Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

TIP 11

Seorang yang bertaqwa itu,
1. Dia cepat berjaya dan licin urusannya, tetapi dia sentiasa waspada halal haramnya.
2. Dia sentiasa mendapat sanjungan Allah s.w.t., sehingga semakin hari semakin tinggi pekerti dan sifat mulia.
3. Dia mendapat penjagaan dan kawalan daripada Allah, sehingga mampu bersabar di atas musibah.
4. Dia mendapat bantuan dan pertolongan di saat genting, namun dia tidak mengabaikan perkara penting.
5. Dia dipermudahkan rezekinya tanpa diduga, namun sifatnya tidak pernah lupa berusaha.
6. Segala amalan dan khidmatnya semakin meningkat dan menyeluruh, termasuklah mencegah mungkar dan amar ma’ruf.
7. Dosa dan kesalahannya tetap dimaafkan, justeru dia sentiasa berdoa dan mohon keampunan.
8. Allah mencurahkan kepadanya kasih sayang dan mahabbah, kerana cinta murni demi agama terus bertambah.
9. Dia mendapat kemuliaan dan penghargaan, sebab jasanya cemerlang dan gemilang.
10. Sewaktu hampir matinya ada berita gembira, setelah seluruh hidupnya dia berkorban apa saja.
11. Di akhirat dia lepas daripada azab neraka, setelah di dunia sering hidup dalam sengsara.
12. Dan di dalam syurga akan kekal abadi, di atas jihad suci dan bakti murni.

Begitulah dua belas perkara keistimewaan orang bertakwa, disebut oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Minhaj ‘Abidin yang penuh sarat dengan mutiara.

Advertisement

Februari 12, 2009 - Posted by | Uncategorized

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: