TIP MOTIVASI 9
Adakalanya, air yang kita amat memerlukannya untuk hidup, amat kita takuti sewaktu ia bersatu di suatu lembah.
Peraturan air itu ialah menurun ke tempat rendah dengan rentak yang mempesonakan…. Tidak menghiraukan sekatan, tidak memilih satu jalan sahaja, tidak putus asa, tidak mengalah, tidak mudah lesu…. sehingga ia sampai ke tempat yang paling lembah.
Di situlah ia berkumpul dan bersatu teguh. Di situlah ia menggerunkan manusia. Dalam pada itu, manusia masih mampu mengatasi air itu dengan kekuatan tersembunyi yang Allah kurniakan iaitu ;
Cinta, Pemikiran, Keinginan dan Kepercayaan .
Kapal yang terapung atau kapal yang menyusuri dasar lautan adalah menifestasi kekuatan akal manusia. Tidakkah kita mahu menceduk pengalaman air, tetapi bukan menurun ke bawah, bahkan menaik ke atas? Tidakkah kita mahu memenangi kekuatan air sehingga kita mampu mengambil manfaat daripadanya dan ia tidak memudaratkan kita?
Jawapannya: Tentu!
Tujulah ke matlamat anda
sebagaimana air menuju ke perlembahannya.
Jangan kaku dengan halangan dan sekatan yang ada, tetapi membengkoklah ke kiri atau ke kanan mencari jalan keluar daripada gangguan itu di samping tetap dengan matlamat yang dituju.
Mundur, tidak! Membeku, pun tidak!
Kalau pun memang terbenteng penuh, air tidak pernah berhenti daripada perjalanannya. Ia menunggu sehingga kekuatannya terkumpul. Selepas itu, empangan yang ‘gah’ bagaimana pun terpaksa tunduk mengalah kepada ‘kehendak’nya. Takkanlah kita yang mampu menjana air melalui kaedah H2O lebih rendah ‘kehendak’ dan lebih mudah mengalah.
Kalau air pun tahu ‘tidak mahu mengalah’, bagaimana dengan manusia yang berakal? Sepatutnya lebih tahu untuk ‘tidak mahu mengalah’.
-
Recent
-
Pautan
-
Arkib
- November 2009 (2)
- Mei 2009 (4)
- April 2009 (3)
- Februari 2009 (4)
- Disember 2008 (4)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (4)
- September 2008 (24)
- Ogos 2008 (8)
-
Kategori
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS