Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

TIP MOTIVASI 9

Adakalanya, air yang kita amat memerlukannya untuk hidup, amat kita takuti sewaktu ia bersatu di suatu  lembah.

 

Peraturan air itu ialah menurun ke tempat rendah dengan rentak yang mempesonakan…. Tidak menghiraukan sekatan, tidak memilih satu jalan sahaja, tidak putus asa,  tidak mengalah, tidak mudah lesu…. sehingga ia sampai ke tempat yang paling lembah.

 

Di situlah ia berkumpul dan bersatu teguh. Di situlah ia menggerunkan manusia.  Dalam pada itu, manusia masih mampu mengatasi air itu dengan kekuatan tersembunyi  yang Allah kurniakan iaitu ;

 

Cinta, Pemikiran, Keinginan dan Kepercayaan .

 

Kapal yang terapung atau kapal yang menyusuri dasar lautan adalah menifestasi  kekuatan akal manusia. Tidakkah kita mahu menceduk pengalaman air, tetapi bukan menurun ke bawah, bahkan menaik ke atas? Tidakkah kita mahu memenangi kekuatan air  sehingga kita mampu mengambil manfaat daripadanya dan ia tidak memudaratkan kita?

Jawapannya: Tentu!

 

Tujulah ke matlamat anda

sebagaimana air menuju ke perlembahannya.

 

Jangan kaku dengan halangan dan sekatan yang ada, tetapi membengkoklah ke kiri atau ke kanan mencari jalan keluar daripada gangguan itu di samping tetap dengan matlamat yang dituju.

 

Mundur, tidak! Membeku, pun tidak!

 

Kalau pun memang terbenteng penuh, air tidak pernah berhenti daripada perjalanannya. Ia menunggu sehingga kekuatannya terkumpul. Selepas itu, empangan yang ‘gah’ bagaimana pun terpaksa tunduk mengalah kepada ‘kehendak’nya. Takkanlah kita yang mampu menjana air melalui kaedah H2O lebih rendah ‘kehendak’ dan lebih mudah mengalah.

 

Kalau air pun tahu ‘tidak mahu mengalah’, bagaimana dengan manusia yang berakal? Sepatutnya lebih tahu untuk ‘tidak mahu mengalah’.

 

Advertisement

November 23, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen

IMAN : ANTARA CINTA DAN BENCI

Persoalan iman adalah asas dalam hidup seorang manusia, apa lagi seorang muslim! Iman merupakan kepercayaan. Sebagaimana posting lepas yang bertajuk ‘Kepercayaan’, sukacita saya menyambung bicara tentang kepercayaan dan iman ini. Wujud iman ini hanya bergerak di antara dua jarak iaitu : CINTA dan BENCI. Apabila CINTA kerana ALLAH, dalam lingkungan syari’at dan menurut panduan RasulNya, maka tumbuhlah IMAN dengan suburnya. Namun, IMAN ini tidak lengkap seandainya tidak disertakan dengan perasaan BENCI yang juga mestilah kerana ALLAh, dalam lingkungan syari’at dan menurut panduan RasulNya, maka bersihlah IMAN daripada karat-karat yang melunturkannya.

CINTA kerana Allah dan BENCI kerana Allah merupakan paksi keimanan. Dua jarak inilah yang memantau rukun iman yang enam untuk membolehkan seseorang itu sentiasa dalam kesegaran beriman.

CINTA menggerakkan seseorang mukmin itu kepada segala apa yang Allah kehendaki dalam ‘amar/perintah’ dan ‘nahi/larang’Nya. Manakala BENCI akan merencatkan segala perkara yang Allah TIDAK menghendaki dalam ‘amar’ dan ‘nahi’Nya. Apabila Allah menghendaki dalam perintah ‘Tunaikan Solat’, maka seorang yang beriman akan merasakan seronok dan bahagia lantaran CINTAnya kepada Allah dan perintahNya supaya bersolat. Bergegaslah mukmin itu kepada solat dengan berpandukan sunnah Rasul s.a.w dan bukan berasaskan kepada kejahilan dan suka hati sendiri melaksanakan solat itu. Itulah CINTA, memenuhi kehendak siapa yang dicintainya.

BENCI mampu menghentikan segala apa yang tidak disukai oleh Allah, lalu seorang mukmin itu beredar meninggalkan apa yang dilarang dan tidak disukai Allah meskipun nafsunya ghairah terhadap larangan tersebut. BENCI mampu memadamkan keghairahan yang memuncak.

Dalam keadaan mana pun, biarlah CINTA dan BENCI itu subur dalam lingkungan KERANA ALLAH. “iMAN adalah CINTA DALAM AGAMA ALLAH DAN BENCI DALAM AGAMA ALLAH.”

November 10, 2008 Posted by | Uncategorized | Tinggalkan komen