Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

PENANTIAN

Penantian amat menguja
Antara suka dan duka
Tidak semua penantian itu penyeksaan
Adakalanya menjadi kenikmatan
Umpama kekasih menanti kekasih
Bahagia ada dan derita pun ada
Ada ketikanya si dia tersenyum sendirian
Kerana menanti orang yang dicintai
Ada masanya si dia masam mencuka
Juga kerana menanti orang yang dicintai
Itulah luahan perasaan orang yang menanti.
Antara suka dan duka.

Siapa kata penantian itu segalanya penyeksaan?

Aku menanti sekeping cek yang bernilai jutaan dollar
Penuh debaran yang berbaur gembira
Membayangkan apa saja yang mungkin
Dengan harta yang sebanyak itu

Siapa kata penantian itu segalanya kemeriahan?

Aku menanti keputusan mahkamah saman malu ke atasku
Penuh debaran yang berbaur sedih
Mengimbau sejarah mereka yang senasib
Dengan kerugian yang tidak terfikir.

Andaikan apa saja
Yang sedang anda nantikan di hari muka
Sejenak teringat kemuncak penantian itu
Itulah yang memaparkan reaksi masa kini
Entah suka di hujung sana maka sukalah kini
Entah duka di akhir nanti maka dukalah kini.

Tapi, manusia yang beriman dan bertaqwa
Kepada Tuhan Yang Maha Kaya
Percaya kepada Tuhan Yang Maha Pemurah
Hatinya sentiasa pasrah
Membidik cinta Tuhan
Bahagia sepanjang penantian yang diharungi
Kerana penghujungnya : Syurga dan Redha Allah
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). Al Baqarah/212.

Penantian itu bermain dengan perasaan
Perasaan itu bermain dengan fikiran
Fikiran itu bermain dengan keimanan
Keimanan yang benar itu tidak pernah bersandiwara
Lakonannya adalah realiti
Realitinya adalah lakonan berhemah
Dipersembahkan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa
Maka tiada sakit dalam tempoh penantiannya
Kerana bermula langkah kembaranya
Aroma cinta sudah meresap ke dalam dada
Berbahagia dengan nama Tuhan Pencipta alam semesta

Penantian orang yang menanti hasil yang sedikit
Memang berbaur antara suka dan duka
Sedang sang mukmin bertaqwa
Menanti hasil yang melimpah ruah
Merasakan suka dukanya dalam rahmat Allah
Langsung bahagia kerana Allah.
Penantiannya dipenuhi semerbak kasturi
Lantaran Allah itu mata air kebahagiaan.

260908, 3.11pm

Advertisement

Februari 2, 2009 - Posted by | Uncategorized

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: