Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

PANDANGAN HIDUPKU 4

(16)
APA YANG DIBURU ?
KETAWA, SERONOK, AMAN DAMAI DAN BAHAGIA !

Kalau setakat ketawa dan suka hilai itu sudah dikira bahagia, kanak-kanak pun dapat ikut serta orang dewasa merasainya dalam keadaan tidak mengerti hakikat perkara yang diketawakan, tidak memahami sebab dan akibat suasana tersebut. Bahagiakah selepas berkejar-kejaran lalu jatuh tersungkur menyembah bumi ?

Kalau setakat seronok dan gembira itu telah dianggap bahagia, para remaja pun boleh berkongsi dengan orang yang matang dan cerdik pandai walhal mereka tidak berfikir baik buruk tindakan yang diambil dan kesan masa depan perbuatan mereka. Bahagiakah selepas bercumbu-cumbuan lalu dicekup oleh pegawai agama ?

Kalau setakat senang, tenang dan damai itu sudah dihitung bahagia, ahli fikir dan pelatih yoga atau petapa pun bisa mengecapi apa yang diboloti oleh orang kenamaan dan filosofi dalam keadaan tidak pasti hujung jatuh dan penyudah kehidupan sesudah mati. Bahagiakah mereka dengan perolehan yang terbatas di alam fana ini, sedangkan di alam akhirat yang pasti datang, mereka merana berpanjangan ?

Hakikatnya, bahagia hanya dikecapi oleh mereka yang mengenal Allah (‘Arif Billah) terutama para nabi, golongan siddiq, mereka yang syahid dan orang-orang solih. Sebagaimana kata Imam Al-Ghazali dalam ‘Ihya’ Uluumiddin’nya (Jilid 1, ms 67-Dar fikri, cetakan ke 3/1991) :
وأما الفوز بالسعادة فلا يناله إلا العارفون بالله تعالى ، وهم المقربون المنعمون فى جوار الله تعالى بالروح والريحان وجنة النعيم ، وأما الممنوعون دون ذروة الكمال فلهم النجاة والسلامة كما قال الله عز وجل (فى سورة الواقعة/ 88-91)
Bermaksud :
“Dan adapun kejayaan mencapai KEBAHAGIAAN maka tidak memperolehinya melainkan oleh orang-orang ‘ARIF (mengenal) Allah Ta’ala, dan mereka itu ialah Muqarrabun (orang yang hampir kepada Allah dengan ta’at) lagi Mun’amun (orang yang diberi nikmat) berada di sisi (berdekatan) Allah Ta’ala dengan berehat dan kesenangan dan syurga penuh nikmat. Manakala orang-orang yang ditahan sampai ke kemuncak kesempurnaan maka untuk mereka adalah kelepasan dan keselamatan sebagaimana firman Allah Azza wajalla (dalam surah Al-Waqi’ah/88-91)”

Ada ketikanya seseorang itu merasai kebahagiaan yang berkala ; rasa bahagia sebentar kerana sebab-sebab tertentu (seperti dalam alam percintaan sewaktu berada di sisi kekasih) sehingga tidak terkesan bahkan terasa remeh baginya segala ujian dan tribulasi. Namun sesudah itu, datang pula perasaan yang sebaliknya (seperti risau, sedih, takut, marah, benci, menyampah, sunyi, rindu, tersisih, stress dsb) yang menyebabkan bahagia tadi hanya tinggal kenangan. Orang yang merasai bahagia yang sebegini (bahagia berkala atau sekali-sekala) bukanlah dinamakan orang yang bahagia, sebagaimana orang yang tidak berduit sehari dua bukanlah dinamakan orang yang papa kedana. Tetapi orang yang bahagia ialah bahagianya kekal berterusan sampai akhir hayat, samada semasa berduit atau tidak berpitih, semasa disanjung atau disisih, semasa sihat atau sakit, semasa senang atau naif, semasa cergas atau letih… dia tetap bahagia, kerana bahagianya hanya dengan Allah, pergantungannya yang Maha Kaya dan Maha Kuasa !

Kalau bahagia diukur dengan tubuh sasa, bukit tentu lebih sasa maka ia akan lebih bahagia. Kalau bahagia diukur dengan kekuatan, singa tentu lebih kuat maka ia akan lebih bahagia. Kalau bahagia diukur dengan kesuburan dan dan berkembang biak, rumput rampai tentu lebih subur dan berkembang biak maka ia akan lebih bahagia. Dan kalau…kalau… Akhirnya, bukan itu kayu ukur kebahagiaan manusia, bukan juga pada harta bertimbun, pengikut berjuta, pangkat bergentayangan, rupa paras berpesona, dan kemewahan berselerak…bukan itu semua. Tetapi bahagia hanya ada pada hati sanubari orang yang ma’rifatullah (mengenali Allah) dan berkekalan sifat itu sampai ke penghujung usia.

“مَنْ لمْ تكُنْ له بدَايَة مُحْرقة ، لمْ تكُنْ له نِهَايَة مُشْرِقة.” ابن عطاء الله رحمه الله
Kata Ibnu ‘Ata’illah r.a. :
Orang yang tidak ada permulaan yang membakar, tidak ada baginya kesudahan yang memancar.

“Kelazatan bukan berada pada berehat dan masa kosong, tetapi kelazatan itu berada dalam kepenatan, usaha gigih dan kesulitan ketika berubah pada hari-hari tertentu kepada kerehatan dan masa lapang. Tidak sempurna faedah berpindah dari satu negeri ke negeri lain melainkan apabila jiwa berpindah daripada suatu perasaan ke suatu perasaan. Apabila kerisauan musafir bersamamu, maka anda masih bermukim belum beredar !”

(Wahyul Qalam, Mustafa Sodiq Al-Raafi’iy, jld 1, ms 48.)

(17)
Apa Itu Pengurusan

Pengurusan disifatkan sebagai “seni melakukan perkara-perkara tertentu melalui orang-orang lain”.
Takrif lengkap ialah :
Pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal dayausaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan.

PENGURUSAN – MERANCANG – MENGORGANISASI – MEMIMPIN – MENGAWAL – MATLAMAT
ORGANISASI YANG DITETAPKAN

Merancang :
Bererti bahawa para pengurus memikirkan terlebih dahulu tentang matlamat dan tindakan mereka. Tindakan mereka biasanya digerakkan berdasar sesuatu kaedah, rancangan, atau logik, bukannya firasat.

Mengorganisasi :
Bermaksud bahawa para pengurus menyelaraskan sumber-sumber tenaga manusia dan bahan organisasi. Keberkesanan sesebuah organisasi itu bergantung kepada keupayaannya menentukan penggunaan segala sumber ini bagi mencapai matlamatnya. Sesebuah organisasi itu akan menjadi lebih efektif hanya jika kerja-kerjanya lebih bersepadu dan selaras. Sebahagian dari tugas seseorang pengurus ialah mewujudkan keselarasan ini.

Memimpin :
Menghuraikan bagaimana para pengurus mengarah dan mempengaruhi para subordinat * , bertindak supaya mereka melakukan tugas-tugas yang perlu. Dengan mewujudkan sesuatu suasana kerja yang sesuai, para pengurus membantu subordinat supaya memberikan khidmat yang sebaik-baiknya.
* (pekerja –pegawai- yang bekerja di bawah orang lain atau pekerja bawahan seseorang) Kamus Dewan, 2002.

Mengawal :
Bererti para pengurus berusaha memastikan bahawa organisasi bergerak ke arah matlamatnya. Sekiranya sebahagian dari organisasi bergerak mengikut arah yang salah, para pengurus akan mencari sebab dan membetulkan arah haluannya.
(Sumber organisasi ialah : Kewangan, Kelengkapan dan maklumat dan Tenaga manusia.)

(Pengurusan, James A.F Stoner & Charles Wankel, 1989, ms 4-5)

1.1. Apa para pengurus buat :
Para pengurus bekerja bersama dan melalui orang-orang lain.
Para pengurus adalah bertanggungjawab dan tertanggungjawab.
Para pengurus mengimbangkan matlamat-matlamat yang bersaingan dan menetapkan keutamaan
Para pengurus mestilah berfikir secara kritis dan berkonsep
Para pengurus sebagai pengantara.
Para pengurus sebagai ahli politik.
Para pengurus sebagai diplomat.
Para pengurus sebagai simbol.
Para pengurus membuat keputusan yang sukar.
(Pengurusan, James A.F Stoner & Charles Wankel, 1989, ms 8)

1.2. Proses pengurusan :
Perancangan
Pengorganisasian
Pimpinan
Pengawalan
(Pengurusan, James A.F Stoner & Charles Wankel, 1989, ms 15)

1.3. Kemahiran pengurusan
Kemahiran teknik
Kemahiran manusia
Kemahiran konsep.

1.4. Lapan tugas pengurusan :
Perancangan
Penyelidikan
Penyelarasan
Penilaian
Penyeliaan
Penstafan
Perundingan
Perwakilan.

(Pengurusan, James A.F Stoner & Charles Wankel, 1989, ms 18-19)

PANDUAN PENTADBIRAN :

Rancangan
Pengelolaan
Pengarahan
Pengawalan
Pengstafan
Penyelarasan (Co-Ordinating)
Pelaporan & Penilaian
Kewangan
(Tuan Hj Ab Aziz Yusof – Pengarah YIK/ 23-03-05)

Ciri-Ciri Utama Kepimpinan :

Kemahuan
Ada Visi Dan Misi
Keputusan Tepat Dan Cepat
Bersedia Bekerjasama
Mahir Mempengaruhi
Memberi Pengiktirafan
Sanggup Menurunkan Kuasa
Berpengetahuan Luas Dan Menyeluruh
Bersifat Matang Dan Kreatif
Komunikasi Positif.

Asas Bekerja Dalam Islam :

Faham
Ikhlas
Tindakan
Jihad/ Dedikasi
Berkorban
Kesetiaan
Tetap Pendirian/ Komited
Tumpuan
Kerjasama/ Persaudaran
Kepercayaan

Kaedah Teras Tindakan :

Pengurusan Ketua Ke Atas Staf Dikawal Dengan Kepentingan Umum.
Keluar Daripada Perselisihan Adalah Jalan Penyelamat.
Kelonggaran Tidak Boleh Dilingkari Dengan Kesalahan.
Perkara Yang Lebih Banyak Tindakan Adalah Lebih Utama.
Perkara Yang Dilarang Mengambilnya, Dilarang Memberinya.
Orang Yang Gopoh Mendapatkan Untung Akan Kehilangan Habuan.
Segala Urusan Bergantung Kepada Tujuan.
Keyakinan Tidak Boleh Dilenyapkan Dengan Keraguan.
Kesulitan Membawa Kesenangan.
Bahaya Dihapuskan
Kerutinan Adalah Peraturan.

Sekian, ubahsuai 110606

PANDUAN PENGURUSAN

 Banyak pengurus yang tidak sampai hati untuk menegur orang bawahannya.
• Pengurus perlu memberi penghargaan dan pujian di atas pencapaian positif
• Pengurus juga mesti membuat penilaian yang jujur dan terus terang terhadap kesalahan dan kekurangan mereka

 Pengurus yang efektif ialah yang siap sedia menyatakan apa yang harus dilakukan dan bila mesti melakukannya. Tetapi perlu waspada tentang bagaimana dilakukan

 Berikan nasihat dan bimbingan kepada petugas yang tidak mahu/ takut menangani masalah, dan jangan sekali-kali mengambil alih tugas tersebut. Kalau tidak, – kalau anda mengambil alih tugas tersebut – anda akan sibuk bekerja dan bukan sibuk berfikir dan menyelia, sedangkan pemimpin lebih banyak memerlukan masa untuk berfikir dan menyelia daripada masa untuk bekerja. Jadi, siapa yang akan berperanan untuk memikir, merancang dan menyelia pelaksanaan program lanjutan untuk peningkatan mutu ?

 Bagaimana menjadi pengurus ? Berfikirlah seperti berikut :
– Catatkan kejayaan dalam bidang tugas anda dan cadangkan rancangan untuk keuntungan akan datang
– Berusaha merendahkan kos dan meningkatkan hasil
– Lunaskan hutang dan kurangkan penambahan modal asal melalui keuntungan yang dicapai
– Berfikir dan bertindaklah sebagai pengurus dan sukakan menerima tanggongjawab lebih

 Kenyataan paling pahit seorang pengurus ialah : “Anda gagal walaupun berusaha keras”. Tetapi kalimat itu mesti juga terlontar dari bibir seorang pengurus. Ini kerana penghargaan tidak sekali-kali diperuntukkan bagi USAHA, tetapi semata-mata bagi HASIL AKHIR.
 Pengurus mesti tahu, mana satu keputusan yang boleh diubahsuai dan yang mana tidak boleh diubah lagi
 Pengurus perlu menyimpan : maklumat siapa bertugas, apa tugasnya, tarikh selesai tugasan dan keperluan serta hasil tugasannya

Untuk menjadi UNGGUL dalam dalam apa saja, anda mesti membayar dengan harga yang sangat mahal.
Hadapilah masalah anda sebagaimana anda hadapi musuh-musuh anda. Anda mesti mengalahkan satu persatu, bukan berdepan dengan musuh sekali hadap. Bandingkan kekuatan anda dengan kekuatan dan bilangan musuh. Musuh akan kalah bila dicerai-beraikan, dan anda akan menang bila disatupadukan. Oleh itu, leraikan masalah anda satu persatu.
“SESUATU YANG TERATUR ADALAH SUATU KEINDAHAN. INI BERMAKNA ANDA TIDAK LAGI BERKATA, “tak jumpa apa yang dicari”. MENJADI ORANG YANG TERURUS MEMBERI ANDA KETENANGAN DAN KEYAKINAN YANG AKAN MELAKSANAKAN PENCAPAIAN.”

William T.Brooks& Terry W. Mullins. Dalam Pengurusan Masa Berkesan Hebat. M.s. 96.

ALAT YANG SERIUS BAGI ORANG YANG TERURUS

» Meja Tulis
» Kelendar
» Satu Set Fail
» Log Masa Harian

MEJA TULIS :
Meja tulis sesuai sebagai :
– Permukaan untuk menulis
– Permukaan untuk membaca
– Tempat untuk mengasing-asingkan bahan yang diperlukan bagi pelbagai tugas dan projek.
– Tempat untuk menyimpan bahan kerja
– Tempat untuk menyimpan fail bahan-bahan yang selalu digunakan
– Tempat meletakkan bakul bagi mengumpul kerja yang memerlukan perhatian segera
– Tempat meletakkan bakul bagi mengumpul kerja yang telah siap untuk difail atau dihantar keluar.

Meja tulis tidak sesuai untuk :
– Melonggok kertas-kertas secara rambang
– Menyimpan majalah dan akhbar yang dibaca ‘sekali-sekala’
– Melonggok buku yang anda baca tetapi tidak mempunyai masa untuk memulangkan semula ke perpustakaan atau rak buku
– Cetakan lama dari inventori tahun lepas
– Menyimpan makanan yang lebih dari mencukupi
– Menyimpan surat-surat yang belum dibuka sejak tahun lepas.

…KEBANYAKAN ORANG MENGGUNAKAN MEJA TULIS UNTUK PELBAGAI PERKARA, MELAINKAN YANG PENTING.
… ADA TEMPAT BAGI SEGALA-GALANYA , DAN SEGALA-GALANYA MESTI BERTEMPAT.

Panduan untuk memanfaatkan meja tulis anda :
Panduan 1 : Pada penghujung hari kerja, buang benda-benda yang tidak dikehendaki dari meja
tulis anda.
Panduan 2 : Menggunakan bakul-masuk, untuk mengasingkan kerja semasa, yang telah siap dan
yang belum disentuk
Panduan 3 : Menyimpan peralatan seperti gunting, pengokot dan pita dalam laci meja tulis
Panduan 4 : Kedudukan meja dalam pejabat anda hendaklah menyenangkan dan selesa apabila
duduk.
2. KALENDAR
3. SATU SET FAIL
4. LOG MASA HARIAN
Sekian.
(18)
Al Hikam fiddakwah

قال الإمام حسن البنا : “وما أحكم ذلك القائل : القوة أضمن طريق لإحقاق الحق ، وما أجمل أن تسير القوة والحق جنبا إلى حنب ”

Kata Imam Hasan Al Banna : “Alangkah kukuhnya orang yang berkata : Kekuatan adalah jalan yang paling terjamin untuk mencapai/ membuktikan kebenaran. Alangkah indahnya kekuatan dan kebenaran itu bergerak seiring jalan.” (Majmu’ Rasail ms 51)
قال الإمام حسن البنا :
“ويخطئ من يظن أن الإخوان المسلمين دعاة كسل أو إهمال ، فالإخوان يعلنون فى كل أوقاتهم أن المسلم لا بد أن يكون إماما فى كل شىء ، ولا يرضون بغير القيادة والعمل والجهاد والسبق فى كل شىء ، فى العلم وفى القوة وفى الصحة وفى المال . والتأخر فى أية ناحية من النواحى ضار بفكرتنا مخالف لتعاليم ديننا.”

Kata Imam Hasan Al Banna : “ Dan slahlah siapa yang menyangka bahawa Ikhwan Muslimin adalah penyeru kepada kemalasan atau kecuaian, maka Ikhwan mendeklarasikan pada setiap masa mereka bahawa seorang muslim mestilah menjadi pemimpin dalam segala sesuatu, dan Ikhwan tidak rela hidup tanpa kepimpinan, amal, jihad dan bersaing dalam setiap sesuatu, dalam ilmu, dalam kekuatan, dalam kesihatan dan dalam harta benda. Dan mundur dalam mana-mana sudut daripada sudut-sudut kehidupan adalah membahayakan terhadap pemikiran kita, menyalahi bagi ajaran-ajaran agama kita.” (Majmu’ Rasail ms 105)
قال الإمام حسن البنا :
“إذا قيل لكم إلى ما تدعون ؟ فقولوا ندعو إلى الإسلام الذى جاء به محمد صلى الله عليه وسلم والحكومة جزء منه والحرية فريضة من فرائضه ، فإن قيل لكم هذه سياسة ! فقولوا هذا هو الإسلام ونحن لا نعرف هذه الأقسام .”

Apabila dikatakan kepada kamu : Kepada apa kamu serukan ? Maka katakanlah : Kami menyeru kepada Islam yang dibawa datang oleh Nabi Muhammad s.a.w., dan kerajaan satu bahagian daripadanya, dan kebebasan satu fardhu/kewajipan daripada kewajipan-kewajipannya. Lalu sekiranya dikatakan kepada kamu : Ini politik ! Maka katakanlah : Inilah dia Islam dan kami tidak mengenali pembahagian-pembahagian ini ! (Majmu’ Rasail ms 163)

Sekian 030407

September 1, 2008 - Posted by | Uncategorized

Maaf, borang komen ditutup pada masa ini.

%d bloggers like this: