TIP MOTIVASI 7
Perlu dingatkan tentang peristiwa Bilal bin Rabah r.a. Orang banyak melihat beliau dengan pandangan positif (putih) dan baik, bukan pandangan negatif (hitam) dan buruk biarpun warna kulitnya hitam pekat. Kenapa ? Kerana beliau membina pandangan orang dengan membentuk peribadi dirinya sehingga orang tidak nampak warna kulitnya tetapi nampak warna imannya.
Beliau membentuk cara berfikir orang lain terhadapnya dengan mempamerkan rangka peribadinya yang unggul dan menarik, sehingga orang melihat dirinya ke dalam batin bukan dirinya ke luar zahir. Untuk berubah, kita mesti berubah fikiran. Untuk merubah orang lain terhadap kita, mesti juga merubah caranya berfikir. Tetapi kita mesti memperlihatkan imej diri yang positif. Apa yang kita pamerkan tentang kita, itulah yang akan dilihat orang tentang diri kita.
Sayyidina Umar r.a. mempamerkan keimanan dan keadilannya sehingga orang nampak dirinya dengan dua ciri tersebut. Sy. Abu Bakar r.a. mempamerkan keimanan, ketegasan dan pemurahnya sehingga orang tidak nampak lain daripada sifat-sifat terpujinya itu. Imam Syafie r.h. dilihat orang pada kejituan ilmunya justeru yang itulah dipamerkan olehnya. Imam Hasan Albanna r.h. dilihat sebagai seorang tokoh mujaddid dan da’i kurun yang ke 20 lepas, justeru ciri itulah yang dipamerkan dalam riwayat dirinya.
Sikap kita yang dilihat orang, bukannya rupa kita.
Monoja 260206
1 Komen »
Tinggalkan Jawapan
-
Recent
-
Pautan
-
Arkib
- November 2009 (2)
- Mei 2009 (4)
- April 2009 (3)
- Februari 2009 (4)
- Disember 2008 (4)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (4)
- September 2008 (24)
- Ogos 2008 (8)
-
Kategori
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
salamm…alhmdulillahhh…msh kuat islam lgi,, d negara kta ini..mudah2an..saudara2 kta yg brniat hndak mninggalkn islam..brpeluang..tau trgerak hti tuk mmbaca kt ruangn yg indah ini..islam adalah agama yg sebenar..agama Allah yg maha agung..