Monoja68’s Weblog

RedhaMu, Tuhan!

PANDANGAN HIDUPKU

 

 (1)

MATLAMAT HIDUP MUSLIM

 

Manusia mempunyai matlamat :

Ringkasnya, matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai, tujuan. (Kamus Dewan/1992). Sekiranya matlamat itu jelas dan tertumpu, maka mudahlah untuk ditangani dan dicapai. Sebaliknya, apabila matlamat itu kabur dan tak menentu, maka sukarlah untuk diusahakan dan diperolehi.

1.      Antara matlamat hidup manusia secara umum ialah :

a)      Dharuriyyat/ Asas (Tunggak – seperti rumah, makanan asas dsb)

b)      Hajiyyat/ Keperluan (Pelengkap – kipas, kerusi, tikar dsb)

c)      Tahsiniyyat/ Tambahan (Kemewahan – pendingin hawa, kereta mewah dsb )

2.      Jenis matlamat

a)      Matlamat jangka pendek (harian, mingguan, bulanan – solat, puasa dsb)

b)      Matlamat jangka sederhana (tahunan – program tarbiah dsb)

c)      Matlamat jangka panjang (lima tahun, sepuluh tahun – negara Islam dan syariat Allah)

d)      Matlamat akhirat (Keredhaan Allah dan syurga)

 

Muslim juga mempunyai matlamat :

1.      Seseorang muslim juga ada matlamat dalam hidupnya yang berbeza jauh daripada matlamat manusia yang beragama lain atau manusia yang langsung tidak beragama.

2.      Perbezaan itu adalah kerana aqidah yang dipegang dan prinsip yang dijunjung.

3.      Secara pasti, seseorang muslim bermatlamatkan keredhaan Allah dalam hidupnya yang menjadikan ‘… shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya… (Al-An’am/162-163)

 

Motivasi daripada ada matlamat :

1.      Bila ada matlamat yang hendak dicapai, datanglah semangat untuk bekerja.

2.      Dia sanggup berhempas pulas, sanggup berkorban, sanggup bermati-matian untuk mencapai matlamatnya yang sedang diburu.

3.      Seseorang muslim yang sudah jelas matlamatnya yang hendak diburu iaitu keredhaan Allah dan kebahagiaan abadi di akhirat sudah tentu tidak berpeluk tubuh sahaja, bahkan pastinya menyinsing lengan bajunya untuk sedia bekerja dan memburu matlamat suci tersebut.

4.      Di hatinya hanya ada ‘keredhaan Allah’ !

 

Matlamat dunia dan matlamat akhirat :

1.      Matlamat muslim di dunia ialah kemenangan untuk melaksanakan syariat Allah dalam :

1.1.peribadi

1.2.keluarga

1.3.masyarakat

1.4.negara

1.5.dunia sejagat.

Atau syahid fi sabilillah !

2.      Matlamat akhirat pula ialah mendapat keredhaan Allah seterusnya kekal abadi di syurganya.

 (2)

Mengenal Allah s.w.t

 

Manusia memang mahu berTuhan, samada manusia dulu, manusia kini dan manusia akan datang. Itu disebut fitrah (Fitrah : sifat semula jadi, bakat, pembawaan, atau perasaan keagamaan. Fitratullah : kejadian yang termeterai dalam ketetapan Allah. Kamus Dewan/2002). Kemahuan berTuhan itu menjadikan manusia melakukan pelbagai ritual ibadat (Ritual : tatacara dalam upacara keagamaan, adat, dsb. Kamus Dewan/2002) atau amalan perhambaan diri kepada yang ‘maha kuasa’ dan ‘maha ghaib’. Persoalan keagamaan ini adalah persoalan yang tidak wajar diperdebatkan kerana hampir seluruh manusia ada agama yang menjadi prinsip hidup dan pegangan hati masing-masing. Kalaulah ada orang yang mahu memperdebatkan juga, bolehlah dalam konteks ‘manakah agama yang benar di antara puluhan agama anutan ramai di dunia ini ?’. Dan pastinya, di penghujung perdebatan itu kita akan temui hanya satu fakta yang utuh dan meyakinkan iaitu ISLAM ADALAH AGAMA YANG BENAR !

 

[ Seorang sejarawan dan ahli falsafah yang bernama Arnold Toynbee telah berkata : “Agama adalah pembawaan sejati dan tabie bagi manusia. Cukuplah kita katakan bahawa keperluan kepada agama menyebabkan andaikata seseorang itu putus harapan dia akan mencari hiburan keagamaan untuk menghadapi perkara yang sudah tidak dapat diatasinya.”

 

Dr Karl Bang telah berkata di dalam bukunya “Manusia Moden Yang Mencari Dirinya Yang Sebenar” : “Setiap pesakit yang meminta nasihat dariku sepanjang tiga puluh tahun yang lepas dari setiap pelusuk alam, adalah disebabkan oleh kekurangan dan kegoyahan kepercayaan (aqidah) mereka. Mereka tidak sembuh melainkan setelah kembalinya kepercayaan mereka.”

William James, ahli falsafah pragmatism berkata : “Ubat kepada tekanan (tidak syak lagi) ialah iman (kepercayaan).”

 

Dr Brill berkata : “Orang yang benar-benar beragama tidak akan menghadapi sakit jiwa.”

 

Dale Carnegie telah berkata dalam bukunya “Tinggalkanlah Tekanan (Stress) Dan Mulalah Hidup Baru” : “Para pakar sakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan kepada agama sudah memadai untuk menghalau serta mengubati tekanan dan ketegangan perasaan.”

 

Dr Henry Lang telah menerangkan dengan panjang lebar di dalam bukunya “Kembali Kepada Keimanan” berkenaan masalah ini serta membuktikannya dengan pengalamannya yang banyak sepanjang tugasnya mengubati sakit jiwa. ]

(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 22-23)

 

Seorang hakim dari Britain di zaman ini berkata : “Tanpa akhlak tiada undang-undang dan tanpa keimanan tiada akhlak.”  Dan Voltaire pernah berkata : “Jikalau Tuhan tiada, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menciptanya.”

(Pengantar Pengetahuan Islam ; Prinsip, keunikan, matlamat dan sumber. – Oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, edisi terjemahan, terbitan As-Syabab Media, 2000. Ms 24)

 

Begitulah pandangan ilmuan moden tentang keperluan agama dan keimanan. Adakah kita yang ‘tidak ke mana’ ini (berilmu tidak, kaya pun tidak, berkuasa tidak, segar bugar tidak, ada kepakaran pun tidak) merasakan tidak berhajat kepada agama dan keimanan ? Memang begitulah sebahagian remaja dan orang dewawa memberi jawapan, kononnya mereka tidak seronok hidup dalam kongkongan dan ‘penjara agama’. Padahal mereka berfikir singkat menurut gejolak nafsu dan emosi, tidak berfikir untuk hidup sampai ke zaman tua dan sesudah mati. Dalam suasana tidak mempedulikan agama itu pun, adakah orang yang ‘tidak seronok hidup dalam kongkongan dan ‘penjara agama’ itu berasa seronok dan bahagia ? Apa bahagianya kalau fikiran suntuk, makan tak cukup, duit tak ada, menjadi kuli memanjang, sakit menjadi-jadi, dan nak buat kerja pun tak reti ? Ada baiknya kalau merana di dunia, tetapi masih selamat di akhirat. Beragamalah saudara, Islamlah saudara akan selamat !

 

Mengenal Allah – Rububiyyah

Keimanan atau kepercayaan mestilah difahami dengan teliti. Iman bermaksud membenarkan. Menurut istilah syara’, Iman memberi maksud : Memperakui dengan lidah, Membenarkan dengan hati nurani dan Beramal dengan anggota badan. (Lihat : Al-Mufradaat Li Alfaz Al-Qur’an, oleh Imam Al-Raghib Al-Isfihani).

Keimanan terlalu penting dalam kehidupan manusia. Perhatikan kenyataan berikut :

“Kuasa-kuasa alam yang paling kuat adalah yang tidak dapat  dilihat : Haba, Bunyi, Letrik, graviti – seperti juga kuasa manusia yang paling kuat, tidak dapat dilihat : Cinta, Pemikiran, Keinginan, Kepercayaan. Anda akan dapat merasa dan melihat kesannya.”                                                                                 

(Bagaimana Memenuhi Keinginan Anda – Oleh M.R. Kopmeyer. Penerbit : Thinker’s Library Sdn. Bhd. / Cetakan ketiga 2003. Ms 116)

 

Namun, keimanan atau kepercayaan itu mestilah disedari maksud yang tersirat disudut bahasa dan penggunaan komunikasi manusia. Perhatikan kenyataan Anthony Robbins di bawah :

“Satu ketetapan yang paling kuat mempengaruhi hasil ialah kepercayaan, iaitu pesanan yang sesuai dan secara konsisten dihantar kepada otak dan sistem saraf. Bagi kesemua kuasanya, tidak ada keajaiban yang sukar difahami terlibat dalam proses ini. Kepercayaan hanyalah suatu keadaan, satu gambaran dalaman yang menguasai tingkah laku….. Kelahiran kecemerlangan bermula dengan kesedaran kita bahawa kepercayaan ialah satu pilihan. Kita selalunya tidak memikirkan begitu, tetapi kepercayaan boleh menjadi pilihan yang disedari. Anda boleh memilih kepercayaan yang menghadkan anda, atau anda boleh memilih kepercayaan yang menyokong anda. Tekniknya ialah memilih kepercayaan yang  membawa kepada kejayaan dan hasil yang anda mahukan dan untuk membuang yang menahan anda……

Kepercayaan kitalah yang menentukan berapa banyak potensi kita yang boleh dipergunakan. Kepercayaan boleh membuka atau menutup pengaliran idea.…… Dari mana datangnya KEPERCAYAAN ? Kepercayaan terhasil daripada :  PERSEKITARAN… PERISTIWA SAMADA KECIL ATAU BESAR… ILMU PENGETAHUAN… HASIL KITA YANG DAHULU…. MEWUJUDKAN DALAM FIKIRAN PENGALAMAN YANG ANDA INGINKAN DI MASA HADAPAN SEOLAH-OLAH BERADA DI SINI SEKARANG. (Imaginasi)….

(Sila lihat : Kuasa Infiniti…  Oleh Anthony Robbins, Bab 4 ms 56-61/ 1999)

 

Mengenal dan beriman kepada Allah mestilah mencakupi Rububiyyah Allah, Uluhiyyah Allah, Nama-nama Allah, Sifat-sifat yang wajib bagi Allah, Sifat-sifat yang mustahil bagi Allah dan Sifat yang harus bagi Allah. Beriman kepada Allah dalam ruang lingkup yang disebutkan tadi bererti menyempurnakan intipati syahadah Laa ilaaha illallaahu.

Beriman kepada Rububiyyah Allah s.w.t bermaksud beriman kepada keTUHANan Allah di sudut perakuan bahawa Allah jualah yang menjaga, memberi, menguasai 

 

Mengenal Allah – Uluhiyyah 

Mengenal dan beriman kepada Uluhiyyah Allah s.w.t bermaksud beriman kepada keTUHANan Allah di sudut perakuan bahawa Allah jualah yang disembah, diperhamba diri, disyukuri, dimohon pertolongan,  

 

Mengenal Allah – Asma-ul Husna  

Mengenal dan beriman kepada Asma’ Allah s.w.t atau Nama-nama Allah s.w.t. bermaksud beriman kepada seluruh nama-nama Allah sebanyak 99 nama yang dihimpun oleh Imam Tirmizi r.ha dalam sebuah hadis :

 

Mengenal Allah – Sifat wajib

Mengenal dan beriman kepada Sifat WAJIB bagi Allah s.w.t bermaksud beriman kepada sifat-sifat yang mesti ada pada TUHAN yang mesti ADA.

Wujud/ Ada

Qidam/ Sediakala

Baqa’/ Kekal

Qiamuhu binafsih/ Berdiri Sendiri

Mukhaalafatuhu lilhawaadith/ Berbeza dengan makhluk

Wahdaniah/ Esa

Qudrat/ Berkuasa

Iradat/ Berkehendak

Sama’/ Mendengar

Bashar/ Melihat

hayat/ hidup

Ilmu/ Tahu

Kalam/ Berkata-kata

 

Mengenal Allah – Sifat mustahil

Mengenal dan beriman kepada Sifat MUSTAHIL bagi Allah s.w.t bermaksud beriman kepada sifat-sifat yang mesti TIDAK ada iaitu mustahil pada TUHAN yang pasti ADA.

‘Adam/ Tiada

Ada permulaan

Binasa

Bergantung kepada benda lain

Serupa dengan makhluk

Berbilang-bilang

Lemah

Tiada keinginan

Tuli

Buta

Mati

Jahil

Bisu

 

Mengenal Allah – Sifat harus

Mengenal dan beriman kepada Sifat HARUS bagi Allah s.w.t bermaksud beriman kepada sifat yang MUNGKIN berbuat atau MUNGKIN TIDAK berbuat iaitu sifat harus bagi TUHAN yang pasti ADA.

 

 (3)

Mengenal Diri

 

Mengenal Diri – Badan

Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagai sebaik-baik makhluk, menjadi penguasa/ khalifah di muka bumi, pemakmur planet bumi, dan hamba Allah sepanjang hayat. Manusia diciptakan mengikut peraturan tetap samada di sudut material mahu pun sudut spiritual, walau bagaimana berbeza warna kulit, bangsa, budaya dan iklim kehidupan. Justeru itu, kita mampu memahami tabiat dan watak manusia dalam semua segi berpandukan peraturan yang Allah s.w.t jelaskan melalui Qur’an, Sunnah, kajian dan pengalaman hidup kita sendiri. Semua peraturan hidup manusia samada zahir atau pun batin mampu diterokai oleh sesiapa jua, asalkan panduan yang dibekalkan itu difahami dan diterimapakai. Tanpa panduan daripada Qur’an dan Sunnah, tabiat hidup manusia tidak akan difahami menyeluruh, meskipun kajian dan pengalaman hidup diselidiki secaara mendalam dan berterusan. Ini adalah satu kepastian yang tidak dapat disangkal, kerana manusia tidak akan mampu menyelami tabiat seluruh manusia hanya bergantung kepada akal dan pengalaman manusia yang terbatas. Lantaran itu, pasrahlah kepada peraturan Allah dan ruang kajian dan pengalaman hidup yang terkumpul.

 

Apakah cantuman badan manusia ?

Tubuh badan manusia merangkumi darah, daging, air, urat saraf, tulang, kulit, lemak, rerambut dan lain-lain bahan lagi yang mempunyai keistimewaan yang banyak untuk memastikan rutin hidup manusia berterusan sehingga ke tempoh tertentu (Ajal). Bagi kejayaan diri, otot-otot badan dan otak merupakan sasaran penting untuk peningkatan. Otot-otot dan urat saraf perlulah dilatih dan dibiasakan dengan tugas-tugas tertentu bagi membolehkannya mampu memenuhi kehendak diri sendiri. Manakala otak, sebagaimana dimaklumi bersama, merupaka organ paling penting untuk menjana kejayaan hidup peribadi dan pihak lain. Secara dasar, prinsip yang perlu disemat dalam ingatan kita ialah semakin kuat bekerja semakin bertambah sasa, semakin kerap musibah semakin hebat berubah, semakin kerap masalah semakin mantap mengolah, semakin banyak ujian semakin lenyap kesangsian, dan semakin tinggi jawatan semakin pasti kejayaan.

 

Mari kita lihat realiti hidup kita pada hari ini. Athlit-athlit negara dalam semua bidang, tidak mampu bertahan sekiranya latihan tidak diperhebatkan di samping teknik-teknik yang sesuai. Larian berhajat kepada kekuatan otot kaki, tinju berhajat kepada kekuatan tumbukan, silat berhajat kepada ketangkasan, kendali program berhajat kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman, mentadbir negeri berhajat kepada ilmu pengurusan, kepimpinan, keberanian, kepintaran, lapang dada dan pengalaman hidup yang luas. Pendek kata, setiap aktiviti memerlukan keistimewaan anggota badan yang tersendiri, terlatih, terdidik, terasuh sehingga menjadi suatu kemahiran yang tinggi.

 

Badan kita mempunyai potensi untuk ditingkatkan. Pelatih akrobatik mampu menggerakkan badan dengan pelbagai aksi adalah hasil latihan badan yang berterusan sehingga mencapai tahap berkemahiran tinggi. Begitu juga ahli gusti, kung fu, pemain profesional bola sepak, nelayan, petani, pendidik dan dan sebagainya. Badan juga memerlukan makanan dan tenaga. Tingkatkanlah potensi badan anda !

 

Mengenal Diri – Akal

Akal manusia adalah harga seseorang yang paling mahal. Di situlah penilaian seseorang manusia. Betapa pun indahnya rupa paras, rangka tubuh, otot badan dan tubuh kasar, semua tiada nilai sekiranya otak tidak berfungsi dan akal terencat mati. Secara fizikal, akal dan minda bergantung kepada kesihatan otak, dan otak berkait dengan pemakanan harian. Otak sebelah kiri, biasanya berfikir dalam bidang bahasa, kiraan matematik, logik, nombor, urutan, analisis dan sebagainya. Otak sebelah kanan pula berfikir dalam konteks bentuk, corak, lukisan, imaginasi, rentak, kreativiti, menyeluruh dan seumpamanya. Akal memerlukan makanan khusus iaitu ILMU pengetahuan. Peningkatan daya fikir berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan diri, bahan maklumat, tekanan persekitaran, pemakanan, dan cabaran yang dihadapi. Semakin mencabar masalah yang ditempuh, semakin hebat otak bekerja dan meningkat matang.

 

Baik sangka seseorang terhadap kemampuan dan potensi otak yang dikurniakan Allah amat berkesan dalam meningkatkan daya fikir dan kepintaran akalnya. Baik sangka itu juga bermaksud baik sangka seseorang kepada Allah s.w.t. Sikap ini akan memberi kesediaan diri untuk memberi arahan positif kepada otak untuk berperanan dalam seseuatu aktiviti berfikir.

 

Otak menjadi aktif apabila bekalan oksigen dan tenaga melalui darah mencukupi. Lantaran itu, edaran darah yang diperlukan oleh otak mestilah berterusan dan stabil. Amalan solat iaitu semasa ruku’ dan sujud merupakan waktu yang berguna untuk penambahan darah – sekaligus oksigen dan tenaga – ke otak. Selain keperluan asas tersebut, otak perlu kepada latihan berfikir yang berterusan.

 

Berbincang di atas tajuk khusus dan mengikut adab yang teratur amat baik untuk meningkatkan potensi akal seseorang. Selain itu, bermeditasi (menumpukan perhatian, bertafakkur, menungan mendalam), berdebat, menjawab matematik dan teka-teki, mengendali program, membuat karangan, merekacipta bangunan, melukis, mengaplikasi komputer, dan sebagainya juga sesuai untuk meningkatkan potensi akal. Perlu diingatkan bahawa ‘MEMBACA’ adalah aktiviti paling baik untuk meningkatkan daya fikir dan mengaktifkan sel-sel otak yang lemah, bahkan rawatan yang mujarab untuk masalah kesihatan badan keseluruhan. Bukankah tugasan pertama Nabi Muhammad s.a.w. ialah membaca ?

 

Setiap orang manusia mempunyai kehebatan berfikir yang tersendiri dalam bidang yang tertentu. Tentunya tidak sama cara berfikir dan membuat rumusan dalam sesuatu hal antara individu dengan yang lain. Cuba perhatikan, kanak-kanak yang belum matang berfikir dapat menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa bantuan orang dewasa menandakan ia mempunyai kehebatan berfikir yang perlu dihargai.

 

Perlu disedari sentiasa tentang tugasan akal. Ia adalah pemandu, manakala nafsu atau emosi merupakan bahan tenaga. Tenaga yang memacu tanpa pemandu yang mahir akan menjadikan pekerjaan tidak bermutu tinggi atau akan musnah sama sekali. Begitu juga pemandu yang mahir tanpa tenaga yang mencukup tidak akan menghasilkan kerja yang dibanggakan. Mungkin hasrat tidak kesampaian.

 

Akhirnya, jangan lupa bahawa manusia adalah satu set anggota yang saling berperanan dan bertindakbalas. Otak dan hasil mindanya, badan dan hasil kerjanya, emosi dan hasil tindakannya dan roh dan kesan amalannya saling memberi pengaruh terhadap yang lain. Tidak terpisah. Walaupun begitu, rohlah yang paling kuat mengepalai kematangan dan kejaayaan seseorang. Secara ringkas, hati dan akal saling bergabung sebagaimana badan dan roh saling bergantung.

 

Mengenal Diri – Roh

Roh manusia merupakan perkara yang paling rumit untuk difahami sepanjang sejarah hidup manusia. Ia wujud, tetapi tidak dapat dipastikan di mana letak duduknya dalam badan. Ia terlalu penting dalam hidup manusia, di mana kehilangannya bererti ‘mati’ dan tamatlah riwayat hidup di dunia ini dan bermulalah kehidupan di alam lain – alam barzakh dan alam akhirat.

 

Roh manusia memerlukan makanan yang khusus iaitu IBADAT dan amalan spiritual seperti meditasi dan bertapa. Ketahanan diri seseorang berkait rapat dengan kekuatan rohnya. Roh yang lemah akan menjadikan seseorang itu mudah alahan dan berundur. Sebaliknya roh yang kuat akan menjadikan seseorang itu tegar dan tahan uji, sentiasa bersemangat dan bertenaga. Roh yang lemah akan menjadikan sesorang itu keletihan selepas bermimpi yang mengerikan, sebaliknya roh yang kuat akan sentiasa menjadikan tuannya segar dan tidak kelesuan. Semasa tidur, roh seseorang akan keluar daripada badan tetapi masih bersambung dengan arus tertentu sehingga tubuh itu diganggu lalu menarik perhatian roh untuk kembali semula ke dalam badan. Kalau roh itu keluar tanpa bersambung dengan badan, berlakulah kematian.

 

Roh yang keluar secara menyeluruh tidak akan kembali lagi ke badan sesiapa pun termasuklah badan tuannya yang asal. Roh manusia tidak boleh memasuki badan orang lain, samada semasa hayat seseorang atau selepas matinya. Roh manusia tidak sama dengan roh jin dan malaikat. Jin dan malaikat merupakan jisim halus yang tidak memerlukan tubuh kasar. Manakala roh manusia memerlukan tubuh kasar untuk berfungsi menjalankan kehidupan di alam dunia. Apabila terpisah daripada badan manusia, roh itu akan hidup di alam lain yang bukan lagi alam dunia ini meskipun dunia ini masih ada dan belum kiamat.

 

Apabila seseorang itu membaca Al-Qur’an, atau solat dengan memenuhi syarat dan rukunnya serta hadir hati, atau berzikir, atau semasa khusyu’ belajar, atau ringkasnya semasa dalam pasrah dan taat kepada Allah maka rohnya akan meningkat tinggi dan semakin kuat ketahanannya. Begitu pula sebalik itu, atau semasa dalam menderhakai Allah, rohnya semakin lemah dan tidak ada ketahanan diri.

 

Kepercayaan Hindu bahawa roh manusia yang baik akan menjadi burung merak dan seumpamanya adalah kepercayaan karut. Roh manusia mungkin kembali ke alam dunia ini, namun ia tidak akan memasuki mana-mana jasad samada manusia mahu pun haiwan. Manakala daakwaan mampu memanggil roh untuk hadir kepada si pemanggil, ianya hanyalah satu penipuan besar untuk menakut-nakutkan manusia. Sebenarnya yang hadir itu ialah jin-jin yang dipuja dan diseru, lalu menceritakan pelbagai perkara yang luar biasa dan mengkagumkan manusia. Walhal semua itu hanyalah satu proses menggugat kepercayaan kepada Allah dan alam ghaib yang luhur.

