Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

Memahami Yaasin…..

MEMAHAMI YAASIN DAN HIKMAHNYA

 

  1. KEDUDUKAN AL-QUR’AN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

    Al-Quran merupakan wahyu Allah kepada Rasulullah s.a.w untuk panduan hidup manusia sejagat.

    Sebahagian al-Qur’an (surah Al-Fatihah) menjadi bacaan wajib dalam ibadat Solat

    Al-Qur’an menjadi asas perlembagaan dan peraturan hidup yang mesti dibaca, dihafal, difahami, diamal dan disebarkan dalam masyarakat manusia.

 

  1. KEDUDUKAN SURAH YAASIN DALAM MASHAF : SURAH KE 36

    Surah[1] Yaasin salah satu surah daripada surah-surah al-Qur’an yang menjadi panduan dan petunjuk arah kehidupan bagi manusia.

    Berada pada surah ke 36 daripada 114 surah dalam Mushaf[2]               (al-Qur’an), di mana susunan itu adalah ‘tauqiifiy’ (penentuan) daripada Allah melalui arahan Nabi Muhammad s.a.w.

    Termasuk dalam surah Makkiyyah[3] dan diturunkan selepas surah al-Jin.

    Jumlah ayat surah Yaasin ialah 83 ayat yang dimulai dengan huruf muqottho’ah (huruf keratan) yang sukar difahami. Huruf keratan ini iaitu huruf Ya’ dan huruf Siin digabungkan menjadi satu ayat di mana di sudut bahasanya tiada apa-apa makna yang boleh difahami. Tetapi justeru Allah s.w.t meletakkan dalam wahyu al-Qur’anNya, maka ayat daripada hurut keratan ini mempunyai makna dan hikmah yang tersendiri di mana ‘hanya Allah yang Maha Tahu dengan maksud yang dikehendakiNya.’ Tetapi sebahagian ulama’ mentafsirkan ‘Yaasin’ sebagai :satu sumpah yang dipakai Tuhan, salah satu dari nama Allah, salah satu dari nama al-Qur’an, semata-mata nama Surat, satu daripada nama-nama Nabi Muhammad s.a.w. Dan ada yang memberi maksud ‘hai penghulu segala manusia’, hai insan, hai manusia’, Ya Muhammad. Dan pengertian yang lebih mendalam dijelaskan oleh Imam Fakhruddin Ar-Razi bahawa membaca huruf yang tidak diketahui ertinya ini adalah semata-mata melaksanakan perintah, dengan tidak memerlukan tahu akan artinya, atau pun tidak tahu. Sila rujuk Tafsir Al-Azhar, oleh Prof. Dr HAMKA, juz 23, ms 8-9, terbitan Pustaka Panjimas 1988.

 

  1. KEUTAMAAN SURAH YAASIN (Dipetik daripada Al-Itqan Fi ‘Ulumil Qur’an – Oleh Imam Al-Sayuutiy (849-911h))

    Keutamaan al-Qur’an secara umum : Imam ad-Daarimiy telah mengeluarkan sebuah hadis daripada hadis Abdullah bin Amar r.a. secara marfu’ : “Al-Qur’an lebih disayangi oleh Allah daripada langit dan bumi dan seisinya.” Imam Ahmad dan Imam Tarmizi telah mengeluarkan sebuah hadis dari hadis Syaddad bin Aus r.a. : ‘Tidak ada seorang muslim yang mengambil tempat tidurnya, lalu membaca satu surah daripada kitab Allah Ta’ala melainkan Allah mewakilkan kepadanya seorang malaikat yang menjaganya, maka tidak ada suatu pun yang menghampirinya untuk menyakitinya sehingga dia boleh bangkit bila dia mahu bangkit.”  Dan Imam Abu Ya’la dan Imam At-Thobraniy telah mengeluarkan sebuah hadis dari hadis Abu Hurairah r.a. : “Al-Qur’an itu kekayaan yang tiada kefakiran selepasnya dan tiada kekayaan tanpanya.”

