PANDUAN SOLAT HARIRAYA
- Hari raya dinamakan dengan ‘Id’ (العِيْدُ) kerana ia memberi maksud kembali dan berulang hari itu, dan kerana kembali gembira pada hari itu. Dikatakan juga ‘Id’ itu bermaksud mengharapkan kembali lagi hari tersebut bagi orang yang pernah menemuinya/ mengalaminya.
- Maksud berhari raya bukanlah semata-mata memakai pakaian baru, tetapi berhari raya bererti merasa takut akan janji buruk daripada Allah. Kata pepatah syair Arab :
ليس العيد من لبس الجديد وإنما العيد من خاف الوعيد
Bermaksud : Bukanlah berhari raya itu orang yang memakai pakaian baru, tetapi berhari raya adalah orang yang takut janji buruk (daripada Allah)
- Dalam Islam, orang-orang perempuan digalakkan menghadiri majlis solat hari raya dan perhimpunan orang lelaki untuk solat hari raya sekalipun perempuan itu dalam keadaan uzur syar’i/ didatangi haid. Namun begitu, orang-orang perempuan tadi dikehendaki berada berasingan daripada orang lelaki kerana dibimbangi menimbulkan fitnah/ gangguan, atau pandangan bernafsu, atau fikiran bercelaru dan seumpamanya. Hal ini perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam untuk menjaga ketenteraman perhubungan dalam masyarakat Islam. Islam tidak membenarkan umatnya bergaul bebas semasa mengadap Allah dan mengingatiNya, apa lagi semasa keadaan biasa dan melupaiNya.
- Pada hari raya disunatkan memberi nasihat dan peringatan tentang hari akhirat secara khusus kepada golongan wanita. Dalam tazkirah dan nasihat itu, orang-orang perempuan digalakkan memberi sedekah pada hari raya samada dengan wang ringgit atau dengan harta perhiasan diri, sekalipun tanpa izin suami. Hal ini justeru orang perempuan sering membuat aduan tentang suami dan sering tidak mensyukuri jasa dan pengorbanan suami. Sedekah itu selepas dikumpulkan, akan diagih-agihkan oleh pemimpin tempatan kepada mereka yang kurang bernasib baik atau orang-orang yang berhajat dan dalam merana kesulitan hidup.
5. Perkara yang digalakkan semasa kita menyambut hari raya ialah :
5.1. Memperbanyakkan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil atau berzikir kepada Allah bermula pada malam hari raya, semasa perjalanan ke tempat solat hari raya, dan selepas solat hari raya sehingga akhir hari raya tersebut semasa Hari Raya Fitrah, dan sehingga waktu Asar hari keempat semasa Hari Raya Haji.
5.2. Melakukan ziarah menziarahi antara satu dengan yang lain terutama menziarahi para ulama, orang-orang yang dimulia dan dihormati, pemimpin, jiran tetangga, kaum kerabat dan sahabat handai.
5.3. Saling bermaafan dan hormat-menghormati.
5.4. Sekiranya ada hak orang lain yang belum dikembalikan/ ditunaikan, maka wajarlah diselesaikan segera pada sebelum hari raya atau pada pagi hariraya sebelum solat hari raya dilangsungkan seperti zakat fitrah dan barangan lain yang diambil tanpa izin.
5.5. Menolong dan membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup samada melalui sedekah atau zakat fitrah.
5.6. Memohon kemaafan daripada dua ibu bapa bagi anak-anak, dan daripada suami bagi para isteri.
5.7. Memohon keampunan Allah daripada segala dosa serta mengharapkan Allah menerima segala amal kebaikan yang dilaksanakan dan mengampuni segala kesilapan yang dilakukan.
- Bagaimana melakukan Solat Hari Raya ?
6.1. Solat hari raya samada Id Fitri atau Id Adha adalah sunat muakkadah (sunat yang amat digalakkan) mengikut pendapat Imam Syafie r.a.. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya fardhu kifayah. Bagi Imam Abu Hanifah hari raya adalah wajib (Di sisi Imam Abu Hanifah wajib berbeza daripada fardhu).
6.2. Solat hari raya dilakukan sama dengan solat-solat sunat lain selain beberapa perbezaan berikut di bawah.
6.3. Niat (Di hati/ jantung) solat sunat hari raya Fitrah sekiranya Hari Raya Fitrah dan solat sunat hari raya Adha/ Haji sekiranya Hari Raya Haji. Lafaz pendekatan niat seperti berikut : “Sengaja aku solat sunat Hari Raya Fitrah (atau Hari Raya Adha) dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala”
6.4. Takbir selain takbiiratul ihram (takbir memulai solat) dan takbiirulqiam (takbir berdiri untuk rakaat seterusnya), takbir sebanyak 7 kali bagi rakaat pertama dan 5 kali bagi rakaat kedua. Sebagai contoh ialah seseorang itu bertakbir untuk memulai solat (takbiiratul ihram) terus beliau membaca doa Iftitah. Selesai membaca doa Iftitah hendaklah beliau bertakbir (tanpa niat lagi) sebanyak 7 kali pada rakaat pertama. Digalakkan berzikir antara dua takbir. Contoh zikir ialah سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر . Dengan kata lain, dalam rakaat pertama 7 kali takbir (selain takbiiratul ihram ) dan 6 kali zikir. Manakala dalam rakaat kedua pula 5 kali takbir (selain takbiirulqiam) dan 4 kali zikir.
6.5. Selain perbezaan di atas, semua amalan solat sunat hari raya adalah sama dengan amalan sunat yang lain di sudut bacaan wajib, bacaan surah, dan rukun-rukun solat sehingga salam.
6.6. Digalakkan kita mengangkat dua tangan mencecahi telinga semasa membaca takbir-takbir solat tadi.
6.7. Perlu diingatkan bahawa Islam amat menjaga dan mengambil berat tentang tertib dan kekemasan/ keindahan/ keseragaman/ keceriaan dalam segala amalan sehingga ia kelihatan cantik dan menarik. Oleh itu, semasa bertakbir makmum hendaklah mengikuti takbir imam sebaik mungkin dan tuan imam pula diharapkan mengambil kira suasana makmum yang mengikutinya. Ini bererti, selesai sahaja imam bertakbir, makmum turut bertakbir sehinggalah tamat 7 atau 5 kali takbir. Selesai sahaja takbir terakhir, makmum dikehendaki mendengar penuh perhatian bacaan imam. Solat akan berlangsung seperti biasa.
- Takbir Hari Raya :
اللهُُ اَكْبَرُ اللهُُ اَكْبَرُ اللهُُ اَكْبَرُ
لا إلهَ إلا اللهُ وَاللهُُ اَكْبَرُ
اللهُُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
اللهُُ اَكْبَرُ كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحانَ اللهِ بُكْرَةً وَأصِيْلا.
لا إلهَ إلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إلا إيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لهُ الدِّيْنَ , وَلَوْ كَرِهَ المُشرِكُوْنَ / الكافِرُوْنَ / الظالِمُوْنَ / الفاسِقُوْنَ / المُنَافِقوْنَ.
لا إلهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ
لا إلهَ إلا اللهُ وَاللهُُ اَكْبَرُ
اللهُُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala pujian.
Allah sememangnya Maha Besar, segala pujian yang banyak hanya untuk Allah, dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang.
Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan kami tidak akan menyembah kecuali hanya kepadaNya, mempersembahkan agama ini penuh tulus ikhlas bagiNya walaupun tidak digemari oleh orang-orang musyrik/ orang-orang kafir/ orang-orang zalim/ orang-orang fasiq/ orang-orang munafik.
Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah sahaja, Tuhan yang membenarkan janjiNya, Tuhan yang menolong hambaNya (Nabi Muhammad s.a.w.), Tuhan yang memenangkan tenteranya dan mengalahkan tentera Ahzab (Perikatan) sekaligus.
Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala pujian.
Rujukan : Syarah Soheh Muslim – Imam Nawawi Juz 3 Bab Solat Dua Hari Raya.
Disediakan oleh :
Mohd Nordin Jaafar
Kg Permatang Rambai,
16800 Pasir Puteh, Kelantan
019-9324950
Bertarikh : 15/12/2001 = 29/09/1422
I’TIKAF – Bertelut lutut di hadapan Allah
(الاعتكاف)
(Nota ini disediakan berpandukan Kitab Fiqh ‘Ala Mazaahib Al Arba’ah, oleh Syeikh Abdul Rahman bin Muhamad ‘Iwadh Al Jaziiry dan Zaadul Ma’ad, oleh Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyyah)
1. I’TIKAF ialah duduk (berada) di dalam masjid untuk beribadah mengikut cara tertentu dengan niat.
2. Rukun I’tikaf 4 perkara :
2.1. Duduk di dalam masjid (Duduk bermaksud berada di dalam masjid dengan berhenti/ diam sejenak atau diam dalam tempoh tertentu, paling singkat ialah sebentar yang melebihi masa mengungkapkan ‘subhaanallah’)
2.2. Masjid
2.3. Individu yang beri’tikaf
2.4. Niat beri’tikaf (Contoh lafaz niat : Sengaja aku beri’tikaf di dalam masjid ini sunat/ wajib ke atas ku (jika I’tikaf nazar) kerana Allah Ta’ala. Sebenarnya niat tidak memerlukan lafaz, tetapi guna memudahkan fikiran memberikan fokus kepada amalan maka lafaz niat diperkenalkan. Syarat niat ialah pertama, Islam, kedua, Tamyiz, ketiga, Tahu (faham) apa yang diniatkan, keempat, Penentuan niat dalam perkara yang kesamaran, seperti Zohor atau Asar dsb. Dan kelima, Tidak melakukan perkara yang menafikan/ membatalkan niat. Antara yang menafikan niat ialah memutuskan niat / membuat keputusan berhenti daripada melangsungkan amalan tersebut.
3. Bahagian I’tikaf ada dua sahaja :
3.1. I’tikaf wajib iaitu I’tikaf yang dinazarkan seperti kata seseorang : “Jika aku dapat tubuh kerajaan baru yang berlandaskan Islam, aku nak beri’tikaf di masjidil haram seminggu kerana Allah Ta’ala.” Maka wajiblah ke atasnya beriktikaf di masjidil haram dalam tempoh tersebut apabila bermulanya kerajaan baru ditubuhkan.
3.2. I’tikaf sunat, iaitu selain I’tikaf nazar di atas. Sunat ini adalah sunat muakkadah (amat digalakkan) di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain, dan di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan lebih kuat lagi galakannya.
4. Syarat beri’tikaf (Syarat merupakan perkara asas yang mesti lengkap sebelum mula membuat sesuatu perkara, seperti wudhu’ sebelum melakukan solat. Berbeza dengan rukun yang merupakan perkara asas semasa/ dalam melakukan sesuatu perkara, seperti membaca Al-Fatihah dalam solat.) :
4.1. Islam
4.2. Tamyiz
4.3. Berlaku di dalam masjid
4.4. Niat beri’tikaf
4.5. Bersih daripada janabah, haid dan nifas.
5. Perkara yang merusakkan I’tikaf :
5.1. Bersetubuh secara sengaja atau terlupa. Tidak merusakkan I’tikaf dengan keluar mani melalui berfikir, melihat atau mimpi.
5.2. Keluar daripada masjid tanpa uzur (Keuzuran yang membolehkan keluar daripada masjid, yakni keluar yang tidak merusakkan I’tikaf, ialah :qada’ hajat (buang air besar atau kecil), dharurah (runtuh dinding masjid))
5.3. Riddah (Keluar daripada lingkungan agama Islam menjadi kafir).
5.4. Mabuk dengan sengaja
5.5. Gila dengan sengaja
5.6. Datang haid dan nifas
6. Perkara makruh semasa I’tikaf :
6.1. Berbekam
6.2. Banyak melakukan kerja rutin harian dalam masjid
7. Adab-adab I’tikaf :
7.1. Bersibuk diri dengan mentaati Allah seperti tilawah Qur’an, membaca hadis, berzikir dan menuntut ilmu.
7.2. Di sunatkan berpuasa, jika bukan di bulan Ramadhan.
7.3. Beri’tikaf di masjid jamik, masjid Jumaat, atau masjid negeri.
7.4. Tidak berbicara melainkan perkara kebaikan
Nota penutup :
Maksud I’tikaf yang paling besar ialah mengumpul jantung hati seseorang mengadap Allah tanpa gangguan makan minum, tanpa gangguan pergaulan dengan manusia dan segala kesibukan dengan makhluk, bahkan memberi tumpuan hanya kepada Allah dan bermesra denganNya. Lantaran itu, I’tikaf dilaksanakan beserta dengan puasa, sehingga ada ulama’ menyatakan bahawa puasa adalah syarat beri’tikaf.
Sekian.20/09/08. 10.40am.
SATU SAMA SATU ATAU PERKONGSIAN SUAMI
(MONOGAMI ATAU POLIGAMI)
- PEMBUKA BICARA
Saya diminta oleh seorang kawan yang saya hormati untuk menulis tentang kehidupan rumahtangga yang tidak disenangi oleh ramai para isteri, iaitu poligami. Saya takut membicarakan suatu yang memang saya takut. Justeru itu, saya tidak ingin menulis terus kepada tajuk, bahkan tidak juga kepada isi yang sepatutnya orang tulis di bawah tajuk ini. Saya tidak tahu hendak bermula di mana apabila mahu membicarakan tajuk ini. Kata orang, itu tanda-tanda takutkan bini. Hentam ajelah, Labu ! Saya sungguh-sungguh takut membicarakan seputar maudhu’ ini. Akhirnya, saya memutuskan untuk mendahulukan dengan Pendahuluan 1 : Apa Erti Kehidupan ; dan Pendahuluan 2 : Cinta dan Kasih Sayang ; dan saya padatkan dengan petikan daripada buku : Al-Islam (Jilid 2) oleh Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy (Prof Dr), PT Pustaka Rizki Putra Semarang, 1998, dari ms 249-251. Sebelum penutup, saya mengajak pembaca sekalian merenung bersama beberapa persoalan di sekitar tajuk ini. Akhirnya, saya tutup dengan renungan sambil berfikir tentang masa depan agama dan umat yang kita berbangga dengannya ini. Selamat membaca.
- PENDAHULUAN 1 : APA ERTI KEHIDUPAN
Dari mana, untuk apa dan ke mana :
Dari mana ? Kita semua datang daripada Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Hati kecil kita tetap mengaku dari hati yang paling dalam bahawa kita datang daripada Allah. Ibu bapa kita hanya pengantara bagi kelahiran kita. Penentu kewujudan kita adalah Allah. Kita akur demikian, samada kita sedar atau tidak. Apabila ditelusuri susur galur keturunan kita, tidak ada orang yang mampu meyakinkan orang lain bahawa ibubapalah yang menciptakan kita. Sepintar-pintar manusia yang diperakukan oleh orang bijak pandai pun tidak mampu mendabik dada bahawa dia mencipta kewujudan anak-anaknya. Jika demikian, sudah tentu kewujudan kita tidak berpaksi kepada kedua ibubapa kita, bahkan kepada Yang Maha Kuasa. Ibubapa kita tidak lebih sebagai pengantara untuk kelahiran kita.
Untuk apa ? ‘Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam’. Atau menuntut ‘keredhaan Allah’ :
Kelahiran manusia semenjak kecil sehingga dewasa, atau tua, mestilah mempunyai matlamat besar dan penting. Matlamat itu hendaklah melebihi apa yang dibutuhi oleh haiwan ternakan dan segala hidupan lain. Lantaran itu, tidak bermakna kehidupan manusia yang berlegar sekitar makan-minum, perhiasan, seksual, hiburan, kerehatan dan pelbagai keperluan lain. Jika di situlah kemuncak kehidupan manusia, maka apa bezanya dengan makhluk haiwan dan hidupan lain ? Walhal ciptaan manusia amat hebat dan kemuncak keindahan makhluk sejagat.
Ke mana ? Ke alam baqa’ bertemu Allah, Pencipta.
Hujung jatuh manusia ialah kematian. Kematian merupakan satu lencongan kehidupan menuju ke alam baru iaitu alam kubur/ barzakh.
Selepas alam kubur itu, perjalanan akan diteruskan ke alam qiamat, mahsyar, hisab, timbangan, mizan, syurga atau neraka iaitu alam akhirat untuk bertemu Allah samada dalam suasana Allah meredhai manusia itu atau memurkainya. Hari akhirat itu tiada pilihan lagi buat manusia, ianya hari mutlak milik Allah, Hakim Yang Maha Adil.
tPöqt w à7Î=ôJs? Ó§øÿtR <§øÿuZÏj9 $\«øx© ( ãøBF{$#ur 7Í´tBöqt °! ÇÊÒÈ
19. (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. (Surah Al-Infithor/ 19)
- PENDAHULUAN 2 : CINTA DAN KASIH SAYANG[1]
óOÏ%r‘sù y7ygô_ur ÈûïÏe$#Ï9 $ZÿÏZym 4 |NtôÜÏù «!$# ÓÉL©9$# tsÜsù }¨$¨Z9$# $pkön=tæ 4 w @Ïö7s? È,ù=yÜÏ9 «!$# 4
Ï9ºs ÚúïÏe$!$# ÞOÍhs)ø9$# ÆÅ3»s9ur usYò2r& Ĩ$¨Z9$# w tbqßJn=ôèt ÇÌÉÈ
30. (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Surah Ar Ruum)
Cinta dan kasih sayang merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah fitrah yang Allah kurniakan kepada segala makhluk mengikut jenis dan tahapnya. Haiwan, ada bahasa cinta dan kasih sayangnya yang kita tidak mengerti. Tumbuhan, ada cinta dan kasih sayangnya yang kita tidak fahami. Bahkan daun-daun, debu-debu, molekul-molekul yang bergentayangan, berterbangan, beredar dan bergerak itu ada cintanya dan ada kasih sayangnya yang sukar dicernakan manusia. Justeru kasih, sayang, cinta dan simpatilah maka lahir keselarasan hidup antara manusia sesama manusia dan manusia dengan alam raya…Noktah.
Suatu hari teman saya mempersoalkan : “Kalau suami menduakan isterinya, tentu kasih sayangnya berkurangan kepada isteri pertama, bukan begitu ?” Saya tergamam untuk menjawab. Bukan tiada jawapan, tetapi takut terkilan teman saya itu mendengar jawapan saya. Namun saya gagahi juga menjawab dengan bertanya balik kepada teman saya itu. Soal saya : “Semasa anda mempunyai anak pertama dulu, berapa peratus kasih sayang awak kepada anak awak itu ?” Teman saya menjawab : “Tentulah 100 %, tidak berkurang!” Peremis soalan pertama saya itu memudahkan saya melancarkan soalan susulan. “Jadi, selepas anda mendapat anak kedua, kuranglah kasih sayang awak kepada anak pertama ?” Berpinau mata teman saya itu mendengar soalan saya ini. Dia tidak mengangguk, tidak juga menggiling. Terkedu dia. Saya pun membuka pintu baru untuk dimasuki, pintu makanan yang teman saya gemari.
Kasih sayang tidak dapat dibelah dibahagi. Ia tetap bersatu meskipun dipisahkan dengan tembok batu berkerikir atau besi berjeriji. Cuma bezanya ialah bagaimana cara melahirkan kasih sayang dan cinta itu kepada sasaran cinta. Kalau sasarannya ialah gadis kesayangan yang tidak dibenarkan bersua muka, seperti kisah cinta dalam novel dan tulisan pertama Prof. Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buuty, Mamoo Wa Zin : Kisah Cinta Yang Tumbuh Di Bumi dan Masak Di Langit.(Edisi Arab), maka kasih sayang dan cinta itu ditumpahkan di atas tanah berupakan air mata, di dalam udara berupakan suara nyanyian shahdu, di tepian api berupakan dengus kemarahan dan di sisip angin berupakan khayalan dan impian rindu.
Kalau sasarannya ialah si dara yang dapat bertemu mata bersentuhan fizikal, faham-fahamlah sendiri. Justeru itu, Islam melarang semenjak ‘menghampiri’ zina, bukan sehingga ‘melakukan’ zina.
wur (#qç/tø)s? #oTÌh9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. Zpt±Ås»sù uä!$yur WxÎ6y ÇÌËÈ
32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-Isra’)
Kalau sasarannya ialah bunga-bungaan, maka kasih sayang itu dijelmakan dalam bentuk menyirami, membajai, mengawasi dan membelainya dengan penuh perhatian sehinggakan sesiapa yang berusaha memetiknya – walaupun untuk dibelai manja juga – akan dihalang dan dimusuhi. “Memetik mawar yang mekar bererti membunuhnya!” kata orang yang menyintai bunga-bungaan. Hah, kalau demikian halnya kasih sayang dan cinta, bolehkah ianya diagih-agihkan secara berkilo dan berkati, atau secara berinci dan berhasta ?
Perasaan kasih sayang dan cinta, jika wujud dalam dada, pasti akan lahir dalam ungkapan bahasa lisan atau bahasa badan, atau kedua-duanya sekali dengan pelbagai tanda dan bukti. Kalau tidak ada, lakonan anda akan terbongkar dalam masa yang singkat. Perasaan, semasa sayang sanggup membenihkan ‘anak’ tanpa nikah dan semasa benci sanggup meletupkan ‘jasad’ tanpa secebis warkah.
‘Tapi tang ni, tambah isteri, poligami, buka cawangan lagi, dan entry yang seerti dengannya, perasaan kasih sayang dan cinta agak berbeza – terbelah, terpecah, terbahagi, teragih bahkan tersisih !’
Saya menegaskan, bukan ‘perasaan kasih sayang dan cinta’ yang teragih-agih dan terbahagi-bahagikan, tetapi sikap menurut nafsu dan meninggalkan akal dewasa yang menghantui diri ! Lalu, perbuatan menterjemahkan runtunan nafsu itu dalam bentuk kasih sayang berpihak. Bila ditanya hati ke hati, “bencikah tuan kepada isteri pertama yang sentiasa berkorban siang malam untuk keluarga tuan ?.” “Ooo, tidak! Tidak! Isteri saya yang pertama itu amat saya hormati, dialah benteng semasa saya diserang, dialah penghibur semasa saya sedih, dialah ibu semasa saya merempat, dialah doktor semasa saya sakit…bla…bla…bla…” Sewaktu berkelahi dek menambah isteri, dimarah-marahkan isteri pertama itu bagaikan harimau memarahi musuh yang mengganggu anak-anaknya. Bergema sebuah hutan tebal dengan ngaumannya. Tetapi bila berpisah jauh lantaran isteri pertama membawa diri, terasa kosong pula hidupnya walaupun berada di dekat isteri kedua yang lebih menawan. Teringatlah masakan yang tidak sama dengan masakan isteri pertama, terbayanglah keperihatinan isteri pertama, kesabarannya, pengorbanannya, cintanya dan nostalgia bersamanya.
Jadi, jelaslah bahawa kasih sayang dan cinta suami itu masih utuh di hatinya, meskipun hari-hari awal perkahwinan dengan isteri kedua ini semacam membenci. Sabarlah, tahanlah senafas sehingga suatu hari suami puan akan kembali bersembam muka di kaki puan, meminta maaf ! Seperti kata Prof. Dr HAMKA dalam novelnya :Merantau Ke Deli.
- PETIKAN – Al-Islam (Jilid 2), oleh Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy (Prof Dr), PT Pustaka Rizki Putra Semarang, 1998, dari ms 249-251.
[Petikan ini disalin secara menyeluruh tanpa mengubah apa-apa kandungan dan bahasanya]
SYARAT-SYARAT BOLEH BERBILANG ISTRI :
Islam membolehkan poligami (berbilang istri) dengan syarat dapat dapat berlaku adil dan terpelihara daripada perbuatan curang yang merusakkan rumah tangga. Seterusnya dapat menjamin keutuhan keluarga, terbina anak-anak dengan baik, dan terciptanya kerukunan antara para istri.
Maka di ketika dikhawatirkan terjadinya kecurangan, hancurnya pernikahan yang terdahulu, Islam tidak membolehkan seorang berbilang istri.
Dan apabila seseorang memperhatikan tuntutan-tuntutan syara’ dalam hal menegakkan keadilan antara para istri, maka akan sukar sekali diperoleh orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.
Kebanyakan orang sekarang , poligami didasarkan kebutuhan syahwat untuk memperoleh kelezatan sekejap dengan tidak memikirkan akibat yang timbul.[1] (Nota kaki : [1] Kata Al Ustadz Abdul Aziz Syawisy dalam Al Islam Dinul Fitrah, hal 103 : “Allah mensyaratkan kebolehan ta’addud (berbilang istri) dengan adil, sebagaimana Allah menjadikan takut curang dan aniaya sebab mengharamkan ta’addud. Dan syara’ memaandang bahawa manusia tak sanggup berlaku adil di antara para istrinya walaupun diupayakan sungguh-sungguh. Golongan rasionalis (dan mereka itu satu golongan dari umat Islam), tidak memperbolehkan seseorang beristri dengan yang kedua, selama yang pertama masih dalam ishamahnya, seperti yang telah ditegaskan oleh Al Amir Ali dalam kitab Sirrul Islam. Mereka mempelajari kerusakan-kerusakan dan kemelaratan-kemelaratan yang ditimbulkan oleh keadaan. Mereka mengetahui, bahwa di antara pokok-pokok Islam, ialah : memberi kepada wasail (jalan/ cara. Penyalin) apa yang diberikan kepada : ghayah (matlamat/ tujuan. Penyalin). Mereka dapati bahawa ta’addud mendatangkan bencana. Karena itu mereka mengharamkannya. Harap uraian mereka direnungkan oleh para ulama yang membela ta’addud.)
Karena itu, apabila pemerintah dan Ulul Amri melihat bahwa kebolehan yang diberikan agama ini telah disalahgunakan, pemerintah atas persetujuan wakil-wakil rakyat dapat melarang orang beristri lebih dari satu, atau mengadakan syarat-syarat yang ketat. Namun menutup pintu poligami sama sekali, dapat pula berkembangnya pernikahan di bawah tangan atau perselingkuhan.
Sebenarnya pengaturan tentang perkahwinan ini merupakan salah satu cara memperbaiki masyarakat dan menegakkan pergaulan yang Islami.
Untuk memperbaiki masyarakat, kita wajib memperbaiki lebih dahulu rumah tangganya. Untuk memperbaiki rumah tangga , kita wajib memperbaiki lebih dahulu putera puteri yang akan membina rumah tangga ; sebagaimana wajib kita mendudukkan kaum wanita di tempat yang dikehendaki Islam.
Alangkah baiknya jika kebolehan berbilang istri yang diberikan agama, dipakai di tempatnya dan di masanya. Mudah-mudahan Ulul Amri dan wakil rakyat memperhatikan soal perkahwinan ini, istimewa soal poligami untuk mengadakan syarat-syarat yang mungkin membahayakan masyarakat dari undang-undang poligami.[1] (Nota kaki : [1] Dalam masalah ini kita tidak sependapat dengan faham Al Ustadz A. Hasan (Pembela Islam No.1 tahun 1956). Kepada para pembaca, kami minta merenungkan uraian Al Ustadzul Imam Muhammad Abduh dalam Tafsir Al Manar.)
SEBAB-SEBAB MEMBOLEHKAN POLIGAMI
Agama membolehkan berbilang istri kepada orang yang nyata berhajat yang mempunyai kemampuan sex di atas normal, serta sanggup memberikan nafakah. Berbilang istri itu terkadang-kadang menjadi pekerjaan darurat, dikehendaki oleh hidup berpergaulan.
Memang dalam beberapa keadaan berbilang istri perlu dilakukan, yaitu :
1. Apabila istri seseorang yang ‘aqim ; (seorang perempuan yang nyata tidak mempunyai bibit untuk melahirkan anak), atau telah berumur sangat tinggi ; telah melewati masa kemungkinan mengandung. Atau sang istri itu mengidap penyakit yang menghalangi sang suami berhubungan sex. Yang demikian ini dipandang kemuslihatan orang lelaki.
2. Apabila jumlah wanita telah jauh lebih banyak dari bilangan kaum lelaki, akibat perang berkecamuk ; atau kerana banyak kaum lelaki yang berhijrah pergi merantau mencari rezki.
Di kala demikian ini tentulah lebih baik membuka pintu ta’addud bagi suami, daripada membuka pintu perzinaan.
Sebenarnya walaupun berbilang istri mengandung keburukan, namun itu jauh lebih baik daripada membiarkan terjadinya perselingkuhan. Anak-anak yang diperoleh dari pernikahan yang sah, haknya diakui sepenuhnya oleh syara’ dan undang-undang. Demikian pula para istri. Anak yang lahir dari perempuan yang tidak dinikahi tidak diakui oleh syara’.
Sekian dipetik.
- BEBERAPA PERSOALAN SEKITAR POLIGAMI
5.1. Perhatikanlah ayat berikut dalam surah An Nisa’ :
(#qè?#uäur #yJ»tFuø9$# öNæhs9ºuqøBr& ( wur (#qä9£t7oKs? y]Î7sø:$# É=Íh©Ü9$$Î/ ( wur (#þqè=ä.ù‘s? öNçlm;ºuqøBr&
#n<Î) öNä3Ï9ºuqøBr& 4 ¼çm¯RÎ) tb%x. $\/qãm #ZÎ6x. ÇËÈ ÷bÎ)ur ÷LäêøÿÅz wr& (#qäÜÅ¡ø)è? û 4uK»tGuø9$# (#qßsÅ3R$$sù $tB
z>$sÛ Nä3s9 z`ÏiB Ïä!$|¡ÏiY9$# 4Óo_÷WtB y]»n=èOur yì»t/âur ( ÷bÎ*sù óOçFøÿÅz wr& (#qä9Ï÷ès? ¸oyÏnºuqsù
÷rr& $tB ôMs3n=tB öNä3ãY»yJ÷r& 4 y7Ï9ºs #oT÷r& wr& (#qä9qãès? ÇÌÈ
2. Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.
3. Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil[265], Maka (kawinilah) seorang saja[266], atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
[265] berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam meladeni isteri seperti pakaian, tempat, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah.
[266] Islam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turun ayat ini poligami sudah ada, dan pernah pula dijalankan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad s.a.w. Ayat ini membatasi poligami sampai empat orang saja.
Ayat 129 yang berkaitan dengannya :
`s9ur (#þqãèÏÜtFó¡n@ br& (#qä9Ï÷ès? tû÷üt/ Ïä!$|¡ÏiY9$# öqs9ur öNçFô¹tym ( xsù (#qè=ÏJs? ¨@à2 È@øyJø9$#
$ydrâxtGsù Ïps)¯=yèßJø9$$x. 4 bÎ)ur (#qßsÎ=óÁè? (#qà)Gs?ur cÎ*sù ©!$# tb%x. #Yqàÿxî $VJÏm§ ÇÊËÒÈ
129. dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Jelas dalam kedua-dua ayat di atas tentang kebenaran syara’ untuk berbilang isteri. Jadi, tentang keharusan yang dibukakan oleh Islam untuk lelaki berkahwin lebih daripada satu tidak wajar dipertikaikan. Hanya satu yang masih ada pertikaian, iaitu tentang cara para suami menambah isteri-isteri, melayani para isteri dan bertanggungjawab terhadap para isteri dan anak-anak. Tentang hal kedua ini, perdebatkanlah dengan hati-hati supaya yang dikejar kecapaian dan yang dikendong tidak keciciran, atau agar apa yang ada kini tidak berkurangan dan apa yang diharapkan nanti tidak merugikan.
5.2. Ikatan perkahwinan atau kebebasan bernoda.
Cara hidup harmoni bukan sahaja keinginan sosial tercapai, bahkan keinginan rumahtangga dan peribadi turut diperolehi. Fitrah manusia yang ingin memiliki sesuatu dengan maksud berkuasa penuh ke atas sesuatu itu mengikut bidang kuasa dan ruang yang dibenarkan syara’ adalah jelas menuntut seseorang itu mengadakan perjanjian dan persefahaman dalam memiliki. Kalau tidak ada perjanjian/ akad ini, maka hak pemilikan itu tidak jelas dan dalam keraguan. Oleh itu, Islam mengesahkan, menerima pakai dan memperbaiki segala jenis akad/ perjanjian yang sedia ada dalam zaman jahiliyyah selagi ianya membuktikan kuasa pemilikan itu tidak dipertikaikan. Dengan demikian, wujudlah akad nikah kahwin, akad jual beli, akad pemberian (hibah), akad sewaan dan sebagainya.
Bayangkan perhubungan lelaki-perempuan yang tidak ada akad pernikahan yang sah, segala risiko tidak dapat dipertanggungjawabkan secara sah kepada kedua-dua pihak. Apakah kesan langsung dan tak langsung daripada suasana begitu ? Kehidupan dalam suasana tiada akad itu, atau tegasnya perzinaan, akan melahirkan manusia-manusia yang rakus dalam melempiaskan nafsu serakahnya, samada lelaki mahu pun perempuan. Berkecamuklah masyarakat, lalu goyahlah keluarga, akhirnya resahlah individu. Perempuan lacur, penzina, pemukah tidak akan puas melakukan perbuatan terkutuk itu lantaran keluar masuk orang yang berbeza atau tiada jaminan hidup bersama secara berterusan. Begitu juga pelanggan, lelaki, ransangan nafsu sentiasa membuak-buak dek pasangan yang bertukar ganti. Ringkasnya, kepuasan tertunggu-tunggu, ternanti-nanti, tercari-cari. Berbeza dengan orang yang hidup dalam ikatan dan perjanjian nikah, lebih terkawal nafsunya lantaran ada jaminan keselamatan, kepuasan dan terikat dengan tanggungjawab. Lalu, bukankah perkahwinan itu lebih selamat bagi lelaki dan juga perempuan ?
Jika berkongsi suami, bukankah suami itu lebih bermaruah daripada melanggan perempuan jalang yang bersungguh ‘mengikat’ lelaki, suami orang itu kembali lagi kepadanya, bahkan hanya ‘nampak’ keghairahannya ? Di kala berada di rumah sendiri, suami tidak bertenaga. Sewaktu berada di luar, hebat mendadak. Seronokkah isteri bersuamikan orang yang demikian ?
Orang lelaki, memang berkeinginan lebih berbanding orang perempuan. Lebih-lebih lagi lelaki yang giat bekerja dan berfikir, hormon kelelakiannya mudah membiak segar. Sementelahannya pula orang perempuan sering berpantang ; bulanan dan tahunan. Masa pantang itulah lelaki berperangai ganjil. Demi mengawal keganjilan perangai lelaki itulah, Islam membuka pintu kawalannya dengan memberi kunci kahwin lagi, jika perlu dan terdesak. Tetapi sewaktu tenang-tenang, suami mengendap-ngendap juga kononnya mahu menguji kekuatan dirinya, maka si isteri hendaklah meminjam perangai perempuan pemukah sebentar untuk menggasak si suami sehingga terbukti kekuatannya yang mahu diuji itu. Rasa-rasanya tiada lagi suami yang mengendap-ngendap mahu mencuba. Kalau ada juga suami yang menambah bilangan isteri, itu memang keperluan yang mendesak demi menjaga kesucian diri di hadapan Allah dan dalam masyarakat.
5.3. Menjaga masyarakat.
Masyarakat merupakan zat atau tubuh badan kita yang menentukan kita sihat, bermanfaat dan hidup atau kita sakit, menjadi sampah dan mati. Suami bermukah, berzina dan perempuan lacur yang liar akan membibitkan riak-riak perjalanan masyarakat yang tempang. Apabila masyarakat sakit, kita yang menjadi urat sarafnya, pembuluh darahnya, tulang-tulang halus mulusnya, rerambutnya, anggota-anggota kecilnya akan mudah terkena jangkitan kuman kehidupan yang merbahaya.
Justeru itu, menjaga masyarakat amat penting untuk menjamin kehidupan keluarga dan individu. Tidakkah para isteri terpanggil sama untuk menjaga kehidupan masyarakat yang tenteram, damai dan mampu memberi jaminan keselamatan kepada keluarga dan individu? Selayaknyalah para isteri gembira menyaksikan kehidupan harmoni masyarakat dengan berkongsi suami bersama perempuan-perempuan lain.
5.4. Andaian Terbalik – berkongsi isteri.
Ramai para isteri mengandaikan : “Apa kata kalau saya bersuami ramai dan awak berkongsi seorang isteri ? Awak suka tak ?” “Begitulah saya pun, saya tak senang berkongsi suami dengan perempuan lain !”
Bagaimana dengan andaian berikut : “Yang, kita kongsi-kongsi pasangan hidup, nak ? Saya cari ramai perempuan, ayang cari ramai lelaki. Nak tak, yang ?”
Andaian pertama nampak lebih bahaya, manakala andaian kedua nampak lebih adil, sama seimbang, begitukah ? Benarkah demikian ?
Perhatikan andaian pertama, suami pertama pulang kerja dengan gangguan emosi yang memuncak, lalu memohon isterinya membantu dirinya yang kelesuan atau melayani dirinya yang keghairahan. Pada masa yang sama suami kedua juga pulang dengan lagak yang sama, watak yang serupa, tetapi isterinya berada di giliran yang lain. Agaknya ke mana suami kedua ini akan pergi menurunkan suhu badannya ? Ke rumah isterinya yang sedang melayan suami pertama ? Rasanya tidak. Jika tidak, bagaimana sudahnya ? Makan daging busuk jualah akhirnya. Wujudlah juga batang tubuh manusia yang kotor dan perusak gerakan darah dan oksigen dalam masyarakat yang harmoni.
Itu belum lagi semasa isteri mengandung dan sakit. Alih-alih semua suami makan daging busuk di luar sana. Berkecai lagi masyarakat yang ada.
Perhatikan pula andaian kedua, suami beristeri ramai dan isteri bersuami ramai. Jawapannya sudah ada sebelum soalan dibina. Iaitu, masyarakat haiwan dan kehidupan rimba.
5.5. Satu sama satu
Inilah yang lazim. Inilah yang dicanangkan barat. Inilah yang dituntut sebahagian wanita.
Memang satu sama satu (monogami) adalah keluamrahan masyarakat di dunia ini. Persoalan ini tidak dapat dinafikan kesesuaiannya. Di sudut amalan, memang manjadi majoriti umat. Tetapi, persoalannya ialah apa penyelesaian kepada masalah yang timbul daripada kelebihan hormon lelaki dan desakan kehidupan dalam masyarakat, baik berpunca dari lelaki atau lahir daripada perempuan ? Punca daripada lelaki seperti lelaki yang bekerja jarak jauh seumpama pemandu bas, pilot, perhutanan dan aut station. Punca perempuan seperti perempuan janda yang beranak ramai, atau kelebihan bilangan perempuan nisbah bilangan lelaki di zaman perang dan sebagainya.
Apa jalan penyelesaian yang terbaik ? Islam menjawab, kahwin Lebih daripada satu. Hidup dalam ikatan perjanjian yang sah !
- PENUTUP
Perbincangan yang agak panjang ini sukar untuk ditutup oleh penulis lelaki seperti saya. Kalau penulis perempuan mungkin mudah membuat keputusan. “Tak usah madukan saya!” Selesai penutupnya. Tetapi saya sebagai lelaki, tetap menyatakan bahawa tajuk ini tidak boleh ditutup sehingga ada kata putus daripada orang perempuan : “Saya bersetuju suami saya tambah isteri lagi, jika dia memerlukannya secara rasional demi mencari redha Tuhanku !” Seperti kata seorang isteri kawan saya semasa keluarganya mengherdik dia lantaran meminang seorang perempuan lain buat suaminya : “Syurga, mak! Syurga!”
Jika kata putus telah diambil oleh orang perempuan, maka saya berani menutup tulisan ini dengan berkata : “Wahai lelaki, duhai para suami, simpatilah kepada isterimu, ibu anak-anakmu, penghibur hatimu, kekasih hatimu sebelum engkau membiakkan rangsangan nafsumu kepada wanita lain. Perhatikan kepentingan sesuatu tindakanmu lantaran iman atau nafsu, lantaran keperluan atau melulu, lantaran kesucian atau kepuasan dan hitungkanlah jalan hidupmu, adakah sibuk bekerja membina umat dan menjaga agama atau sibuk bersahaja membina laknat dan bercengkerama? Orang yang hidup tidak bermanfaat kepada umatnya dilaknati bumi yang dipijaknya.” Telitilah rencah hidup ini!
Sekian. 050908, 1.15 am
[1] Dalam Raudatul ‘Aasyiqin, Imam Ibnul Qayyim menyatakan maksud cinta :
“Kecenderungan secara total kepada orang yang dicintai, kemudian engkau rela mengorbankan diri, nyawa dan hartamu demi dirinya, kemudian engkau mengikutinya secara sembunyi atau terang-terangan.” Atau, “Usahamu untuk membuat sang kekasih menjadi redha.”
Tanda Cinta ada 20 perkara, iaitu : Pertama, menghunjamkan pandangan mata. Kedua, malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya. Ketiga, banyak mengingat orang yang dicintai, membicarakan dan menyebut namanya. Keempat, tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri sendiri. Kelima, orang yang mencinta bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai. Keenam, memperhatikan perkataan orang yang dicintai dan mendengarkannya. Ketujuh, mencintai tempat dan rumah sang kekasih. Kelapan, segera menghampiri yang dicintai. Kesembilan, mencintai apa pun yang dicintai sang kekasih. Kesepuluh, jalan yang dilalui terasa pendek sekali pun panjang saat mengunjungi orang yang dicintai. Kesebelas, salah tingkah jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai. Kedua belas, kaget dan gementar tatkala berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala mendengar namanya disebut. Ketiga belas, cemburu kepada orang yang dicintai. Keempat belas, berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai. Kelima belas, menyenangi apa pun yang menyenangkan orang yang dicintai.Keenam belas, suka menyendiri. Ketujuh belas, tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai.Kelapan belas, helaan nafas yang panjang dan lebih kerap. Kesembilan belas, menghindari hal-hal yang merenggangkan hubungan dengan orang yang dicintai dan membuatnya marah. Kedua puluh, adanya kecocokan antara orang yang mencintai dan yang dicintai.
-
Recent
-
Pautan
-
Arkib
- November 2009 (2)
- Mei 2009 (4)
- April 2009 (3)
- Februari 2009 (4)
- Disember 2008 (4)
- November 2008 (2)
- Oktober 2008 (4)
- September 2008 (24)
- Ogos 2008 (8)
-
Kategori
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS