Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

POLITIK OH POLITIK

Sekali fikir tentang politik tanah air semasa, kacaulah! Ada baiknya aku tak masuk campur urusan ni.

Baik aku buat kerja aku….

Anda fikir, dengan cara meninggalkan senario politik tanah air kita anda akan tenang dan selamat. Hakikatnya tidak. Andaikan sebahagian besar masyarakat Melayu kita membiarkan isu semasa dan politik kini diuruskan oleh mereka yang dah tenggelam dalam politik, adakah kita tidak terikat dengan alam politik itu ? Selagi anda warga negara Malaysia, selama itulah anda akan terpalit sama dalam pergerakan politik tanah air. Kenaikan harga minyak diatur oleh orang politik, siaran TV diatur oleh orang politik, akta di parlimen diatur oleh orang politik. Bahkan hampir segala-galanya diatur oleh orang politik. Besarnya kuasa orang politik…..anda nak ke mana selepas ini ?

Politik mampu mencorakkan masa depan sesebuah masyarakat, negara dan umat.

Landskap tanah air 30 tahun akan datang diolah oleh tangan-tangan ahli politik masa kini.

Apa yang anda mahu 30 tahun akan datang tidak dapat direalisasikan oleh kehendak anda yang menjauhkan diri daripada kuasa politik. Sebab, orang politik yang membentuk denai perjalanan anda masa kini sampai ke masa 30 tahun akan datang. Kalau kehendak anda tercapai tanpa anda memasuki gerbang politik, itu hanya kebetulan antara perjalanan politik yang ada dengan perjalanan cita-cita anda yang ditarget. Ini adalah ikhtiar manusia, Allah Penentu segala-galanya.

Kalau pun anda tidak mahu terlibat dalam arena politik atas sebab peribadi atau kekurangan bakat semulajadi, paling tidaknya ambil tahulah tentang senario yang berlaku dalam taanah air sendiri. Untuk apa ? Untuk memberi sokongan kepada tindakan politik yang positif, untuk berkongsi kehidupan dengan mereka yang menjadi mangsa politik jahat,  untuk mengelak diri daripada terjebak dalam politik kotor, untuk menyimpan fakta sejarah kepada anak cucu akan datang. Bayangkan datuk nenek kita yang tidak tahu apa pun tentang Tok Janggut dan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air. Apa yang kita boleh tumpang mereka apabila kita mahukan maklumat tepat yang berlaku dalam zaman Jepun, British dan zaman darurat yang mereka hidup sezamannya ? Pepatah kata, orang yang tidak ada sejarah masa silamnya, tidak ada masa depannya.

Lantaran itu, penyertaan anda dalam arena politik adalah mesti samada secara langsung menjadi ahli politik, atau tidak langsung menjadi pemerhati politik. Tapi, jangan main kotor dalam politik, maka jadilah politik kotor. Berpolitiklah dengan bersih, berfakta dan bijak – bijak dalam politik bergantung kepada pengalaman yang luas dalam psikologi dan sosiologi, selain ilmu wahyu.

Apa pandangan anda tentang kerajaan BN dan Pembangkang PR ?

Sanggupkah anda melakukan perubahan paradigma tentang politik bahawa kerajaan baru mungkin lebih baik daripada kerajaan lama ? Atau anda tidak mahu mengubah haluan kerana seelesa dengan suasana yang sedia ada ?

Tapi ingat, undang-undang, syiar dan panduan wahyu daripada Tuhan Pencipta alam ini belum terlaksana di bumi kita sendiri, walhal kita sepatutnya terikat dengan syariat agama yang kita anuti. Kenapa undang-undang dan sistem barat dipaksakan ke atas kita mematuhinya, walhal kita bukan penganut agama mereka ?

Saya hanya mahukan hukum-hakan Allah terlaksana di alam kehidupan saya, tidak lebih daripada itu. Salahkah saya menuntut perubahan kerajaan yang bersedia melaksanakan sistem agama saya yang maha adil ? Berilah peluang saya hidup dalam syariat dan undang-undang agama saya.

Adakah anda bimbang Islam memenuhi ruang dunia ini ? Percayalah, Islam itu penyelesaian.

Advertisement

September 14, 2008 Posted by | Isu semasa | 1 Komen

TIP MOTIVASI 5

 “KUNCI BAGI SEMUA PENGURUSAN ; PENGURUSAN ORANG LAIN, PENGURUSAN SUMBER ANDA,  DAN PENGURUSAN MASA DEPAN ANDA, IALAH PENGURUSAN  DIRI.”

 

Apa Yang Perlu Dikatakan  Apabila Anda Berbicara Dengan Diri Anda Sendiri. M.s. 230. Edisi terjemahan  – Dr. Shad Helmtetter

September 13, 2008 Posted by | Al Baa'ithu Al Hathith | 1 Komen

Pengajaran daripada ayat-ayat Tadaarus 1429h

11 Sept 2008, 6.00pm.

 

Majlis Pengetua SMU(A) Bantuan Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan majlis tadaarus dan berbuka puasa pada hari ini 11 Ramadhan 1429h bersamaan 11 September 2008m di masjid SMU(A) Taqaddumil Ilmi, Ketereh. Tetamu jemputan yang menyampaikan huraian ayat-ayat tadaarus Quran (Surah Al Hasyr ayat 18-24) ialah YB Speaker Dewan Undangan Negeri, Ustaz Hj Mohd Nassuruddin bin Hj Daud.

 

Terjemahan ayat-ayat tadaarus adalah sebagaimana di bawah :  

 

18. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

19. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal Yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang fasik – derhaka.

20. tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang Yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini).

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.

24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

 

Antara isi kandungan huraian ayat-ayat tadaarus ialah sebagaimana berikut :

  1. Ayat 18 :

Allah Taala memerintahkan mereka yang beriman supaya bertaqwa, mebuat persediaan menghadapi hari esok (qiamat) dan diulangi arahan bertaqwa sekali lagi. Orang-orang yang beriman mestilah menginsafi bahawa Allah Maha Menyedari, Mengetahui, Memahami akan tindakan yang dilakukan oleh mereka. Taqwa sebagaimana tafsiran Sayyiduna Ali r.ah. ialah : Al Khauf minal Jalil, Al Ridha bilqalil, Al Amal bittanzil wal Isti’dad liwaumirrahil, yang bermaksud :Takutkan Allah Yang Maha Tinggi, rela dengan kurniaan yang sedikit, beramal dengan Quran dan bersedia bagi hari berjalan jauh(mati).

 

  1. Ayat 19 :

Jika pada ayat 18 Allah memerintahkan dengan taqwa dan sebagainya, maka dapa ayat ke 19 ini Allah melarang pula orang-orang yang beriman daripada melakukan perbuatan dan tindakan yang menyerupai ‘orang-orang yang lupakan Allah’. Orang yang lupakan Allah ialah orang yang melupakan hak-hak Allah seperti mencintai Allah, menghormati ayat-ayatNya, mematuhi hukum-hakamNya dan seumpama itu. Apabila orang-orang mukmin meniru atau bertindak menyamai orang-orang yang lupakan Allah, maka Allah aakan menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Melupakan diri sendiri bukan sekadar berkisar kepada tubuh lahir yang sering diambilberat oleh hampir seluruh manusia, tetapi lebih menjuruskan kepada jiwa dan roh yang menjadi teras keinsanan manusia. Manusia yang lupakan diri sendiri adalah manusia yang melupakan persediaan untuk manfaat dirinya sendiri pada masa-masa akan datang terutama di hari akhirat. Lazimnya, manusia yang melupakan bekalan untuk diri sendiri ini melupai dari mana dia datang, untuk apa dia datang dan ke mana dia akan pergi ? Mereka inilah yang digelar sebagai orang-orang fasiq atau jahat ; orang-orang yang keluar daripada jalan taat dan patuh kepada Allah.

 

  1. Ayat 20 :

Sehubungan ayat 19 di atas, ayat ke 20 ini menjelaskan perbezaan neraka yang didiami oleh orang-orang fasiq tadi dengan syurga yang didiami oleh orang-orang yang beriman lagi bertaqwa. Tidak sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga. Penghuni syurga adalah mereka yang berjaya, menang ! Syurga merupakan tempat yang ada segala perkara yang diingini oleh manusia dan apa yang mereka sebut-sebutkan. Kalau di dunia, ada lelaki yang kempunan nak kahwin dua atau lebih, maka di syurga dia akan memperolehinya semahu yang boleh diimaginasikan.

 

  1. Ayat 21 :

Orang yang tidak memuliakan Qur’an sebenarnya tidak mengenali martabat dan nilai Qur’an ini. Allah mengingatkan bahawa Qur’an ini, andainya diturunkan ke atas bukit yang tegak gagah perkasa, nescaya ranap tunduk dan hancur luluh justeru takutkan Allah dan bimbangkan tidak terlaksana kandungan Qur’an. Tetapi manusia yang keras hari, tidak merasai apa-apa kesan daripada kemuliaan Qur’an dan kehebatan isi kandungannya. Begitulah perumpamaan yang Allah buat untuk menggerakkan ransangan akal fikiran manusia dalam menilai kehidupan dan kedudukan taraf makhluk. Manusia mempunyai martabat tertinggi bersama akal fkiran yang dibekalkan, tetapi tidak menghargai kurniaan itu, maka jatuhlah martabatnya kepada taraf haiwan atau lebih rendah.

 

  1. Ayat 22 :

Dialah Allah yang tiada Tuhan yang berhak diperhambakan diri melainkan kepadaNya. Dia Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib tersembunyi, dan perkara-perkara yang nyata terserlah. Dialah Tuhan Yang Maha Pemurah kepada segala makhluk di dunia ini meskipun derhaka kepadaNya, namun Tuhan Yang Maha Mengasihani hanya kepada mereka yang beriman sahaja di hari akhirat nanti. Kenapa Allah juga pemurah kepada manusia yang derhaka kepadaNya di dunia ini ? Kerana, dunia ini tidak ada nilai walaupun sebesar sayap nyamuk di sisi Allah. Dunia hanyalah jejambat ke akhirat.

 

Setakat ayat ini sahaja masa yang sempat untuk penerangan ayat tadaarus dalam sesi ini. Sekian.

 

September 11, 2008 Posted by | Uncategorized | 2 Komen

SEPERTIGA RAMADHAN

Hari ini adalah hari ke sebelas Ramadhan, bermulanya fasa kedua daripada tiga fasa Ramadhan. Dikatakan, fasa pertama dilimpahi rahmat, fasa kedua dilimpahi keampunan dan fasa ketiga dilimpahi kebebasan daripada api neraka. (Dalam AtTarghib Wat Tarhib oleh Imam AlMunziri, hadis no. 1,462 ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, Imam Al Baihaqiy dan Abussyeikh Ibnu Hayyan, terdapat maksud di atas. Namun penilai hadis itu, iaitu Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albaaniy menyatakan hadis ‘mungkar’)

Apa pun, hari ini merupakan fasa kedua daripada 3 fasa Ramadhan yang memerlukan kita merebut peluang keutamaan Ramadhan. Dalam hadis : “Berperanglah kamu akan mendapat keuntungan (rampasan perang dan ganjaran pahala). Berpuasalah kamu akan sihat. Bersafirlah kamu akan kaya.”  (AtTarghib Wat Tarhib oleh Imam AlMunziri, hadis no. 1,431.  Diriwayatkan oleh Ibnu Imam Al Baihaqiy. AlBaaniy : Dhoif/ lemah).  Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. nemaiki mimbar sambil mengucapkan “Aamiin! Aamiin! Aamiin! Dikatakan : Wahai Rasulallah, Tuan menaiki mimbar lalu mengucap Aamiin! Aamiin! Aamiin! ? Berkata Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya Jibril a.s. mendatangiku lantas berkata : Sesiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni baginya, maka dia akan masuk ke neraka. Maka Allah menjauhkannya  (daripada rahmatNya). Katakanlah Aamiin! Maka aku mengatakan : Aamiin! Al hadis. (AtTarghib Wat Tarhib oleh Imam AlMunziri, hadis no. 1,460.  Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. AlBaaniy : Hasan Soheh).

Keampunan Allah menjadi buruan mereka yang beriman di fasa ini. Keampunan Allah perlu diraih melalui istighfar dan taubat. Istighfar dengan menyebut ‘Aku mohon keampunan dari Mu Ya Allah – Astaghfirullah’ hanya boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Manakala taubat dengan syarat menyesal, meninggalkan dosa berkenaan, berazam tidak mahu kembali lagi kepada dosa itu dan mengembalikan hak anak Adam (jika terlibat) boleh menghapuskan dosa-dosa besar. Antara dosa besar ialah menfitnah orang lain tanpa bukti yang diterimapakai. Inilah masanya kita memilih jalan lurus.

“Ya Allah, Ampunilah segala dosaku, dosa dua ibubapaku, dosa guru-guruku, dosa mereka yang pernah berbakti kepadaku, dosa mereka yang berada di atas jalan suciMu dan dosa mereka yang mati di atas agamaMu, Ya Allah ! Aamin! 

September 11, 2008 Posted by | Mencari diri | Tinggalkan komen

TIP MOTIVASI 4

Dr. Shad Helmtetter berkata :

“Setelah mengkaji falsafah, teori dan kaedah-kaedah yang dipraktikkan dalam mempengaruhi tingkah laku  manusia, saya begitu terperanjat sekali apabila mendapati betapa mudahnya satu fakta yang kecil itu :

Anda akan menjadi apa yang anda selalu fikirkan ;

Kejayaan atau kegagalan anda dalam apa saja, besar atau kecil,  bergantung kepada pemprograman anda – apa yang anda terima daripada orang lain dan apa yang anda katakan  apabila anda berbicara dengan diri anda sendiri

Ia bukan lagi satu teori kejayaan ; ia adalah satu fakta  yang mudah tetapi begitu berpengaruh. Nasib dan keinginan juga tiada langsung kaitan dengannya. Tidak ada bezanya samada anda mempercayainya atau tidak. Otak anda mempercayai apa yang anda sentiasa katakan kepadanya. Ia  akan mencipta berdasarkan apa yang anda katakan kepadanya  tentang diri anda. Ia tiada pilihan lain.”

 

(Dr. Shad Helmtetter : Apa Yang Perlu Dikatakan  Apabila Anda Berbicara Dengan Diri Anda Sendiri. M.s. 12. Edisi terjemahan )

September 9, 2008 Posted by | Al Baa'ithu Al Hathith | 1 Komen

MUSLIM : APA YANG MESTI DIFAHAMINYA ?

ANDA SEORANG MUSLIM ? MAKA, ANDA MESTI MEMAHAMI :

 

  1. AGAMA DAN PRINSIP AKIDAH ANDA
  2. DIRI ANDA DAN MANUSIA SEUMUMNYA
  3. KEBUDAYAAN DAN PERATURAN SEMASA
  4. SEJARAH ISLAM, DUNIA DAN TEMPATAN
  5. HAK DAN KEWAJIPAN SEMASA
  6. KEMUNGKINAN DAN ANDAIAN MASA DEPAN

 

 

PENJELASAN UMUM :

 

Apabila anda seorang muslim/ muslimah, semestinya anda memahami perkara-perkara pokok dalam agama anda, memahami fitrah dan peraturan Allah yang ditetapkan bagi diri anda sebagai manusia dan tabiat manusia secara umum (psikologi & sosiologi). Selain itu, anda juga mestilah memahami budaya setempat anda, adat istiadat dan peraturan yang digunapakai di tempat anda samada di kalangan keluarga, kampung halaman, daerah, jajahan, negeri, negara dan iklim sekitar anda. Berkenaan sejarah Islam, sejarah dunia dan sejarah tempatan anda pun amat penting difahami, terutama peristiwa-peristiwa penting, tokoh-tokoh dan sebab/ punca kejadian. Dan yang paling praktikal ialah memahami tugas, tanggungjawab, peranan, hak dan kewajipan anda yang semasa atau sekarang, kehidupan anda yang hakiki, iaitu apa dan bagaimana anda mesti bertindak hari ini!. Demi kejayaan anda, jangan lupa untuk memahami pelbagai andaian dan kemungkinan masa depan peribadi anda, masyarakat, negara, alam semesta anda dan khususnya agama anda !

 

 

HURAIAN MENGIKUT KATEGORI :

 

1.      AGAMA DAN PRINSIP AKIDAH ANDA

            Anda mestilah memahami akidah dan agama yang anda anuti ; asal usulnya, tabiatnya, intipatinya, perkara pokok ajarannya, perkara cabang ajarannya, ruang lingkup capaiannya, sistem undang-undang di dalamnya, saranan membinanya dan kesesuaiannya bagi manusia dan alam jagat. Kenapa ? Kerana akidah dan agama merupakan tanah air, bangsa dan keluarga seorang mukmin. Ia juga peta hidup manusia walaupun ada orang yang menafikan kepentingan agama. Agama dalam maksud mempercayai kuasa luar yang tidak tertanding oleh jangkauan akal dan fizikal manusia, juga agama dalam maksud peraturan dan undang-undang yang mesti diterimapakai untuk kehidupan manusia.

           

            [Di sini, maksud agama dalam lingkaran perhubungan manusia dengan Yang Dipuja semata, atau maksud agama di sudut spritual sahaja tidaklah dikehendaki. Itu bukan maksud agama yang dikehendaki di sini. Agama yang dimaksudkan di sini ialah prinsip yang dipertahankan untuk keselamatan zahir dan batin, peribadi dan awam,  manusia dan makhluk lain, hidup dan mati. Prinsip itu menjadi peta dan pandu arah manusia seluruhnya dalam menempuh kehidupan !]

 

            Islam sebagai agama anutan anda, mesti difahami.

           

            Asal usulnya datang daripada Tuhan Pencipta Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui, Tuhan yang disebut Allah. Tabiatnya sederhana dalam apa jua permasalahan dan situasi, tempat dan zaman.  Intipatinya ialah memberi keselamatan kepada umat manusia dan alam jagat dan menolak segala bentuk kemudharatan kepada diri, orang lain dan alam maya. Perkara pokok ajarannya ialah keyakinan kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui, menjamin kemaslahatan manusia untuk hidup di dunia dan hidup di alam selepas mati, alam akhirat.

 

            Perkara cabang ajarannya berkaitan dengan hukum hakam kehidupan samada hukum hakam ibadat khusus seperti solat dan rukun Islam yang   lain ; hukum hakam mu’amalat seperti jual-beli, urusan harta dan urusan pergaulan yang lain ; hukum hakam munakahat seperti kahwin, cerai, penjagaan anak dan pelbagai masalah rumah tangga ; hukum hakam jinayat  seperti hudud, qishos dan ta’zir ; dan al-qada’ seperti sistem perlantikan khalifah, pentadbiran negara dan khidmat masyarakat.

 

            Ruang lingkup capaiannya meliputi semua kehidupan dahulu, sekarang dan akan datang, merangkumi zahir dan batin, segala makhluk, semua keperluan yang tergambar oleh manusia dan hidupan lain. Sistem undang-undang di dalamnya adalah jelas, mudah dan fleksibel merangkumi pelbagai aspek dan masalah. Saranan membinanya menyentuh jiwa raga manusia, merangsang fikiran dan hati kecil insan. Dan kesesuaiannya bagi manusia dan alam jagat telah dinikmati oleh mereka yang terdahulu, terbukti dalam zaman moden hari ini, dan terpanggil oleh tuntutan semasa zaman akan datang.  

 

 

2.      DIRI ANDA DAN MANUSIA SEUMUMNYA

            Diri anda dan manusia lain perlu difahami. Anatomi, tabiat dan keperluannya. Rangka lahir, urutan psikologi dan roh siratannya. Sekilas pandang, andalah yang lebih faham tentang diri anda, zahir dan batin. Namun, praktisnya tidak terjadi demikian apabila anda mengambil sesuatu keputusan yang menguntungkan diri tetapi menjahanamkan orang lain, anda membuat suatu tindakan yang menyelamatkan anda tetapi memudhoratkan pihak kedua dan ketiga. Kenaapa boleh berlaku demikian ? Sebabnya, antara lain, anda tidak sedar tentang hakikat keputusan yang anda ambil apakah berasaskan pertimbangan akal atau menurutkan runtunan nafsu, apakah berteraskan kajian teliti pelbagai aspek atau mengikut pandangan sekelumit ilmu ? Lalu, bagaimana seharusnya anda menilai keperluan peribadi dan tabiat manusia ? Dalam hal ini, Allah jualah yang Maha Mengetahui hakikat diri anda dan rupa sebenar diri manusia. Sumber asas rujukan Islam iaitu Al-Qur’an dan Al-Hadis membuat garis panduan lengkap untuk memahami diri dan manusia ini. Kajian para peneliti menjadi pemudah cara dalam memahami hakikat diri dan manusia. Anda boleh mengambil pengajaran daripada kajian manusia yang bertaburan itu, namun tidak boleh keluar daripada garis panduan yang dilakarkan oleh Allah dalam wahyuNya.

 

            Diri anda ada fizikalnya, ada mentalnya, ada nafsu dan emosinya dan ada jiwa dan rohnya. Setiap kategori itu ada makanan dan baja buat menyuburkan pertumbuhannya. Badan perlukan tenaga dalam makanan berkhasiat. Akal perlukan tenaga dalam ilmu yang bermanfaat. Emosi perlukan perkembangan dalam kasih sayang dan penghargaan. Dan roh perlukan santapan ibadat dan heningan fajar.

 

            Manusia sebagaimana diri anda jua, mempunyai tabiat dan sifat yang tidak berasingan daripada diri anda. Cuma, manusia ini merangkumi pelbagai ragam dan watak yang membezakan antara satu dengan yang lain, namun keperluannya semenjak dulu sampai kini dan akan datang pun tetap tidak berbeza ; menarik manfaat untuknya dan menolak mudhorat daripadanya ! Manusia dulu mempunyai ransangan seksual yang mampu mengembangkan zuriat, manusia kini dan akan datang pun bertabiat yang sama. Manusia dulu mempunyai keinginan peribadi yang berbentuk makan minum, pakaian, kerehatan, seksual, perlindungan, komunikasi dan lain-lain lagi ; begitulah manusia kini dan akan datang. Manusia dulu ada yang mengeluh, sedih, sakit, derita, marah, rakus, gopoh, tahan senafas, gembira, sihat, bahagia, santun, berpada, hati-hati dan pelbagai sifat-sifat negatif dan positif ; begitulah manusia kini dan akan datang. Bersambungan, berlanjutan, berterusan dan berantaian tabiat manusia ini semenjak dulu, kini dan selama-lamanya, samada jasmani, emosi, roh dan intelektualnya. Inilah yang memudahkan diri anda dan manusia umum sewaktu mengambil pelajaran dan peringatan dalam menempuh perjuangan hidup.

 

3.      KEBUDAYAAN DAN PERATURAN SEMASA

            Kebudayaan merupakan adat-istiadat, bahasa, pegangan, kepercayaan dan peraturan yang bertulis dan yang bukan bertulis yang bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Anda mesti memahami dan mendekatinya untuk membolehkan anda mengecapi rukun damai liku-liku kehidupan bersosial dan untuk memudahkan anda melakukan perubahan apa-apa yang perlu diubah.  Jika anda tidak mendalami kebudayaan setempat, anda akan terasing jauh daripada massyarakat tersebut dan jauh sekali berpeluang merubah jalan kehidupan yang perlu diubah. Peraturan semasa, iaitu peraturan yang digunapakai dalam masyarakat setempat juga mesti difahami dan diteliti agar boleh mempertahankannya atau dapat mengubahsuai yang mana perlu diubahsuai. Di sinilah peri penting dan gunanya ilmu psikologi (kejiwaan) dan sosiologi (kemasyarakatan). 

 

4.      SEJARAH ISLAM, DUNIA DAN TEMPATAN

            Anda mesti memahami sejarah lantaran sejarah itu berulang. Sejarah manusia, sejarah alam, sejarah perundangan, sejarah agama-agama, sejarah peperangan, sejarah pembangunan fizikal, sejarah perkembangan pemikiran, sejarah Islam, sejarah dunia dan sejarah tanah tempat tumpah darah anda.

           

            Sejarah ini amat penting, sehingga orang yang tidak ada sejarah masa silamnya, tidak akan ada masa depannya. Dan yang paling hebatnya ialah orang yang sanggup mencipta sejarah gemilangnya. Di sebalik itu ialah orang yang paling hina, iaitu orang yang mencipta sejarah juga, tetapi sejarah hitam yang membuatkan generasi selepasnya mengutuk dan mencelanya. Anda boleh memilih untuk mencipta sejarah kebanggaan, atau mencipta sejarah kehinaan atau mencipta hidup tanpa sejarah yang dititip orang. 

           

5.      HAK DAN KEWAJIPAN SEMASA ATAU SEKARANG

            Anda memikul tugas, tanggungjawab dan kewajiban semasa di samping memiliki hak dan tuntutan yang boleh anda menuntut daripada pihak yang berkenaan.

           

            Anda mesti memahami secara jelas dan mendalam tugas, tanggungjawab dan kewajipan yang sedang anda pikul pada masa ini, pada hari ini! Anda mesti sedar zaman mana anda hidup, tempat mana anda berpijak.

 

            Dalam usia persekolahan dan pengajian tinggi, kewajipan anda berbeza daripada zaman terjun ke gelanggang masyarakat awam. Zaman pertama (usia persekolahan dan pengajian tinggi) anda tidak perlu banyak memikirkan tentang bekerja menyara hidup, bertungkus lumus mencari rezeki, membanting tulang mendapatkan sesuap makanan seteguk minuman. Tugas itu merupakan tugas orang tua anda aatau penjaga anda, selain sekali-sekala anda diminta membantu dan meringankan tugasan mereka. Bahkan kewajipan anda di zaman ini ialah berusaha mencari ilmu, gigih menggali maklumat, tekun menguasai pelajaran, di samping mencari sedikit pengalaman hidup dan belajar berdikari. Memang zaman belajar ini ada kepenatan, ada keperitan dan ada ujian. Maklum sajalah anda berada di period masa ilmu belum ada, maklumat masih kontang, pengalaman tidak ke mana, dan pandangan panjang sejengkal, sudah tentu sukar menghadapi tugas mencabar menimba ilmu, mengingat fakta, dan menganalisis maklumat. Tetapi zaman itu anda belum banyak menghadapi beban tanggungjawab dan risiko tugas. Purata risiko dan masalah anda diambil-alih dan dipedulikan oleh orang tua dan para penjaga ; sakit demam, wang ringgit, kemarahan orang, gangguan fizikal, mental dan seksual, dan apa jua permasalahan dan kesilapan. Dan kalaulah anda tersilap di zaman belajar, tidak ada orang mencela anda di atas kesilapan itu justeru anda masih dalam tempoh belajar dan latihan. Tidak sebagaimana orang yang berada di zaman kedua dalam menempuh hidup, di mana kesilapan adalah kesalahan dan dosa!

 

            Zaman kedua (terjun ke gelanggang masyarakat awam) jauh berbeza dengan zaman pertama tadi. Zaman ini anda mestilah bertanggungjawab penuh tentang bekerja menyara hidup, bertungkus lumus mencari rezeki, membanting tulang mendapatkan sesuap makanan seteguk minuman, meneruskan pencarian ilmu, menanggung risiko tugas peribadi, keluarga dan orang yang berada di bawah tanggungan anda. Lebih mencabar. Lebih menghimpit kotak fikiran anda berbanding semasa belajar dulu. Manakala kesalahan isteri, anak-anak, dan orang tanggungan anda menghempas di atas bahu anda. Begitulah sukar dan mencabarnya zaman kedua dalam kehidupan anda.

 

            Walau bagaimana sukar dan mencabarnya menempuh hidup ini, anda tetap mesti mara terus tanpa ragu dan bimbang. Kenapa ? Kerana orang lain pun melalui jalan yang sama, menempuh denai yang serupa. Lagi pun Allah memberi jaminan bahawa bersama kepayahan itu ada kemudahan, di samping penderitaan itu ada kebahagiaan. Pengalaman mereka yang terdahulu menjadi cagaran dan panduan berguna kepada anda. Lazimnya, usaha ikhtiar, kerahan tenaga, berdisplin, mengatur jadual tugas, do’a dan tawakkal menjadi laluan mudah menghadapi cabaran hidup. Pokoknya anda mesti mengenal pasti hak dan kewajipan anda. Hak adalah sesuatu yang boleh dituntut, dan kewajipan adalah sesuatu yang mesti ditunaikan.

 

6.      KEMUNGKINAN DAN ANDAIAN MASA DEPAN

            Anda mesti memahami kemungkinan dan andaian yang akan berlaku pada masa depan dengan mengambil kira situasi masa kini. Apakah kemungkinan akan terjadi kepada diri anda sewaktu usia 20’an, 30’an, 40’an, 50’an dan zaman tua nanti ? Kemungkinan sakit, gagal, kalah, lumpuh rugi dan sebaliknya. Kemungkinan kahwin, mendapat zuriat, kenaikan pangkat, dibebani tugas paling berisiko dan menjadi pemimpin besar. Kemungkinan positif dan juga negatif. Kemungkinan bencana alam hasil tangan-tangan jahat manusia. Kemungkinan banjir, kemarau, kebakaran, kemalangan, dan apa saja yang tidak diingini atau pun yang diimpikan. Senarai kemungkinan ini wajar dicatat dan disemak selalu untuk perhatian anda. Di atas kemungkinan-kemungkin inilah kita dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan lebih berwibawa. Di sinilah anda kelihatan lebih dewasa daripada usia anda sekarang, bijak mengandaikan kemungkinan masa depan dan bersedia menghadapinya.

 

Selamat maju jaya 180708

Monoja.

 

September 9, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

TIP MOTIVASI 3

 “Kuasa-kuasa alam yang paling kuat adalah yang tidak dapat  dilihat : Haba, Bunyi, Letrik, graviti – seperti juga kuasa manusia yang paling kuat, tidak dapat dilihat : Cinta, Pemikiran, Keinginan, Kepercayaan. Anda akan dapat merasa dan melihat kesannya.”

 

(Bagaimana Memenuhi Keinginan Anda – Oleh M.R. Kopmeyer. Penerbit : Thinker’s Library Sdn. Bhd. / Cetakan ketiga 2003. Ms 116)

September 6, 2008 Posted by | Al Baa'ithu Al Hathith | 1 Komen

SATU SAMA SATU ATAU PERKONGSIAN SUAMI

(MONOGAMI ATAU POLIGAMI)

 

 

  1. PEMBUKA BICARA

 

Saya diminta oleh seorang kawan yang saya hormati untuk menulis tentang kehidupan rumahtangga yang tidak disenangi oleh ramai para isteri, iaitu poligami. Saya takut membicarakan suatu yang memang saya takut. Justeru itu, saya tidak ingin menulis terus kepada tajuk, bahkan tidak juga kepada isi yang sepatutnya orang tulis di bawah tajuk ini. Saya tidak tahu hendak bermula di mana apabila mahu membicarakan tajuk ini. Kata orang, itu tanda-tanda takutkan bini. Hentam ajelah, Labu ! Saya sungguh-sungguh takut membicarakan seputar maudhu’ ini. Akhirnya, saya memutuskan untuk mendahulukan dengan Pendahuluan 1 : Apa Erti Kehidupan ; dan Pendahuluan 2 : Cinta dan Kasih Sayang ; dan saya padatkan dengan petikan daripada buku  : Al-Islam (Jilid 2) oleh Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy (Prof Dr), PT Pustaka Rizki Putra Semarang, 1998, dari ms 249-251. Sebelum penutup, saya mengajak pembaca sekalian merenung bersama beberapa persoalan di sekitar tajuk ini. Akhirnya, saya tutup dengan renungan sambil berfikir tentang masa depan agama dan umat yang kita berbangga dengannya ini. Selamat membaca.

 

  1. PENDAHULUAN 1 : APA ERTI KEHIDUPAN

 

Dari mana, untuk apa dan ke mana :

 

Dari mana ? Kita semua datang daripada Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Hati kecil kita tetap mengaku dari hati yang paling dalam bahawa kita datang daripada Allah. Ibu bapa kita hanya pengantara bagi kelahiran kita. Penentu kewujudan kita adalah Allah. Kita akur demikian, samada kita sedar atau tidak. Apabila ditelusuri susur galur keturunan kita, tidak ada orang yang mampu meyakinkan orang lain bahawa ibubapalah yang menciptakan kita. Sepintar-pintar manusia yang diperakukan oleh orang bijak pandai pun tidak mampu mendabik dada bahawa dia mencipta kewujudan anak-anaknya. Jika demikian, sudah tentu kewujudan kita tidak berpaksi kepada kedua ibubapa kita, bahkan kepada Yang Maha Kuasa. Ibubapa kita tidak lebih sebagai pengantara untuk kelahiran kita.

 

Untuk apa ? ‘Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam’. Atau menuntut ‘keredhaan Allah’ :

Kelahiran manusia semenjak kecil sehingga dewasa, atau tua, mestilah mempunyai matlamat besar dan penting. Matlamat itu hendaklah melebihi apa yang dibutuhi oleh haiwan ternakan dan segala hidupan lain. Lantaran itu, tidak bermakna kehidupan manusia yang berlegar sekitar makan-minum, perhiasan, seksual, hiburan, kerehatan dan pelbagai keperluan lain. Jika di situlah kemuncak kehidupan manusia, maka apa bezanya dengan makhluk haiwan dan hidupan lain ? Walhal ciptaan manusia amat hebat dan kemuncak keindahan makhluk sejagat.

 

Ke mana ? Ke alam baqa’ bertemu Allah, Pencipta.

Hujung jatuh manusia ialah kematian. Kematian merupakan satu lencongan kehidupan menuju ke alam baru iaitu alam kubur/ barzakh.

Selepas alam kubur itu, perjalanan akan diteruskan ke alam qiamat, mahsyar, hisab, timbangan, mizan, syurga atau neraka iaitu alam akhirat untuk bertemu Allah samada dalam suasana Allah meredhai manusia itu atau memurkainya. Hari akhirat itu tiada pilihan lagi buat manusia, ianya hari mutlak milik Allah, Hakim Yang Maha Adil.

  tPöqtƒ Ÿw à7Î=ôJs? Ó§øÿtR <§øÿuZÏj9 $\«ø‹x© ( ãøBF{$#ur 7‹Í´tBöqtƒ °! ÇÊÒÈ  

19. (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. (Surah Al-Infithor/ 19)

 

  1. PENDAHULUAN 2 : CINTA DAN KASIH SAYANG[1]

 

óOÏ%rsù y7ygô_ur ÈûïÏe$#Ï9 $Zÿ‹ÏZym 4 |NtôÜÏù «!$# ÓÉL©9$# tsÜsù }¨$¨Z9$# $pköŽn=tæ 4 Ÿw Ÿ@ƒÏ‰ö7s? È,ù=yÜÏ9 «!$# 4

 

šÏ9ºsŒ ÚúïÏe$!$# ÞOÍhŠs)ø9$#  ÆÅ3»s9ur uŽsYò2r& Ĩ$¨Z9$# Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇÌÉÈ  

30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Ar Ruum)

 

Cinta dan kasih sayang merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah fitrah yang Allah kurniakan kepada segala makhluk mengikut jenis dan tahapnya. Haiwan, ada bahasa cinta dan kasih sayangnya yang kita tidak mengerti. Tumbuhan, ada cinta dan kasih sayangnya yang kita tidak fahami. Bahkan daun-daun, debu-debu, molekul-molekul yang bergentayangan, berterbangan,  beredar dan bergerak itu ada cintanya dan ada kasih sayangnya yang sukar dicernakan manusia. Justeru kasih, sayang, cinta dan simpatilah maka lahir keselarasan hidup antara manusia sesama manusia dan manusia dengan alam raya…Noktah.

 

Suatu hari teman saya mempersoalkan : “Kalau suami menduakan isterinya, tentu kasih sayangnya berkurangan kepada isteri pertama, bukan begitu ?” Saya tergamam untuk menjawab. Bukan tiada jawapan, tetapi takut terkilan teman saya itu mendengar jawapan saya. Namun saya gagahi juga menjawab dengan bertanya balik kepada teman saya itu. Soal saya : “Semasa anda mempunyai anak pertama dulu, berapa peratus kasih sayang awak kepada anak awak itu ?” Teman saya menjawab : “Tentulah 100 %, tidak berkurang!” Peremis soalan pertama saya itu memudahkan saya melancarkan soalan susulan. “Jadi, selepas anda mendapat anak kedua, kuranglah kasih sayang awak kepada anak pertama ?” Berpinau mata teman saya itu mendengar soalan saya ini. Dia tidak mengangguk, tidak juga menggiling. Terkedu dia. Saya pun membuka pintu baru untuk dimasuki, pintu makanan yang teman saya gemari.

 

Kasih sayang tidak dapat dibelah dibahagi. Ia tetap bersatu meskipun dipisahkan dengan tembok batu berkerikir atau besi berjeriji. Cuma bezanya ialah bagaimana cara melahirkan kasih sayang dan cinta itu kepada sasaran cinta. Kalau sasarannya ialah gadis kesayangan yang tidak dibenarkan bersua muka, seperti kisah cinta dalam novel dan tulisan pertama Prof. Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buuty, Mamoo Wa Zin : Kisah Cinta Yang Tumbuh Di Bumi dan Masak Di Langit.(Edisi Arab), maka kasih sayang dan cinta itu ditumpahkan di atas tanah berupakan air mata, di dalam udara berupakan suara nyanyian shahdu, di tepian api berupakan dengus kemarahan dan di sisip angin berupakan khayalan dan impian rindu.

 

Kalau sasarannya ialah si dara yang dapat bertemu mata bersentuhan fizikal, faham-fahamlah sendiri. Justeru itu, Islam melarang semenjak ‘menghampiri’ zina, bukan sehingga ‘melakukan’ zina.

Ÿwur (#qç/tø)s? #’oTÌh“9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. Zpt±Ås»sù uä!$y™ur Wx‹Î6y™ ÇÌËÈ  

32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-Isra’)

 

 

Kalau sasarannya ialah bunga-bungaan, maka kasih sayang itu dijelmakan dalam bentuk menyirami, membajai, mengawasi dan membelainya dengan penuh perhatian sehinggakan sesiapa yang berusaha memetiknya – walaupun untuk dibelai manja juga – akan dihalang dan dimusuhi. “Memetik mawar yang mekar bererti membunuhnya!” kata orang yang menyintai bunga-bungaan. Hah, kalau demikian halnya kasih sayang dan cinta, bolehkah ianya diagih-agihkan secara berkilo dan berkati, atau secara berinci dan berhasta ?

 

Perasaan kasih sayang dan cinta, jika wujud dalam dada, pasti akan lahir dalam ungkapan bahasa lisan atau bahasa badan, atau kedua-duanya sekali dengan pelbagai tanda dan bukti. Kalau tidak ada, lakonan anda akan terbongkar dalam masa yang singkat. Perasaan, semasa sayang sanggup membenihkan ‘anak’ tanpa nikah dan semasa benci sanggup meletupkan ‘jasad’ tanpa secebis warkah.

 

‘Tapi tang ni, tambah isteri, poligami, buka cawangan lagi, dan entry yang seerti dengannya, perasaan kasih sayang dan cinta agak berbeza – terbelah, terpecah, terbahagi, teragih bahkan tersisih !’  

 

Saya menegaskan, bukan ‘perasaan kasih sayang dan cinta’ yang teragih-agih dan terbahagi-bahagikan, tetapi sikap menurut nafsu dan meninggalkan akal dewasa yang menghantui diri ! Lalu, perbuatan menterjemahkan runtunan nafsu itu dalam bentuk kasih sayang berpihak. Bila ditanya hati ke hati, “bencikah tuan kepada isteri pertama yang sentiasa berkorban siang malam untuk keluarga tuan ?.” “Ooo, tidak! Tidak! Isteri saya yang pertama itu amat saya hormati, dialah benteng semasa saya diserang, dialah penghibur semasa saya sedih, dialah ibu semasa saya merempat, dialah doktor semasa saya sakit…bla…bla…bla…” Sewaktu berkelahi dek menambah isteri, dimarah-marahkan isteri pertama itu bagaikan harimau memarahi musuh yang mengganggu anak-anaknya. Bergema sebuah hutan tebal dengan ngaumannya. Tetapi bila berpisah jauh lantaran isteri pertama membawa diri, terasa kosong pula hidupnya walaupun berada di dekat isteri kedua yang lebih menawan. Teringatlah masakan yang tidak sama dengan masakan isteri pertama, terbayanglah keperihatinan isteri pertama, kesabarannya, pengorbanannya, cintanya dan nostalgia bersamanya.

 

Jadi, jelaslah bahawa kasih sayang dan cinta suami itu masih utuh di hatinya, meskipun hari-hari awal perkahwinan dengan isteri kedua ini semacam membenci. Sabarlah, tahanlah senafas sehingga suatu hari suami puan akan kembali bersembam muka di kaki puan, meminta maaf ! Seperti kata Prof. Dr HAMKA dalam novelnya :Merantau Ke Deli.

 

 

  1. PETIKAN – Al-Islam (Jilid 2), oleh Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy (Prof Dr), PT Pustaka Rizki Putra Semarang, 1998, dari ms 249-251.

[Petikan ini disalin secara menyeluruh tanpa mengubah apa-apa kandungan dan bahasanya]

 

SYARAT-SYARAT BOLEH BERBILANG ISTRI :

 

Islam membolehkan poligami (berbilang istri) dengan syarat dapat dapat berlaku adil dan terpelihara daripada perbuatan curang yang merusakkan rumah tangga. Seterusnya dapat menjamin keutuhan keluarga, terbina anak-anak dengan baik, dan terciptanya kerukunan antara para istri.

 

Maka di ketika dikhawatirkan terjadinya kecurangan, hancurnya pernikahan yang terdahulu, Islam tidak membolehkan seorang berbilang istri.

 

Dan apabila seseorang memperhatikan tuntutan-tuntutan syara’ dalam hal menegakkan keadilan antara para istri, maka akan sukar sekali diperoleh orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.

 

Kebanyakan orang sekarang , poligami didasarkan kebutuhan syahwat untuk memperoleh kelezatan sekejap dengan tidak memikirkan akibat yang timbul.[1] (Nota kaki : [1] Kata Al Ustadz Abdul Aziz Syawisy dalam Al Islam Dinul Fitrah, hal 103 : “Allah mensyaratkan kebolehan ta’addud (berbilang istri) dengan adil, sebagaimana Allah menjadikan takut curang dan aniaya sebab mengharamkan ta’addud. Dan syara’ memaandang bahawa manusia tak sanggup berlaku adil di antara para istrinya walaupun diupayakan sungguh-sungguh. Golongan rasionalis (dan mereka itu satu golongan dari umat Islam), tidak memperbolehkan seseorang beristri dengan yang kedua, selama yang pertama masih dalam ishamahnya, seperti yang telah ditegaskan oleh Al Amir Ali dalam kitab Sirrul Islam. Mereka mempelajari kerusakan-kerusakan dan kemelaratan-kemelaratan yang ditimbulkan oleh keadaan. Mereka mengetahui, bahwa di antara pokok-pokok Islam, ialah : memberi kepada wasail (jalan/ cara. Penyalin) apa yang diberikan kepada : ghayah (matlamat/ tujuan. Penyalin). Mereka dapati bahawa ta’addud mendatangkan bencana. Karena itu mereka mengharamkannya. Harap uraian mereka direnungkan oleh para ulama yang membela ta’addud.)

 

Karena itu, apabila pemerintah dan Ulul Amri melihat bahwa kebolehan yang diberikan agama ini telah disalahgunakan, pemerintah atas persetujuan wakil-wakil rakyat dapat melarang orang beristri lebih dari satu, atau mengadakan syarat-syarat yang ketat. Namun menutup pintu poligami sama sekali, dapat pula berkembangnya pernikahan di bawah tangan atau perselingkuhan.

 

Sebenarnya pengaturan tentang perkahwinan ini merupakan salah satu cara memperbaiki masyarakat dan menegakkan pergaulan yang Islami.

 

Untuk memperbaiki masyarakat, kita wajib memperbaiki lebih dahulu rumah tangganya. Untuk memperbaiki rumah tangga , kita wajib memperbaiki lebih dahulu putera puteri yang akan membina rumah tangga ; sebagaimana wajib kita mendudukkan kaum wanita di tempat yang dikehendaki Islam.

 

Alangkah baiknya jika kebolehan berbilang istri yang diberikan agama, dipakai di tempatnya dan di masanya. Mudah-mudahan Ulul Amri dan wakil rakyat memperhatikan soal perkahwinan ini, istimewa soal poligami untuk mengadakan syarat-syarat yang mungkin membahayakan masyarakat dari undang-undang poligami.[1] (Nota kaki : [1] Dalam masalah ini kita tidak sependapat dengan faham Al Ustadz A. Hasan (Pembela Islam No.1 tahun 1956). Kepada para pembaca, kami minta merenungkan uraian Al Ustadzul Imam Muhammad Abduh dalam Tafsir Al Manar.)

 

SEBAB-SEBAB MEMBOLEHKAN POLIGAMI

 

Agama membolehkan berbilang istri kepada orang yang nyata berhajat yang mempunyai kemampuan sex di atas normal, serta sanggup memberikan nafakah. Berbilang istri itu terkadang-kadang menjadi pekerjaan darurat, dikehendaki oleh hidup berpergaulan.

 

Memang dalam beberapa keadaan berbilang istri perlu dilakukan, yaitu :

 

1.      Apabila istri seseorang yang ‘aqim ; (seorang perempuan yang nyata tidak mempunyai bibit untuk melahirkan anak), atau telah berumur sangat tinggi ; telah melewati masa kemungkinan mengandung. Atau sang istri itu mengidap penyakit yang menghalangi sang suami berhubungan sex. Yang demikian ini dipandang kemuslihatan orang lelaki.

2.      Apabila jumlah wanita telah jauh lebih banyak dari bilangan kaum lelaki, akibat perang berkecamuk ; atau kerana banyak kaum lelaki yang berhijrah pergi merantau mencari rezki.

 

Di kala demikian ini tentulah lebih baik membuka pintu ta’addud  bagi suami, daripada membuka pintu perzinaan.

 

Sebenarnya walaupun berbilang istri mengandung keburukan, namun itu jauh lebih baik daripada membiarkan terjadinya perselingkuhan. Anak-anak yang diperoleh dari pernikahan yang sah, haknya diakui sepenuhnya oleh syara’ dan undang-undang. Demikian pula para istri. Anak yang lahir dari perempuan yang tidak dinikahi tidak diakui oleh syara’.

Sekian dipetik.

 

  1. BEBERAPA PERSOALAN SEKITAR POLIGAMI

 

5.1. Perhatikanlah ayat berikut dalam surah An Nisa’ :

 

(#qè?#uäur #’yJ»tFu‹ø9$# öNæhs9ºuqøBr& ( Ÿwur (#qä9£‰t7oKs? y]ŠÎ7sƒø:$# É=Íh‹©Ü9$$Î/ ( Ÿwur (#þqè=ä.ùs? öNçlm;ºuqøBr&

 

#’n<Î) öNä3Ï9ºuqøBr& 4 ¼çm¯RÎ) tb%x. $\/qãm #ZŽÎ6x. ÇËÈ ÷bÎ)ur ÷LäêøÿÅz žwr& (#qäÜÅ¡ø)è? ’û 4‘uK»tGu‹ø9$# (#qßsÅ3R$$sù $tB

z>$sÛ Nä3s9 z`ÏiB Ïä!$|¡ÏiY9$# 4Óo_÷WtB y]»n=èOur yì»t/â‘ur ( ÷bÎ*sù óOçFøÿÅz žwr& (#qä9ω÷ès? ¸oy‰Ïnºuqsù

 

÷rr& $tB ôMs3n=tB öNä3ãY»yJ÷ƒr& 4 y7Ï9ºsŒ #’oT÷Šr& žwr& (#qä9qãès? ÇÌÈ

2.  Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.

3.  Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil[265], Maka (kawinilah) seorang saja[266], atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

 

[265]  berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam meladeni isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah.

[266]  Islam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turun ayat ini poligami sudah ada, dan pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w. Ayat ini membatasi poligami sampai empat orang saja.

 

Ayat 129 yang berkaitan dengannya :

`s9ur (#þqãè‹ÏÜtFó¡n@ br& (#qä9ω÷ès? tû÷üt/ Ïä!$|¡ÏiY9$# öqs9ur öNçFô¹tym ( Ÿxsù (#qè=ŠÏJs? ¨@à2 È@øŠyJø9$#

 

$ydrâ‘x‹tGsù Ïps)¯=yèßJø9$$x. 4 bÎ)ur (#qßsÎ=óÁè? (#qà)­Gs?ur  cÎ*sù ©!$# tb%x. #Y‘qàÿxî $VJŠÏm§‘ ÇÊËÒÈ  

129. dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

Jelas dalam kedua-dua ayat di atas tentang kebenaran syara’ untuk berbilang isteri. Jadi, tentang keharusan yang dibukakan oleh Islam untuk lelaki berkahwin lebih daripada satu tidak wajar dipertikaikan. Hanya satu yang masih ada pertikaian, iaitu tentang cara para suami menambah isteri-isteri, melayani para isteri dan bertanggungjawab terhadap para isteri dan anak-anak. Tentang hal kedua ini, perdebatkanlah dengan hati-hati supaya yang dikejar kecapaian dan yang dikendong tidak keciciran, atau agar apa yang ada kini tidak berkurangan dan apa yang diharapkan nanti tidak merugikan.

 

5.2. Ikatan perkahwinan atau kebebasan bernoda.

 

Cara hidup harmoni bukan sahaja keinginan sosial tercapai, bahkan keinginan rumahtangga dan peribadi turut diperolehi. Fitrah manusia yang ingin memiliki sesuatu dengan maksud berkuasa penuh ke atas sesuatu itu mengikut bidang kuasa dan ruang yang dibenarkan syara’ adalah jelas menuntut seseorang itu mengadakan perjanjian dan persefahaman dalam memiliki. Kalau tidak ada perjanjian/ akad ini, maka hak pemilikan itu tidak jelas dan dalam keraguan. Oleh itu, Islam mengesahkan, menerima pakai dan memperbaiki segala jenis akad/ perjanjian yang sedia ada dalam zaman jahiliyyah selagi ianya membuktikan kuasa pemilikan itu tidak dipertikaikan. Dengan demikian, wujudlah akad nikah kahwin, akad jual beli, akad pemberian (hibah), akad sewaan dan sebagainya.

 

Bayangkan perhubungan lelaki-perempuan yang tidak ada akad pernikahan yang sah, segala risiko tidak dapat dipertanggungjawabkan secara sah kepada kedua-dua pihak. Apakah kesan langsung dan tak langsung daripada suasana begitu ? Kehidupan dalam suasana tiada akad itu, atau tegasnya perzinaan, akan melahirkan manusia-manusia yang rakus dalam melempiaskan nafsu serakahnya, samada lelaki mahu pun perempuan. Berkecamuklah masyarakat, lalu goyahlah keluarga, akhirnya resahlah individu. Perempuan lacur, penzina, pemukah tidak akan puas melakukan perbuatan terkutuk itu lantaran keluar masuk orang yang berbeza atau tiada jaminan hidup bersama secara berterusan. Begitu juga pelanggan, lelaki, ransangan nafsu sentiasa membuak-buak dek pasangan yang bertukar ganti. Ringkasnya, kepuasan tertunggu-tunggu, ternanti-nanti, tercari-cari. Berbeza dengan orang yang hidup dalam ikatan dan perjanjian nikah, lebih terkawal nafsunya lantaran ada jaminan keselamatan, kepuasan dan terikat dengan tanggungjawab. Lalu, bukankah perkahwinan itu lebih selamat bagi lelaki dan juga perempuan ?

 

Jika berkongsi suami, bukankah suami itu lebih bermaruah daripada melanggan perempuan jalang yang bersungguh ‘mengikat’ lelaki, suami orang itu kembali lagi kepadanya, bahkan hanya ‘nampak’ keghairahannya ? Di kala berada di rumah sendiri, suami tidak bertenaga. Sewaktu berada di luar, hebat mendadak. Seronokkah isteri bersuamikan orang yang demikian ?

 

Orang lelaki, memang berkeinginan lebih berbanding orang perempuan. Lebih-lebih lagi lelaki yang giat bekerja dan berfikir, hormon kelelakiannya mudah membiak segar. Sementelahannya pula orang perempuan sering berpantang ; bulanan dan tahunan. Masa pantang itulah lelaki berperangai ganjil. Demi mengawal keganjilan perangai lelaki itulah, Islam membuka pintu kawalannya dengan memberi kunci kahwin lagi, jika perlu dan terdesak. Tetapi sewaktu tenang-tenang, suami mengendap-ngendap juga kononnya mahu menguji kekuatan dirinya, maka si isteri hendaklah meminjam perangai perempuan pemukah sebentar untuk menggasak  si suami sehingga terbukti kekuatannya yang mahu diuji itu. Rasa-rasanya tiada lagi suami yang mengendap-ngendap mahu mencuba. Kalau ada juga suami yang menambah bilangan isteri, itu memang keperluan yang mendesak demi menjaga kesucian diri di hadapan Allah dan dalam masyarakat.

 

5.3. Menjaga masyarakat.

 

Masyarakat merupakan zat atau tubuh badan kita yang menentukan kita sihat, bermanfaat dan hidup atau kita sakit, menjadi sampah dan mati. Suami bermukah, berzina dan perempuan lacur yang liar akan membibitkan riak-riak perjalanan masyarakat yang tempang. Apabila masyarakat sakit, kita yang menjadi urat sarafnya, pembuluh darahnya, tulang-tulang halus mulusnya, rerambutnya, anggota-anggota kecilnya akan mudah terkena jangkitan kuman kehidupan yang merbahaya.

 

Justeru itu, menjaga masyarakat amat penting untuk menjamin kehidupan keluarga dan individu. Tidakkah para isteri terpanggil sama untuk menjaga kehidupan masyarakat yang tenteram, damai dan mampu memberi jaminan keselamatan kepada keluarga dan individu? Selayaknyalah para isteri gembira menyaksikan kehidupan harmoni masyarakat dengan berkongsi suami bersama perempuan-perempuan lain.

 

5.4. Andaian Terbalik – berkongsi isteri.

 

Ramai para isteri mengandaikan : “Apa kata kalau saya bersuami ramai dan awak berkongsi seorang isteri ? Awak suka tak ?” “Begitulah saya pun, saya tak senang berkongsi suami dengan perempuan lain !”

 

Bagaimana dengan andaian berikut : “Yang, kita kongsi-kongsi pasangan hidup, nak ? Saya cari ramai perempuan, ayang cari ramai lelaki. Nak tak, yang ?”

 

Andaian pertama nampak lebih bahaya, manakala andaian kedua nampak lebih adil, sama seimbang, begitukah ? Benarkah demikian ?

 

Perhatikan andaian pertama, suami pertama pulang kerja dengan gangguan emosi yang memuncak, lalu memohon isterinya membantu dirinya yang kelesuan atau melayani dirinya yang keghairahan. Pada masa yang sama suami kedua juga pulang dengan lagak yang sama, watak yang serupa, tetapi isterinya berada di giliran yang lain. Agaknya ke mana suami kedua ini akan pergi menurunkan suhu badannya ? Ke rumah isterinya yang sedang melayan suami pertama ? Rasanya tidak. Jika tidak, bagaimana sudahnya ? Makan daging busuk jualah akhirnya. Wujudlah juga batang tubuh manusia yang kotor dan perusak gerakan darah dan oksigen dalam masyarakat yang harmoni.

 

Itu belum lagi semasa isteri mengandung dan sakit. Alih-alih semua suami makan daging busuk di luar sana. Berkecai lagi masyarakat yang ada.

 

Perhatikan pula andaian kedua, suami beristeri ramai dan isteri bersuami ramai. Jawapannya sudah ada sebelum soalan dibina. Iaitu, masyarakat haiwan dan kehidupan rimba.

 

5.5. Satu sama satu

 

Inilah yang lazim. Inilah yang dicanangkan barat. Inilah yang dituntut sebahagian wanita.

 

Memang satu sama satu (monogami) adalah keluamrahan masyarakat di dunia ini. Persoalan ini tidak dapat dinafikan kesesuaiannya. Di sudut amalan, memang manjadi majoriti umat. Tetapi, persoalannya ialah apa penyelesaian kepada masalah yang timbul daripada kelebihan hormon lelaki dan desakan kehidupan dalam masyarakat, baik berpunca dari lelaki atau lahir daripada perempuan ? Punca daripada lelaki seperti lelaki yang bekerja jarak jauh seumpama pemandu bas, pilot, perhutanan  dan aut station. Punca perempuan seperti perempuan janda yang beranak ramai, atau kelebihan bilangan perempuan nisbah bilangan lelaki di zaman perang dan sebagainya.

 

Apa jalan penyelesaian yang terbaik ? Islam menjawab, kahwin Lebih daripada satu. Hidup dalam ikatan perjanjian yang sah !

 

  1. PENUTUP

 

Perbincangan yang agak panjang ini sukar untuk ditutup oleh penulis lelaki seperti saya. Kalau penulis perempuan mungkin mudah membuat keputusan. “Tak usah madukan saya!” Selesai penutupnya. Tetapi saya sebagai lelaki, tetap menyatakan bahawa tajuk ini tidak boleh ditutup sehingga ada kata putus daripada orang perempuan : “Saya bersetuju  suami saya tambah isteri lagi, jika dia memerlukannya secara rasional  demi mencari redha Tuhanku !” Seperti kata seorang isteri kawan saya semasa keluarganya mengherdik dia lantaran meminang seorang perempuan lain buat suaminya : “Syurga, mak! Syurga!”

 

Jika kata putus telah diambil oleh orang perempuan, maka saya berani menutup tulisan ini dengan berkata : “Wahai lelaki, duhai para suami, simpatilah kepada isterimu, ibu anak-anakmu, penghibur hatimu, kekasih hatimu sebelum engkau membiakkan rangsangan nafsumu kepada wanita lain. Perhatikan kepentingan sesuatu tindakanmu lantaran iman atau nafsu, lantaran keperluan atau melulu, lantaran kesucian atau kepuasan dan hitungkanlah jalan hidupmu, adakah sibuk bekerja membina umat dan menjaga agama atau sibuk bersahaja membina laknat dan bercengkerama? Orang yang hidup tidak bermanfaat kepada umatnya dilaknati bumi yang dipijaknya.” Telitilah rencah hidup ini!

 

Sekian. 050908, 1.15 am

 

 


[1] Dalam Raudatul ‘Aasyiqin, Imam Ibnul Qayyim menyatakan maksud cinta :

“Kecenderungan secara total kepada orang yang dicintai, kemudian engkau rela mengorbankan diri, nyawa dan hartamu demi dirinya, kemudian engkau mengikutinya secara sembunyi atau terang-terangan.” Atau, “Usahamu untuk membuat sang kekasih menjadi redha.”

Tanda Cinta ada 20 perkara, iaitu : Pertama, menghunjamkan pandangan mata. Kedua, malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya. Ketiga, banyak mengingat orang yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Keempat, tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri. Kelima, orang yang mencinta bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai. Keenam, memperhatikan perkataan orang yang dicintai dan mendengarkannya. Ketujuh, mencintai tempat dan rumah sang kekasih. Kelapan, segera menghampiri yang dicintai. Kesembilan, mencintai apa pun yang dicintai sang kekasih. Kesepuluh, jalan yang dilalui terasa pendek sekali pun panjang saat mengunjungi orang yang dicintai. Kesebelas, salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai. Kedua belas, kaget dan gementar tatkala berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala mendengar namanya disebut. Ketiga belas, cemburu kepada orang yang dicintai. Keempat belas, berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai. Kelima belas, menyenangi apa pun yang menyenangkan orang yang dicintai.Keenam belas, suka menyendiri. Ketujuh belas, tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai.Kelapan belas, helaan nafas yang panjang dan lebih kerap. Kesembilan belas, menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. Kedua puluh, adanya kecocokan antara orang yang mencintai dan yang dicintai.

 

 

September 6, 2008 Posted by | Fiqhiyyaat | | 1 Komen

KEHENDAK

 

TIDAK SEMUA APA YANG AKU KEHENDAKI PASTI DAPAT !

Tidak semua apa yang aku kehendaki pasti luput !

ADA JUGA APA YANG AKU KEHENDAKI HILANG LENYAP.

Ada juga apa yang aku kehendaki pasti dapat.

 

KEHENDAK AKU ADA YANG DIIZINKAN TUHAN DAN DIREDHAINYA.

Kehendak aku ada yang diizinkan Tuhan dan tidak diredhaiNya.

KEHENDAK AKU ADA YANG TIDAK DIIZINKAN TUHAN DAN DIREDHAINYA.

Kehendak aku ada yang tidak diizinkan Tuhan dan tidak diredhaiNya.

 

AKU BERKEHENDAK, TUHAN BERKEHENDAK.

Jika sama kehendak, berlakulah di atas kehendakNya.

AKU BERKEHENDAK, TUHAN BERKEHENDAK.

Jika tidak sama kehendak, terjadilah kehendak Tuhan.

                                         

KEHENDAK AKU, AKU PUTUSKAN, TAPI BUKAN AKU TENTUKAN.

Kehendak Tuhan, Dia putuskan, dan Dialah Penentunya.

KEHENDAK AKU BUKAN AKU YANG PASTIKAN CAPAIANNYA.

Kehendak Tuhan Dialah yang pastikan capaiannya.

 

Aku berkehendak, Tuhan juga berkehendak.

Adakah sama bila sama berkehendak ?

Tidak ! Tidak ! Kehendakku tertakluk kepada kehendakNya.

Dan kehendak Dia tidak tertakluk kepada kehendakku.

 

AKU AKUR KEHENDAKMU, TUHAN !

 

 

8.30pm

Monoja110808

 

September 5, 2008 Posted by | Sastera | | Tinggalkan komen

Ramadhan : Bulan Keimanan dan Perubahan

Ramadhan merupakan bulan membina dan meningkatkan keimanan, sekaligus bulan melakukan perubahan dalam hidup kita.

Membina keimanan hendaklah melalui proses belajar ilmu-ilmu tentang ketuhanan, kerasulan dan keislaman. Termasuk juga melalui berfikir tentang alam cakerawala dan sejarah mereka yang terdahulu.

Pada bulan inilah peluang kita melakukan perubahan dalam hidup kita. Perubahan hendaklah bermula daripada cara berfikir kita tentang hidup, tentang hukum alam, tentang usaha dan ikhtiar, tentang ketentuan Allah yang tidak dapat dipertikaikan, tentang makhluk-makhluk yang melata dan paling utamanya ialah tentang diri kita sendiri yang amat fleksibel… ruh, darah, nadi, urat saraf, tulang, otak dan sebagainya.

Lebih memudahkan urusan berfikir kita untuk melakukan perubahan ialah melalui pemahaman dan penelitian kandungan Al-Qur’an.

Marilah kita membuat perubahan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia bersandarkan ayat-ayat yang dilihat (Alam semesta) dan ayat-ayat yang dibaca (Qur’an).

Selamat menikmati alam Ramadhan.

September 2, 2008 Posted by | Uncategorized | 2 Komen