    Keutamaan surah Yaasin secara khusus : Imam Abu Daud, Imam An-Nasaa-i, Imam Ibnu Hibban dan selain mereka telah mengeluarkan sebuah hadis dari hadis Ma’qil bin Yasar r.a. : “Yaasin adalah jantung al-Qur’an. Tidak membaca oleh seseorang yang menghendaki keredhaan Allah dan keselamatan Hari Akhirat melainkan ia diampuni Allah ; Bacalah ia ke atas orang-orang yang hampir mati di kalangan kamu.” [Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan jika Surat ini dibacakan didekat orang yang dalam sakaratil maut, Allah akan meringankan baginya dan mudah keluar roh. Tambahnya pula, “Surat ini membawakan rahmat dan berkat dan memudahkan keluarnya roh dari badan.”  Demikian dicatatkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya. – Tafsir al-Azhar, Prof Dr HAMKA, juz 23, ms 4]. Imam Tarmizi dan Imam     Ad-Daarimiy telah mengeluarkan sebuah hadis[4] dari hadis Anas r.a. : “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al-Qur’an itu ialah Yaasin. Dan sesiapa membaca surah Yaasin, Allah menulis baginya dengan pembacaannya itu, ganjaran membaca al-Qur’an sepuluh kali ganda.”  Imam Ad-Daarimiy dan Imam At-Thobraniy telah mengeluarkan sebuah hadis[5] dari hadis Abu Hurairah r.a. : “Sesiapa membaca surah Yaasin pada suatu malam lantaran mencari keredhaan Allah, diampuni baginya (akan dosa kecilnya)”.  Imam At-Thobraniy telah mengeluarkan sebuah hadis[6] dari hadis Anas r.a. : “Sesiapa yang mengekalkan diri di atas pembacaan surah Yaasin pada tiap-tiap malam, lalu mati maka matinya umpama mati syahid.”

.

    [Imam Al-Baidhowi (wafat tahun 791h) r.h. dalam tafsirnya ‘Anwaarut Tanziil wa Asraarut Ta’wil’ mencatatkan di awal pentafsiran surah Yaasin : Surah Yaasin adalah surah Makkiyyah. Dan daripadanya ‘ke atasnya solawat dan salam’: “Yaasin dipanggil ‘Mu’immah’ yang menyeluruhi tuannya kebaikan dunia dan akhirat, dan dipanggil ‘ad-Daafi’ah’ dan ‘al-Qoodhiah’ yang menolak daripada tuannya setiap keburukan dan menunaikan baginya segala hajat.” Dan ayatnya 83 ayat.]

    Petikan daripada buku Misteri Aura & Energi Surah YAASIN, oleh Khairul Ghazali, ms 14-16, terbitan Darul Nu’man, 2008 (Diringkaskan) : “Siapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diluluskan semua hajatnya.” Riwayat Imam Ad-Daarimiy dengan sanad lemah (ms 14). “Siapa yang membaca surah Yaasin di pagi hari maka akan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai petang. Dan siapa yang membacanya di awal  malam (petang) maka akan dimudahkan urusannya malam itu sampai pagi.” Riwayat Imam Ad-Daarimiy dengan sanad lemah (ms 16)

Catatan : Kebanyakan hadis dalam fadhilat surah-surah al-Qur’an adalah bertaraf Dha’if (Lemah) dan ada yang Maudhu’ (palsu). Imam Ibnu Hajar al-Asqalaani menyebut bahawa ada tiga syarat untuk beramal dengan hadis dho’if (hadis bertaraf Lemah) iaitu pertama, tidak terlalu lemah, kedua, hadis dho’f tersebut mestilah berada di bawah ruang lingkup amalan asas yang telah menjadi amalan umum, dan ketiga, ketika beramal dengan hadis dho’if, seseorang itu tidak boleh beri’tiqad bahawa amalan tersebut benar-benar merupakan suatu amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atau suatu sabdanya atau mendapat pengiktirafan daripadanya. (Diringkaskan daripada : Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya : Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadis dan Ulama’ Mu’tabar, susunan Ustaz Muhammad subki Abdul Rahman Al-Hafiz. Ms 22-23, terbitan Ma’ahad Tahfiz Darul Qur’an Wal Qiraat Berhad, cetakan pertama Ogos 2008). 

Manakala hadis Maudhu’ (palsu) adalah haram meriwayatkannya melainkan atas dasar untuk memperjelaskan kedudukan hadis tersebut agar ditinggalkan dan tidak dijadikan sandaran hukum atau sandaran amal.

 

  1. HIKMAH DAN KEISTIMEWAAN SURAH YAASIN

    Hikmah dan keistimewaan surah Yaasin dan surah-surah lain daripada al-Qur’an adalah tertakluk kepada apa yang disebutkan oleh Allah dan disabdakan oleh junjungan Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “(Yaitu) sebulan Ramadhan, yang diturunkan padanya al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan dari petunjuk itu dan pembeda…”  Surah Al-Baqarah/ 185. Manakala persabdaan Nabi Muhammad s.a.w. ialah : (Maksudnya) Orang yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya.” Riwayat Imam Bukhori dan lainnya (Kitab Fadhail A’mal, bab Fadhilah al-Qur’an, hadis pertama. – Maulaana Muhammad Zakaria Al-Kandhalawi). Dan hadis : (Maksudnya) “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah, kemudian mereka membaca al-Qur’an dan saling membacakan nya satu sama lain, melainkan diturunkan sakinah (kedamaian) ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka, dan Allah s.w.t menyebut-nyebut mereka di depan majelis (majlis) malaikat.” Riwayat Muslim dan Abu Daud (Kitab Fadhail A’mal, bab Fadhilah al-Qur’an, hadis 22. – Maulaana Muhammad Zakaria Al-Kandhalawi).

    Justeru itu, hikmah dan keistimewaan surah Yaasin ini bukan bidang kuasa akal manusia bagi menentukannya, selain Rasulullah s.a.w. yang diizinkan Allah s.w.t. sebagai pembawa syari’at. Tidak ada orang yang berhak menentukan hikmah dan keistimewaan surah Yaasin samada untuk menarik kemaslahatan atau untuk menolak kemudhoratan.

    Hikmah dan keistimewaan Yaasin dalam erti kata faedah semasa dan kelebihan tertentu bagi orang yang mengamalkan surah ini, atau dengan kata lain, keluarbiasaan yang tidak diduga oleh orang yang beramal dengannya adalah relatif dan tidak boleh disabitkan secara pasti. Ianya amat tertakluk kepada orang yang mengamalkannya di sudut bacaan, kefahaman, dan tindak-tanduk kepatuhan kepada Allah s.w.t. Hikmah dan keistimewaan yang tersendiri ini bergantung kepada keperluan dan pengharapan pengamalnya. Setiap orang yang beramal dengan bacaan rutin surah Yaasin ini akan melihat hikmah dan keistimewaannya mengikut keperluan dan pengharapan peribadinya. Setiap orang yang beramal dengan surah Yaasin ini berbeza dengan seorang yang lain.

    Secara umumnya, beramal dengan al-Qur’an secara bacaan, kefahaman dan praktikal samada surah Yaasin atau surah lain, samada ayat Kursi atau ayat lain, adalah berhikmah dan mempunyai keistimewaan yang tak terbatas. Ini bukan bermakna pengamalnya tidak akan sakit, tidak akan menghadapi kesusahan, tidak akan mati dan sebagainya. Tetapi pengamal itu akan sentiasa dalam jagaan Allah dan diiringi oleh para malaikat ‘hafazah’Nya, dengan maksud sentiasa terkawal daripada melakukan apa yang ditegah oleh syari’at dan terkawal daripada melakukan perkara yang memudhoratkan diri dan orang lain.

 

  1. PENGAJARAN DARIPADA PETIKAN SURAH YAASIN

    Ayat 60 dan 61 surah Yaasin :

* óOs9r& ô‰ygôãr& öNä3ö‹s9Î) ûÓÍ_t6»tƒ tPyŠ#uä cr& žw (#r߉ç7÷ès? z`»sÜø‹¤±9$# ( ¼çm¯RÎ) ö/ä3s9 Ar߉tã ×ûüÎ7•B ÇÏÉÈ

   Èbr&ur ’ÎTr߉ç6ôã$# 4 #x‹»yd ÔÞºuŽÅÀ ÒOŠÉ)tGó¡•B ÇÏÊÈ  

60. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. “Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan yang lurus.

 

Perjanjian kita manusia, keturunan Adam a.s., adalah tidak memperhambakan diri kepada Syaitan dan tidak melalut dalam menuruti tipu daya syaitan. Antara rancangan tipu daya Syaitan ialah sebagaimana dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali r.h. dalam kitabnya Minhaj ‘Abidin, ada 7 tahap :

1.      Syaitan mencegah membuat kebaikan dan mendorong membuat kejahatan. Kejahatan/ Dosa.

2.      Menyuruh menangguhkan kerja kebaikan dan menyegerakan kerja kejahatan. Taswif.

3.      Menyuruh bergopoh-gapah apabila melakukan  kerja kebaikan. ‘Ajalah.

4.      Menyuruh menyempurnakan kerja sebaik mungkin kerana menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau mengharapkan pujian orang. Ria’.

5.      Menyuruh menyempurnakan kerja sebaik mungkin supaya ia boleh berbangga ke atas orang lain. ‘Ujub.

6.      Salah satu bentuk ria’…… menyuruh berbuat kebaikan/ ibadah secara bersungguh-sungguh tanpa diketahui orang, nanti akan lahir keistimewaan/ kelebihan tertentu yang mengkagumkan orang. Mengangkat tinggi untuk dihumban musnah.

7.      Menimbulkan pandangan bahawa amalan dan taklif syara’ telah gugur daripada seseorang kerana terlalu tinggi – kononnya – darjat  seseorang itu, atau kerana Allah telah mentaqdirkan bagi seseorang itu samada bahagia atau celaka – kalau taqdir bahagia, tidak memudharatkan meninggal amalan ; dan kalau taqdir celaka, tidak memanfaatkan melakukan amalan. Atau menimbulkan perasaan putus asa daripada rahmat Allah justeru Allah telah menetapkan seseorang itu samada celaka atau bahagia.

 

    Dalam usaha mendapatkan kekayaan harta dan kemewahan dunia, Islam tidak menghalang dan melarangnya selagi dapat membawa kepada ketundukan kepada Allah. Tetapi, prinsip ‘Ubudiyyah, Mas-uuliyyah dan Itqan (UMI) hendaklah dijaga kerana hanya Allah yang berhak dipatuhi secara mutlak.

    Jalan lurus hanyalah agama Islam, tidak agama dan dogma yang lain.

 

8.      AMALAN YANG DICADANGKAN BAGI BACAAN YAASIN

          Amalan bacaan surah Yaasin yang dicadangkan ialah :

Pertama, bacaan awal pagi ; Iaitu membaca surah Yaasin seusai/ selepas solat Fardhu Subuh dan wirid-wiridnya. Kegunaan dan faedah bacaan pagi ini ialah optomis dengan pertolongan Allah agar memudahkan urusan hidup di hari tersebut.

Kedua, bacaan awal malam ; Iaitu membaca surah Yaasin seusai/ selepas solat Fardhu Maghrib dan wirid-wiridnya. Kegunaan dan faedah bacaan malam ini ialah optimis dengan penjagaan Allah sepanjang malam hari tersebut. Ini berdasarkan hadis umum di atas (no 3) : Imam Ahmad dan Imam Tarmizi telah mengeluarkan sebuah hadis dari hadis Syaddad bin Aus r.a. : “Tidak ada seorang muslim yang mengambil tempat tidurnya, lalu membaca satu surah daripada kitab Allah Ta’ala melainkan Allah mewakilkan kepadanya seorang malaikat yang menjaganya, maka tidak ada suatu pun yang menghampirinya untuk menyakitinya sehingga dia boleh bangkit bila dia mahu bangkit.”

    Bagaimana pun, amalan rutin bagi surah Yaasin ini dalam kesepakatan kumpulan 3AIG tidaklah menghadkan kepada amalan bacaan surah Yaasin sahaja, bahkan melarat kepada keseluruhan al-Qur’an dan hukum-hakam syari’at Islam. Begitu juga berkaitan masa, tidaklah menghadkan kepada pagi dan malam sahaja, bahkan disarankan pada bila-bila masa yang termampu. Cuma dalam 3AIG disarankan amalan bacaan minima ialah surah Yaasin sekali waktu pagi dan sekali waktu malam. Semuanya adalah galakan dan latihan ke arah memartabatkan al-Qur’an menjadi bacaan wajib dan panduan asas dalam kehidupan manusia.

    Bagi mereka yang telah melakukan amalan surah-surah lain atau ayat-ayat lain, adalah disarankan supaya meneruskan bacaan yang telah mendarah-daging itu kerana keberkatan hanya wujud pada pelaziman suatu amalan yang dibenarkan oleh syara’. Apa yang menjadi kelaziman dan kerutinan seseorang dalam beramal dengan surah dan ayat al-Qur’an itulah yang menjadi kekuatan, hikmah, istimewa dan sebab bagi pertolongan Allah kepada hambaNya.

 

9.      PENUTUP

          Setiap amalan hendaknya berpaksikan kepada keikhlasan dalam mencari keredhaan Allah.

           Kehidupan dunia ini adalah jejambat bagi kebahagiaan dan keselamatan hidup di akhirat.

          Segala yang baik hendaknya mendapat perhatian semua pihak dan segala yang buruk hendaknya disisihkan daripada hidup kita. Segala urusan hidup ini berada dalam genggaman Allah Yang Maha Perkasa. 

 

Penulis : Monoja/ IBBA MD S/B.

28/11/2008, jam 8.00pm.

 

 

 

 

 



[1] Surah ialah Manzilah Rafii’ah yang memberi erti ‘kedudukan yang tinggi’. Surah al-Qur’an merupakan penyerupaan dengan maksud asal makna surah, iaitu kedudukan yang tinggi kerana dilingkungi sebagaimana sebuah bandar dilingkungi dengan pagar atau sebagaimana kedudukan bulan yang tinggi. Sila lihat : Mu’jam Mufradat Alfaz Al-Qur’an, huruf  Shod, oleh ‘Allaamah Al-Raaghib Al-Isfihaaniy, cetakan Dar Fikri Beirut, tanpa tahun.

[2] Mushaf ialah apa yang dijadikan penghimpun  bagi lembaran yang ditulis (dengan ayat-ayat Allah s.w.t.) Kata jamaknya (plural) ialah Mashoohif. – Lihat : Mu’jam Mufradat Alfaz Al-Qur’an, huruf  Shod, oleh ‘Allaamah Al-Raaghib Al-Isfihaaniy, cetakan Dar Fikri Beirut, tanpa tahun.

[3] Surah Makkiyyah bermaksud surah yang turun semasa Nabi s.a.w berada di Mekkah sebelum hijrah. Antara fokus utama ayat atau surah Makkiyyah ialah aqidah, ibadat dan akhlak. Lawan Makkiyyah ialah Madaniyyah, iaitu ayat atau surah yang turun pada zaman Nabi s.a.w. berada di Madinah selepas hijrah. Fokus utama ayat atau surah Madaniyyah ialah hukum-hakam muamalat, munakahat, jenayah dan pemerintahan negara. Dalam pada itu ayat dan surah Madaniyyah masih menyentuh persoalan aqidah, ibadah dan akhlak.

[4] Hadis ini dikatakan palsu oleh Syeikh Muhammad Nasruddin Al-Baaniy. Lihat buku : Misteri Aura & Energi Surah YAASIN, oleh Khairul Ghazali, ms 15-16, terbitan Darul Nu’man, 2008.

[5] Hadis ini dikatakan lemah. Lihat buku : Misteri Aura & Energi Surah YAASIN, oleh Khairul Ghazali, ms 14, terbitan Darul Nu’man, 2008.

[6] Hadis ini dikatakan palsu. Lihat buku : Misteri Aura & Energi Surah YAASIN, oleh Khairul Ghazali, ms 15, terbitan Darul Nu’man, 2008.

Disember 3, 2008 - Posted by | Uncategorized

2 Komen »

  1. salam tuan.. mohon izin copy artikel yg berguna ini

    Komen oleh noh | April 24, 2010 | Balas

  2. I do not even know how I ended up here, but I thought this post was good.
    I do not know who you are but certainly you are going to a famous blogger
    if you aren’t already😉 Cheers!

    Komen oleh new games in 2015 | Oktober 2, 2014 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: