.           Melakukan ziarah menziarahi antara satu dengan yang lain terutama menziarahi para ulama, orang-orang yang dimulia dan dihormati, pemimpin, jiran tetangga, kaum kerabat dan sahabat handai.

 

5.3.           Saling bermaafan dan hormat-menghormati.

 

5.4.           Sekiranya ada hak orang lain yang belum dikembalikan/ ditunaikan, maka wajarlah diselesaikan segera pada sebelum hari raya atau pada pagi hariraya sebelum solat hari raya dilangsungkan seperti zakat fitrah dan barangan lain yang diambil tanpa izin.

 

5.5.           Menolong dan membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup samada melalui sedekah atau zakat fitrah.

 

5.6.           Memohon kemaafan daripada dua ibu bapa bagi anak-anak, dan daripada suami bagi para isteri.

 

5.7.           Memohon keampunan Allah daripada segala dosa serta mengharapkan Allah menerima segala amal kebaikan yang dilaksanakan dan mengampuni segala kesilapan yang dilakukan.

 

  1. Bagaimana melakukan Solat Hari Raya ?

 

6.1.           Solat hari raya samada Id Fitri atau Id Adha adalah sunat muakkadah (sunat yang amat digalakkan) mengikut pendapat Imam Syafie r.a.. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya fardhu kifayah. Bagi Imam Abu Hanifah hari raya adalah wajib (Di sisi Imam Abu Hanifah wajib berbeza daripada fardhu).

 

6.2.           Solat hari raya dilakukan sama dengan solat-solat sunat lain selain beberapa perbezaan berikut di bawah.

 

6.3.           Niat (Di hati/ jantung) solat sunat hari raya Fitrah sekiranya Hari Raya Fitrah dan solat sunat hari raya Adha/ Haji sekiranya Hari Raya Haji. Lafaz pendekatan niat seperti berikut : “Sengaja aku solat sunat Hari Raya Fitrah (atau Hari Raya Adha) dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala”

 

6.4.           Takbir selain takbiiratul ihram (takbir memulai solat) dan takbiirulqiam (takbir berdiri untuk rakaat seterusnya), takbir sebanyak 7 kali bagi rakaat pertama dan 5 kali bagi rakaat kedua. Sebagai contoh ialah seseorang itu bertakbir untuk memulai solat (takbiiratul ihram) terus beliau membaca doa Iftitah. Selesai membaca doa Iftitah hendaklah beliau bertakbir (tanpa niat lagi) sebanyak 7 kali pada rakaat pertama. Digalakkan berzikir antara dua takbir. Contoh zikir ialah سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر . Dengan kata lain, dalam rakaat pertama 7 kali takbir (selain takbiiratul ihram ) dan 6 kali zikir. Manakala dalam rakaat kedua pula 5 kali takbir (selain takbiirulqiam) dan 4 kali zikir.

 

6.5.           Selain perbezaan di atas, semua amalan solat sunat hari raya adalah sama dengan amalan sunat yang lain di sudut bacaan wajib, bacaan surah, dan rukun-rukun solat sehingga salam.

 

6.6.           Digalakkan kita mengangkat dua tangan mencecahi telinga semasa membaca takbir-takbir solat tadi.

 

6.7.           Perlu diingatkan bahawa Islam amat menjaga dan mengambil berat tentang tertib dan kekemasan/ keindahan/ keseragaman/ keceriaan dalam segala amalan sehingga ia kelihatan cantik dan menarik. Oleh itu, semasa bertakbir makmum hendaklah mengikuti takbir imam sebaik mungkin dan tuan imam pula diharapkan mengambil kira suasana makmum yang mengikutinya. Ini bererti, selesai sahaja imam bertakbir, makmum turut bertakbir sehinggalah tamat 7 atau 5 kali takbir. Selesai sahaja takbir terakhir, makmum dikehendaki mendengar penuh perhatian bacaan imam. Solat akan berlangsung seperti biasa.  

 

  1. Takbir Hari Raya :

 

اللهُُ اَكْبَرُ اللهُُ اَكْبَرُ اللهُُ اَكْبَرُ

لا إلهَ إلا اللهُ وَاللهُُ اَكْبَرُ

اللهُُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

 

اللهُُ اَكْبَرُ كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحانَ اللهِ بُكْرَةً وَأصِيْلا. 

 

لا إلهَ إلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إلا إيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لهُ الدِّيْنَ , وَلَوْ كَرِهَ المُشرِكُوْنَ / الكافِرُوْنَ / الظالِمُوْنَ / الفاسِقُوْنَ / المُنَافِقوْنَ.

 

لا إلهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ

لا إلهَ إلا اللهُ وَاللهُُ اَكْبَرُ

اللهُُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

 

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar,

 

Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala pujian.

 

Allah sememangnya Maha Besar, segala pujian yang banyak hanya untuk Allah, dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang.

 

Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan kami tidak akan menyembah kecuali hanya kepadaNya, mempersembahkan agama ini penuh tulus ikhlas bagiNya walaupun tidak digemari oleh orang-orang musyrik/ orang-orang kafir/ orang-orang zalim/ orang-orang fasiq/ orang-orang munafik.

 

Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah sahaja, Tuhan yang membenarkan janjiNya, Tuhan yang menolong hambaNya (Nabi Muhammad s.a.w.), Tuhan yang memenangkan tenteranya dan mengalahkan tentera Ahzab (Perikatan) sekaligus.

 

Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar,

 

Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala pujian.

 

Rujukan : Syarah Soheh Muslim – Imam Nawawi Juz 3 Bab Solat Dua Hari Raya.

 

Disediakan oleh :

Mohd Nordin Jaafar

Kg Permatang Rambai,

16800 Pasir Puteh, Kelantan

019-9324950 

Bertarikh : 15/12/2001 = 29/09/1422

September 22, 2008 Posted by | Fiqhiyyaat | 1 Komen

TIP MOTIVASI 7

Perlu dingatkan tentang peristiwa Bilal bin Rabah r.a. Orang banyak melihat beliau dengan pandangan positif (putih) dan baik, bukan pandangan negatif (hitam) dan buruk biarpun warna kulitnya hitam pekat.  Kenapa ? Kerana beliau membina pandangan orang dengan membentuk peribadi dirinya sehingga orang tidak nampak warna kulitnya  tetapi nampak warna imannya.

Beliau membentuk cara berfikir orang lain terhadapnya dengan mempamerkan rangka peribadinya yang unggul dan menarik, sehingga orang melihat dirinya ke dalam batin bukan dirinya ke luar zahir. Untuk berubah, kita mesti berubah fikiran. Untuk merubah orang lain terhadap kita, mesti juga merubah caranya berfikir. Tetapi kita mesti memperlihatkan imej diri yang positif. Apa yang kita pamerkan tentang kita, itulah yang akan dilihat orang tentang diri kita.

 

Sayyidina Umar r.a. mempamerkan keimanan dan keadilannya sehingga orang nampak dirinya dengan dua ciri tersebut. Sy. Abu Bakar r.a. mempamerkan  keimanan, ketegasan dan pemurahnya sehingga orang tidak nampak lain daripada sifat-sifat terpujinya itu. Imam Syafie r.h. dilihat orang pada kejituan ilmunya justeru yang itulah dipamerkan olehnya. Imam Hasan Albanna r.h. dilihat sebagai seorang tokoh mujaddid dan da’i kurun  yang ke 20 lepas, justeru ciri itulah yang dipamerkan dalam riwayat dirinya.

Sikap kita yang dilihat orang, bukannya rupa kita.

 

Monoja 260206

September 22, 2008 Posted by | Al Baa'ithu Al Hathith | 1 Komen

Perbahasan Islam-Kristian 1

Pendahuluan.

 

13/09/2008, 8.00am

 

 

Suatu hari saya dikejutkan oleh satu e-mail daripada rakan saya tentang do’a yang bertajuk : Adakah Tuhan Menjawab Do’a Kita ?, yang diambil daripada suatu sumber  berasal daripada laman web kristian berbahasa Melayu yang diterjemahkan daripada laman web berbahasa Inggeris (saya sengaja tidak menyebut laman-laman web tersebut untuk menjaga rakan-rakan yang tidak mendalam dalam pengajian Islamnya meninjau ke laman web tersebut tanpa bekalan yang berpatutan). Semua artikel dalam laman web berbahasa Melayu saya salin ke laptop saya untuk dikaji dan dibahas, kemudian dihidangkan semula ke hadapan pembaca. Laman web Kristian itu tidak dibuka untuk forum, hanya ada ruang soalan dan akan dijawab melalui e-mail. Saya rasa hairan kenapa ruang forum tidak dibuka untuk bebas berbahas dengan adab-adab yang baik demi mencari kebenaran yang mutlak. Di atas suasana itu, saya rasa terpanggil untuk berbicara dan bersemuka hujjah dan fakta antara Islam dan Kristian, walaupun Syeikh Ahmad Deedat r.a. telah lama menguburkan hujjah-hujjah Kristian ini di setiap perdebatan Islam-Kristian.

 

Tajuk pertama yang saya ikut serta perbahasan ini ialah ADAKAH TUHAN WUJUD ?

 

  1. Adakah Tuhan Wujud           

Sebelum perbahasan sekitar tajuk ini diteruskan, saya kira patut didahului beberapa tajuk kecil yang dapat melancarkan perbahasan mengenai tajuk utama. Tajuk-tajuk kecil itu ialah pertama, Apa Itu Kepercayaan ?, kedua, Perlukah Manusia Kepada Agama ? dan ketiga, Manakah Agama Yang Paling Tepat dan Benar ?

                                               

1.1. Apa itu kepercayaan

 

Sebelum membicarakan tentang wujud Tuhan, adalah mesti kita membicarakan dahulu tentang apa itu kepercayaan.  Kepercayaan merupakan teras perbahasan kepada Wujud Tuhan dan agama. Simpang siur perbahasan tentang Ketuhanan dan Agama adalah hasil adanya kepercayaan.

 

Apa dia kepercayaan ?

Anthony Robbins menyebut :”Satu ketetapan yang paling kuat mempengaruhi hasil ialah kepercayaan, iaitu pesanan yang sesuai dan secara konsisten dihantar kepada otak dan sistem saraf. Bagi kesemua kuasanya, tidak ada keajaiban yang sukar difahami terlibat dalam proses ini. Kepercayaan hanyalah suatu keadaan, satu gambaran dalaman yang menguasai tingkah laku….. Kelahiran kecemerlangan bermula dengan kesedaran kita bahawa kepercayaan ialah satu pilihan. Kita selalunya tidak memikirkan begitu, tetapi kepercayaan boleh menjadi pilihan yang disedari. Anda boleh memilih kepercayaan yang menghadkan anda, atau anda boleh memilih kepercayaan yang menyokong anda. Tekniknya ialah memilih kepercayaan yang  membawa kepada kejayaan dan hasil yang anda mahukan dan untuk membuang yang menahan anda…… Kepercayaan kitalah yang menentukan berapa banyak potensi kita yang boleh dipergunakan. Kepercayaan boleh membuka atau menutup pengaliran idea.……

 

Dari mana datangnya KEPERCAYAAN ?

Kepercayaan terhasil daripada : PERSEKITARAN… PERISTIWA SAMADA KECIL ATAU BESAR… ILMU PENGETAHUAN… HASIL KITA YANG DAHULU…. MEWUJUDKAN DALAM FIKIRAN PENGALAMAN YANG ANDA INGINKAN DI MASA HADAPAN SEOLAH-OLAH BERADA DI SINI SEKARANG. (Imaginasi)…

 (Sila lihat : Kuasa Infiniti…  Oleh Anthony Robbins, Bab 4 ms 56-61/ 1999)

 

Kepercayaan hanyalah suatu keadaan, satu gambaran dalaman yang menguasai tingkah laku….Apabila anda percayakan sesuatu atau seseorang, anda menerimanya tanpa berbelah bagi samada perkataan, perbuatan, prinsip dan pegangan hidup, bahkan watak dan pergerakan fizikal.

 

Islam menyebut IMAN dan AQIDAH

 

Antara banyak perkara yang lucu di dunia ini ialah kepercayaan kepada ‘HANTU’ (Adakah pembalikan daripada kalimat TUHAN ?) yang menguasai masyarakat Melayu dan banyak manusia dahulu dan masa kini. Wujudkah hantu ? Padahal belum anda lihat dan tidak dapat anda buktikan kepada sesiapa jua. Sekadar anda melihat sendiri dalam mimpi, ketika sedar di waktu-waktu tertentu dan melalui khayalan pembikin-pembikin filem-filem seram, tetapi tidak dapat membawa bukti ke hadapan awam secara ‘segar’ dan ‘hidup’, bukanlah kenyataan dan pendakwaan yang boleh disahkan, melainkan oleh mereka yang benar-benar mempercayai  anda! Namun, manusia banyak tetap merasa takut tentang hantu dan ceritanya, lebih-lebih lagi apabila berbicara tentang hantu di hutan rimba di waktu malam pekat berduaan sahaja. Anda takutkan hantu ? Saya Takuuuuut ! Semuanya kerana KEPERCAYAAN. Kepercayaan ini adalah hasil maklumat terdahulu, pendidikan (ditakut-takutkan secara berulangkali dan berterusan) dan pengalaman.

 

Sebenarnya, pada hemat saya, hantu adalah khayalan manusia dalam menterjemahkan kes-kes, peristiwa-peristiwa dan pengalaman-pengalaman yang lalu tentang  alam JIN dan MALAIKAT. (Ini pun dua jenis makhluk yang berhajat kepada KEPERCAYAAN – Tiada bukti yang boleh digenggam dan didedahkan kepada orang ramai, selain bekas-bekas, kesan-kesan dan pengalaman orang-orang yang terlibat dengan rasukan, dan selain data-data kajian ilmiyyah/ akademik berkenaan wahyu Allah)

Kepercayaan mampu mencipta keluarbiasaan dalam hidup manusia !

 

1.2. Perlukah manusia kepada agama

 

Untuk tajuk ini, saya hanya menukilkan apa yang ditulis oleh Prof. Dr Yusoff Al Qaradhawi dan sedikit ulasan saya seperti berikut :

 

[ Seorang sejarawan dan ahli falsafah yang bernama Arnold Toynbee telah berkata : “Agama adalah pembawaan sejati dan tabie bagi manusia. Cukuplah kita katakan bahawa keperluan kepada agama menyebabkan andaikata seseorang itu putus harapan dia akan mencari hiburan keagamaan untuk menghadapi perkara yang sudah tidak dapat diatasinya.” Dr Karl Bang telah berkata di dalam bukunya “Manusia Moden Yang Mencari Dirinya Yang Sebenar” : “Setiap pesakit yang meminta nasihat dariku sepanjang tiga puluh tahun yang lepas dari setiap pelusuk alam, adalah disebabkan oleh kekurangan dan kegoyahan kepercayaan (aqidah) mereka. Mereka tidak sembuh melainkan setelah kembalinya kepercayaan mereka.” William James, ahli falsafah pragmatism berkata : “Ubat kepada tekanan (tidak syak lagi) ialah iman (kepercayaan).” Dr Brill berkata : “Orang yang benar-benar beragama tidak akan menghadapi sakit jiwa.” Dale Carnegie telah berkata dalam bukunya “Tinggalkanlah Tekanan (Stress) Dan Mulalah Hidup Baru” : “Para pakar sakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan kepada agama sudah memadai untuk menghalau serta mengubati tekanan dan ketegangan perasaan.” Dr Henry Lang telah menerangkan dengan panjang lebar di dalam bukunya “Kembali Kepada Keimanan” berkenaan masalah ini serta membuktikannya dengan pengalamannya yang banyak sepanjang tugasnya mengubati sakit jiwa. ]

 

(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 22-23)

 

[Seorang hakim dari Britain di zaman ini berkata : “Tanpa akhlak tiada undang-undang dan tanpa keimanan tiada akhlak.”  Dan Voltaire pernah berkata : “Jikalau Tuhan tiada, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menciptanya.”]

 

(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 24)

 

Begitulah pandangan ilmuan moden tentang keperluan agama dan keimanan. Adakah kita yang ‘tidak ke mana’ ini (berilmu tidak, kaya pun tidak, berkuasa tidak, segar bugar tidak, ada kepakaran pun tidak) merasakan tidak berhajat kepada agama dan keimanan ? Memang begitulah sebahagian remaja dan orang dewawa memberi jawapan, kononnya mereka tidak seronok hidup dalam kongkongan dan ‘penjara agama’. Padahal mereka berfikir singkat menurut gejolak nafsu dan emosi, tidak berfikir untuk hidup sampai ke zaman tua dan sesudah mati. Dalam suasana tidak mempedulikan agama itu pun, adakah orang yang ‘tidak seronok hidup dalam kongkongan dan ‘penjara agama’ itu berasa seronok dan bahagia ? Apa bahagianya kalau fikiran suntuk, makan tak cukup, duit tak ada, menjadi kuli memanjang, sakit menjadi-jadi, dan nak buat kerja pun tak reti ? Apa bahagianya apabila kekayaan harta dan wang ringgit menghambat diri ke hulu ke hilir memenuhkan keinginan yang tidak sudah-sudah ? Ada baiknya kalau merana di dunia, tetapi masih selamat di akhirat. Beragamalah saudara, Islamlah ! saudara akan selamat !

 

Manusia memang mahu berTuhan, samada manusia dulu, manusia kini dan manusia akan datang. Itu disebut fitrah (Fitrah : sifat semula jadi, bakat, pembawaan, atau perasaan keagamaan. Fitratullah : kejadian yang termeterai dalam ketetapan Allah. Kamus Dewan/2002). Kemahuan berTuhan itu menjadikan manusia melakukan pelbagai ritual ibadat (Ritual : tatacara dalam upacara keagamaan, adat, dsb. Kamus Dewan/2002) atau amalan perhambaan diri kepada yang ‘maha kuasa’ dan ‘maha ghaib’. Persoalan keagamaan ini adalah persoalan yang tidak wajar diperdebatkan kerana hampir seluruh manusia ada agama yang menjadi prinsip hidup dan pegangan hati masing-masing. Kalaulah ada orang yang mahu memperdebatkan juga, bolehlah dalam konteks ‘manakah agama yang benar di antara puluhan agama anutan ramai di dunia ini ?’. Dan pastinya, di penghujung perdebatan itu kita akan temui hanya satu fakta yang utuh dan meyakinkan iaitu ISLAM ADALAH AGAMA YANG BENAR !

 

1.3. Manakah agama yang paling tepat dan benar

 

Di para atas tadi telah disinggungkan sedikit tentang agama yang mana wajar menjadi pilihan manusia. Seorang muslim tentu menjawab : “Islamlah yang paling baik!” Orang Kristian pula menjawab : “Kristianlah yang paling baik!” Penganut agama lain juga menjawab bahawa agama anutan mereka sahajalah yang paling baik.

 

Semua orang ada jawaban mengikut apa yang diyakininya. Tetapi cuba anda bayangkan keyakinan anda sewaktu remaja atau kanak-kanak dahulu, adakah ‘keyakinan’ anda ketika itu sebenar-benar keyakinan yang bersandarkan hujjah dan lojik yang kuat ? Tidak ! Sewaktu anda asyik bermain dengan kawan-kawan sebaya menjelang Maghrib, ayah atau ibu datang mendesak pulang. Katanya : “Pulang cepat, hantu berkeliaran di awal senja begini.” Anda percayakah tentang hantu sewaktu asyik bermain ? Tidak ! Tetapi apabila semua kawan-kawan anda beransur pulang, tinggallah anda sendirian dengan rasa seram dan seriau bulu roma anda mengingatkan kata ‘hantu’ yang disebut oleh ibu anda tadi. Sebenarnya, mana satu keyakinan anda yang hakiki ? Tiada hantu atau ada hantu ? Kedua-duanya itu hanyalah sekadar keyakinan tanpa hujjah dan dalil bukti. Itu sekadar kepercayaan kanak-kanak dan remaja.
Sememangnya anda akan menyebut : “Ini keyakinan saya !” Seolah-olah tidak ada ruang untuk mengubah pegangan, kepercayaan dan keyakinan anda lagi oleh sesiapa pun. Senggang beberapa hari anda telah bertindak sebalik daripada ucapan anda tadi. Kenapa ? Anda menjawab : “Berubah keyakinan!” Jadi, bagaimana dengan keyakinan terdahulu ? Jawaban seratanya ialah kayakinan terdahulu tidak disertai hujjah dan bukti, berbeza dengan keyakinan hari ini.

 

Namun, apabila saya bertanya lagi : “Keyakinan anda hari ini adakah berdasarkan hujjah dan bukti ?” Anda kemarahan mendengar soalan begitu. Semacam mencabar anda. Walhal anda masih percayakan hantu, kan ? Mana hujjah dan buktinya ? Anda makin marah. Jangan, kemarahan itu adalah di antara tanda-tanda tidak mampu mengemukakan hujjah, lalu membuka terjah, sepak, tumbuk, tampar, dan kalau tak dapat juga bersumpah! Seperti sumpah Saifool si pembancuh kopi dan sumpah si Najeeb pengebom berani mati. Bawakan hujjah dan bukti untuk membenarkan keyakinan anda.

 

Begitu jugalah remaja yang suka berpeleseran, bercandaan, berduaan, berempit/ berkempit dan sebagainya. Semuanya memberi jawapan yang diyakini, sehingga sepasang teruna-dara (entah masih teruna entah masih dara) yang lari ke ‘seberang’ mahu kahwin, dengan berani dan penuh yakin mengalas tindakan mereka dengan berkata : “Kami sanggup sehidup semati, melintang lalu membujur patah, susah sama dijinjing senang sama dipikul, melentang berminum embun meniarap bermakan pasir dan bla, bla, bla……” dan akhirnya kembali melutut ke pangkuan ayah bonda memohon bantuan dan sokongan lantaran tak tahan lagi hidup berduaan dalam kepayahan. Di mana keyakinan mereka ?

 

Agak jauh saya berkayuh meninggalkan tajuk, tapi berkaitan.

 

Soal keyakinan sahaja tidak memadai. Keyakinan yang sebenar mestilah beralas dan berhujjah, berbukti dan berdalil. Keyakinan bukan keras kepala, tapi keras kepala memang berkeyakinan. Orang yang berkeyakinan boleh bertolak ansur, tetapi orang yang keras kepala tiada tolak ansurnya, tidak mengendah. Saya yakin saya benar tetapi tiada bukti yang boleh saya lemparkan ke muka, seperti keyakinan saya tentang manisnya gula. Itu tidak dapat dinafikan hakikatnya. Tetapi dalam keyakinan beragama dan berprinsip hidup, kita mesti mempunyai dalil bukti yang mempertahankan pegangan dan prisip hidup kita.

 

Kesimpulan, agama manakah yang paling benar dan paling baik untuk dianuti adalah berkaitan dengan pilihan hati seseorang terhadap pelbagai agama di atas muka bumi ini, samada agama langit (Islam, Yahudi, Kristian dan seumpamanya) atau agama bumi (Hindu, Buddha, Majusi, Pengikut hawa nafsu, Penyembah berhala, dan sebagainya), pilihan hati yang bersandarkan dalil bukti yang jelas tentang Ketuhanan, Kehidupan selepas mati, Syurga dan Neraka, Roh, bahkan tentang Peraturan dan Undang-undang kehidupan di dunia ini, dan apa saja yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan. Adalah tidak adil mempertahankan agama anutan yang sedia ada pada anda hari ini sedangkan anda tidak tahu sandaran dan dalil bukti kebenarannya, dan menolak agama lain yang anda juga tidak memahami isi kandungan dan dalil bukti kebenarannya.

Di sinilah kita memerlukan perdebatan, perbahasan, perbandingan dan pembuktian hujjah dan dalil tentang keyakinan kita terhadap anutan masing-masing. Ayuh ! kita mulakan di sini ! Sajikan bukti-bukti kamu, sekiranya kamu benar !

 

  1. Adakah Tuhan Wujud ?

 

Tajuk ini tidak sepatutnya diperdebatkan. Sebab, manusia yang sihat badan dan fikiran tidak mampu menafikan wujud Tuhan, Tuhan Yang Maha Kuasa. Bayangkan anda membuat penerjunan setinggi 1000m mengguna payung terjun yang termoden. Tiba-tiba payung anda menghadapi masalah teknikal yang tidak dijangkakan semasa anda mula terjun. Anda masih tidak berTuhan  sewaktu itu ? Ooooo tidak !! Oh Tuhanku ! Terbetik di hati paling dalam anda dengan penuh pengharapan agar Yang Maha Kuasa menyelamatkan anda. Itulah perakuan yang jelas anda mempercayai wujudnya Allah. Dari mana keluarnya kalimat itu kalau bukan daripada sifat manusia yang semula jadi diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa ? Itulah maksud saya kita tidak sepatutnya membahas tajuk wujudnya Tuhan.

 

Namun, sebagai pengukuhan kepada keyakinan yang sedia ada, marilah kita menimba maklumat sokongan untuk memantapkan keyakinan kita tentang adanya Tuhan, walau pun sedikit dan sebentar :

 

1.      Alam Semesta tanda adanya Tuhan Pencipta.

Bumi dan planet-planet lain di alam ini membuka minda orang yang menggunakannya tentang adanya Pencipta. Kedudukan bumi yang tidak terjauh daripada matahari yang menyebabkan ianya membeku, dan tidak terdekat kepada matahari yang menyebabkan ianya mencair, bukanlah suatu kebetulan, dan mustahil terjadi dengan sendiri. Kesesuaian bumi untuk membekalkan keperluan hidup manusia yang bersifat kebumian : tanah, air, api dan angin menjadikan kehidupan di bumi ini bagi manusia adalah satu ‘kehendak’ Yang Maha Kuasa, bukan terjadi secara tiba-tiba dan bukannya sekadar letupan ‘bang’ yang  tidak tidak diketahui sumber.

  

2.      Keunikan anatomi badan manusia

Susun atur tubuh badan manusia yang memperlihatkan keindahan yang berbeza daripada makhluk lain terutama pada kebolehan dan keupayaan otak berfungsi yang tidak ada ciptaan yang lebih rapi daripadanya. Ini adalah satu tanda adanya Pencipta Yang Maha Tahu. Begitu juga kadar dan jenis darah dalam tubuh manusia, anti bodi yang mampu menjaga badan manusia daripada serangan musuh, urat saraf dan semua sistem badan manusia yang mempamerkan ada Pencipta Yang Maha Kuasa dan Maha Tahu.

 

3.      Peristiwa-peristiwa yang luarbiasa

Dalam banyak peristiwa dan kejadian yang dihadapi oleh manusia dan makhluk lain di muka bumi ini, ada kedapatan peristiwa-peristiwa yang keluar daripada ‘logik’ dan peraturan yang lazim, namun tidak diketemui rahsia bagaimana ianya boleh terjadi. Contohnya terlalu banyak dalam paparan peristiwa ganjil di kaca TV Astro. Keluarbiasaan ini sudah tentu ada penjaganya Yang Maha Tahu dan Maha Kuasa. Selain itu, peristiwa kemuncak yang dicapai oleh karamah para wali Allah dan mukjizat para nabi Allah tidak dapat diketepikan justeru ianya maklumat yang absah dan konkrit untuk diterimapakai sebagai berita dan sejarah. Maka, adakah semua itu terjadi tanpa Tuhan Pencipta ? Mustahil !

  

4.      Terjemahan batin manusia

Dalam lubuk hati manusia yang paling jauh sentiasa ada terjemahan tentang adanya Tuhan Pencipta Yang Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Di kejauhan malam yang sepi, manusia bangkit sendirian memerhati alam sekeliling dengan segala kesunyian, kesayuan dan kekesitan yang melampau, terutama apabila berada di hutan yang jauh daripada manusia umum. Sewaktu itu, muncullah pelbagai perasaan yang mencengkam jiwa seseorang yang akhirnya mengucapkan kalimat pasti dan jelas : “Oh, Tuhanku!” Begitu juga di saat tersepit yang tidak ada lagi harapan sesama makhluk di alam semesta ini membantu dan menyelamat. Akhirnya, tergumam di bibir si hamba ini kalimah : “Ya, Tuhanku!” Inilah terjemahan batin manusia yang meyakinkan adanya Tuhan, Pencipta alam semesta.

  

5.      Tidur dan Kematian

Dalam tidur manusia, terjadilah peristiwa yang tidak terungkai sampai ke hari ini, iaitu mimpi. Mimpi merupakan peristiwa aneh yang tidak ada terjemahan tepat untuk menta’rifkan hakikatnya. Wujudnya tidak dirancang oleh manusia, meskipun dipasangkan niat yang serius untuk tidak bermimpi semasa tidur. Siapa yang membawa datang mimpi-mimpi manis, pahit, takut, ghairah dan pelbagai situasi yang tidak mudah digambarkan ini untuk manusia, kalau bukan Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana ?

 

Kemudian mati, satu peristiwa kemusnahan jasmani manusia dan berakhirnya kehidupan di alam dunia ini untuk menyambung kembali perjalanan di alam lain, iaitu alam barzakh atau alam kubur. Apakah kesudahan bagi kematian ? Tamatkah kehidupan manusia dengan kematian ? Kematian akan membawa pergi bersamanya segala keindahan, kecantikan, kekuatan, kepintaran dan keistimewaan seseorang yang menyebabkan manusia terpaksa akur garis penamat apa saja kebanggaan diri manusia. Apabila sampai digaris penamat yang bernama kematian, hilanglah segala-galanya daripada manusia itu. Tetapi, tamatkah kehidupan manusia ? Tidak…… keadilan hidup manusia belum terbalas, belum tercapai, belum terukir sepenuhnya. Maka, selepas kematian itu semestinya ada kehidupan yang mengembalikan hak-hak manusia yang dirampas dan segala kezaliman akan dibalas. Kematian ini menghajati suatu kuasa mutlak yang mengendalikannya iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa.

 

6.      Wahyu langit

Tanda adanya Tuhan, antara lain ialah wahyu Allah yang disampaikan kepada para Nabi : Zabur di turunkan kepada Nabi Daud a.s, Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.a., Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., manakala suhuf atau lembaran-lembaran diturunkan kepada nabi-nabi yang lain secara berasingan.

 

Apa kaitan penurunan wahyu langit dengan kewujudan Tuhan, dan bagaimana boleh mensabitkan perihal wahyu dengan adanya
Tuhan ?

 

Begini, wahyu langit atau wahyu Allah samada Al-Quran bagi umat Islam, Injil bagi umat Kristian dan lain-lain kitab yang didakwakan sebagai wahyu dari langit mestilah tahan diuji kebenarannya sebagai kitab dan wahyu daripada Allah, melalui kajian akademik yang paling kukuh sistemnya.    Al-Quran merupakan kitab panduan hidup umat Islam, adalah sebuah kitab yang boleh disabitkan kesohehannya. Saya yang membaca Al-Quran berulangkali (lebih 50 kali khatam), apatah lagi seorang yang hafaz Qur’an yang mengkhatam Qur’an ratusan kali, tidak pernah rasa bosan dan muak dengan Qur’an. Setiap kali membacanya, ada saja maklumat segar yang memberikan keyakinan terhadap wujudnya Allah. Inilah kaitan wahyu langit dengan masalah wujud Allah. Dalam agama lain, saya tidak pernah lalui, sementelahan pula agama-agama yang mendakwa ada wahyu dari langit juga, tetapi keaslian teksnya sudah kabur dan terlalu diragui.

 

7.      Keghaiban dll.

Satu lagi tanda wujudnya Allah, iaitu perkara-perkara ghaib termasuklah roh manusia (kita mempercayai diri kita ada mempunyai roh, apabila mati, ke mana menghilangnya roh itu. Tentunya ada kuasa lain Yang Maha  Kuasa menguasai roh itu), jin (berlaku rasukan dan pertemuan-pertemuan yang terkeluar daripada sistem biasa bagi tabiat manusia), malaikat (gambaran yang kedapatan dalam perakuan Nabi Muhammad s.a.w yang sabit keabsahannya), syurga (kesudahan yang kemuncak bagi kebahagiaan), neraka (kesudahan yang kemuncak bagi kecelakaan), qiamat/ kehancuran mutlak, kebangkitan semula, graviti, haba, eletrik, bunyi, cinta, keinginan, keyakinan, pemikiran dan sebagainya.

 

Keghaiban itu menarik perhatian manusia yang berfikir untuk memperakukan kewujudan Tuhan, Tuhan yang bersifat dengan sifat Kesempurnaan Mutlak dan tiada sebarang kekurangan, kelemahan dan kecacatan.

 

********

 

Tetapi sayang sekali dalam agama Kristian, wujud Tuhan telah diselubungi kelemahan yang melampau, di mana Isa Al Masih a.s. dianggap anak Tuhan yang dikatakan [Tuhan sendiri turun menjadi manusia dan menggantikan kita menerima hukuman dosa“Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya sesiapa yang mempercayai-Nya tidak akan binasa tetapi memperolehi hidup kekal.”Yohanes, 3 : 16.] Ungkapan ini jelas menggambarkan Tuhan itu lemah sehingga memerlukan manusia untuk menjelmakan diriNya (Keberhajatan Tuhan kepada makhluk adalah gambaran kelemahan. Maha Suci Allah daripada demikian). Kalaulah Tuhan itu perlu menjelma yang sebagaimana  tergambar pada pandangan makhluk, sudah tentu Tuhan itu ada ‘persamaan’ dengan makhluk samada jin, malaikat dan makhluk lain. Tetapi Tuhan yang sebenar yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan tidak boleh digambarkan oleh khayalan manusia dan segala makhluk ini. Selagi tergambar di khayalan manusia, selama itulah ianya BUKAN Tuhan yang sebenar. Dalam isu ini, akal mesti mengakui keterbatasannya yang tidak mampu menggambarkan Tuhan Yang Sebenar secara arca dan rupa paras. Apa yang boleh ialah memberi sifat dengan segala sifat kesempurnaan dan menyahkan daripadaNya  segala sifat kekurangan, kelemahan dan kecacatan.

 

 

September 19, 2008 Posted by | Isu semasa | 2 Komen

I’TIKAF – Bertelut lutut di hadapan Allah

(الاعتكاف)

(Nota ini disediakan berpandukan Kitab  Fiqh ‘Ala Mazaahib Al Arba’ah, oleh Syeikh Abdul Rahman bin Muhamad ‘Iwadh Al Jaziiry dan Zaadul Ma’ad, oleh Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyyah)

 

1.        I’TIKAF ialah duduk (berada) di dalam masjid untuk beribadah mengikut cara tertentu dengan niat.

 

2.      Rukun I’tikaf 4 perkara :

 

2.1.           Duduk di dalam masjid (Duduk bermaksud berada di dalam masjid dengan berhenti/ diam sejenak atau diam dalam tempoh tertentu, paling singkat ialah sebentar yang melebihi masa mengungkapkan ‘subhaanallah’)

2.2.           Masjid

2.3.           Individu yang beri’tikaf

2.4.           Niat beri’tikaf (Contoh lafaz niat : Sengaja aku beri’tikaf di dalam masjid ini sunat/ wajib ke atas ku (jika I’tikaf nazar) kerana Allah Ta’ala. Sebenarnya niat tidak memerlukan lafaz, tetapi guna memudahkan fikiran memberikan fokus kepada amalan maka lafaz niat diperkenalkan. Syarat niat ialah pertama, Islam, kedua, Tamyiz, ketiga, Tahu (faham) apa yang diniatkan, keempat, Penentuan niat dalam perkara yang kesamaran, seperti Zohor atau Asar dsb. Dan kelima, Tidak melakukan perkara yang menafikan/ membatalkan niat. Antara yang menafikan niat ialah memutuskan niat / membuat keputusan berhenti daripada melangsungkan amalan tersebut.

 

3.      Bahagian I’tikaf ada dua sahaja :

 

3.1.           I’tikaf wajib iaitu I’tikaf yang dinazarkan seperti kata seseorang : “Jika aku dapat tubuh kerajaan baru yang berlandaskan Islam, aku nak beri’tikaf di masjidil haram seminggu kerana Allah Ta’ala.” Maka wajiblah ke atasnya beriktikaf di masjidil haram dalam tempoh tersebut apabila bermulanya kerajaan baru ditubuhkan.

3.2.           I’tikaf sunat, iaitu selain I’tikaf nazar di atas. Sunat ini adalah sunat muakkadah (amat digalakkan) di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain, dan di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan lebih kuat lagi galakannya.

 

4.      Syarat beri’tikaf (Syarat merupakan perkara asas yang mesti lengkap sebelum mula membuat sesuatu perkara, seperti wudhu’ sebelum melakukan solat. Berbeza dengan rukun yang merupakan perkara asas semasa/ dalam melakukan sesuatu perkara, seperti membaca Al-Fatihah dalam solat.) :

 

4.1.           Islam

4.2.           Tamyiz

4.3.           Berlaku di dalam masjid

4.4.           Niat beri’tikaf

4.5.           Bersih daripada janabah, haid dan nifas.

 

5.      Perkara yang merusakkan I’tikaf :

 

5.1.           Bersetubuh secara sengaja atau terlupa. Tidak merusakkan I’tikaf dengan keluar mani melalui berfikir, melihat atau mimpi.

5.2.           Keluar daripada masjid tanpa uzur (Keuzuran yang membolehkan keluar daripada masjid, yakni keluar yang tidak merusakkan I’tikaf, ialah :qada’ hajat (buang air besar atau kecil), dharurah (runtuh dinding masjid))

5.3.           Riddah (Keluar daripada lingkungan agama Islam menjadi kafir).

5.4.           Mabuk dengan sengaja 

5.5.           Gila dengan sengaja

5.6.           Datang haid dan nifas

 

6.      Perkara makruh semasa I’tikaf :

 

6.1.           Berbekam

6.2.           Banyak melakukan kerja rutin harian dalam masjid

 

7.      Adab-adab I’tikaf :

 

7.1.          Bersibuk diri dengan mentaati Allah seperti tilawah Qur’an, membaca hadis, berzikir dan menuntut ilmu.

7.2.           Di sunatkan berpuasa, jika bukan di bulan Ramadhan.

7.3.           Beri’tikaf di masjid jamik, masjid Jumaat, atau masjid negeri.

7.4.           Tidak berbicara melainkan perkara kebaikan

 

Nota penutup :

 

Maksud I’tikaf yang paling besar ialah mengumpul jantung hati seseorang mengadap Allah tanpa gangguan makan minum, tanpa gangguan pergaulan dengan manusia dan segala kesibukan dengan makhluk, bahkan memberi tumpuan hanya kepada Allah dan bermesra denganNya. Lantaran itu, I’tikaf dilaksanakan beserta dengan puasa, sehingga ada ulama’ menyatakan bahawa puasa adalah syarat beri’tikaf.

 

Sekian.20/09/08. 10.40am.

September 19, 2008 Posted by | Fiqhiyyaat | 1 Komen

TIP MOTIVASI 6

Al hamdulillah, solawat dan salam buat junjungan Rasulullah, keluarganya dan para sahabat sekalian.

Perjalanan hidup kita tidak ada masa rehat atau henti. Langkah demi langkah mesti diatur. Mereka yang tidak berkejaran memburu dan membina peluang hidup akan berdepan dangan sengsara kematian sebelum mati. Renungilah sejarah para rasul, bilakah masa mereka cuti dan pencen ? Walhal mereka adalah orang terpilih di bawah payungan Allah.  “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” Al-Balad/4. Renungilah sejarah setiap anak kecil yang sentiasa bergerak dan aktif, pada hal apalah yang didapatnya dengan pergerakan yang berterusan itu ? Rupanya, di situlah langkah pertama dan peringatan awal untuk hari depannya bahawa hidup adalah perjuangan yang mesti sentiasa aktif dan cergas. Jika tidak, gelombang hidupnya akan melontar dirinya ke suatu lokasi yang memeritkan hidup dan matinya.  Mahu tidak mahu, manusia mesti bekerja keras mencapai matlamat agung iaitu Keredhaan Allah.

 

Pengalaman orang yang berjaya perlu diikuti. Dan pengalaman orang yang gagal jangan dipeduli.

Jangan bertanya orang-orang yang gagal, kalau mahu berjaya. Dan jangan bertanya orang-orang yang berjaya, kalau mahu gagal.

Orang-orang yang berjaya sahaja yang tahu jalan kejayaan. Manakala jalan-jalan kegagalan sebenarnya tidak diketahui pun oleh orang-orng yang gagal itu sendiri. Kalaulah mereka tahu, tentu mereka tidak mahu melaluinya, kerana tidak ada orang yang mahu gagal dalam hidup. Inilah keganjilan hidup.

 

Monoja.260206

September 18, 2008 Posted by | Al Baa'ithu Al Hathith | Tinggalkan komen

17 RAMADHAN – NUZUL QUR’AN

Saya tidak berhasrat menulis tentang Quran yang saya sendiri tidak menjiwainya 100% dalam kehidupan. Namun, sebagai pengukuhan minda terhadap Qur’an, saya menggagahi diri menyentuh sedikit tentang Qur’an sebagai perkongsian pengalaman.

Hari ini, Kelantan cuti menghormati peristiwa nuzul Qur’an. Mungkin hasratnya memberi peluang umat Islam mengambil masa menatap Qur’an, memahami, menghayati dan menyeliti peringatannya ke celah-celah aktiviti hidup seharian. Qur’an adalah mukjizat utama dan terbesar baginda Rasulullah s.a.w. Di dalamnya, melalui jumlah ayat 6,236 ayat itu (di kalangan masyarakat Jawi/ Melayu kita, bilangan yang masyhur ialah 6666 ayat. Di kalangan mereka yang belajar ilmu-ilmu Qur’an jumlah ayat berkisar jumlah di atas mengikut perbezaan pendapat ulama’), ada undang-undang yang terlibat dengan denda, ada peraturan yang tidak melibatkan denda tapi ada dosa, ada saranan pendorong dan ada saranan pencegat/ menyekat. Ada ayat hukum dan ada ayat sejarah dan pengajaran. Ada cerita pengurusan hidup dunia sejagat dan ada cerita kehidupan akhirat. Ah, segala-galanya ada dalam Qur’an samada kenyataan secara lengkap seperti hal aqidah, ibadat dan akhlak, dan ada yang hanya disebut secara simbolik dan formula seperti tentang khilafah dan pemerintahan.

Di sini, saya nak ceritakan kisah yang boleh dikongsikan :

1. Bacalah Qur’an dalam keadaan mana pun (yang tidak dilarang syara’), mata anda tetap bercahaya dan tidak mengganggu penglihatan anda.

2. Kalau anda boleh memahami terus melalui bahasa Arab, bacalah sebanyak mana pun anda tetap akan menemui ilmu baru dan tenaga segar.

3. Surah Al Baqarah, seperti yang disebut Baginda s.a.w. sebagai benteng sesebuah rumah daripada gangguan jin syaitan, memang memberi faedah yang besar dalam menjaga kedamaian rumah tangga. Pengalaman saya, selepas membaca lengkap satu surah Al Baqarah sewaktu merawat isteri yang disihir, ternyata setelah sedar daripada tidur seperdua malam, kelihatan di sekeliling bilik yang saya tidur mereka yang mengawasi saya dengan penuh kasih sayang. Kedamaian menyimbah perasaan saya yang membuatkan saya selesa tidur kembali untuk rehat selepas kepenatan bergelut dengan ‘pengganggu’. Hasil daripada peristiwa itu, saya berkeyakinan penuh dengan apa yang Nabi s.a.w sabdakan, dan juga dengan kemukjizatan Qur’an.

4. Membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan kandungan Qur’an oleh peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan dunia akan memberi kesan positif kepada kehidupan dunia kita dan kehidupan akhirat nanti. Kalau anda seorang individu, Qur’an menghiburkan perasaan anda sehingga terasa kuat dan bertenaga kembali. Kalau anda ketua keluarga, anda akan perolehi panduan yang lengkap mengharmonikan sesebuah keluarga. Kalau anda ketua masyarakat, anda akan ketemui peraturan yang indah dalam melahirkan masyarakat yang harmonis. Kalau anda ketua negeri/ negara, anda akan dapati undang-undang hudud, qisos dan ta’zir akan melahirkan negara yang aman dan maju. Dan kalau anda berada di tahap internasional, anda akan perolehi panduan yang menyeluruh untuk memakmurkan bumi ini.

5. Musuh-musuh Islam semenjak dulu sampai kini, dan sehingga qiamat nanti, bertungkus lumus mencari kelemahan Quran untuk diserlahkan, kemudian dibobrokkan, kemudian diketawakan supaya orang ramai tidak lagi membaca dan berpandukan kepada Qur’an itu. Tetapi apa hasilnya ? Tidak pernah terjadi walau seketika, andaian kelemahan itu diperolehi, diketemui, dipamerkan, digembar-gemburkan kepada awam selain sedikit yang kononnya menjadi modal orientalis dan murid-muridnya untuk menimbulkan keraguan masyarakat Islam dan dunia. Kami yang mempelajari ilmu-ilmu Qur’an di Universiti Al-Azhar, Mesir, merasakan apa yang dijaja oleh orientalis itu tidak lebih daripada mengulangi cerita basi yang lampau.  Sehingga kini, siapa yang mampu melahirkan sebuah kitab rujukan yang sedia dibaca oleh orang yang marahein dan gelandangan, dan lebih-lebih lagi sedia dibaca dan dihadhamkan oleh ahli bijak pandai sedunia ; muslim atau non-muslim, yang ada ciri-ciri kesamaan dengan Qur’an ? Siapa yang sanggup ; individu atau kelompok ? Inilah antara ciri-ciri mukjizat Qur’an ; tak tertanding oleh kemampuan akal manusia, kerana ianya adalah wayhu Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

Oleh itu, Qur’an adalah kitab yang paling baik untuk kita hayati di sepanjang bulan ini dan bila-bila masa pun. Marilah kita memulai hari ini, masa ini, menggapai Qur’an dan menyintainya. Cinta, membuatkan kita lupa kekurangan sesuatu. Manakala perkara yang tidak ditemui kekurangan seperti Qur’an, cinta mengangkat kita ke puncak kehidupan, sedia mati mempertahankannya! 

4.26 pm 17 Ramadhan 1429 = 17/09/08

September 17, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

POLITIK OH POLITIK 2

14.09.2008, 7.00pm

Semasa pergolakan politik tanah air yang merisaukan semua rakyat yang prihatin kepada masa depan agama, umat dan tanah air, masih ada mereka yang tidak setuju persoalan politik dibicarakan dalam masjid. Kononnya, membicarakan urusan dunia yang dicela.

Saya hairan, bagaimana seorang yang dewasa berfikiran demikian ? Adakah politik ditanggung oleh haiwan mughallazoh : khinzir, sehingga boleh mencemarkan status masjid ? Atau politik dibawa oleh non-muslim sehingga dilarang memasuki masjid ? Atau pengamal politik hanya boleh memasuki masjid dengan lakonan bisu dan pantang membicarakan tentang isu politik tempatan, nasional dan internasional ? Dari mana larangan tersebut ? Dan apa alasannya ?

Zaman Nabi s.a.w dahulu segala persoalan umat dan pergolakan semasa yang wujud dibicarakan dalam masjid Nabi s.a.w. Tetamu yang jauh datang menemui Nabi s.a.w., lokasinya masjid. Mesyuarat untuk mengatur strategi perang menghadapi musuh di kalangan musyrikin dibuat dalam masjid. Penyelesaian masalah rumah tangga kaum muslimin dilakukan di masjid. Apatah lagi soal solat, zikir, iktikaf dan ibadat, memang dibuat di masjid.

Tetapi masyarakat Islam dewasa ini melarang orang-orang yang mengambil berat tentang masyarakat dan negara membicarakan masalah mereka di dalam masjid. Apa bezanya dengan zaman Nabi s.a.w dulu dalam menyelesaikan masalah umat ? Atau mungkin zaman moden ini yang mempunyai hotel-hotel mewah, maka masjid tidak boleh lagi digunapakai untuk urusan kerajaan dan kebajikan masyarakat.

Dulu, semasa Maulana Abul A’la Al Mauduudy dipanggil oleh jeneral tentera India membicarakan tentang politik, di mana jeneral itu menjelaskan selama dua jam tentang politik yang rumusannya ialah politik itu kotor. “Tuan” katanya, “tinggalkanlah politik ini kepada orang-orang politik, lantaran ia kotor. Tidak sesuai dengan tuan sebagai seorang mahaguru agama.” Tambahnya, “Dalam politik ada unsur judi, ada unsur seks, ada unsur riba, ada unsus fitnah, ada unsur khianat dan pelbagai kejahatan dan kekotoran. Wajarlah tuan tidak terlibat.”

Maulana Abul A’la Al Mauduudy tertegun seketika, lalu menjawab dalam masa yang terlalu singkat : “Ya, lantaran kekotoran itulah saya mesti menceburkan diri dalam politik, guna untuk membersihkan politik daripada tangan-tangan jahat yang pengotor itu. Terima kasih menjemput saya ke mari.” Berderau bulu roma jeneral itu. Politikus yang kotor mesti dibersihkan, aktiviti dan body !

 

September 15, 2008 Posted by | Isu semasa | 3 Komen

KETENTUAN ALLAH ADALAH BENAR

Aku mahukan suatu terjadi

Di atas kiraanku baik untukku

Tiada bahaya menimpaku

Maka aku ghairah mendapatnya.

 

Tapi Tuhan…

Dia mahukan suatu terjadi

Di atas kiraanNya baik untukku

Tiada bahaya menimpaku

Maka Dia tentukan untukku.

 

Berlakulah apa yang dikehendakiNya !

 

Aku mesti akur ketentuanNya untukku

Kerana baik kejadian itu dalam ilmuNya

Bukan dalam ilmuku

Begitulah semestinya

Aku menerima ketentuan Tuhanku!

 

Namun begitu pun,

Aku tetap mesti berusaha

Kerana usaha kewajipanku

Ikhtiar perananku

Bekerja tugasku

Manakala hasil adalah KETENTUAN ALLAH, Tuhanku !

 

 

9.07pm

Monoja110808

September 15, 2008 Posted by | Sastera | Tinggalkan komen