 

Seseorang yang hampir kepada Allah, adakalanya diperlihatkan melalui rohnya perkara-perkara yang luar biasa, perkara yang tertutup kepada kebanyakan orang, perkara yang belum terjadi (namun tidak dengan kepastian berlaku), dan perkara-perkara di alam barzakh. Begitulah ‘karamah/ keramat’ yang berlaku bagi kekasih-kekasih/ wali Allah.

 

Semasa akhir hayat manusia, rohnya akan dicabut oleh Malakul Maut melalui ubun-ubunnya yang menyebabkan matanya turut membeliak (membelalak/ terbuka luas) ke atas semasa roh keluar tersebut. Begitulah ruh, perlu disegarkan dengan ketundukan dan kepatuhan kepada Allah, dan boleh lemah oleh dosa dan durhaka kepadaNya.

 

 

 

Mengenal Diri – Emosi

Emosi atau perasaan manusia tetap ada meskipun akalnya rusak, rohnya punah, dan badannya lemah. Semenjak kecil, emosi manusia sudah bermaharajalela dalam diri seseorang meskipun akal belum tumbuh dan roh belum kuat. Emosi ini akan sentiasa memberontak melulu jikalau tiada panduan dan kendalian daripada akal. Setiap waktu tumbesaran seseorang, akal semakin matang dan berisi sekaligus emosi semakin kurang dan menyepi. Emosi tidak akan hilang lenyap daripada seseorang. Ia tetap ada pada orang yang sebengap-bengap manusia. Bahkan haiwan juga beremosi samada kasih dan sayang atau benci dan marah. Pemupukan emosi hendaklah bermula daripada rasa cinta, kasih, sayang, simpati, mesra, toleransi, penghargaan, pujian, wujud rasa penting, mendapat perhatian dan belaian. Allah s.w.t sendiri memulai perhubungan dengan hamba-hambaNya melalui kasih sayang dan simpati mengatasi kemurkaan dan benci…sabaqat rahmati ‘ala ghadhabi…rahmatKu mendahului murkaKu !

 

Emosi manusia pada asalnya adalah stabil dan tidak melampau kepada mana-mana perasaan utama samada marah, malu, takut, benci, gemuruh, santun, yakin diri, berani, sayang, selamba dan seumpamanya. Tetapi, apabila dilatih secara sedar atau tidak sedar, perasaan itu semakin mantap dan kukuh dalam hati seseorang sehingga sukar untuk dikikis buang.

 

Di atas emosi inilah suatu ‘KEPERCAYAAN’ timbul dan menunjang ke dalam otak dan hati manusia, iaitu apabila ianya diterapkan sekian lama dengan ulangan yang banyak. Sebagai contoh, kepercayaan kepada hantu adalah bermula daripada ugutan dan acahan yang berulang-ulang semasa kecil sehingga menimbulkan reaksi ‘takut’ ke dalam diri seseorang. Setelah dewasa, perasaan takutkan hantu yang di‘didik’ itu masih teguh dalam perasaan seseorang. Lain pula kalau ditakut-takutkan dengan benda yang boleh dikenal pasti secara fizikal, seperti ‘musang’. Setelah dewasa, seseorang boleh menilai secara terang bersuluh akan bahaya ‘musang’ itu sehingga beransur-ansur lenyap perasaan takut yang dibenamkan dahulu. Berbeza dengan hantu yang tidak ada kepastian hakikatnya sehingga saat kini. Itulah kepercayaan yang dibina di atas landasan emosi, bukan akal.  Begitu juga pelatih komando yang dilatih mematuhi ketuanya, sehingga arahan ketuanya itu tidak mampu ditolak oleh perasaan dan daya fikirnya. Emosilah yang menguasai diri pelatih untuk patuh kepada ketuanya.

 

Emosi amat besar peranannya dalam merealisasikan sesuatu target dan matlamat. Sebagaimana dimaklumi sebelum ini, bahawa akal adalah pemandu, manakala nafsu atau emosi merupakan bahan tenaga, maka jelaslah kepada kita peri penting emosi dalam kehidupan. Bayangkan anda berucap dengan penuh emosi ;  suara menjadi lantang, nafas menjadi kuat, idea datang mendadak, bahasa menjadi lancar walaupun anda dikenali sebagai pemalu dan pendiam. Hal itu boleh terjadi terutama ketika anda beremosi marah dan melawan. Begitulah sebaliknya apabila perasaan dirundung takut atau malu ; suara lemah, nafas perlahan idea gersang dan bahasa tersekat-sekat.

 

Emosi manusia akan teransang apabila ada ‘MINAT’ dan ‘GERUN’. Dalam bahasa Islam disebut targhib dan tarhib. Apabila minat datang (sebelum minat mestilah kenal dan berilmu) maka secara tak sedar akal dan badan bertindak untuk memenuhi minat itu. Bukankah begitu perasaan si dara apabila terpandang jejaka idamannya ? Atau si jejaka apabila terlihat si daranya ? Itulah perasaan, emosi, ‘nafsu’ yang ada pada seseorang. Sekiranya akal bijak memandu dengan peraturan Tuhan, sudah tentu emosi dan nafsu akan berguna dan lurus jejaknya. Menurut nafsu tanpa akal membawa binasa. Mengekang nafsu tanpa didikan merana. Dan memimpin nafsu dengan akal beriman pasti berjaya dan bahagia.

 

Mengenal Diri – Sosial

Sosial dengan maksud pergaulan dalam masyarakat adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari dan difahami guna mendapat kepercayaan dan keyakinan orang lain terhadap diri seseorang. Bijak bersosial bererti bijak bergaul dengan orang lain. Pergaulan memerlukan perhubungan mata, ucapan lisan, sentuhan tangan dan berjabat, senyuman bibir dan ketawa, pergerakan badan dan paling utamanya ialah ketulusan hati nurani. Hidup bersosial ini memerlukan kefahaman tentang apa yang digemari oleh orang lain dan apa yang tidak disukai mereka. Ia juga memerlukan latihan dan pelaziman tertentu. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. mengungkapkan satu fakta yang cukup berharga : “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia KASIH kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” Nilaian sosial dalam hadis tersebut ialah kita bertindak terhadap orang lain seumpama kita mahu orang lain berbuat tarhadap kita.

 

Tentunya kita suka dan seronok apabila orang lain senyum kepada kita. Kita gembira apabila kita dihargai, dipuji, diikram/ dimuliakan, diberi penghormatan, dirujuk dan sebagainya. Justeru itu, apa yang disukai oleh kita daripada tindakan orang lain mestilah dibuat kembali kepada mereka ; perhubungan mata yang tidak dicurigai, ucapan lisan yang menyenangkan, sentuhan tangan dan berjabat yang meyakinkan, senyuman bibir dan ketawa yang sedap dipandang dan didengar, pergerakan badan yang memuaskan dan paling utamanya ialah ketulusan hati nurani yang bercahaya pada mata dan tindakan anggota badan.

 

Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangan, pasti ada ! Kelebihan seseorang itu mesti dihargai dan kekurangannya pula mesti dibaiki dengan cara yang sopan atau dihindari. Keadilan Allah di muka bumi ini ialah setiap tindakan yang lahir daripada niat seseorang akan dibalasi dengan tindakan yang sama pada suatu masa kelak, samada tindakan yang baik atau tindakan yang buruk. Sekiranya anda mengumpat kepada si anu, suatu hari nanti orang lain akan mengumpati anda sebagai balasan yang tidak dirancang. Itulah keadilan Allah yang perlu difahami. Bayangkan kalau anda melakukan pelbagai khidmat dan bantuan kepada orang yang berhajat. Anda akan dibalasi dengan khidmat yang setimpal dan bantuan yang sepadan pada masa akan datang samada daripada orang yang anda tolong, atau daripada orang lain yang tidak ada kaitan dengan khidmat anda.

Bijak sosial membawa maksud yang serupa dengan berakhlak mulia dalam Islam. Satu kali seorang sahabat Nabi s.a.w. berkata kepada Bilal bin Rabah r.a. sebagai anak si hitam. Rasulullah s.a.w. terus mengatakan : Sesungguhnya engkau seorang yang ada padamu sifat jahiliyyah. Kalimah mencela ibubapa seseorang memang menyakitkan. Dalam perhubungan sosial, mengelak diri daripada perkara yang menyakiti orang lain itu memang wajar dan selayaknya mendapat penghormatan orang lain.

Memberi layanan istemewa kepada kawan bicara anda ialah dengan cara menjadi pendengar yang baik, menjadi penutur yang positif, menjadi pemurah senyuman yang sentiasa mesra dan senang hati. Ingat, mata anda sentiasa tepat menterjemah apa yang tersirat di dalam hati sanubari anda. Ketulusan akan memancarkan cahaya lembutnya ke mata orang lain melalui mata anda. Begitu juga sentuhan anda dan senyuman anda. Dalam masa yang sama anda perlu sedar bahawa setiap pendengar dan pemerhati ucapan dan tindak-tanduk anda merupakan penterjemah yang hebat. Mereka akan menterjemah maksud yang anda ucapkan, pengertian yang anda lakukan, dengan terjemahan yang mereka sendiri tentukan. Sekiranya ucapan yang dituturkan itu menyenangkan mereka, maka anda ditafsirkan sebagai orang yang bijak berkomunikasi. Sebaliknya, kalau perkataan yang mereka dengar daripada anda itu menyakitkan hati mereka, maka sudah tentu anda diterjemahkan sebagai orang yang tidak boleh diharapkan. Begitulah besarnya pengaruh perhubungan sosial dalam kehidupan. Sekian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 (4)

PERBAIKI DIRIMU DAN SERULAH ORANG LAIN

 

Imam Hasan Hudhaibi Ismail r.a. berkata :

اعرف ربك وأصلح نفسك وادع غيرك

وأقم دولة الإسلام فى نفسك تقم فى أرضك

Kenalilah Tuhanmu, perbaikilah dirimu, serulah orang lain

dan bangunkan negara Islam dalam dirimu pasti ia akan tegak di bumimu !

 

 

1.      Pendahuluan :

a.       Tolong-menolong dalam kebajikan merupakan syi’ar Islam. Memberi khidmat percuma merupakan slogan hidup seseorang muslim. Tabiat ini mestilah diseratakan dalam masyarakat. Perkhidmatan tidak seharusnya menanti imbuhan daripada pihak yang mendapat khidmat. Perkhidmatan adalah percuma dalam perkara yang membawa kebajikan umum. Bagi pihak yang memberi khidmat, sewajarnya bertindak tanpa mengharapkan balasan dan upah tertentu bahkan bekerja  dan berkhidmat kerana Allah. Namun, bagi pihak yang mendapat khidmat itu seharusnya memikir dan menyediakan apa-apa sumbangan balas yang berpatutan kepada pihak yang berkhidmat, jika patut. Dan sememangnya patut, meskipun pihak yang berkhidmat tidak mengharapnya. Tindakan majikan/ pihak yang menerima khidmat ini perlu diambil dengan memberi imbuhan berpatutan selagi tidak menjadi ‘budaya’ dalam masyarakat ; budaya kerja dan upah, tiada upah tiada kerja.

b.       Mereka yang menolong dan memberi khidmat mestilah selalu memahami dan menyedari bahawa setiap sumbangan dan amal bakti yang dicurahkan tetap akan dibayar semula oleh Allah s.w.t samada di dunia atau pun di akhirat. Di akhirat akan diganjari dalam bentuk pahala atau ‘wang akhirat’. Manakala di dunia akan dibalasi dalam bentuk bayaran segera atau membalas jasa atau menolak bencana atau sokongan do’a. Hakikatnya, tidak ada satu pun kerja yang tidak ada balasannya. Dalam sebuah hadis lain ada disebut, ‘buatlah kerja apa yang anda mahu, sesungguhnya anda akan dibalasi dengan amal itu.’

c.       Ada pepatah yang menyebut : “Berkhidmatlah, wang akan datang kemudian.”

d.       Perlu diingatkan selalu bahawa memberi khidmat percuma dan menolong orang yang berhajat adalah sedeqah yang akan menjadi ‘jasamu dikenang’.

 

2.      Matlamat Hidup Muslim :

Manusia mempunyai matlamat :

Ringkasnya, matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai, tujuan. (Kamus Dewan/1992). Sekiranya matlamat itu jelas dan tertumpu, maka mudahlah untuk ditangani dan dicapai. Sebaliknya, apabila matlamat itu kabur dan tak menentu, maka sukarlah untuk diusahakan dan diperolehi.

3.       Antara matlamat hidup manusia secara umum ialah : Makan minum, Pakaian Tempat tinggalSeksual Harta kekayaanPenghargaan dan pujianPerhatian Kesukaan, keronokan, ketenangan, kedamaian, kebahagiaan

4.       Jenis matlamat : Matlamat jangka pendek (harian, mingguan, bulanan) Matlamat jangka sederhana (tahunan)Matlamat jangka panjang (lima tahun, sepuluh tahun) Matlamat akhirat

 

Muslim juga mempunyai matlamat :

4.       Seseorang muslim juga mempunyai matlamat dalam hidupnya yang berbeza jauh daripada matlamat manusia yang beragama lain atau manusia yang langsung tidak beragama.

5.       Perbezaan itu lantaran aqidah yang dipegang dan prinsip yang dijunjung.

6.       Secara pasti, seseorang muslim bermatlamatkan keredhaan Allah dalam hidupnya yang menjadikan ‘… shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya… (Al-An’am/162-163)

 

Motivasi daripada ada matlamat :

5.       Apabila seseorang itu ada matlamat dalam kerja dan dalam hidupnya, sudah pasti tenaga dalamannya sentiasa segar dan mendorong untuk mencapai matlamat tersebut.

6.       Dia sanggup berhempas pulas, sanggup berkorban, sanggup bermati-matian untuk mencapai matlamatnya yang sedang diburu.

7.       Seseorang muslim yang sudah jelas matlamatnya yang hendak diburu iaitu keredhaan Allah dan kebahagiaan abadi di akhirat sudah tentu tidak berpeluk tubuh sahaja, bahkan pastinya menyinsing lengan bajunya untuk sedia bekerja dan memburu matlamat suci tersebut.

8.       Di hatinya hanya ada REDHAMU YA TUHAN !

 

Matlamat dunia dan matlamat akhirat

3.       Matlamat muslim di dunia ialah kemenangan untuk melaksanakan syariat Allah dalam :

3.1.      peribadi

3.2.      keluarga

3.3.      masyarakat

3.4.      negara

3.5.      dunia sejagat

4.       Matlamat akhirat pula ialah mendapat keredhaan Allah, seterusnya kekal abadi di syurganya.

 

3.      Perbaiki Dirimu :

Dalam usaha memperbaiki diri seseorang, amatlah perlu memberi tumpuan kepada perubahan positif di sudut-sudut berikut :

a.       Hati nurani : mengenyahkan (membuang) segala sifat-sifat keji dan tercela seperti takabbur (angkuh/ sombong), hasad/ dengki, marah, bakhil/ kedekut, cintakan kemegahan, cintakan dunia, ‘ujub/ mengkagumi diri sendiri, ria/ menunjuk-nunjuk dsb dan menghiaskan diri dengan sifat terpuji seperti taubat/ kembali ke pangkal jalan, khauf/ takutkan Allah, zuhud/ dunia tidak melekat di hati, sabar/ tahan senafas, mensyukuri ni’mat, ikhlas/ tulus hati, tawakkal/ berserah kepada Allah selepas berusaha, cinta Allah, redah dengan ketentuan Allah, ingatkan mati dan seumpamanya.

b.       Pemikiran : Perbaiki pemikiran sehingga selaras dengan kehendak Islam terutama dalam urusan Ketuhanan, Kerasulan, Kehambaan, Manusia, Alam Raya dan Kehidupan.

c.       Perilaku/ akhlak : Perbaiki perilaku sehingga menepati perilaku keperibadian muslim yang sebenar samada niat seperti baik sangka, percakapan seperti bahasa lembut dan amalan seperti segera bertindak. Akhlak ialah :

( فالخلق عبارة عن هيئة فى النفس راسخة ، عنها تصدر الأفعال بسهولة  ويسر من غيرحاجة الى فكر وروية )[1] و( إن الخلق صفة مستقرة فى النفس – فطرية أو مكتسبة –  ذات آثار فى السلوك محمودة أو مذمومة . فالخلق منه ما هو محمود ، ومنه ما هو مذموم . والإسلام يدعو الى محمود الأخلاق ، وينهى عن مذمومها .) [2]  

 

ورد فى الأخلاق الإسلامية وأسسها ج1ص47 ما رواه الترمذى بإسناد صحيح عن أبى هريرة قال :  سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكثر ما يدخل الناس الجنة فقال : ” تقوى الله وحسن الخلق ”

وفى ص 50 وروى الترمذى بإسناد حسن عن أبى ذروعن معاذ بن جبل عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ” اتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخلق

d.       Ibadah : Perbaiki ibadah sehingga benar-benar sah di sudut feqah dan ikhlas di sudut hati nurani.

e.       Ekonomi : Perbaiki suasana ekonomi diri dan keluarga dengan memahami pengurusan kewangan dan skim simpanan peribadi.

f.        Komunikasi : Bijak mendengar, pandai berbicara, tahu mengguna bahasa badan yang berpatutan dan mahir menggunakan kata kunci perhubungan dua hala.

g.       Amal Islam : Perbaiki tahap amal Islami atau program dakwah samada dalaman seperti melibatkan keluarga dan ahli jamaah, atau pun luaran seperti ceramah, penulisan, dakwah bilhal, body contact dan sebagainya.

 

4.      Tonggak 10 :

Tonggak 10 merupakan sepuluh perkara yang berkaitan dengan peribadi seseorang yang mesti diberikan perhatian sepenuhnya dalam memperbaiki diri sendiri, iaitu :

8.1. Tubuh yang kuat : lima pancaindera dan otot-otot badan samada dalam bentuk kemahiran mahu pun dalam bentuk tenaga dan kekuatan.

8.2. Akhlak yang mantap : Samada akhlak bersama Khaliq (Allah) atau makhluk

8.3. Ilmu yang lengkap : Samada ilmu naqli (ilmu syari’at) mahu pun ilmu aqli (ilmu dunia dan ilmu alat)

8.4. Mampu berdikari : Boleh hidup sendiri tanpa bergantung kepada pembiayaan orang lain. Ini berhajat kepada ilmu, pengalaman dan keberanian.

8.5. Akidah yang tepat : Akidah yang menepati dengan pegangan ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpandukan kepada Qur’an dan Sunnah dan penjelasan ulama mu’tabar.

8.6. Ibadah yang sah : Sah mengikut sunnah dan penjelasan ulama mazhab.

8.7. Menunduk nafsu : Mampu mengendalikan nafsu samada nafsu perut (makan minum), kemaluan (sexsual), perhiasan dunia (harta dan pangkat)

8.8. Menjaga masa : Berdisiplin, menepati waktu,  bijak menjaga masa dan menentukan jadual tugas.

8.9. Urusan teratur : Mahir mengurus dan mentadbir peribadi dan tanggungjawab.

8.10.    Berguna kepada orang lain : Sentiasa memastikan diri, jawatan, kemahiran dan kekayaan boleh dimanfaati oleh orang lain dan suka berkhidmat.

 

5.      Contoh teladan :

 

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا

 

Sesungguhnya untuk kamu CONTOH TELADAN YANG CEMERLANG ada pada RASULULLAH iaitu bagi orang yang berharap kepada Allah dan hari akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah….

 

Konsep contoh teladan mestilah menyamai bagaimana kecemerlangan dicapai oleh orang yang diteladani. Meniru dan mencontohi sesiapa pun mestilah meniru :

 

1.       ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’ yang dipegang oleh orang yang ditiru,

2.       corak berfikir,

3.       sikap, disiplin, postur tubuh,

4.       tindakan dan amalan yang dilakukan olehnya, keadaan sekitar yang dibina dan,

5.       ciri-ciri orang yang berjaya tersebut.

 

“…..Jika orang lain boleh terjaga pada waktu pagi dengan cepat dan senangnya serta penuh bertenaga, itu ialah hasil yang mereka keluarkan. Soalan berikutnya ialah, bagaimanakah mereka menghasilkannya ? Memandangkan tindakan adalah punca kepada semua hasil, apakah tindakan fizikal dan mental yang tepat yang dapat menghasilkan proses neurofisiologi untuk terjaga dari tidur dengan cepat dan senang ? Salah satu daripada praandaian NLP[3] ialah kita berkongsi neurologi yang sama, oleh itu jika seseorang boleh membuat apa saja dalam dunia, begitu juga anda, asalkan anda mengendalikan sistem saraf anda dalam cara yang sama dengan tepat. Proses menemui dengan tepat dan khusus tentang apa yang dilakukan oleh seseorang untuk mengeluarkan hasil yang tertentu ini dipanggil MENCONTOHI.” Kata Anthony Robbins.

(Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 27)

 

Justeru itu, mencontohi Rasulullah s.a.w. bererti meniru ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’ yang dipegang oleh Baginda s.a.w., meniru corak berfikir, sikap, disiplin, postur, tindakan dan amalan yang dilakukan olehnya. Lantaran itu juga, orang yang meniru mestilah mempelajari seluruh peribadi orang yang ditiru (Baginda Rasulullah s.a.w) untuk menjejaki langkah-langkah kejayaan yang dicapainya.

 

Anthony Robbins menyebut, ada tiga buah pintu yang menuju ke arah sebuah dewan bankuet/ jamuan yang hebat dalam proses MENCONTOHI iaitu :

 

Pintu Pertama : Merupakan sistem kepercayaan  seseorang. Apa yang dipercayai seseorang, apa yang difikirkannya boleh atau tidak boleh, hingga ke tahap yang menentukan apa yang dia boleh atau tidak boleh lakukan. Satu ungkapan lama ada mengatakan “sama ada anda percaya anda boleh membuat sesuatu  atau pun sebaliknya, anda adalah betul”. Pada tahap tertentu ini adalah benar, kerana apabila anda tidak percaya yang anda boleh melakukan sesuatu, anda menghantar maklumat secara konsisten kepada sistem saraf yang menghadkan atau mengenepikan keupayaan anda untuk mengeluarkan hasil tersebut. Jika sebaliknya, anda menghantar maklumat yang sesuai secara konsisten kepada sistem saraf yang anda boleh membuat sesuatu, kemudian sistem saraf akan memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan hasil yang anda inginkan, dan ini akan membuka peluang kemungkinan untuk mendapatkannya….

 

Pintu Kedua yang mesti dibuka ialah sintaksis mental seseorang. Sinteksis mental ialah cara orang menyusun pemikiran mereka. Sintaksis adalah seperti kod.

 

Pintu Ketiga ialah fisiologi. Fikiran dan tubuh badan berkait sepenuhnya. Cara anda menggunakan fisiologi – cara anda bernafas dan berdiri, gaya, air muka dan kualiti pergerakan semula jadi anda – sebenarnya menentukan keadaan yang anda alami. Keadaan yang anda alami kemudiannya akan menentukan berbagai-bagai kelakuan dan mutu kelakuan yang boleh dihasilkan.

(Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 31-32)

 

Kaedah MENCONTOHI sememangnya bukan sesuatu yang baru, kata Anthony Robbins lagi. Setiap pencipta yang ulung telah mencontohi penemuan orang lain untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Setiap kanak-kanak  mencontohi dunia di sekelilingnya. Masalahnya ialah kebanyakan daripada kita mencontohi tahap yang benar-benar tidak teratur dan tidak terfokus. Kita mengambil secara rambang keropas-kerapis[4]  daripada orang ini atau orang itu dan kemudiannya terlepas sepenuhnya sesuatu yang lebih penting daripada orang yang lain. Kita mencontohi sesuatu yang bagus di sini dan sesuatu yang tidak bagus di sana. Kita cuba mencontohi seseorang yang kita hormati tetapi mendapati bahawa sebenarnya kita tidak tahu bagaimana untuk membuat seperti yang dibuat oleh orang tersebut.

(Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 34)

 

Proses meniru dan mencontohi mestilah kepada perkara asas (kepercayaan, cara berfikir, tindakan, disiplin, postur tubuh, dan keberanian mengambil keputusan ) yang menghasilkan sesuatu pencapaian dan kejayaan, bukannya rangka luar yang tidak mendasari prinsip dalaman.

Mencontohi Rasulullah s.a.w. amat memerlukan kepada mempelajari sirah/ perjalanan hidup baginda s.a.w. serta risalah yang dibawanya. Ini bererti kita mesti mempelajari Qur’an, Sunnah Tasyri’iyyah (Sunnah yang wajib dipatuhi) dan Sunnah Ghair Tasyri’iyyah (Sunnah yang tidak wajib dipatuhi tetapi mesti dihormati). Perlu disedari oleh semua masyarakat Islam dan masyarakat dunia sejagat bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan contoh dalam pelbagai aspek dan watak positif bermula daripada urusan peribadi yang khusus sehinggalah kepada urusan negara dan dunia seanteronya, samada politik, sosial, ekonomi, pendidikan, pengurusan sumber dan modal insan mahu pun pengurusan keluarga dan personal. Baginda s.a.w. adalah CONTOH ulung untuk manusia bahkan kalangan jin seluruhnya.

 

“MENANTI PELUANG ADALAH SATU TINDAKAN DAN ‘USAHA’ YANG MENGHASILKAN NASIB. DAN NASIB ADALAH PERJUDIAN YANG DICAPAI SATU DALAM SEJUTA. PERJUDIAN MERUPAKAN KERJA ‘HARAM’ DALAM KAMUS ORANG-ORANG YANG BERJAYA.”

monoja240106

 

6.      Inilah Islamku :

        Fitrah : Islam adalah agama fitrah yang serasi dengan keperluan fisiologi, psikologi dan kerohanian manusia.

        Akidah, syariat dan akhlak : saling berkait dan tidak boleh berpisah. Akidah sebagai umbi, syari’at sebagai dahan dan ranting, dan akhlak sebagai buah dan hasil.

        Akhirat dan dunia : Amalan di dunia memberi hasil di akhirat. Dunia sebagai jejambat ke akhirat.

        Masjid dan pasar : Aktiviti di masjid selari dengan aktiviti di pasar ; sama-sama tunduk patuh kepada hukum Allah.

        Sekolah dan rumah : Rumah sebagai tempat belajar pertama, sekolah penyempurnanya. Kedua-dua institusi ini saling bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak.

        Negara dan masyarakat : Sistem pendidikan dan pentadbiran dikendalikan oleh negara dan dilaksanakan oleh masyarakat. Terlalu besar fungsi kedua-duan agensi ini terhadap kehidupan.

        Am dan khas : Ada fardhu kifayah dan fardhu ain, ada hak umum dan hak khusus, tetapi hak umum mesti didahulukan mengatasi hak khusus.

 

7.      Prinsip Tetap Dan Keanjalan Hukum :

        11 prinsip tetap :

1.       Berkenaan zat Allah

2.       Alam ini makhluk

3.       Perhambaan hanya kepada Allah

4.       Iman syarat penerimaan amal

5.       Islam penyudah segala agama

6.       Manusia adalah khalifah di bumi

7.       Kemanusiaan merupakan kemuncak nilai hidup

8.       Manusia adalah satu usul dan sama tara.

9.       Ibadah adalah tugas manusia

10.   Akidah merupakan pengikat manusia

11.   Dunia adalah tempat ujian dan bekerja, akhirat tempat ganjaran.

        Keanjalan hukum.

 

8.      Beberapa  Kata Kunci Islah Diri Dan Serulah Orang Lain :

Kepercayaan :

        Erti satu kepercayaan :

“Satu ketetapan yang paling kuat mempengaruhi hasil ialah kepercayaan, iaitu pesanan yang sesuai dan secara konsisten dihantar kepada otak dan sistem saraf. Bagi kesemua kuasanya, tidak ada keajaiban yang sukar difahami terlibat dalam proses ini. Kepercayaan hanyalah suatu keadaan, satu gambaran dalaman yang menguasai tingkah laku….. Kelahiran kecemerlangan bermula dengan kesedaran kita bahawa kepercayaan ialah satu pilihan. Kita selalunya tidak memikirkan begitu, tetapi kepercayaan boleh menjadi pilihan yang disedari. Anda boleh memilih kepercayaan yang menghadkan anda, atau anda boleh memilih kepercayaan yang menyokong anda. Tekniknya ialah memilih kepercayaan yang  membawa kepada kejayaan dan hasil yang anda mahukan dan untuk membuang yang menahan anda……

Kepercayaan kitalah yang menentukan berapa banyak potensi kita yang boleh dipergunakan. Kepercayaan boleh membuka atau menutup pengaliran idea.

…… Dari mana datangnya KEPERCAYAAN ?

Kepercayaan terhasil daripada :

Persekitaran… Peristiwa Samada Kecil Atau Besar… Ilmu Pengetahuan… Hasil Kita Yang Dahulu…. Mewujudkan Dalam Fikiran Pengalaman Yang Anda Inginkan Di Masa Hadapan Seolah-Olah Berada Di Sini Sekarang. (Imaginasi)….

(Sila lihat : Kuasa Infiniti…  Oleh Anthony Robbins, Bab 4 ms 56-61/ 1999)

        Kepercaayaan kepada Allah

        Kepercayaan kepada diri

        Kepercayaan kepada pemimpin

        Kepercayaan kepada kemenangan Islam

        Kepercayaan kepada akhirat

 

Pengorbanan

        Erti pengorbanan

Kisah Imam Hasan Al-Banna r.a.:

(Pada hari raya… anak sakit teruk… isteri memujuk supaya dapat bersama…) Dibawanya bag pakaian untuk musafir ke perhimpunan para pemuda seraya berkata :

“Kiranya Allah bermurah untuk menyembuhkan anakku dari penyakitnya, maka baginya segala pujian dan terima kasih. Tetapi jika Allah mentaqdirkan ia akan mati, maka datuknya lebih tahu tentang jalan ke kubur.”  

Sambil membaca ayat di bawah beliau melangkah keluar :

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنْ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ(24) التوبة

        Jalan-jalan pengorbanan

        Harta

        Tenaga, pemikiran dan masa

        Nyawa

        Kehidupan

 

Redhamu, Tuhan !

        Ikhlaskan niat

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam…

        Mardhaatillah !

        Cinta menjana redha

        Jadilah apa nak jadi, asalkan Kau redha ya Tuhan !

 

Kemenangan Atau Syahid

        Matlamat perjuangan – Redha Allah

        Jalan kemenangan – Sunnatullah

        Kita mahu menang !

        Atau syahid !

 

Usaha Tugasku, Kejayaan Ketentuanmu !

        Kita berusaha

        Allah menetukan

        Redha dengan ketentuan Allah

        Selesai tugas, bangkit lagi ‘Faiza faraghta fansob!

 

Seru dan didiklah orang lain, di mana pendidik mestilah memahami bahawa :

[Mulakanlah dengan memperbaiki dirimu supaya angkatan baru dakwah yang bersama dengan kamu bertambah baik. Demikianlah wasiat Imam Syafie r.a.  yang telah dijadikan panduan oleh pendidik putera-putera khalifah Harun Al-Rasyid r.a. katanya :

Usaha pertama yang perlu kamu lakukan dalam memperbaiki putera-putera amirul mukminin itu ialah dengan memperbaiki dirimu sendiri. Sesungguhnya tali kekang mereka berada di tanganmu. Apa yang baik  pada mereka ialah apa yang kamu pandang baik dan apa yang buruk pada mereka ialah apa yang kamu tinggalkan.”

Perhatikanlah, beliau telah berkata “Apa yang buruk pada mereka ialah apa yang kamu tinggalkan”  Beliau (Imam Syafie r.a.) tidak mengatakan “apa yang buruk pada mereka ialah apa yang kamu katakan ianya buruk.” Bahkan apa yang tidak kamu lakukan dan tidak kamu hampiri.] 

 

(Al-Muntholaq (Langkah Bermula) – Muhammad Ahmad Al-Rashid – Pustaka Usrah, cetakan kedua/2000, ms 52.)

 

 

 

 

Sepatutnya keazaman saudara dan cita-cita saudara ialah :

MENYERU MANUSIA :

1.       daripada dunia kepada akhirat

2.       daripada maksiat kepada ta’at

3.       daripada kelobaan kepada kezuhudan

4.       daripada kedekut kepada pemurah

5.       daripada terpedaya kepada taqwa dan

6.       meningkatkan rasa cinta terhadap akhirat pada mereka

7.       menimbulkan rasa benci terhadap dunia pada mereka dan

8.       mengajar mereka ilmu ibadat dan zuhud.

(Ayyuhal Walad – Imam Ghazali rh ms 143)

 

 

9.      Bagaimana Jalannya ? :

        Membina peribadi melalui tonggak 10.

        Membina keluarga atas asas taqwallah

        Membina masyarakat

        Membina negara

        Membina pemikiran umum

        Membina tenaga kerja

        Teruskan perjalanan

 

Segala yang baik itu merupakan taufiq Allah untuk kita, dan segala yang buruk itu merupakan kekacauan yang memerlukan pemulihan dan keampunan Allah.

Sekian.270307

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(5)

KEMERDEKAAN

 

Assyahid Sayyid Qutb menyebut dalam syairnya :

 

“Saudara ! Kau merdeka di sebalik sekatan.

Saudara ! Kau merdeka dengan belenggu itu.”

 

Kemerdekaan merupakan hak asasi manusia yang mesti dipenuhi. Namun kemerdekaan itu mestilah ditafsirkan mengikut prinsip Islam dan aqidah seseorang muslim. Kita semua adalah hamba Allah, semestinya berada di bawah disiplin, pekeliling, peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

 

Cubalah saudara bayangkan seorang isteri dibiarkan tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, cubalah bayangkan apa yang akan terjadi kepada si isteri itu ?  Apabila si isteri boleh bebas merdeka bertemu dengan ‘lelaki’ mana pun, bebas merdeka tidur dengan ‘jantan’ mana pun, dan bebas merdeka keluar masuk rumah pada bila-bila masa pun, tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, adakah itu satu kemerdekaan baginya ? Semua suami akan menjawab : “Tidak! Isteri tidak boleh bebas sedemikian !”

 

Cubalah saudara bayangkan seorang anak perempuan mahu pun anak lelaki, dibiarkan tanpa ikatan agama, tanpa disiplin keluarga, tanpa peraturan masyarakat dan tanpa undang-undang negara, bebas berbuat apa saja dengan tidak ada halangan dan sekatan, apakah akan terjadi kepada si anak itu ?

 

Itukah  maksud kemerdekaan bagi seorang isteri atau seorang anak ? Semua kita akan menjawab sekata dan senada : “Bukan begitu erti kemerdekaan bagi seorang isteri dan seorang anak !”

 

Kalau demikian, maka adakah seorang suami dan seorang ayah itu boleh merdeka tanpa ikatan, tanpa disiplin, tanpa peraturan dan tanpa undang-undang yang mesti dipatuhinya? Jawapannya pun sudah tentu tidak ! Bahkan dengan ikatan agamalah manusia merdeka, dengan disiplin keluargalah anggota keluarga merdeka, dengan peraturan masyarakatlah anak mukim merdeka dan dengan undang-undang negaralah kita merdeka.

 

Namun suatu perkara yang mesti melekat dalam hati sanubari dan fikiran kita ialah disiplin keluarga, peraturan masyarakat dan undang-undang negara mestilah berteraskan syari’at Islam kerana kita semua adalah hamba dan makhluk Allah.

 

Dalam ibadat kita akan menemui kemerdekaan, dalam hukum mu’amalat kita akan mendapati kemerdekaan, dalam undang-undang jenayah samada ta’zir, qisos mahu pun hudud kita akan memperoleh kemerdekaan. Ringkasnya, melalui jalan Islam kita merdeka, zahir dan batin!

 

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka aqidah atau iman, merdeka akal atau fikiran,  merdeka jiwa atau rohani, merdeka perasaan atau emosi, merdeka badan atau jasmani. Maka lahirlah peribadi mukmin yang kuat dalam diri.

 

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka daripada bimbang dan sedih, merdeka daripada lemah dan malas, merdeka daripada kecut perut dan bakhil, merdeka daripada penguasaan hutang dan kongkongan orang. Lalu tumbuhlah jati diri muslim yang hebat dalam peribadi.

 

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka daripada belenggu dunia, merdeka daripada ikatan makhluk, merdeka daripada dorongan nafsu jahat, merdeka daripada tipudaya syaitan. Justeru lahirlah sifat taqwa yang berkat dalam hati.

 

Kita hidup merdeka apabila kita …. Merdeka dalam ekonomi dan harta daripada riba dan rasuah, merdeka dalam sosial dan budaya daripada khurafat dan bid’ah, merdeka dalam kedaulatan dan negara daripada kuasa jahat dan khianat. Lantas merdekalah kita dalam  hidup mulia yang penuh nikmat.

 

Apabila jiwa dan perasaan kita merdeka daripada hawa nafsu,  fikiran dan badan kita merdeka daripada kongkongan belenggu, kita akan merdeka di mana saja kita berada.

 

Itulah erti sebuah kemerdekaan.

 

SEORANG MUKMIN ITU SENTIASA MERDEKA !

 

HAKIKAT kemerdekaan ialah apabila tapak kaki pertama menjejaki pintu syurga Allah, di situlah kemerdekaan sejati manusia :

 

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنْ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ(185) آل عمران

 

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

 

Sekian, 230307.

 

 

 

 


 [1] إحياء علوم الدين للإمام الغزالى / المجلد الثالث ص 58

[2]   الأخلاق الإسلامية وأسسها للشيخ عبد الرحمن حسن حبنكة الميدانى/ المجلد الأول ص 10

 

 

[3] Neuro-Linguistic Programming – atau nama singkatannya NLP. Jika anda menganalisanya, nama ini berasal dari perkataan “neuro” yang merujuk kepada otak, dan “linguistic”, yang merujuk kepada bahasa. Pemprograman ialah pemasangan sesuatu rancangan atau tatacara. NLP ialah kajian mengenai bagaimana bahasa, samda kedua-duanya secara lisan atau pun bukan lisan, mempengaruhi sistem saraf kita. Keupayaan kita untuk membuat apa-apa saja di dalam dunia bergantung kepada keupayaan untuk mengarahkan sistem saraf kita. Orang yang dapat mengeluarkan sesuatu hasil yang cemerlang membuatnya dengan menghasilkan komunikasi tertentu kepada dan melalui sistem saraf. (Kuasa Infinit – Anthony Robbins, Prentice Hall Malaysia/ 1999. Ms 26-27)

[4] Keropas-kerapi bermaksud : a. bermacam-macam barang kecil yang tidak ada nilainya ; b. membuat kerja-kerja kecil yang tidak berapa berguna. (Kamus Dewan 1997)

Advertisement

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: